RSS

Thursday, January 7, 2010

24 Tahun



Melihat tarikh post yang terakhir, baru kuperasan, dah sebulan aku tidak post apa2 kat blog ni. Sibuk? Alasan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Takde sibuk mana pun. Sejak akhir2 ni mesin yang aku perlu guna asyik rosak je, so banyak kali jugaklah menganggur tak buat keje. Mungkin kerana terlalu banyak masa terluang menyebabkan perasaan MALAS tu semakin bermaharajalela. Huhuhu.. Dalam masa sebulan, banyak benda berlaku. Dalam masa sebulan ni jugak, aku mencipta rekod dengan pulang ke kampung sebanyak 3 kali dalam masa sebulan. Dan mungkin selepas ni terpaksa menahan diri untuk pulang ke kampung untuk satu tempoh yang lama. Hehe..


Dalam masa sebulan ni jugak, tahun hijrah dah bertukar, tahun masihi juga dah bertambah, tahun aku hidup juga telah bertambah harini. Malam semalam aku tidur awal, sekitar jam 1130mlm namun terjaga sekitar jam 12mlm dek kerana tepon aku berbunyi berulangkali, menandakan sms yang masuk banyak kali. Buntang sebentar mata menerima ucapan ulangtahun kelahiranku mengikut calendar masihi. Rasa terharu kerana beberapa orang sahabat lama masih mengingati diri ini walaupun sudah lama tidak ketemu. Tiba2 jadik rindu kat depa. Alahaiii…Papepun, terima kasih atas ingatan kalian terhadap diri ini, walaupun diri ini punya kelemahan untuk mengingati tarikh2 lahir kalian. Kadang2 nama pun aku bleh lupa. Huhuhu…




Dan barusan tadi aku mendengar lagu 24 Tahun, nyanyian Ebith Beat A. Sebuah lagu berbentuk muhasabah untuk diri ini. walaupun rentaknya mungkin sahaja tidak diminati oleh sesetengah pihak, namun aku lebih suka melihat kepada isi sesuatu lagu dalam menilai lagu tersebut. Kalu nk dengar, bleh klik kat myshare box kat sebelah tu.


24 Tahun: Ebith Beat A


24 Tahun
Hamba Di Dunia
Hamba Banyak Dosa
Hamba Mohon Ampun


Melupakan Satu Kewajiban Kita
Didunia Yang Telah Tertuliskan
Dalam Agama Dalam Keluarga
Banyak Tergiur Oleh fantasy Dunia


Rajin Mencapai Cita
Ada Yang Jadi Artis Yang Jadi Pejabat
Tapi Kenapa Kita Suka Lupa
Terhadap Kewajiban Kita Semua
Yang Jadi Artis Banyak yang Tidak Hafal Hadist
Yang Jadi Pejabat Banyak yang Ninggalin Sholat


Ngak Jadi Malu Tetap Begitu
Padahal itu Semua Hanyalah
Tipu Muslihat Biar Kita Dilaknat
Banyak Ninggalin Sholat, Puasa
Apalagi Dzikir Cuma Sekelebat


Allah Subahanahuwataala
Memerintahkan Kepada Kita
Semua Makhluknya Di dunia
Berusaha Mencukupi Kebutuhan
Manafkahi Keluarga Dari Zaman
Nabi Adam Mencari Siti Hawa
dan Rasulullah Bergerak
Dibidang Niaga Namun Sebenarnya
Kita Jangan Lupa Terhadap
Kewajiban Kita Semua


Jangan Lupa Sholat
Jangan Lupa Zakat
Jangan Lupa Dzikir


Sekarang Mari Kita Evaluasi Diri
Apa Kekurangan Kita Didunia
Kita Perbaiki Ya Buat Bekal
Nanti Di alam Kekal




Minggu lepas, sebelum aku pulang ke kampung, k.safurah tunjuk gambar ni pada aku. Terkejut dan hampir sahaja pengsan melihat gambar bawah ni. hampir pengsan lantaran tergelak sakan. Walau bagaimanapun, usaha keras aku untuk bergambar di bawah signboard tersebut gagal lantaran kegagalan diri untuk mencari signboard tersebut ketika merayau2 di Melaka minggu lepas. Hehe..


Last, selamat ulangtahun kelahiran juga kepada sahabatku, yang juga rakan sekuliah dan roommate aku time di KMM, Siti Masnizah Nordin. Juga tak lupa pada abang ipar aku, yang kebetulan punya tarikh lahir yang sama juga dengan aku. Huhu..selamat ulangtahun kelahiran buat A.Long.

7 comments:

nonaro said...

selamat ulang tahun kelahiran bos
semoga amal kebaikan bertambah seiring dengan usia bertambah..(jgn berat pun bertambah juga udah)...

nonaro said...

bos, lagu 22 tahun xde ka? :)

Raihana Bahru said...

slmt hari lahir kak @ bos besar...hehe...aritu bkn ke kate akak dh 25 thn ke??haha...nasib la ingt br 24..

ermm...name kt sign board tu cm mnnarik je...heee~

Sifrulmind said...

Bos, nampaknye suma bertambah. Berat badan pun dah bertambah. Haha..Lagu 22tahun bos kena create sendiri.

Cik Rai-b, ada ek akak salah umur? Macam hilang ingatan sebentar plak. Xpa2, refresh balik, dan yg penting masih sedar diri yang diri ni dh 24tahun.

Ehem, tertarik dengan sign board ke, dengan empunya nama yang ada kat signboard tu? Haha..

Raihana Bahru said...

erkk???alamak...bos ni..br 24 thn..da lupa ka??isk2..
tp rs cm cian plak name comey2 last2 ltk kt sign board je???huhu...pasni leh la pggl kak zarina tmn perindustrian....hehe....blh kn??ke nk pggl bos tmn perindustrian??cm kejam plak....heee

Sifrulmind said...

Tuan hamba memang kejam sebenarnya, walaupun tuan hamba tak panggil hamba dengan panggilan tersebut. Usah berpura2 baik plak. Hohoho..

Raihana Bahru said...

kita kene berterus terang bos...jujur..heee~....btw,ape azam dh 24 thn ni??ke rs mkin tua??erkk...

papepn..moga keimanan bertambah seiring dengan kedewasaan...insyaAllah...