Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya
“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)
Sifrulmind namaku. Mengapa sifrulmind? Minda kosong tatkala hati tidak tenang menyedarkan diri untuk mengisinya dengan sesuatu yang selayaknya.
>> Itu nama yg aku bg sendiri. Nama yg orang tersayang bg adalah Zarina binti Tardan. Anak Jati Johor, namun sentiasa menghabiskan sisa-sisa hidup di perantauan.
Masih belajar untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik,
dan akan terus belajar kerana belajar itu satu kewajipan <<
Bekas pelajar SK Serom 8 (93-98),
SMK Tun Mamat (Wawasan 99-01),
Sultan Alam Shah Islamic College (Sains 7, 2002/03),
Kolej Matrikulasi Melaka (F7P1 04/05). Universiti Sains Malaysia (ISM Kej Elektronik, 2005/09).
Dan sekarang masih lagi menuntut di USM.
Sejarah ringkas. =)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui masih ‘kabur’ dalam membezakan antara pengagihan peruntukan pembangunan atau janji untuk pembangunan dengan perlakuan rasuah sepanjang kempen pilihan raya dan memberi jaminan mengkaji perkara itu dalam masa terdekat.
Ok, mari kita lihat dan dengar petikan video di bawah ni. Rasa2 ni "pengagihan peruntukan pembangunan" atau "rasuah"?? Sendiri dengar, sendiri pertimbangkan. Heee...
Semalam tidur lewat dan bermimpi, berjumpa semula dengan sahabat2 ketika bersekolah di Tun Mamat. Kebanyakan muncul, kecuali roommate aku (Mad ngn Sal) dan mereka2 yang bergelar muslimin. Aku ingat lagi nama muslimin ni, tapi kalau jumpa sekarang dah tak ingat muka kot. Fadzli, amiruddin, suffian, kashfi, ammar dan Izzat. 6 orang je, sbb tu aku ingat. Kalau ramai2, kompem aku tak ingat. Lagipun 3 tahun duduk 1 kelas. Kalau setakat 6 org ni tp masih tak boleh ingat, mmg kena cek balik aku punya memori ni.
Tiba2 nak gamit plak memori time sekolah kat sana dulu. Satu kelas de 36 or 37org kalau aku tak silap. 6 orang je lelaki. Yang lain perempuan. Perlu aku sebut satu2 ke semua? Rasa x yah kot, ramai sangat. Heee...
Guru kelas pertama, Ustaz Ibrahim Yahya. Tak tau ustaz kat mana sekarang. Tapi ustaz ni asai Kedah. Sapa2 tau Ustaz kat mana skang, bleh la habaq. Memang nak sangat jumpa ngan Ustaz Ibrahim. Ustaz berpindah time aku masuk form 4. Time tu aku pindah sekolah gak (cam dh janji plak nk pindah sama2. Hee...). ustaz Ibrahim memang baik. Begitu sabar mengajar kami Bahasa Arab. Bermula dengan zero, dan akhirnya, Alhamdulillah, boleh la bertatih-tatih dengan bahasa Arab ni. Salah satu sebab aku meneruskan pembelajaran Bahasa Arab ni adalah dengan nasihat beliau. Terima kasih ustaz..
Guru kelas time aku tingkatan 2 dan separuh tingkatan 3, ustazah Zailani Md Sidek. Sekarang ni masih lagi mengajar di Tun Mamat (mengikut maklumat yang adik aku berikan). Mengajar kami Pendidikan Islam dari form 1-3. Begitu sabar melayan kerenah kami yang ‘nakal-nakal’ ni. Huhuhu..actually, banyak kontroversi kelas kami ni. Yelah , satu2nya kelas aliran bahasa arab time batch kami. So, papehal jadik yang melibatkan kelas aliran agama, orang akan tengok kat kami, terutamanya bab akademik. Tapi Alhamdulillah, batch kami pecah rekod utk keputusan PMR. Daripada 37org, 11org berjaya dapat 9A. Sebelum2 ni paling ramai pun just 5 org je (tapi skg ni aku tak tau la bape rekod dia kan. Hehe..). Alahaiii...sejarah muda2.
Sorang lagi guru kelas, Cikgu Aris Mahbat (budak2 kelas lain suka tukar Mahbat kepada Mohabbatein. Huhu..). Beliau hanya bertahan selama stgh tahun menjadi guru kelas kami ketika aku form 3. Tak tau pe sebab (mungkin tak serasi kot dengan kami), beliau berikan post guru kelas tu kepada Ustazah Zailani. Tension kot jadik guru kelas kami. Haha..Kami panggil cikgu ni Bapak, sebab beliau suka panggil kami anak-anak. So, bila orang anggap kita sebagai anak, kita perlu anggap dia sebagai bapak/ibu, Ye dak? Hehehe...
