RSS

Thursday, December 18, 2008

Ketenangan itu...



“Orang yang berjihad itu tidakkan kalah dengan ancaman orang yang mengancam, tidakkan kalah dengan kekuatan lawan, tetapi akan kalah dengan kelalaian diri sendiri…”


Hujung minggu yang lalu, bait-bait kata tersebut menerjah gegendang telingaku, lantas tertancap kemas di kotak ingatan, menerbangkan fikiranku pada perumpamaan yang dibuat oleh Ustaz Rahmat Abdullah di dalam filem Sang Murabbi; Jika diibaratkan pejuang dakwah itu monyet dan angin itu pula ujian yang datang menimpa, akan berpaut kuatlah monyet itu tatkala angin taufan atau putting beliung melanda dirinya. Akan diperkemaskan pegangannya pada dahan pokok tempatnya berpaut. Tetapi jika angin sepoi2 yang bertiup, nyaman, monyet itu akan dibuai kelekaan dan ketika itulah monyet itu bisa lupa pada pegangannya di dahan pokok lalu jatuh menyembah bumi (Setelah diolah menggunakan ayat sendiri. Huhu..)


Dush!! Bukan tamparan, tetapi tumbukan yang hinggap ke muka. Terasa?? Bukan sahaja terasa, tetapi ‘makan dalam’ sungguh perumpamaan tersebut, berbekas di hati. Mahu disangkal, apakan daya kerna itu satu kebenaran. Masih berdalih? Selaklah lembaran2 sejarah. Keruntuhan Andalusia, kejatuhan kerajaan Abbasiyyah, empayar Rom, kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, berlaku tatkala pimpinan dan rakyatnya asyik dan leka dgn nikmat dunia. Owh, sejarah mungkin berulang. Tumpasnya diri sendiri? Pada kealpaan, kelalaian, tiupan nyaman angin kenikmatan mainan dunia.



“Aik, gembira nampak? Mesti result best ni, sebab tu gembira semacam je. Status cam bahagia jek. Hehe..” Teguran sahabat sebilik menyebabkan aku tergelak sendirian. Berhenti sebentar dari membuat progress report utk projek tahun akhir aku. Result penuh utk exam sem lepas baru sahaja diumumkan petang tadi dan yg pasti keputusanku tidaklah spt yang org lain sangkakan. Sijil dekan? Bukan, bukan dan bukan untuk sem lepas. Next sem x tau lagi. Hehe…. Mmm..maybe aku nampak macam gembira sbb sejak keputusan tu diumumkan, aku asyik ber’karatakoke’ je. Gembira? Bahagia? Siapa yang mampu menggembirakan hati sendiri jika tidak diri itu sendiri yang menggembirakan hatinya, dengan izin-Nya.


“Jika dengan tersenyum anda boleh mendapat kebahagiaan, mengapa tidak melakukannya sekarang? Tersenyumlah sekarang supaya anda menjadi orang yang bahagia..”


Yang pasti, seperti telah terlepas satu bebanan di benak fikiran aku tatkala mendapat khabar keputusan telah keluar. SubhanAllah, indahnya kurniaan-Nya. ketenangan dari-Nya tanpa sebarang bayaran. Keputusannya? Siapa aku untuk mempersoalkan apa yang telah ditentukan untuk aku? Daripada bermuram durja, melayan perasaan runsing, berkeluh –kesah meratapi apa yang telah berlaku dan tidak boleh diulang kembali, lebih baik gunakan masa tersebut untuk menyusun apa yang perlu dibuat dan diperbaiki pada masa-masa akan datang. Hidup ini singkat, dan jangan singkatkannya lagi dengan bersedih. =)


“Kegelisahan itu kembar kepada keputusasaan.” (Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)



Owh, tulisan beliau banyak mempengaruhiku. Huhuhu…Telah dua sem aku menyahut cabaran seorang sahabat utk mengatasi keputusannya, namun masih gagal memenuhi cabaran tersebut. Owh, aku bukan belajar kerana dia, ataupun kerana cabarannya, tapi itu sekadar penggalak/motivasi kepada diri aku untuk perbaiki keputusan aku. Walaupun akhirnya keputusan dia yang bertambah-tambah cemerlang (Tahniah coz sem 7 dapat masuk dalam dean list! Salute!!), untuk aku putus asa, masih terlalu awal. Ada 1 sem lagi. Sem terakhir untuk merealisasikan cabaran tersebut, insyaAllah. Aku yang dulu dah kembali!! (Saje merepek. Orang2 tertentu je yang akan faham..)


