Harini 21 Ogos 2010. 10 hari lagi 31 Ogos. Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 53. Huh, di pagi 11 Ramadan ni tiba2 aku bersemangat patriotic. Bukan pe, aku terjumpa la plak video lama ni kat youtube time bersiar-siar di kala mengantuk. Mengingatkan aku time muda2 dulu, betapa aku yg berfikiran murni ketika sekolah dulu, percaya 100% pada buku2 sejarah ni. Mmg peminat sejarah time tu. Dan mmg penyokong kerajaan yg kuat. Bak kata org, kalau toreh tangan tu, darah yg kuar mesti warna merah biru. Paham? Kalau x paham, buat2 paham jek. Tapi satu hari, de seorang pakar sejarah (namanya terpaksa dirahsiakan sbb dia agak terkenal kot. Huhu..) datang ke sekolah aku dan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Malaysia ni. Dan yg pasti, maklumat tersebut adalah bertentangan dengan apa yg aku pelajari selama ni. Selidik punya selidik, rupa2nya benarlah apa yg dikatakan beliau, dan start dari situlah aku mula meragui buku2 sejarah sekolah ni. Baca utk jawab exam dan tambah pengetahuan xpe, tapi utk percaya 100%, fikir bnyk kali dulu. Ok, pendekkan cerita, mari kita tgok dokumentari pendek ni. Ini suara sebelah pihak. Bak kata beberapa orang, nk dengar suara pihak lg 1, baca buku teks sejarah sekolah2. Ok, rileks kejap.
0 comments:
Post a Comment