Cukuplah cerita pasal guru kelas time aku menengah rendah. Mimpi2 semalam membuatkan aku teringat akan pendidik2 yang member impak besar dalam kehidupan aku. Ustaz Ibrahim yang mendidik kami dengan penuh sifat kebapaan, bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi. Aku sangat hormat dan kagum dengan beliau. Serius, perwatakannnya memberi impak yang besar pada diri aku. Kebanyakan perkataan yang lahir dari mulutnya adalah perkataan2 yang positif. Teringat kenangan berbuka puasa di rumahnya. Sanggup kami berjalan kaki ke rumahnya ketika bulan puasa semata-mata utk berbuka puasa, dalam bulan puasa yang terakhir kami di bumi Tun Mamat. Juga seorang warden yang sungguh sporting. Ustazah Zailani, dalam ketegasan keutuhan pendiriannya, sempoi je mengajar kami. Nak dapat A? Just ikut je apa yang ustazah ajar. Hehe...best!! Tak bleh nak diungkap dengan kata2. Haha... Cikgu Aris, guru matematik yang pakar, punya hati yang sensitive. As anak2, perlu bijak mengambil hati Bapak. Bertugas sebagai ketua kelas semasa beliau menjadi guru kelas, meninggalkan banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Hehehe....
Harini hari mengundi di Sibu a.k.a Hari Guru. No wonder la aku bermimpi tentang zaman2 sekolah dulu. Mimpi aku biasanya akan ikut tema hari2 istimewa ni. Huhu..ntahpape. kalau xde pape event, biasanya mimpi pon biasa2 jek. Owh, sudah2!! Merepek sudah. Sebagai penutup cerita kot, aku teringat kata2 Allahyarham Ust Rahmat Abdullah, bila ditanya kenapa beliau begitu berminat menjadi pendidik. Point dia lebih kurang camni;
“Justeru jadi guru itu hartanya banyak, Ngasik ilmu saja kerjaannye,”
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang wujud di muka bumi ini. =). Kepada pendidik2 aku dari sekolah rendah, sehinggalah aku di USM ni, terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang kalian curahkan untuk aku. Heeee....
***Owh, selamat mendirikan rumah tangga juga kepada junior aku time kat Tun Mamat, Ukhti Hajar Hasan dan pasangan, Ust Zainulfaqar yang membuat majlis walimah pada hujung minggu ni. Maaf tak dapat hadir, kerna kekangan beberapa perkara (umah dia bukan jauh pun dari umah aku. Huuuu....). Moga beroleh keberkatan dalam alam yang baru ni. Heee...
Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi: 28)
Minggu lepas hanya keluar cadangan untuk dipertimbangkan. Minggu ni, akhirnya, BERJAYA telah berjaya dapat lesen ‘penghalalan’ judi bolasepak di Malaysia. Lepas ni aku tak tau lesen pe lagi kerajaan Malaysia nak bagi, untuk melonjakkan ekonomi Negara, kononnya.
Tak ramai orang yang tahu tentang ‘penghalalan’ judi ni. Aku cuba cari laporannya di media2 yang slalu orang tengok. Semua rangkaian TV yg free, xde satu pun lapor tentang benda ni. Surat khabar pon sama. Berita harian, utusan (suratkabo yang orang ramai slalu bace..) pun xde gak cite pasal ni (tapi tak tau la kalau aku terlepas pandang. Huhu..). Kalau aku tanya org2 kat kg aku, kompem depa x tau. Kesiann..
Aku boleh terima kalau kerajaan tak mampu nak mansuhkan lesen2 judi yang selama ni memang dh ‘dihalalkan’ kat Malaysia. Mungkin atas sebab tak mampu sebab dah lama dh bertapak di Malaysia, akan timbul efek yg besar. Tak boleh nak tarik balik sekaligus. Tapi sesungguhnya aku tak boleh terima langsung bila diwujudkan satu lagi lesen judi yang sah2 namanya judi. Dan aku sekali lagi kecewa dengan kebanyakan mufti2 negeri di Malaysia yang duduk senyap, tak buat bantahan. Bukankah sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim?? Pengharaman judi itu diturunkan oleh Allah. Hukum halal-haram itu adalah hak Allah. Kenapa sanggup memperkotak-katikkan hukum Allah? Astaghfirullah..Ni bukan soal parti ke, soal bangsa ke, tapi ni soal agama.
Alasan yang diguna utk ‘menghalalkan’ judi ni adalah, untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Satu lagi kenyataan yang aku tak boleh nak terima, bila Awang Adek ni habaq, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. (So, aku tak heran la kalau sukan kat Malaysia ni x maju2, sebab asyik guna duit haram je. Huhu…)
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.”
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,". (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein)
Dari sekolah rendah diajar utk kita berfikir di luar kotak, berfikir jauh ke depan, tapi bila dah jadik menteri, kenapa berfikir terlalu singkat? Astaghfirullah…Tak kiralah bape bnyak pun judi tu mendatangkan duit pada Negara, just ingatlah, mana2 benda yang Allah dh haramkan tu, kerna bnyk mudaratnya. Arak yang dikatakan boleh menjadi ubat tu pun, Allah haramkan, sebab kesan mudharatnya yang lebih banyak. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.
“Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)
Baik benti sini. Perasaan marah meluap-luap. Nanti tak terkawal plak. Kata akhir, "Haram, haramkah judi... (dengan nada lagu Melly Goeslow, lagu 'Haramkah')"
Apa kata, hang amik keris tu dan p 'rodok-rodok sayang' kawan2 yang setuju 'halalkan' lesen judi tu? (Rasa2 nnt de orang buat laporan polis tak yang aku buat ugutan/hasutan berbaur pembunuhan? Heee..)
Semua dijemput beramai-ramai utk join demonstrasi bantahan ni. Ini demonstrasi secara aman ya..
(Rasa2nya depa akan kata ini Perhimpunan HARAM. Mmmm...kita tunggu)
“Aku cam tak sempat ja nk jumpa hang. Dah tengahari ni. Petang ni aku kena jumpa supervisor. Jumpa lain kali na. Hehe..”. SMS kuhantar.
“Ok,”. Keterima balasan. Ok, teruskan hidup seperti biasa.
Selasa
“Hang ok ka ni? Aku mai nek keta, bleh p skali,”
“Xpela, cam dh ok je. Sok de exam. Paper last.”
“Ok. Ikut hang la..”
Rabu
“Hang duduk bilik mana?”
“Bilik C5.”
“Katil no berapa?”
“Ntah le. Cam xde no je. Sebelah sinki ni,”
“Ok, kami carik satg,”
Setelah tiba di katil tersebut.
“Uits, awat suma orang tua, hang sorang2 ja orang muda. Aku tak kenai hang dari jauh td, ingatkan mak aji mana la plak dok baring kat sebelah sinki. Hua3..”
“@#$%&*!..”
3 hari berturut-turut aku terpaksa berulang-alik ke pulau. Isnin ke HSJ dan USM induk. Petang berkejar ke lab. Selasa, sekali lagi ke USM induk, menyelesaikan urusan yang tertangguh di sana. Sebelum itu, bertungkus-lumus di lab, menyiapkan design yang tak siap2 sampai sekarang (ntah bila nk siap). Dan hari ini, hari Rabu, aku terpaksa ke HPP plak. Adik aku terpaksa dimasukkan ke hospital sebab demam agak teruk/kuat. Dia terpaksa tinggalkan 1 paper yang sepatutnya dijawab pagi ni (Rabu). Takde rezki dia nk jawab paper tu, tunggu lain tahun jelah. Aku pulang awal dari sekolah, dan terus menuju ke HPP bersama sorang lagi adik aku (kami adik-beradik memang suka berkumpul area2 utara ni. Huhu..). dalam keadaan aku tak tahu jalan ke HPP, hanya berpandukan map yang diberi pakcik Google (walaupun akhirnya kami ikut jalan lain..), kami berserah sahaja pada Allah. Alhamdulillah, Allah utuskan 2 orang hamba-NYA untuk menolong kami tiba ke destinasi dengan selamat (depa siap tunjuk wad2 kat situ. Huhu..). kalau tak, mau jugak berasap kami carik wad adik aku ni. Huhu..pengalaman2..
Ketika di dalam wad, aku perhatikan sekeliling. Ya, adik aku seorang sahja yang berumur lingkungan 20tahun. Rata2 semua pesakit berumur 50 ke atas. Golongan warga emas. Kasihan. Ada yang terpaksa makan dan minum melalui hidung, ada yang hanya mampu berbaring, mengerang tak sudah. Memandangkan ketika itu waktu melawat, kelihatan beberapa orang ahli keluarga melayan pesakit yang ada di situ. Ada yang membantu menyuapkan makanan, mengurut-urut pesakit, membawa pesakit berjalan-jalan, dan pelbagai gelagat lagi. perkara yang sama juga aku lakukan ketika menunggu seorang sahabat menyudahkan pemeriksaannya di HSJ Isnin yang lepas. Pelbagai jenis bentuk sakit yang aku jumpa. Ada yang patah kai/tangan, ditebuk besi di anggota badan, bertongkat, dll. Menimbulkan keinsafan di dalam diri. Kurangnya rasa bersyukur di dalam diri atas nikmat kesihatan yang dikurniakan. Benarlah seperti sabda Rasulullah, 2 nikmat yang sering kita lupa ialah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Bila dua2 dah ditarik balik, baru rasa menyesal. Astaghfirullah..
Ok, post pendek je. Hanya sekadar sedikit peringatan untuk diri sebelum melelapkan mata yang seakan-akan tidak mahu terlelap malam ni.
“Ya Allah, telah terbenam segala bintang dan telah terlelaplah segala mata. Dan Engkau tetap hidup dan tegak perkasa, Tidak pernah mengantuk apatah lagi tertidur. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa Tenteramkanlah aku di kala mengharungi malamn ini dan lelapkanlah mataku ini”
**p/s: Doakan kesejahteraan kesihatan untuk adik aku tu ya. Terima kasih banyak2. =)