Oklaa..Selamat kembali pada sahabat-sahabat university APEX yang akan memulakan sem ke-2 bagi sesi 08/09 pada 22hb ni. Semoga rehatnya kalian pada cuti yang lepas bukanlah rehat yang melemahkan jiwa dan semangat, namun diharapkan ia adalah charger untuk memulakan segala-galanya dengan lebih bermakna. Biarkan rehat itu menjadi masa untuk menyeka peluh masam di raut wajah, merawat luka yang parah, mengelap darah hanyir di mata pedang, supaya langkah ke hadapan lebih gagah, lebih berani dengan pedang tajam terhunus di tangan!! Jangan biarkan luka2 dalam perjuangan yang lepas terus berdarah, bernanah kerna ia bukan sahaja menyukarkan langkah kalian, malah akan menimbulkan kesulitan yang berpanjangan.


Bagi yang berjaya melalui perjuangan lepas dengan bendera kemenangan, usah terleka dengannya. Jangan biarkan diri menjadi ‘monyet’ yang terjatuh akibat tenangnya angin yang bertiup, tidak juga jatuh kerna leka menikmati buah yang masak ranum. Bagi yang terjatuh dan telah merasa peritnya jatuh ke tanah, jangan terus menangis di perdu pokok. Pokok itu akan tetap menanti supaya dijadikan medan perjuangan. Pilihan ada di tangan dan kaki masing-masing, dengan berpaksikan pada hati yang dipandu dengan iman. InsyaAllah…


“Aku bahagia menjadi seorang yang serba sederhana. Kemahuanku sederhana, kesihatan dan kehidupanku pun sederhana. Aku mempunyai banyak perkara walaupun hanya serba sedikit. Tetapi aku mempunyai SEMANGAT BESAR. Sedang semangat itu adalah hidup itu sendiri. Semangat yang ada dalam diri kita adalah penggerak utama kehidupan kita. Semangat merupakan bahan bakar yang mampu mengolah sesuatu menjadi kebahagiaan.”

(Mustafa Mahmud, pujangga Arab)



Wassalam…




Wednesday, December 17, 2008

.....................................


Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan, dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuannya,
Allah ada jalan penyelesaiannya.
Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru, kecewa,
Allah adalah jawapa
nnya.
Semoga tabah menghadapi tarbiyyah dari-NYA.

Kita sering mahukan hari yang CERAH,
tapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan
tapi Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN.
Kita sering menginginkan KETENANGAN, hakikatnya diri penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN,
tapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan.
emua itu bukan satu HUKUMAN,
tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH
supaya kita lebih BERIMAN..

Semoga tabah menghadapi tarbiyyah dari-NYA.



"Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau yang akan terjadi..Tinggalkanlah rasa duka semampumu keranan memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah esok DIA akan tetap menolongmu.."
(Imam Syafi'e)



Thursday, December 11, 2008

Biduk Lalu (Borak Sorang2)



Tekan butang ‘ENTER’. Keluar window, “The license server manager (lmgrd) has not been started yet, the wrong port@host or license file is being used or the port or hostname in the license file has been changed. (error code = -15)”. Huhuhu..bla la gaknye bleh guna ni. Susah2 sangat, wat keje kat lab jelah. Huk3…


Dalam duk belek2 manual CST ni, adik aku sms. Dia ada di rumah. Tengah cuti semester sampai bulan Januari. Pelik. Kenapa university dia suka bagi cuti lama2. Lain plak ceritanya dengan university APEX ni. . “Itulah istimewanya university APEX,” komen seseorang. Huk3..dan bila adik aku sms ni, teringat plak waktu aku cuti2 Malaysia sambut raya kat umah (Hari ni raya ke-4, masih tak leh posa lagi. Aku hampir terlupa. Huk3..)



Raya Haji/Korban. Medan terbaik untuk berjumpa kaum keluarga. Tapi tahun lepas, aku tak balik beraya. Tahun ni, Alhamdulillah, idul adha jatuh pada waktu cuti semester. Dan dengan perancangan-NYA, iduladha jatuh pada hari isnin+cuti sekolah. Yg sekolah menengah, kompem2 dh kat umah. Adik aku yang kat matrik dapat balik jugak (15 minit je dari rumah ke matrik. Kalau x balik, x tau ar nak cakap pe. Ish3..). Dan seperti yang dirancang, malam raya kami buat bbq. Aku kuarkan idea, akak aku kuarkan duit, Adik2 aku kuarkan tenaga. Perkongsian pintar. Hehe..


Dan malam tu, kami membakar apa sahaja makanan yang boleh dibakar. Dalam rintik2 hujan, kami gagahkan diri memasak di bawah balai berbumbung (pendek kata, tak kena hujan laa..). Masak2, makan2, borak2, amik2 gambar (terdelete plak b4 sempat transfer ke pc. Huk3..), gosip2, sakat2 dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan. Namun, tiada acara sukaneka. Tidak sesuai pada waktu tersebut. Ketika hampir selesai aku, keluargaku dan kucing2ku meratah apa yg telah dimasak, datang pula pakcikku. Rumah dia tak jauh sangat. Seberang sungai belakang rumah aku je, tapi dia baru balik dr rumah mertuanya kat kampong sebelah. Sambung makan2 sambil borak2. Area pukul 10, pak cik aku balik. Selepas itu, suma jadik ular sawa. Melingkar di tempat2 yang strategic. Hujan turun dengan lebatnya (Hujan tak berhenti sampai petang raya..). Seolah-olah menyuruh kami melabuhkan mata lebih awal. Tido awal utk acara esok hari.


Keesokan harinya, habis solat, acara bermula kembali. Dalam kesejukan pagi (hujan tak berhenti lagi), kami bergotong-royong masak apa yang patut. Takde yang istimewa sangat. Ketupat, lodeh dan ayam masak merah. Tak buat rendang, banyak kolestrol. Dan tengahari tu akak aku balik dari kampong mak mertua dia kat Pontian, bawa nasi burasak (aku agak je nama dia cmni. Huhu…). Makan2, tukar2 cerita. Nak pegi beraya tak dapat coz hujan lebat, x dapat keluar. So, berayalah di rumah bersama keluarga tercinta. Habis cerita raya.


Bukan keseronokan beraya yang aku nak cerita, tapi keseronokan bersama keluarga. Balik cuti sekali-sekala di rumah, jika hanya digunakan utk makan tidur, tak de maknanya. Manfaatkan masa bersama. Kalau boleh, setiap kali balik rumah, ada sesuatu yang menarik yang dilakukan, yang bisa mengingatkan kita pada betapa indahnya saat2 bersama, betapa beertinya mereka pada kita dan betapa bermaknanya kehadiran kita pada mereka. Ada sumbangan/tandamata yang kita tinggalkan buat keluarga di rumah. Tanda bahawa kita begitu menghargai dan menyayangi ikatan tersebut, walaupun hanya sekadar gelak-tawa hasil usikan2 nakal. Terutama mak dan ayah kita. Aku tahu, ramai yang susah nak lafazkan rasa sayang dan cintanya pada mak ayah sendiri. Bak kata UNIC, Lafaz yang Tersimpan


Lafaz Yang Tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari l

afaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rah

sia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar

tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang anda

i dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Seringkali aku dengar, kes bergaduh adik-beradik, kecik ati dengan mak ayah, dengan adik-beradik dan masalah2 keluarga yang lain. Natijahnya, hidup rasa macam tak best je. Benar, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ahli keluarga. Keluarga mana yang tak pernah dilanda masalah, namun kebijaksanaan ahlinya yang dituntut dalam menangani masalah tersebut. Perselisihan pendapat, berbeza fahaman, berlainan parti politik, bukan alasan untuk memutuskan tali persaudaraan. Bukan alasan untuk menidakkan kenyataan bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh itu sama dengan darah yang mengalir di dalam tubuh kita. Kesilapan masa lampau juga sering dijadikan sebab tercetusnya persengketaan. Lupakah pada peribahasa “Buang yang keruh, ambil yang jernih”?


Benar, “Carik-carik bulu ayam, akhirnya akan bercantum jua”, tapi carikan itu tidakkan bercantum jika bulu ayam itu telah terkena gam tatkala tercarik dan mengeras sebelum bercantum. So, sebelum tercarik, pastikan bulu ayam itu digam dahulu. Ikutlah perumpamaan, “Biduk lalu, kiambang bertaut,”.




Jika harta benda mampu kita korbankan, mengapa tidak kita korbankan sifat ego di dalam diri dalam memastikan hubungan kekeluargaan tersebut terus berpanjangan. Memang perit jika terkorban dalam pengorbanan, namun jika niat kalian ikhlas kerana Allah, usah ditangisi peritnya pengorbanan itu.


