RSS

Wednesday, December 28, 2011

Persediaan Menghadapi yang Pasti

Hujung minggu yang lepas, berkesempatan pulang ke kampung sebentar. Kepulangan yang tidak dirancang. Last minute. Mendapat khabar bapa mertua kakak aku kembali ke rahmatullah. Sebaik mendapat berita, bergegas pulang ke kampung. Pergi menziarahi keluarga arwah bersama ayah aku. Dalam perjalanan pulang, ayah aku mengkhabarkan bahwa salah seorang jiran aku juga baru meninggal dunia 2 hari yang lepas. Innalillahi wainnailaihiraji’un. Termenung sebentar aku mendengarnya.

Keberangkatan pulang kita ke alam abadi bukan satu perkara yang pelik. Ia adalah perkara yang Allah tetapkan dan perlu dilalui oleh setiap makhluk. Bila, di mana, bagaimana ia datang, tidak perlu kita persoalkan, kerana tidak seorang pun tahu bila kita akan dijemput pulang oleh-NYA. Namun yang penting adalah persediaan kita. Persediaan kita utk berada di alam sana. Amal kita, akhlak kita, solat kita. Apakah segala-galanya cukup? Astaghfirullah..

Perkara pertama yang dipersoalkan ketika di sana nanti adalah berkaitan tentang solat. Semua orang tahu tentang perkara ni. Tapi berapa ramai yang berusaha utk menajdikan solat kita itu sebagai solat yang terbaik setiap masa? Ya, terbaik setiap masa.

Ketika sekolah, seorang kakak senior selalu mengingatkan, kalau merasakan bnyk perkara lagha yg kita lakukan, bnyk perkara maksiat yang kita lakukan, cuba check balik solat kita. Yang dimaksudkan di sini adalah kualiti solat kita. Sempurna atau tidak. Khusyuk atau tidak. Di awal waktu atau dilewat2kan. Sesungguhnya, jika solat itu dilakukan dengan sempurna, dari segala segi, ia akan mencegah kita dari perbuatan mungkar. Innas-solaata tanha ‘anil-fahsyaa-i wal-munkar. Sesungguhyna solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Ayat itu bukan main2, bukan tipu2, sbb ayat2 dari Allah adalah benar. Ia juga bukan hanya sekadar tempelan di pintu2 masuk surau, hiasan dinding masjid mahupun pelengkap aksesori di mimbar. Namun, oleh kerana kita sudah terlalu biasa melihatnya, jarang kita memerhatikannya, mentadabbur maksudnya. Astaghfirullah..

Ketika di kampus, seorang sahabat pula mengingatkan. Jika kita rasakan satu2 hari tu rasa cam x kena, cuba kita check balik solat subuh kita. Di awal waktu kah, subuh gajah kah, solat dalam ngantuk2 pastu tergolek kat sejadah kah, ataupun solat yang dilakukan dengan sempurna? Tepuk dada, tanya iman. Apa2 pun, semunya berbalik kepada solat. Astaghfirullah…

Pernah sekali membantu sebuah program berkenaan tentang solat sempurna. Terdetik rasa sedih dan sedikit kesal. Adik2 yang sudah bersekolah menengah masih tidak tahu cara utk bersolat. Itu hanya pemerhatian yang dilihat dari sebuah kelompok yang kecil. Bayangkan betapa ramai lagi yang masih tidak tahu bersolat walaupun di dalam ICnya terang2an tertulis bahawa dia beragama Islam. Astaghfirullah..Dalam sebuah negara yang diwara2kan sebagai sebuah negara Islam yang moden, perkara yang menjadi tiang agama itu kelihatannya amat rapuh.

Oleh itu, jagalah solat kita, tak kira dalam keadaan apa pun. Kita boleh meluangkan masa berjam2 di hadapan komputer, menonton TV, tidur, berborak bersama kwan2, keluar bersiar2, tapi seringkali solat yang mengambil masa tidak sampai 10minit itu diketepikan. Astaghfirullah..Marilah kita sama2 jaga solat kita.

Aku bukan berkata dengan maksud solat aku sempurna, namun lebih kepada peringatan kepada diri. Ya, peringatan kepada diri sendiri, peringatan kepada diri sendiri, peringatan kepada diri sendiri.


0 comments: