RSS

Saturday, January 14, 2012

Marah itu Buruk Akibatnya,,

Bila marah, lebih baik diam. Kalau tak, rasa marah itu akan membakar apa sahaja yg disentuh oleh ‘lidahnya’ atau ‘tangannya’. Tapi jarang orang bertindak mendiamkan diri ketika marah, sehingga menjejaskan org lain. Aku juga tidak terkecuali. Di petang Jumaat yg mendung, emosi aku juga turut mendung. Selama 2 hari, dari pagi bertapa di lab, berhenti sebentar ketika rehat+solat dan menyambung semula kerja sehingga lewat petang. Namun, hasilnya agak mengecewakan. Tekanan mula dirasa, ditambah lagi dengan beberapa perkara yang sudah beberapa hari bersarang di kepala, serta perut yang kosong minta diisi. Tahap kebulur sket2. Di kala otak sedang berserabut, tiba2 timbul satu isu. Simple je isu dia, tp disebabkan fikiran tengah tak waras, tak pasal2 ada orang kena marah. Bak kata org, benda tengah panas, lekat dengan apa2 pon, BOMM!! Akan meletup. Namun, beberapa minit selepas perasaan marah itu dihamburkan, terbit rasa menyesal. Astaghfirullah, apa salah sahabat tu, x pasal2 kena marah. Sahabat, mohon maaf ya. Kewarasan berfikir hilang sebentar.

“Tidak ada salahnya perasaan marah, yang jadi salahnya bila marah pd satu benda melarat ke benda yang lain... ALLAH tlh b'janji sabar itu tidak sia2 tp kalau xbole sabar, what to do.... *meletup sbb sempit jiwa, luaskan ia dgn m'beri maaf*”

(Kak sitisifir10)

Ketika sedang merawat jiwa, tiba3 terbaca status di atas di fb k.fizah. Lagi la sentap. Huhu..walau apa pun alasannya, memarahi orang lain hanya disebabkan kita stress/sedang marah adalah satu tindakan yg tidak wajar. Kepada sahabat tu, mohon maaf banyak2 sekali lg. Marah kat saya lg x? Huhu..


Cuba tengok video ni. bayangkan kalau kebaikan yang dilakukan oleh orang yang pertama itu ditukar dengan keburukan yang dilakukan oleh seorang yang sedang marah. Rasanya, keburukan itu akan bersambung bersambung dan bersambung sehinggalah ada yang memberhentikannya. Astaghfirullah..

Oleh itu, marilah kita sama2 mengawal diri ketika berada dalam keadaan tidak waras. Istighfar banyak2, ta’awuz banyak2. Jika tidak mampu reda, ambillah wudhu’. Moga air wudhu’ yang mengalir itu akan memadamkan api kemarahan yang sedang hangat membakar jiwa. Jika tidak, ikutilah saranan Rasulullah (riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud), “Apabila salah seorang diantara kalian marah dalam keadaan berdiri duduklah, jika belum hilang maka berbaringlah.” Jika keadaan tidak membenarkan kita duduk atau berbaring, cukuplah sekadar dengan hanya mendiamkan diri. Perkataan yang keluar dari mulut orang yang sedang marah, kebiasaannya lebih ‘hangat’ daripada biasa. Ia mampu membakar telinga dan hati2 yang mendengarnya.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu berbicara yang benar ketika marah dan ridha.”

(Hadits shahih riwayat Nasa’i)

0 comments: