RSS

Tuesday, September 29, 2009

Dah 10 Hari Syawal Tiba


10 Syawal 1430H

Pejam-celik, dah 10 hari pakcik kat atas tu buat pengumuman raya. Ramadhan berlalu dengan pantas sekali. 1 Syawal disambut dengan meriah. Sebelum pulang ke kampong, aku tersalah beli tiket. Ketika pulang ke kampong, aku tertinggal telefon di rumah sewa. Oleh itu, ampun dan maaf aku pohon bagi mana2 sahabat yang menghantar sms ucapan selamat pada aku. Selamat Hari Raya dan mohon ampun atas segala-galanya.


Keseronokan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu, menjamah makanan yang pelbagai, mendapat duit raya (ehemm..aku masih dapat duit raya. Haha..), bermain mercun dan bunga api, kadang2 melekakan kita akan tujuan sebenar kedatangan 1 Syawal itu. Pelbagai kemungkaran yang “dihentikan sementara” lantaran kedatangan bulan Ramadhan, dilakukan kembali pada bulan Syawal, malah kadang2 lebih teruk daripada sebelum kedatangan Ramadhan. Sehinggakan ada yang mengibaratkan Syawal ini adalah bulan “pesta bagi syaitan” selepas dibelenggu selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Astaghfirullahal’azim. Bulan Syawal yang sepatutnya menjadi anugerah kepada umat Islam selepas menempuh ujian bulan Ramadhan dicemari dengan pelbagai perkara2 yang tidak sepatutnya. Aku tak mahu membebel kat sini sebab rasanya dah banyak orang peringat sebelum Syawal tiba, akan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku ketika bulan Syawal. Namun disebabkan Syawal pun belum habis dan ada beberapa perkara yang masih boleh dielakkan, boleh klik sini untuk mendapatkan makluamt yang lebih lanjut. Terima kasih..


“Saya tahu, awak bermujahadah untuk menjadi baik time bulan puasa, tapi bila bulan puasa abis ja, ishh…”


Hehe..ayat seorang sahabat yang terpacul keluar dari mulutnya malam tadi benar2 membekas di hati. Teringat-ingat sampai ke hari ini. Owh, jangan salah sangka. Aku tidak marah padanya (aku dah belasah dia malam tadi. Hahaha..). Malah berterima kasih (sorila, cara ‘nak bagi kasih’ aku memang pelik sikit. Hahaha..). Ayatnya itu membuatkan aku terfikir, akan Ramadhanku yang lepas. Dan aku teringat sebuah lagu yang aku dengar sehari sebelum Ramadhan berakhir.


Muhasabah Ramadhan

Munsyid : Unic


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki


Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama


Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara


Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir


Adakah output untuk bulan Ramadhan iaitu melahirkan insane yang bertaqwa benar2 menjadi reality. Lihatlah diri, dan hisablah diri. Hanya kita yang tahu pada tahap mana kita berada. By the way, marilah sama2 kita teruskan ibadah2 yang kita amalkan ketika bulan Ramadhan tu sementara menunggu Ramadhan yang akan datang. Semoga kita istiqamah. Ameenn..

*Dilanda kebuntuan untuk menulis sejak 2-3 bulan ni. Huhu…

Wednesday, September 9, 2009

Tangisan Rindu

Tangisan Rindu
Munsyid : Wildan

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang berlalu terusku tunggu
Di kala insan terus terlena
Hatiku ini ingin terus berjaga


Di kala sepiku sendiri
Mencari sinar di kegelapan malam
Airmataku bercucuran
Kerna rindu ku yang tak pernah padam


Tangisanku mendayu-dayu
Mengharap kasih dari Yang Satu
Kutahu cintaku terbalas
Kerna Dialah Pemilik cinta sejati


Oh Tuhan tunjukkanlah jalan
Merentai rasa cintaku
Citra rinduku dan kasihku
Yang kudambakan hanya untuk-Mu


