RSS

Saturday, January 23, 2010

Johor Negeriku: Benar Janji-NYA



Semalam petang aku dikhabarkan bahawa Sultan negeri kelahiranku gering dan anaknya iaitu Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar al Haj jadik pemangku Sultan. Ohhoo..sakit rupanya Sultan negeri aku tu. Beberapa status sahabt2 senegeri juga memaklumkan bahawa baginda gering. Walau bagaimanapun, sekitar jam 9mlm, aku mendapat khabar dari seorang sahabat di Johor memaklumkan bahawa baginda telah mangkat. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Antara percaya dan tidak. Papepun, benar janji Allah di dalam surah An-Nahl, ayat 61;

"Jikalau Allah menghukum manusia Karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatupun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila Telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya."

Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yg telah kembali ke Rahmatullah kira2 pada jam 7.15mlm semalam, dan telah selamat dikebumikan pada jam 3.30ptg tadi. Al-Fatihah.

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Patah tumbuh hilang berganti, walaupun yang berganti takkan sama dengan yang diganti. Pada hari ini juga, kami rakyat negeri johor telah mendapat sultan yang baru. Anakanda kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, iaitu Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar al Haj . Sedikit maklumat tentang pemasyuran baginda sebagai Sultan negeri Johor. Sumber dari <sini>

Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi. Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat. Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Besar harapan hamba sebagai rakyat jelata kepada baginda Sultan yang baru ni. Semoga kuasa pemerintahan yang dikurniakan oleh Allah itu digunakan untuk perkara2 yang bertujuan untuk mencapai redha-Nya.


Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan
Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

***Ini lagu negeri Johor yer..

0 comments: