Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya
“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)
Sifrulmind namaku. Mengapa sifrulmind? Minda kosong tatkala hati tidak tenang menyedarkan diri untuk mengisinya dengan sesuatu yang selayaknya.
>> Itu nama yg aku bg sendiri. Nama yg orang tersayang bg adalah Zarina binti Tardan. Anak Jati Johor, namun sentiasa menghabiskan sisa-sisa hidup di perantauan.
Masih belajar untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik,
dan akan terus belajar kerana belajar itu satu kewajipan <<
Bekas pelajar SK Serom 8 (93-98),
SMK Tun Mamat (Wawasan 99-01),
Sultan Alam Shah Islamic College (Sains 7, 2002/03),
Kolej Matrikulasi Melaka (F7P1 04/05). Universiti Sains Malaysia (ISM Kej Elektronik, 2005/09).
Dan sekarang masih lagi menuntut di USM.
Sejarah ringkas. =)
“Walaupun dh kena banyak kali, nape susah sangat nak hilangkan rasa terkilan kali ni ek?”
“When you put someone somewhere deeply in your heart, you will bring along the sadness and anger for all his/her doings, even the smallest things.”
Holaa...sms yg buat aku ketawa tapi rasa lapang dada. Pengirim yang mintak didisplay nama dia kat sini, tapi tak sampai hati plak nk display. Salah satu sebab aku suka tanya kat sahabat aku yang sorang ni sebab ada sahaja jawapan dia. Hoho...dan secara jujur, jawapan dia tak pernah mengecewakan walaupun kadang2 aku gelak sampai menangis-nangis dengar jawapan dia. Hehe.. (Puji ada maksud ni. Lalala..). So, sapa2 nk mintak nasihat ngan sahabat aku ni, leh contact aku. Tak kisahlah masalah dari segi apa, insyaAllah beliau bisa menjawabnya. Dan dengan itu, aku mengisytiharkan diri aku sendiri sebagai PA dia. Hehe..okla, just nk btau, hargai sahabat2 kalian. Hehe..
Dan beberapa minit selepas mendapat sms tersebut, aku terdengar salah satu ayat yang disampaikan oleh seorang ustaz di dalam ceramahnya yang berbunyi “You can forgive people for anything that they did to you but you can’t forget it,”. Holaa, bunyi macam berdendam tapi itulah hakikat. Ayat itu sungguh bermakna dan sepanjang ceramah yang disampaikan, aku rasa macam semua ayat yang keluar dari mulut ustaz ni seperti ditujukan utk aku (perasan sungguh aku ni!!). Dush3, but after that, I feel better. Owh, itulah hikmahnya hadir ke majlis ilmu. Teringat aku isi perbincangan usrah aku time 1st year dulu yang membincangkan kelebihan2 menghadiri majlis2 ilmu, iaitu dapat menenangkan jiwa. Yeahh, ia memang terbukti beberapa kali. Tak percaya? Meh try, but ikhlaskan niat tu dulu. Hadirkan hati bersama ketika berada dalam majlis tu ye. Sesungguhnya ketenangan itu datangnya dari Allah.
Ok, satu masa dahulu, aku menganggap memaafkan bermaksud melupakan, namun tidak kini. Yeahh..memaafkan itu perlu namun tidak semestinya untuk kita melupakannya kerna jika kita lupa, mungkin sahaja kita akan terjebak di dalam musibah yang sama. Tidak mahu bukan? Tidak melupakan pula bukan bermaksud kita perlu membalas dendam (ni aku focus kat balas dendam dengan cara yg jahat ok!!). Tapi camna nk maafkan kalau benda tu masih terbayang-bayang di mata? Yup, memang sukar untuk melafazkan kata “aku maafkan”, namun itulah yang sebaik-baiknya. Ayat yang paling popular orang melayu ni suka cakap, “Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya..”. Whateverpun, optimis sajalah!!
Optimis Sajalah
(Tashiru)
Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalani kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian
Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berfikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja
Mulailah berbenar diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman kepada Ilahi
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi saw: “Berilah wasiat kepadaku.” Sahut Nabi: “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulanginya beberapa kali. Sabdanya: “Janganlah engkau marah.”
(Riwayat Bukhari)
Rasulullah juga pernah bertanya kepada para sahabat, siapakah orang yang paling kuat? Para sahabat menjawab bahawa orang yang paling kuat ialah orang yang selalu menang di dalam pertarungan. Namun, apa jawapan Rasulullah? “Tidak, orang yang paling kuat ialah orang yang bisa mengawal rasa marahnya.”
Hebat sungguh penangan rasa marah. Perasaan marah itu perasaan yang alami, fitrah, agak pelik kalau manusia tidak punya perasaan marah di dalam diri. Untuk menghapuskan perasaan marah memang mustahil, namun kita boleh mengawalnya. Ya, banyak cara boleh dipraktikkan untuk hilangkan perasaan marah. Saranan Rasulullah jika rasa marah mula menguasai diri, iaitu berdiam diri dan mengubah posisi badan (duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk), mengambil wudu’, beristighfar dan membaca Al-Quran.
Bersabar? Perkara yang paling sukar dilakukan ketika marah. Sesungguhnya ketika marah, minda dalam keadaan separuh sedar. Oleh sebab itu, kita tidak dibenarkan membuat keputusan ketika dalam keadaan marah. Dan oleh kerna itu juga, jangan ambil hati dengan kata2 yang keluar dari mulut seseorang yg ketika itu diselubungi api kemarahan. Walaupun kebiasaannya perkataan yang keluar adalah perkataan yang jujur, namun ia tidak sedap didengar, yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain.
Ok, pendekkan cerita. Takde guna kalau bentang masalah tanpa cadangkan cara untuk selesaikan/atasinya. So, berikut adalah beberapa cara untuk manage our anger (selain dari cara yang Rasulullah nyatakan di dalam hadithnya). Collections from beberapa orang pakar dan tak pakar. Hehe..
Akui bahawa diri sedang marah, namun jangan menyerah terhadap perasaan tersebut. Tarik nafas dalam2 dan ingatkan pada diri bahawa kitalah yang sepatutnya mengawal perasaan marah tu, bukan perasaan marah tu yang mengawal kita.
Samada pesalah itu melakukan kesalahan tersebut dengan sengaja atau tidak, sediakan diri untuk memaafkan individu tersebut. Ingat, memaafkan itu bukan untuk orang lain, tetapi manfaatnya adalah untuk diri kita. Kenapa aku kata camtu? Selagimana kita tidak maafkan seseorang itu, selagi itulah jiwa kita akan dibelenggu dengan perasaan marah tu, dan siapa yg terseksa? Mungkin sahaja orang yang kita marah tu tidak punya apa2 perasaan/tidak peduli dengan perasaan kita. So, siapa yang rugi kat sini? Take it easy, memaafkan itu adalah untuk diri kita, bukan utk org lain.
Jangan diingat-ingat lagi kesalahan tersebut kerna ia bisa membibitkan lagi perasaan marah tetapi perlu beringat-ingat pada masa akan datang supaya tidak jatuh pada lubang yg sama.
Kurangkan monolog dengan diri ketika marah tetapi bermonologlah dengan Allah. Cth, jika sebelum ni waktu kita marah, kita selalu kata pada diri;
“Hish, nape la dia buat camni? Dia tak fikir ke perasaan orang lain. Hampehtul budak ni. Nak maki hamun tak patut tapi dah melampau dia buat macam ni;
Cuba tukar sikit pada;
“Ya Allah, nape la dia buat macam ni ya Allah? Dia tak fikir ke perasaan kami ni ke ya Allah. Ya Allah, patutkah kami nak maki hamun dia ya Allah. Dia dah melampau ni ya Allah,”
Ya, mungkin sahaja perasaan marah tu still ada, meluap-luap tapi ia akan berkurang dengan lebih cepat berbanding jika kita bermonolog dengan diri sebab kita berbicara dengan Tuan punya perasaan marah tu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Ok, dapat tak kat sini?
Kongsi perasaan marah tu dengan orang yang kita percaya. Dan pastikan orang itu bukan jenis batu api, minyak petrol, diesel or gas termampat yang mudah terbakar. Seboleh2nya orang yang mendengar tu jenis yang bleh redakan rasa marah tu, or paling kurang pun, seorang pendengar yang baik. So, kalau susah2 sangat, mengadu sahajalah dengan Allah. Betul tak? Hehe…
Time tengah marah, kalau boleh jangan pandang muka orang yang kita marah tu. If possible, jangan jumpa orang tersebut utk seketika. Sebab bila kita marah dan kita pandang muka orang yang kita marah tu, kita akan rekod di dalam kepala kita gambaran muka orang itu dan juga perasaan mrah kita. So, secara outomatik bila kita lihat balik muka orang itu (secara real or maya), perasaan marah itu juga akan datang sama, walaupun sebelum itu perasaan marah tu dah reda. Tapi janganlah sampai berhari2 tak nak jumpa orang tu. Tak baik tak sapa saudara lebih dari 3 hari. Ngeh3…
Makan. Ni kalau orang yang banyak duit/banyak makanan/tak punya masalah obesity blehla praktikkan. Tapi kaedah ni berisiko la. But if it is suit dengan diri kita, why not we apply this technique? Hehe..
Tido walau seketika. Ni selalu aku buat dan amat berkesan (depends pada org ok). Kebiasaannya selepas tido perasaan marah itu akan hilang dan sedia untuk memaafkan orang tersebut. Tapi masalah sedikit dengan cara ini ialah tidak dapat nk tido sebab terlalu fikir perasaan marah tu dan ketidakcukupan masa untuk tido. Hohoho…So, kalau nak buat aku marah, buat aku marah time waktu malam, jgn buat pagi2 time aku baru nak mulakan hidup. Hehe..
Buat sesuatu yang akan melupakan kita pada rasa marah tersebut. Bersenam, berkebun, membasuh, memancing, pendek kata, buatlah apa yang kita suka selagi mana ia tidak memudaratkan diri mahupun orang lain. Teringat cikgu aku dulu, cara dia melepaskan marah ialah dengan membeli kereta control yang harga area rm30-40, then dia main kete tu “secara optimum”, sampaikan kadang2 kereta tu hancur berderai dia kerjakan. Menarik bukan? Haha..
Okla, dah panjang sangat ni merepek. Sape2 de cara lain, maybe leh kongsi sama2 kat sini kot. Mekasih gak kat sahabat2 yang bagi nasihat especially sahabat last sekali yang bagi nasihat tu coz alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku berjaya manage my anger yang lain macam je kali ni. Peace no war!! (Pinjam kata2 dia gak. Hehehe..)
0 comments:
Post a Comment