RSS

Saturday, December 31, 2011

Skru


Jam hampir menunjukkan pukul 1100mlm. Selepas ‘menyejukkan’ laptop selama beberapa jam, akhirnya laptop dibuka kembali dan mula membuka file kerja2 yg ditangguhkan akibat suhu laptop yg semakin tinggi. Tdak sampai 15minit, tiba2 dirasakan meja yg digunakan utk membuat kerja, senget sebelah. “Allah… kenapa pulak ni?”. Berhenti dari membuat kerja. Setelah diperiksa, rupa2nya skru yg menyatukan kaki meja dgn meja telah tercabut. Kaki jadi tidak stabil dan hampir rebah. Nasib baik cepat perasan. Kalau tidak, rebahlah aku bersama meja2 tu sekali.

Bergegas turun ke dapur utk mengambil screw driver. Hanya jumpa 2 batang. Baru teringat. Set screw driver ada di lab. Yg tinggal hanya yg bersaiz besar. Xpalah, daripada xdak. Guna ja apa yg ada. Kembali ke meja dan cuba membetulkan apa yg patut. Setelah diperiksa, daripada 5 skru yg digunakan utk mem’fixed’ kaki tu, 1 tertanggal, 2 longgar hamper tercabut dan 2 lagi longgar. Parah. Dengan menggunakan screw driver yg tidak cocok saiznya, aku berusaha utk membaiki meja tersebut. Ya, segala mak nenek tools aku suma di sekolah. Takkan nk g amik kat sekolah malam2 buta ni. Gunakan apa yg ada walaupun sedikit sukar. Alhamdulillah, akhirnya selesai.

Oleh kerana meja masih tidak stabil dan aku telah memindahkan laptop ke meja lain, aku teruskan kerja di meja yg satu lagi. Duduk sahaja di kerusi, terasa ada yang tidak beres. Setelah diperiksa, kerusi longgar. Sekali lagi cuba mencari allen key set. Allah, teringat tools yg berada di skul. Mencari sisa2 besi yang ada di rumah. Alhamdulillah, jumpa dan kerusi selesai diperbetulkan. Lihat jam, sudah jam 12mlm. Masa utk tidur. Turn off pc. Baring di tempat tidur, sambil berfikir.

5 skru diperlukan utk memastikan kaki meja tegap, kukuh utk menampung beban. Namun, akibat beban berlebihan, ia menjadi semakin longgar. Jika longgar satu, lama kelamaan yg lain akan turut longgar jika tidak dibetulkan. Akhirnya, satu persatu jatuh. Begitu juga dengan solat kita yg 5 waktu itu. Solat itu tiang agama. Jika rapi 5 solat itu, insyaAllah diri akan mampu menempuh ujian hidup ini. Ya, sebagai manusia, tidakkan terlepas dari melakukan dosa. Dosa2 itu akan membebankan diri, namun, Allah itu Maha Pengampun. Jika kita memohon ampun dari-NYA, insyaAllah akan ditunaikan. Solat itu merupakan salah satu cara utk kita memohon ampun dari-NYA. Namun, jika terlalu banyak dosa yang kita lakukan, tanpa dipohonkan keampunan untuknya, terlalu berat beban yg perlu ditanggung diri. Dosa yang sedikit, jika dilakukan berulangkali, akan menjadikan hati kita keras, gelap, hitam. Bila sudah terlalu hitam hati itu, solat mula diringan2kan. Semakin longgar. Mula2 hanya satu solat yg tersisih, lambat ditunaikan. Jika tidak ditangani, ia akan merebak. Kemudian 2, 3, 4, dan setiap waktu solat pula diabaikan. Dan akhirnya ditinggalkan satu persatu. Nauzzubillah..Sekadar contoh yg mudah, bagaimana perkara2 luar meracuni jiwa, langsung melemahkan jiwa.

Oleh itu sahabat2, perlunya diri ini, memeriksa setiap aktiviti yang dilakukan seharian. Muhasabah diri setiap hari. Adakah hari ini ‘beban dosa’ yang kita kenakan kepada diri sudah dipohonkan keampunan utknya? Mengumpat. Sudahkah memohon maaf dari tn empunya diri? Meninggikan suara dengan mak ayah, sudah minta ampun? Terdetik rasa ujub di dalam diri, sudahkan memohon ampun dari-NYA? Muhasabah, dan teruskan muhasabah tersebut. Astaghfirullah..Ditakuti hati ini menjadi keras, kebal dari menerima nasihat, akibat dari dosa2 yg terlalu banyak. Ditakuti diri tidak mampu utk menerima bebanan dosa yg telah dilakukan. Ditakuti diri kan rebah, lantaran dosa2 yg terlalu bnyk dilakukan. Astaghfirullah..

Mari kita sama2 perbaiki diri. Seruan utk diri ini sebenarnya, namun mahu dikongsikan bersama2 sahabat semua. Muhasabah, dan bertindaklah utk memperbaiki diri.

0 comments: