KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
NYANYIAN: SAUJANA
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
Lebih kurang jam 11.15mlm, aku tiba di rumah sewa. Baru pulang dari perjumpaan mingguan HPA. Err...sejak bila aku aktif dengan HPA ni? Ohhoo..sebenarnya malam ni merancang untuk ke kelas bahasa Arab, tapi lepas maghrib aku dapat makluman bahawa kelas dibatalkan. Kebetulan, beberapa minit sebelum sms pembatalan tu aku terima, housemate aku mengajak utuk menghadiri perjumpaan mingguan HPA, sebab ada seorang sahabat dari Nibong Tebal mengajak kami untuk datang sama. Oleh kerana malam ni aku dah spacekan masa utk 'berfoya-foya' (sepatutnya aku perlu berada di lab malam ni..), so aku terima ajakan akak tu. Dalam keadaan patah hati tak dapat pegi kelas Bahasa Arab (sebab minggu2 sebelum ni aku takda kat kampus..), aku pergilah ke perjumpaan tu. Banyak info yang aku dapat. Kebetulan, semasa pulang ke kampung aritu, produk2 HPA menjadi bualan hangat time kami sekeluarga berkumpul. So, dapatla jugak aku tambah pengetahuan tentang produk2 ni (orang lain lama dh tahu, aku je baru tahu. Ahli lelap. Huhu..). Pasni boleh la suggest kat orang2 rumah produk2 ni. Dan 'patah hati' aku tu bertambah pulih bila pada penghujung perjumpaan, aku dapat cabutan bertuah. SubhanAllah, dalam hati berduka, Allah kirim penawarnya, walaupun pada pandangan mata orang lain, apelah sangat. Mesti ade je yang kata, "Apa barang nak gembira dapat cabutan bertuah yang bape RM tu je." Oh sahabat, mari kita tengok betul2. Ya, benda2 kecil camtulah yang selalu orang terlepas pandang. Selalu sahaja kedengaran orang mengatakan mereka sering ditimpa musibah, tanpa datang pertolongan dari Allah. Sebenarnya, pertolongan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin sahaja kita mengharapkan pertolongan Allah itu datang dalam bentuk A, namun Allah memberinya dalam bentuk B, kerana Allah Maha Mengetahui, sesungguhnya kita lebih memerlukan B daripada A. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kita jarang bersyukur kepada Allah. Betapa sombongnya kita jika kita terlalu sukar untuk mengucapkan syukur kepada-NYA. Astaghfirullah..