RSS

Sunday, May 25, 2008

APAKAH ENGKAU TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA???

Di Kamar Sepi

Gelisah di kamar sepi

Bertemankan malam yang dingin

Terlintas di minda detik kematian

Yang entah bilakan menjelma

Sendiri di perut bumi

Bersemadi jasad yang kerdil

Saudara dan teman telah tiada lagi

Terkujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku

Di kubur gelap sesempit itu

Bisakah aku memberi jawapan

Pada soalan malaikat-Mu

Di lapisan mana di neraka-Mu

Kau campak aku kesakitan

Betapa banyaknya dosa-dosaku

tak bisa kumeraih syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia

Yang dapat menyelamatkanku

Oh Tuhanku

APAKAH ENGKAU TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA???


Saturday, May 17, 2008

Mula2 pening, but then...

Minggu ini segala-galanya seakan berterabur dari perancangan. Mengapa? Keadaan hati yg x tenang. Hehe...jawapan yg betul dan tepat. Apabila hari2 anda dimulakan dengan ketidaktenangan, insyaAllah sepanjang hari akan digayuti dengan permasalahan yang berpanjangan. Maka terjadilah insiden2 yang tidak diingini.

Hari Isnin, 12/5, aku terpaksa ponteng kerja. Ponteng? Ketidakhadiran kerna faktor cuaca, keluarga dan kesihatan. Takde ar teruk sangat tapi memungkinkan aku menganiaya diri sendiri jika terus bekerja. Aku bukan workaholic!! Hehe..tak pernah masuk dalam perancanganku untuk ponteng kerana aku merancang untuk menghabiskan LI ku lebih awal dengan tidak mengambil sebarang cuti yg diperuntukkan. Namun takdir Allah menentukan segala-galanya. Usah disalahkan takdir, kerana sesungguhnya itu yang terbaik buat aku.

Hari Selasa, 13/5, aku lewat 3min tiba di tempat kerja. 8.03am. Jika sebelum ni aku akan tiba sekurang-kurangnya 15min sebelum bermulanya kerja, namun haritu aku lewat sebab kena p hsptal jap pagi tu. Proses di hospital tidak memungkinkan aku utk tiba awal di tmpt kerja. Nmpknya rekod kedatanganku yg bersih telah tercalar haritu. Haha..

Dan pada haritu gk aku mendapat satu berita yg bukan sahaja memeningkan kepalaku, malah mampu menyebabkan aku takleh nk pk pape sepanjang hari. Mase tu gk segala perkara2/kerja2/masalah2 tertangguh (yg dipaksa untuk dilupakan untuk sementara waktu) datang menyerbu. Berita ape? x yah ar tau sebab kalu btau kat sini pun bukan akan selesaikan masalah. Ya Allah, dosa apa yg telah aku lakukan???

Hari Rabu, 14/5, hari2ku terus suram dengan penerimaan warning letter dari kilang tmpt aku kerja. Uits...lagi ar jem otak ni. Tika aku keseorangan di rumah, (Adik2 aku sume kat asarama, matrik ngan U, x balik lagi. Akak aku sume xde kat umah. Huhuhu...). Ya Rabbi, apa yang perlu aku lakukan???


"Jika kau meminta pertolongan, mintalah dari Allah..."


Hari Khamis, 15/5, Alhamdulillah, segala-galanya kembali normal walaupun masih ada persoalan yang asih belum terjawab. Tidak mengapa, ketepikan dahulu. Masih ada perkara yang perlu didahulukan dan perlu diberi keutamaan.

"Seringkali manusia mendongak ke langit
melihat betapa tingginya sang Bulan
betapa indahnya sang bintang
terlalu memuji keindahannya
sehingga terlupa untuk memuji Penciptanya

Seringkali manusia berkeluh-kesah dengan bala yang menimpa
menyalahkan takdir yg telah ditetapkan
membelakangkan Pencipta tatkala bertindak
sehingga terlupa sinar yang menanti di setiap kegelapan yang menimpa"


Wahai Hati, bersabarlah dengan dugaan dunia ini, kerana ianya pasti tidakkan kekal selama-lamanya seperti mana tidak kekalnya kita di dunia yang hanya dipinjamkan sementara oleh Allah. Hati kan tidak tenang jika tiada ruang diberikan untuk hati mendapatkan apa yang diperlukannya. Apa yang diperlukannya???? Simple but ramai yg selalu terlupa. Makanan Rohani. Tidak perlu dihurai, masing2 sudah mengerti akan maksudnya, namun ramai juga yang menyalahertikannya.

" Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala deenik wa 'ala to'atik"

Wednesday, May 14, 2008

Warning Letter...

14 Mei 2008, iaitu hari ni, aku menerima warning letter yang pertama dari tempat aku wt LI. Erk...minggu ke-4 dah terima warning letter. Pe yang aku dah wt? Bagaimana ia boleh terjadi? Hehe...best tak dapat warning letter? Soklan yg aku paling "suka".
Shimano, salah satu customer tmpt aku kerja telah "memfailkan" satu aduan berkenaan material yagn dipesannya tidak mengikut spesifikasi yang depa nk. Dan aku sebagai orang yg meng'cek' barang tersebut, perlu memegang tanggungjawab kerana telah 'melepaskan' barang tersebut. Hehe..camne leh aku lepaskan barang tersebut? Hehe..bukan sengaja. Huhu..dan akibatnya,tanggunglah sendiri. Hehe..xpe2 pengalaman kena marah dengan bos. Bukan senang nk jumpe bos besar. Haha...

"Setiap manusia bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukannya. Dosa dan pahala akan diberikan kepada kalian setimpal dengan apa yg kalian kerjakan.."

Ayat yg secara langsung telah menidakkan kepercayaan agama kristian bahawa Nabi Isa itu penebus dosa bg penganut agama Kristian. Dan ayat ini jugalah yg telah mengubat kedukaan ana akibat kena marah tadi. Sebenarnya tak de ar sedih sangat coz selamani memang telah dajar utnukmenerima herdikan orang. Hehe...

Ok,,, lewat dh. Terpaksa pulang walaupun banyak yg ingin dibicarakan. Salam

Saturday, May 10, 2008

Esok Hari Ibu..

Ahad minggu ke-2 bulan Mei akan disambut oleh umat Islam sedunia sebagai hari Ibu. Hari sok la ramai yang bagi layanan istimewa kat ibu/mak/bonda/ummi masing2. Mmmm...kalu nk diikutkan, tak payah nk tunggu diisytihar hari ibu baru nk bagi layanan tu sume. Sepatutnya hari2 kena bagi layanan istimewa. Kenapa? Walaupun budaya bertanya tu baik, tapi soklan ni tak yah tanye la sbb jawapan dah terang2.

Sejarah Hari Ibu
Aku malas nk komen pasal sejarah sambutan hari ibu ni sebab ramai dh orang komen pasal benda ni dan aku takkan komen pape. leh carik sendiri melalui media massa tanpa sempadan ni. Percaya atau tidak, terpulang kepada pertimbangan akal fikiran masing2. tapi yang pasti pendirianku,

" barangsiapa yang mengikut apa yang dilakukan oleh orang2 bukan Islam terhadap sesuatu yang tidak memberi manfaat, tiada nas yang sahih dan berasaskan kepada sebab dan musabab yang bertentangan dengan pegangan Islam yang sebenar, serta mampu memesongkan aqidah, mereka tergolong dalam golongan yang sama"

Ini pendirian dan pandanganku. Tidak merujuk kepada mana individu mahupun pihak. Dh aku cakap tadi, pertimbangkan sendiri. Tapi pertimbangkan dengan ilmu yerr...

Jangan cepat menghukum

Aku bukan bermaksud untuk menghukum sape2, just ni sebagai peringatan kepada diriku sbb aku ni bukan sekuat mana. Iman masih terlalu rapuh. Aku just takut aqidahku terpesong jika aku terlalu berlembut kepada diriku ini kerana aku telah melaluinya beberapa kali. Sahabat yang pernah bersama-samaku ketika berlakunya perkara tersebut, rasanya lebih faham dengan situasi aku ni. Hehehe...tak salahkan jika kita keras kepada diri sendiri tapi berlembut kepada orang lain? Suka ati ko lah !! Haha....

Huhu...Sekali lagi adikku kaco lagi. Ish3. De meeting plk die ni. Mengalahkan YB. Terpaksa balik dulu. Dan kata akhir, jadikan hari2 yang mendatang sebagai Hari Ibu kalian kerana ibu2 kalian dan kalian juga tidakkan selamanya berada di atas muka bumi ini. Masa yg kita ada sememangnya terlalu pendek, namun terpulang pada kita untuk memnfaatkannya.

Ok, salam untuk semua.

Sunday, May 4, 2008

Bermusafir Menenangkan hati...

Penat tapi hati senang. Boleh ke camtu?? Hehe...Boleh3. Berjalan-jalan melihat kebesaran Allah merupakan salah satu cara yang paling baik untuk menenangkan hati yang sedang resah. Haha..ayat novel, pinjam kata2 along aku. Seorang yang suka berkarya dan amat berbakat dalam berkarya. Adik die ni just berangan je nk jadi seorang p'karya kerana pada hakikatnya diri ini tidak berbakat. Alhamdulilah, manusia dijadikan berbeza-beza. Aku dan dia bukan orang yang sama.
Kalu minggu lepas aku ke Melaka, minggu ni aku ke Kajang. Minggu depan? Hehe..dah de plan lain. Masa yang ada di rumah jangan didia-siakan. Jangan jadikan kesibukan ber'LI' membataskan kerja2 anda. Bukan Latihan Industri je perlu, Latihan2 yang lain juga perlu. Haha..pebende aku merepek ni. Sejak duk umah, x banyak aku leh post. Alaa...sebelum2 ni pun bukan post bnyk bende pun. Just merepek2 yg bukan2. Haha..nmpk sangat hati tu tak tenang.
P merayau merata-rata setiap minggu. Watpe? P jumpa kawan menyelesaikan maslah semasa. Haha...cam banyak je masalah. Sebenarnya bukan menyelesaikan masalah, tapi menerangkan dan menjelaskan apa yang tidak terang dan jelas. Mmm...boleh la dikira sebagai menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, pertemuan ringkas dan padat. Ringkas?? Bolehla ringkas berbanding perjumpaan2 yang sebelumnya. Yg penting ia tidak sia2.
Perjumpaan pada minggu ini membongkar beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam kerancakan mereka2 menjalankan gerak-kerja Islam. Apa dia?? Masalah pertama, ................Alamak...dh kul 912mlm. Xsempat nk cite sume. Len kali je. Adik kat sebelah dh tunjuk muka boring. Dh lewat malam. Betul ke dh lewat?? Hehe...
Ok. Cuma yg pasti, jadikan apa yang menimpa orang lain sbg satu didikan kpd kita. Hidup bukan sahaja akan terbentang apa yang ita nk. Kadangkala, apa yang kita x nk akan lebih dekat kepada kita kerana bukan kita yg menentukan apa yang perlu untuk kita, tp ALLAH yang menentukan segala2nya.

" Innalilmuttaqiina mafaaza..."(An-Naba')
Maka janganlah kalian membuang masa, kerana apa yang terhidang untuk orang2 yang bertaqwa itu amat indah. Jangna membuang masa dengan berangan2, tetapi gunakan masa untuk beramal.