RSS

Sunday, August 24, 2008

Kedatangannya Dinanti namun ‘Dicemari’ dengan Tangan Sendiri…

Alhamdulillah, hari ni genap sudah 22 Syaaban, dan kalu ikut perkiraan, 7hari lagi akan tiba bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan pesta ibadah yang dinanti sekalian umat Islam yang sedar akan kelebihannya. Semoga aku diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama memanfaatkannya, kerna aku tidak tahu bila ‘plug’ kehidupan ini akan dicabut oleh Tuannya. Jika dicabut tika ini, cukupkah bekalanku untuk perjalanan hidup yang abadi? Astaghfirullah..


Dalam menghitung hari menanti kedatangn Ramdhan, terlalu banyak perkara yang telah, sedang dan insyaAllah akan berlaku, jika dikira mengikut perancangan manusia. Ahh..bukan hidup namanya kalau perkara yang sama je berlaku. Jika minggu lepas adalah minggu ‘santai’ dengan bermulanya cuti pertengahan sem, tiada kelas buat sementara waktu walaupun terlalu banyak perkara berkaitan pelajaran yagn perlu diselesaikan, hujung minggu pula dihujani dengan pelbagai perkara yang aku sendiri gagal untuk memberikan sebarang sumbangan. Astaghfirullah..Jika diikutkan hati, peduli apa aku dengan yang lain?? Jika diikutkan nafsu amarah yg sememangnya sering berjaya merajai hati, sudah tentu aku tiada di sini hari ini. Ohh..Tapi sedarkah engkau wahai diri, ikutkan hati, hatimu akan mati, ikutkan nafsu, dirimu kan lesu tak bermaya. Sabarkanlah dirimu untuk ke sekian kalinya. Sabar, sabar, sabar….


“Stress sebenarnya berlaku bukan disebabkan oleh bebanan kerja, tetapi disebabkan oleh perasaan marah, kecewa dan bimbang..”


Kata2 seorang motivator terkenal dunia tapi aku lupa nama dia. Stresskah aku?? Hehe..maybe. Ok, abaikan persoalan stress tersebut.



Pilihanraya Kecil Permatang Pauh



26hb akan berlangsung pilhanraya kecil Parlimen Permatang Pauh (PP44) yang menyaksikan pertembungan 3 penjuru diantara BN, PKR dan AKIM. AKIM?? Stand for Angkatan Keadilan Insan Malaysia. Secara jujur aku tak pernah dengar nama ni. Dan dikhabarkan kawan aku yang merupakan anak jati parlimen Permatang Pauh tu, calon AKIM (Hj Hanafi Mamat, Presiden AKIM) tak de plak turun ‘mempromosikan’ dirinya sebagaimana yang biasa dilakukan oleh calon2 lain. Mmm..pelik tapi benar, so, sendiri fikir la ye.


Beberapa hari lepas, aku terbaca di NST satu khabar gembira, berkaitan pembatalan konsert Avril Lavigne yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos, beberapa hari sebelum sambutan kemerdekaan negaraku yang ke 51 dan sudah tentu beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan. Avril Lavigne??



http://www.avrillavigne.com/about


Begitu juga makluman daripada beberapa laman web mengukuhkan lagi pernyataan tersebut dan ada disebutkan di situ ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima bantahan tersebut. Memorandum bantahan konsert tersebut telah disampaikan oleh Helwani Gamis (rujuk link2 berikut untuk maklumat lanjut).


http://gamisdaily.com/blog/

http://www.malaysiakini.com/news/88149



Walau bagaimanapun, petang semalam aku mendapat makluman sms yang agak mengejutkan namun sudah dijangka.


“Konsert yang mencacatkan kemuliaan bulan Ramadhan dan kemerdekaan Malaysia , konsert Avril Lavigne dibenarkan untuk diadakan semula pada 29 Ogos ….”


Dan pagi ni aku mendapat pengesahan dakwaan sms tersebut melalui akhbar ‘terhebat’ di Malaysia, Berita Harian On9,


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080824000051/Article/index_html


Apa yang memusykilkan aku adalah sebab pembatalan awal konsert yang dinyatakan di dalam akhbar tersebut. Sebab tak bagi buat konsert = lewat mintak permit. So, selepas dipertimbangkan ikut budi bicara pihak2 tertentu, depa bagi buat balik. Mm..takde sebut sikit pun pasal memorandum bantahan ke, sokongan bantahan oleh mufti Selangor ke, tak sesuai dengan budaya ke (macam yg dinyatakan dalam NST), mencacatkan bulan Ramadhan ke, (aku tak nak sebut mencacatkan sambutan Kemerdekaan coz memang tiap2 tahun konsert sebegini rupa dianjurkan bila nak sambut kemerdekaan. Memang dah tercemar dari dulu..). Pada masa yang sama aku terfikir, apa sebenarnya fungsi sebenar KeKKWA ni? Nak jaga kebudayaan, Kesenian dan Warisan or ‘memusnahkan, mencemarkan, mencacatkan (dan yang sewaktu dengannya)’ apa yang depa bina?. Bayangkan kalu korang buat bangunan. Tangan kanan sibuk membuat pelbagai cara untuk menghasilkan sebuah bangunan yang cantik, teguh, selesa dan ciri2 postif yang lain tapi tangan kiri sibuk memusnahkan bahagian yang telah terbina. Rasa2, bila bangunan tu nak siap?? Janganlah mengharap sesuatu yang suci, muluk , sempurna dan cantik jika kebenaran dicampur dengan kebatilan. Konsep Inqilabiyyah secara umum, ramai yang tidak mahu menerimanya dan menolaknya 100%, menganggapnya terlalu ekstrem, tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan sekarang, dan 1001 alasan yang lain.


Apakah mereka anggap segala kesalahan, maksiat yang depa lakukan beberapa hari sebelum tibanya Ramadhan tu leh di cover balik dengan ibadah2 pada bulan Ramadhan?? Sape leh bagi jaminan yang kita leh hidup sampai tibanya Ramdhan? Sape leh bagi jaminan ‘amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan diterima oleh Allah? Aku bukan nak bersangka buruk pada Allah (Astaghfirullahal’azhim…), tapi sedarkah kalian yang kebanyakan umat Islam yang berpuasa hanya mendapat rasa lapar dan dahaga sahaja sepanjang bulan Ramadhan ni? (Ya Allah, aku berlindung dari-Mu dari tergolong dlm golongan ini. Ameen..). Ni bukan aku yang cakap, Rasulullah sendiri pernah nyatakan benda ni. So, de sape2 leh bagi jaminan 100% kat aku??


Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali hanya berjaga sahaja."
( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan syarat Bukhari )


Mmm..x nak membebel panjang2. Perlu menenangkan hati. Menanti kedatangan Ramadhan dengan sabar dan berdoa supaya masih diberikan peluang untuk menjengah Ramadhan kali ini. Berharap supaya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan2 yang lepas. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!!

0 comments: