Beberapa kali jari2 ini cuba menaip post terkini, namun apabila cukup satu perenggan, dibaca semula, dan pantas jari menekan kekeunci Ctrl+A, Delete. Buntu. Fikiran berserabut. Agak terganggu dengan mimpi yang aku alami malam tadi. Mimpi ngeri. Haha..aku mudah benar terpengaruh dengan mimpi. Tak pasal2 pagi tadi, selepas bersahur, housemate aku menjadi mangsa akibat penangan mimpi tersebut. Dan selepas itu, aku berasa amat bersalah terhadapnya. Mencari kesempatan utk menyatakan maaf, namun tidak kesampaian. Kebetulan aku terpaksa ke sekolah sebelum sempat aku bersua muka dengannya selepas insiden tersebut. Dan ketika pulang ke rumah utk berehat tengahari, aku juga tidak sempat utk berborak dengannya. Aku tertidur. Mengantuk bangat. Mungkin kerana gangguan mimpi ngeri malam tadi menyebabkan tidur aku tidak berkualiti (Huh, pandai2 je buat kesimpulan sendiri). Bila aku terjaga, dia sudah kembali ke sekolah. Aiyakkk…mau tunggu petang, rasa tak tertahan diri menanggung rasa bersalah. Seusai solat zohor, handset kucapai dan mula mengatur ayat. Search contact, send. Tenenenet. Kudapat jawapan balas setibanya aku di sekolah. Alhamdulillahh..tenang semula hati ini. Namun, rasa bersalah tetap bersarang di dalam diri kerna dia tidak berhak diperlakukan sedemikian rupa. Astaghfirullah...
Memohon maaf sambil menyatakan kesalahan yang telah dilakukan. Sukar dilakukan. Ya, aku sendiri mengalaminya. Bahkan sahabat2 Rasulullah sendiri pernah mengalaminya. Murarah bin Rabi'ah Al-Amiriy, Hilal bin Umayyah Al-Waqifiy dan Kaab bin Malik. 3 orang sahabat Rasulullah yang tidak mengikuti Perang Tabuk. Bisa saja mereka menyatakan pelbagai alasan ketika ditanya oleh Rasulullah akan sebab mereka gagal utk mengikuti Perang Tabuk. Namun, mereka memberikan contoh yang baik dengan menyatakan kesalahan walaupun sebagai akibatnya, mereka dipulaukan. Sifir mudahnya, yang bersalah perlu dihukum. Namun mereka lebih rela menerima hukuman tersebut berbanding menanggung rasa bersalah. Dan sebagai balasan terhadap sifat jujur mereka itu, mereka mendapat hadiah yang tidak ternilai harganya daripada Allah, selepas tamat tempoh hukuman. Mendapat keampunan dari Allah melalui firman-NYA.
Sirah sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik. Sahabat2 Rasulullah telah meletakkan satu benchmark yang perlu kita capai apabila hal yang seumpama itu berlaku, kerana sejarah mungkin berulang. Manusia mudah lupa. Bukan bangsa melayu je mudah lupa. Ya, seringkali sahaja manusia mengambil langkah yang salah, hanya kerana ingin membebaskn diri daripada mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Seringkali alasan digunakan utk meneroboskan diri dari perangkap kesilapan yang membelenggu diri, tanpa menyedari penerobosan diri itu rupa2nya hanya menyebabkan diri terperangkap di dalam satu lagi perangkap yang lebih besar dan dahsyat hasil ciptaan diri sendiri.
Sifat ego sering menahan diri dari menyatakan/memperakui kesilapan. Ego itu perlu, namun jika sudah terlampau tinggi, ia bisa merosakkan diri. Ya, sememangnya benda2 di dunia ini pada zahirnya adalah member manfaat, namun akan mendatangkan keburukan jika diguna secara berlebihan. Orang kata, kalu bab ego ni, kaum muslimin la hero. Egonya biasa tinggi melangit. Allahua’lam. Bagi aku, setiap orang pun punya potensi utk punya ego yang tinggi, jika tidak diurus dengan betul. Tidak kira jantina, umur, bangsa, agama.
Papepun, main point yang aku nk smpaikan dalam post ni just “jangan takut utk mengakui kesalahan diri sendiri dan jangan malu utk memohon maaf”. Walaupun kita mendambakan hidup yang null dari kesalahan, sesungguhnya kita ni manusia yang lemah. Sering sahaja melakukan kesilapan.
2 comments:
salam....tq utk peringtan tu kak...mohon maaf andai diri ni ade buat slh..huuu~.kot2 ade terlebih lawak ke, xlwk ke, nk buat cmne..tlh ditakdirkan buat lawak..heee~skadar utk menambh snyuman..hee..."jgn tggu nk raye je mntk maaf"...huhu...
Wslm. Haha..buat lawak plak dia. Bukan menambah senyuman, kadang2 sampai gelak lebih2 plak. Huhu..Mohon maaf jua. Banyak diri ni merapu daripada menyatakan yang bermanfaat. Astaghfirullah...
Post a Comment