RSS

Saturday, May 17, 2008

Mula2 pening, but then...

Minggu ini segala-galanya seakan berterabur dari perancangan. Mengapa? Keadaan hati yg x tenang. Hehe...jawapan yg betul dan tepat. Apabila hari2 anda dimulakan dengan ketidaktenangan, insyaAllah sepanjang hari akan digayuti dengan permasalahan yang berpanjangan. Maka terjadilah insiden2 yang tidak diingini.

Hari Isnin, 12/5, aku terpaksa ponteng kerja. Ponteng? Ketidakhadiran kerna faktor cuaca, keluarga dan kesihatan. Takde ar teruk sangat tapi memungkinkan aku menganiaya diri sendiri jika terus bekerja. Aku bukan workaholic!! Hehe..tak pernah masuk dalam perancanganku untuk ponteng kerana aku merancang untuk menghabiskan LI ku lebih awal dengan tidak mengambil sebarang cuti yg diperuntukkan. Namun takdir Allah menentukan segala-galanya. Usah disalahkan takdir, kerana sesungguhnya itu yang terbaik buat aku.

Hari Selasa, 13/5, aku lewat 3min tiba di tempat kerja. 8.03am. Jika sebelum ni aku akan tiba sekurang-kurangnya 15min sebelum bermulanya kerja, namun haritu aku lewat sebab kena p hsptal jap pagi tu. Proses di hospital tidak memungkinkan aku utk tiba awal di tmpt kerja. Nmpknya rekod kedatanganku yg bersih telah tercalar haritu. Haha..

Dan pada haritu gk aku mendapat satu berita yg bukan sahaja memeningkan kepalaku, malah mampu menyebabkan aku takleh nk pk pape sepanjang hari. Mase tu gk segala perkara2/kerja2/masalah2 tertangguh (yg dipaksa untuk dilupakan untuk sementara waktu) datang menyerbu. Berita ape? x yah ar tau sebab kalu btau kat sini pun bukan akan selesaikan masalah. Ya Allah, dosa apa yg telah aku lakukan???

Hari Rabu, 14/5, hari2ku terus suram dengan penerimaan warning letter dari kilang tmpt aku kerja. Uits...lagi ar jem otak ni. Tika aku keseorangan di rumah, (Adik2 aku sume kat asarama, matrik ngan U, x balik lagi. Akak aku sume xde kat umah. Huhuhu...). Ya Rabbi, apa yang perlu aku lakukan???


"Jika kau meminta pertolongan, mintalah dari Allah..."


Hari Khamis, 15/5, Alhamdulillah, segala-galanya kembali normal walaupun masih ada persoalan yang asih belum terjawab. Tidak mengapa, ketepikan dahulu. Masih ada perkara yang perlu didahulukan dan perlu diberi keutamaan.

"Seringkali manusia mendongak ke langit
melihat betapa tingginya sang Bulan
betapa indahnya sang bintang
terlalu memuji keindahannya
sehingga terlupa untuk memuji Penciptanya

Seringkali manusia berkeluh-kesah dengan bala yang menimpa
menyalahkan takdir yg telah ditetapkan
membelakangkan Pencipta tatkala bertindak
sehingga terlupa sinar yang menanti di setiap kegelapan yang menimpa"


Wahai Hati, bersabarlah dengan dugaan dunia ini, kerana ianya pasti tidakkan kekal selama-lamanya seperti mana tidak kekalnya kita di dunia yang hanya dipinjamkan sementara oleh Allah. Hati kan tidak tenang jika tiada ruang diberikan untuk hati mendapatkan apa yang diperlukannya. Apa yang diperlukannya???? Simple but ramai yg selalu terlupa. Makanan Rohani. Tidak perlu dihurai, masing2 sudah mengerti akan maksudnya, namun ramai juga yang menyalahertikannya.

" Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala deenik wa 'ala to'atik"

0 comments: