RSS

Wednesday, August 11, 2010

Malam 1 Ramadhan


1 Ramadhan. Usai tarawikh, pulang ke rumah sewa. Surau depan rumah je, xde la kalut sangat. Menghabiskan masa lebih kurang 20mnt di rumah, kemudian bergegas ke kampus. Ada temujanji. Melalui taman pekaka yang malam ni sibuknya luar biasa. Sepertinya semua orang pun mahu keluar. Memandangkan aku tidak punya urusan di situ, aku terus ke kampus.dalam perjalanan, kulalui Pusat Islam. Ada program di sana. Rasa tertarik utk ke sana, namun memandangkan kupunya urusan yang perlu diutamakan, kuteruskan perjalanan, menuju ke desasiswa. Berbincang tentang tugasan, berbincang tentang wang. Biru, merah, hijau, biru2 sikit, dan silver. Itu warna2 duit. Kepingan2 yang bisa bikin orang jadi penasaran. Gila. Jadi hamba wang.

Selesai perbincangan, mengambil keputusan utk terus pulang ke rumah sewa. Dalam perjalanan pulang, kubawa motor perlahan dari biasa. Mengambil angin malam. Ya, malam ini terasa sungguh tenang, sungguh segar. Aku tidak pasti biasanya memang seperti ini atau malam ini sahaja. Tapi malam 1 Ramadhan ini sungguh menenangkan. Hilang sebentar perkara2 yang menyesakkan dada dan fikiranku sepanjang hari. Alhamdulillah, sesungguhnya ketenangan itu datangnya dari Allah, dan alam ini hanya pengantara. SubhanAllah. Kucuba mencari bulan. Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang. Tiada. Owh, baru ingat. 1 Ramadhan mana bleh nmpk bulan dgn mata kasar. Haishhh... Namun apa yg menarik, bintang bertaburan, dan dapat dilihat dengan jelas.

Kuhentikan motorku, menikmati alam ciptaan-Nya ini sebentar. SubhanAllah, subhanAllah, subhanAllah. Hanya itu yang mampu kuucap. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang utk mengecap indahnya malam 1 Ramadhan pada tahun ini. 2 Ramadhan? 3 Ramadhan? 4, 5, 6, 7 dan seterusnya?? Allahua’lam. Aku tidak tahu.

Hari semakin lewat. Kuhidupkan enjin motorku kembali, dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah sewa. Sesungguhnya aku mengharapkan Ramadhan yg tenang pada tahun ini, supaya aku bisa memanfaatkannya sebaik mungkin. Kuharapkan perkara yang sama juga buat keluargaku, sahabat2ku, guru2ku, saudara2 seIslam denganku. Ameenn..

Aku mengharapkan hari esok yang lebih baik dari hari ini. =)

2 comments:

Qalam'Aini said...

Ish2...kantoi anak pak cik tardan ni kuar lepak tengah2 malam tadi ngan motor, kat taman pekaka...kena repot ni... :D

p/s: salam ramadhan. minta maaf segala salah silap...mohon halalkan makan minum...halalkan ilmu masak, kemas umah dsb...best duk umah akak2, sweet memories...bila2 masa saya rasa nak dtg saya dtg ye, xpe kan...tp nanti ingatkan saya masa balik tutup pagar...hehehe...

Sifrulmind said...

Jalan2 tadabbur alam...

G la report. Nk report ngn sapa? report tu xkan dilayan punya. Haha..