Usahlah Kau palingkan cinta
Yang suci murni lagi sejati
Kerna aku hanya ada sekeping hati
Yang rapuh dan tak berdaya


Moga rinduku kan terubat
Lantaran kasih-Mu yang murni
Tangisan rinduku
Hanya untuk-Mu


Allahumma Anta Robbi
Zolamtu naf-si
Wa-illam taghfir-li
Wa tarhamni
La aku-nanna minal-khosirin


Allahumma Anta Robbi
a-inni ‘ala zikrika was-syukrika
wa husni min ‘ibadatik


Allahumma Anta Robbi
Ihtimni ya Allah
Bi hus nil-khotimah
wa la tah timni ‘alaiya ya Allah

Bi su’il-khatimah


Allahumma Anta Robbi
taqabbal minni do’ai-in-ni
innaka antas-sami’ul-‘alim
Watub ‘alaiya ya Allah innaka
antat-tawwabur-Rahim



Atha’ Ibn Saib meriwayatkan daripada ayahnya: Suatu hari, Ammar Ibn Yasir solat bersama kami, dia memendekkan solatnya. Kami bertanya kepadanya, “ Kenapa kau pendekkan solat wahai Abu Yaqdhan?”. “ Tidak ada dalil yang menghalangi diriku memendekkan solatku. Sebab aku ingin berdoa seperti doa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW,” jawab Ammar. Tatkala Ammar selesai berdoa, salah seorang sahabat mendekati dirinya seraya bertanya tentang bacaan doa tersebut, doa yang pernah didengarnya daripada Rasulullah SAW. Ammar Ibn Yasir menjawab: “Aku pernah mendengar Rasulullah melantunkan doa (yang bermaksud):


Wahai Allahku,

Dengan keghaiban ilmu-Mu.

Dengan Kekuasaan-Mu atas segenap ciptaan-Mu.

Hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurut-Mu,

dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurut-Mu.


Wahai Allahku,

Kurniakanlah kepadaku rasa takut kepada-Mu, baik dalam keadaan samar mahupun terang.

Aku memohon kepada-Mu perkataan yang benar dan lurus di saat marah dan reda.

Aku memohon kepada-Mu kewujudan tujuan di saat miskin dan kaya.

Aku memohon kepada-Mu anugerah nikmat yang tiada pernah habis.

Aku pinta kepada-Mu permata hati yang tidak terputus.

Aku memohon kepada-Mu perasaan rela menerima ketentuan takdir-Mu, serta kedinginan (kedamaian) hidup selepas kematian.

Aku memohon kepada-Mu supaya mampu melihat wajah-Mu yang Mulia, serta kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa ada yag menghalangi diriku.

Aku memohon kepada-Mu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku.


Wahai Allahku,

Rahmatilah diriku dengan kebaikan iman, hiasilah diriku dengannya.


Wahai Allahku,

Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan petunjuk.



**Petikan dari buku “Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah” karangan Misbah Em Majidy.



Seandainya

(Wildan)


Andainya masa bisa kuputar kembali

Akan kuubah segala yang terjadi

Keterlanjuran kealpaan

Adalah kesilapan yang disengajakan


Kesenangan yang dikurniakan

Membuat aku kebingungan

Dalam memilih haluan

Jalan yang terang

Aku kerisauan


Aku insan yang lemah

Hanya mampu berserah

Berserah segalanya kepada Yang Esa

Moga diampunkan segala dosa

Agar sejahtera selama-lamanya


Mustahil bagiku mengubah masa lalu

Kini hanya mampu insafi yang berlaku

Kenangan yang lalu pengajaran buatku

Kuserahkan diri ini kepada Yang Satu


Setiap liku kehidupan yang kulalui

Kupanjatkan keampunan kepada Ilahi

Semoga keinsafan ini kekal abdi

Hingga akhir hayatku ini


Aku sedar aku kan pergi

Aku redha taqdir Ilahi

Moga disana akan kutemui

Kebahagiaan sejati