Kesimpulan, pandai2 simpulkan sendiri ye. Ok, nak sambung balik baca manual CST ni. Wassalam



Manusia Mudah Lupa


Menekan tetikus, membaca akhbar2 harian, mengikuti perkembangan reaksi alam terhadap perbuatan manusia, aku tertarik dengan pendapat jurunilai hartanah Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn Bhd, Ganesh Chinnappan; “"Pada pendapat saya, harga hartanah di sana (kawasan sekitar Bukit Antarabangsa) akan susut dengan ketara tetapi tidak dapat menjangkakan peratusannya. Namun, saya percaya fenomena ini tidak akan berpanjangan," (Berita Harian, 10/12/2008)


"Pada hakikatnya, persekitaran Hulu Klang menjadi kawasan perumahan pilihan kerana suasana persekitaran dan iklim yang selesa. Masyarakat kita mempunyai daya ingatan yang pendek, kawasan terbabit terus menjadi pilihan walaupun sudah berlaku beberapa kejadian tanah runtuh,”

(Ganesh Chinnapan)


Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beliau. Beliau merujuk kepada tragedy Highlands Towers. Manusia tidak mahu berumah di tanah tinggi. Berisiko. Ada yang mengatakan ini peringatan dari Tuhan. Lantas sejadah dibentang, memohon keampunan dari-NYA. Alhamdulillah, keinsafan itu hadir dengan izin-NYA. Namun malang sekali. Perasaan ‘insaf’ hadir hanya seketika. Hanya pabila bencana melanda, hanya pabila diri dalam kesusahan. Bila kesenangan mengambil alih, sedikit demi sedikit ‘keinsafan’ itu hilang. Maka, berputar semula roda2 masa. Berulangkali masuk ke dalam lubang yang sama.


Masih mahu menyangkal kebenaran ini? Ok, mari kita soroti peristiwa2 yang lain, yang menunjukkan bahawa manusia ini sering lupa dan amat perlu akan peringatan/tazkirah. Peringatan yang bagaimana? Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2-NYA.


Tsunami.

Ramai yang mengatakan itu signal dari Allah. Peringatan terhadap maksiat2 yang berleluasa. Kesan daripada kebobrokan akhlak manusia. Natijah permusuhan sesama saudara. Akibat dari kerakusan tangan2 manusia yang merobek hak alam tanpa belas ikhsan. Seluruh dunia sibuk mencari penyelesaian. Satu persatu cadangan diberi, digubal dan dilaksanakan. Masa terus berjalan dan 4 tahun telah berlalu. Keadaan seperti sudah kembali kepada keadaan sebelum berlakunya Tsunami. Tidak percaya? Bandingkan sendiri.


Banjir Besar di Johor (Sbb aku orang Johor. Hua3..)

(Paras air di sungai belakang rumahku pada 10 Zulhijjah. Tambah lagi 1 kaki, insyaAllah banjir umah aku. Huhu..)


Bukan sahaja Johor, Melaka N9, sebahagian Pahang & tmpt2 lain yang biasa banjir. Ramai mangsa banjir (terutama yang 1st time jadi mangsa banjir) menyatakan keinsafan. Sedar bencana itu adalah peringatan dari Allah. Menunjukkan bahawa tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Masjid2 penuh tatkala solat 5 waktu. Alhamdulillah. Namun, semuanya tidak kekal lama. Tidak sampai setengah tahun, masjid2 dan surau2 sudah kembali seperti sediakala. Kosong. Hanya Imam dan bilal yang setia pada setiap solat waktu. Mana pergi yang lain? Ghuyub….


Dan sekarang, tanah runtuh pula menjadi liputan utama. Ayah aku kata, peristiwa2 ni balasan angkara ketidak syukuran manusia terhadap nikmat2 yang Allah kurniakan. Sebab2 yang ayah aku berikan memang betul dan aku boleh terima kecuali kes tanah runtuh di Selangor. Haha..maaf, perbualan tersebut tidak dapat disiarkan di sini. Abaikan yang tu. Apa yang aku nak focus kat sini adalah sikap manusia yang sering lupa. Lupa akan peringatan2 yang telah diberikan, lupa akan ‘lubang’dan ‘jerat’ yang pernah menyebabkan tubuh merana, lupa akan janji2 yang pernah dilafazkan, dan seringkali menjadi seorang hamba yang lupa.



uhh..kantukku sudah tidak mampu ditahan. Tidak mampu untuk mengulas lebih panjang. Perjalanan pulang ke kampus pada hari ini yang lari dari apa yang dirancang benar2 mencabar minda dan fizikal. Mmm..mungkin juga ini salah satu ‘peringatan’ buatku. Supaya tidak alpa dengan nikmat2-NYA. Astaghfirullah…

wassalam…