Tengah dok busy chat dgn sorang kawan yang berada nun di selatan sana, berkongsi cara penyelesaian masalah ummah semasa (Yelah tu...), aku sempat promote blog sendiri. Haha..kesan jumpa YB petang tadi yg begitu bersungguh-sungguh mempromote blog dia (Cam takde kaitan je. Hehe…). Dan selepas lebih kurang 45mint pastu, dia tiba2 tanya bbrpa soklan ttg blog aku ni. Aku tak bagi jawapan tme tu coz dh lewat mlm plk (padahal baru kul 12mlm tp aku dh tak larat bukak mata. Huhu…). Dan soklan tu berlegar-legar kat kepala aku bila aku terjaga kul 2.30pg menyebabkan aku tak leh tido sampai ke pagi ni. (Nasib bek dia tanya soklan ni, kalu x, xde ar aku terjaga pastu tido balik mlm tadi. Alhamdulillah…). Soklan dia lebih kepada respon kpd blog aku. Huhu…
Antara soalan2nya (3 soklan je kot yg aku leh jwb kat cni):
1. Kenapa aku tak komen ttg isu semasa (especially suasana politik semasa kat Mesia skg ni)?.Dah ar dok kat kawsn yg dekat dgn tempat “Politik Paling Hot” di dekad ini, tapi senyap-sunyi je aku ni. (Terus-terang jelah ko nk tanye ckp nape aku x komen pasal PRK kat Permatang Pauh tu, kan senang cite. Huhu…)
Jawapan
Bukan tak nak komen, just bg peluang kat orang lain komen. Hehe…Depa lebih mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Aku risau kalu apa yg aku keluarkan kat sini menzalimi sesetengah pihak lantaran maklumat yang tidak benar. Oleh itu, serahkan pada yang pakar walaupun di kepalaku pelbagai perkara yang ingin aku statekan kat sini. Mmm..mungkin apa yang aku akan statekn pun kebnyakan pendapat2/persoalan2 tanpa jawapan yang berlegar-legar kat kepala aku ni.Aku penakut?? Terpulang hang nak label aku pe.
2. Kenapa pilih blog sbg medium dakwah?
Jawapan.
Jawapan aku ringkas je, walaupun sebenarnye panjang gk,, “Aku menyahut seruan kerajaan supaya menggiatkan aktiviti ber’blog’ especially bagi pimpinan2nya (walaupun aku bukan YB. Wooha!!).” Aku lebih percaya keberkesanan dakwah secara F2F (face to face), dari pintu ke pintu (xtra kredit for JT), walaupun ia amat mencabar. Kerana ia lebih dekat dengan sunnah Rasulullah.
“Amalkan 5S. Senyum, Salam, Sapa, Sayang dan Sentuh. Itulah atra method dakwah yang paling berkesan”.
(Antara ilmu yang aku dapat dalm DRAW08). Tanpa mujahadah/keazaman yang tinggi, memang sukar nk realisasikan benda tu (aku sendiri masih belum Berjaya untuk melakukannya. Astaghfirullah..Huhu…). Ops, jgn salah paham or salah tanggapan. Aku bukan menafikan sepenuhnya kaedah berdakwah melalui blog. Jangan sempitkan medium dakwah korang. Gunalah apa cara sekalipun untuk berdakwah, selagimana ia tidak melanggar hukum syara’. Ahh..Mudah disebut tapi sukar dipraktik. Namun jangan jadikannya alasan, (kukira alasan jika ia tidak pernah dicuba), kerna org yg malas sahaja akan mencari alasan. Huhu..aku tak nk berbicara panjang ttg benda ni. Tiada sbb utk berdebat mengenainya. Aku rasa, masing2 dh faham dan tau benda ni. Sape tak paham lagi, b4 tido tu, fikir2 jap. Tp jgn sampai x tido plk.
3. Nape aku jarang balik umah? (Uits3..ni bukan soklan tentang blog ni. Ish3)
Jawapan
Haha..Bukan hang sorang ja tanya soklan ni, ramai dh tanya. Semalam je aku ditanya berkali-kali ttg soklan ni time kat dalam kete, on the way balik dari Parit Buntar. Sape yang tanye, sila angkat tangan? Keh3..biar dia angkat tangan sorang2. Mmm..soklan yang aku kadang2 nampak jawapan, kadang2 hilang jawapan tu ntah ke mana. Dan persoalan tu timbul hanya sbb aku jarang balik time cuti pertengahan semester. Mmm..seingat aku, sepanjang 7 sem ni, baru sekali je kot balik cuti mid-term, time sem 1. Hoho..1st time balik sorang2 dr PB ke Johor. Kampung xde ar jauh sangat, belanja pegi-balik just RM100 je (ni harga dulu la, skg x pasti plk) tp kena pk 2-3kali kalu nk balik. RM100 tu leh wt bnyk benda lain yg lebih penting (kedekutkah aku?? Huhu..).Actually aku mmg slalu x balik mid-term tp time cuti raya aku x penah x balik (kecuali ‘iduladha). Time tu lebih bermakna coz adik berdik suma de kat umah (walaupun skg ni akak2 aku slalu xde time raya, coz balik umah mertua masing2. Huhu..). tak balik umah tak bermakna terputus hubungan dengan family. Family comes 1st dalam pape hal pun. Hehe…Ish pe bende aku merepek ni?? Dh ar tak jawab soklan, g merepek ntah pape. Adoiilaa…lebih baik stop dr g merepek jauh2 ni.
“Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada manfaat baginya) kecuali menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah ‘azzawajalla”
(Hadith menurut riwayat Ummu Habibah yang dikeluarkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)
p/s: Menulis dlm keadaan kurang waras sikit. Mana2 yg silap tu harap maaf dan tegur2la mana yang patut, lillahi Ta’ala. Bukankah agama itu nasihat?
0 comments:
Post a Comment