RSS

Thursday, September 30, 2010

Bagaimana Mahu Ikhlas??

Kadangkala diri seakan hilang punca.

Apa yang dilakukan seakan tiada tujuan

Tiada hasil.

Sia-sia.

Teman yang diharapkan bisa membimbing diri ini,

Seolah-olah semakin jauh.

Jauhh..

Tika itu, diri merintih,

Meratap,

Merayu,

Namun tidak tahu ke mana harus diluahkan segala-galanya.

Teman?

Mampukah mereka memahami gelora hati ini?

Ibu dan ayah?

Ahh..terlalu banyak diri ini mengundang masalah kepada mereka.

Murabbi?

Mampukah diri ini membuka mulut,

Mengatur bicara tika berhadapan dengannya?

Gundah hati memikirkan

Tiada tempat mengadu.

Tiada tempat dituju,

Namun hati ini sering lupa.

Sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah

Kerana Dialah yang memegang hati ini.

Menangislah,

Merataplah,

Merintihlah,

Merayulah kepada-NYA,

Kerana Allah tidak akan menghampakan hamba-hamba-Nya,

Yang benar-benar ikhlas memohon kepada-Nya.


Ikhlas. Mudah diperkata, sukar direalisasikan. “Ikhlaskan diri, kalau tak, anda tidak akan dapat apa2,”. Ayat itu seringkali didengar. Ya, pernah ditanya dan bertanya, bagaimana rupa ikhlas itu? Bagaimana mahu menghadirkan keikhlasan di dalam diri, di kala hati seolah-olah tidak dapat menerima apa yg berlaku?


Sedikit perkongsian, bagaimana utk menghadirkan keikhlasan di dalam diri. Sumber dari buku “Berguru kepada Sahabat Nabi SAW”, karangan Sayid Muhammad Nuh.


Apabila nafsu kita membisikkan sesuatu selain keikhlasan, maka kita harus mengingatkannya dengan beberapa perkara.

  1. Ingatkan kepada nafsu, Allah Maha Mengawasi, Mengetahui, Mendengar dan Melihat.
  2. Ingatkan kepada diri, orang yang riya’ dengan amal perbuatannya/membicarakan amal kebajikannya kepada orang lain pasti akan menerima aib di dunia sebelum mendapat celaan di akhirat.
  3. Ingatkan kepada diri, kekalahan yang menimpa umat Islam sekarang adalah akibat perbuatan tangan kita sendiri.
  4. Ingatkan kepada diri, ketidakikhlasan dapat menghilangkan pahala amal perbuatan, baik sedikit atau banyak amalan tersebut.
  5. Ingatkan kepada diri, orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang pertama sekali dibakar dalam api neraka.
  6. Ingatkan kepada diri, pada hari Kiamat nanti, orang-orang riya’ akan berkumpul di neraka jahannam.

InsyaAllah yang lain akan disambung selepas2 ni. Mahu pulang sebentar ke kampung halaman. Mohon ampun atas segala dosa yg aku lakukan ke atas kalian. Assalamu’alaikum

Monday, September 27, 2010

Jangan hubungi aku lagi...

(Gambar hiasan dunia)

Seorang kawan menelefon no Celcom aku. Telefon diangkat. Belum sempat dia bertanya apa-apa, seorang minachi menjawab panggilan itu dan berkata, “Sorila, salah nombor,”. “Ok,” kawan aku terkedu namun sempat menjawab dengan sopan.


Seorang lagi kawan aku telah menghantar SMS ke no Celcom tersebut yg berbunyi lebih kurang camni, “Korang dah bertolak ke belom?” (Sebab time tu aku dan rombongan bercadang nk p umah dia). Tet..tet..tet..Dia mendapat jawapan balas yang berbunyi lebih kurang camni, “Mahu tolak sawet ka?”.


Adehhh…


Kepada sahabat2, dimaklumkan no telefon Celcom aku sekarang tidak lagi aku gunakan. Hanya no 012-… yang aku guna. So, jgn hantaq SMS or call ke no Celcom aku tu. Mesti dh ramai call n SMS ke minachi tu, sampai dia pon dh fedup nk jawab n reply. Kasihanilah dia. Huhu..


Makluman sekali lagi, JANGAN HUBUNGI AKU LAGI DENGAN MENGGUNAKAN NO CELCOM ITU.Harap maklum



Wednesday, September 22, 2010

Keinsafan - K'rabat

Keinsafan

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Dingin terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayah-Mu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan kalimah
Terakhir...