RSS

Sunday, June 14, 2009

How to Manage Our Anger?

“Walaupun dh kena banyak kali, nape susah sangat nak hilangkan rasa terkilan kali ni ek?”

“When you put someone somewhere deeply in your heart, you will bring along the sadness and anger for all his/her doings, even the smallest things.”


Holaa...sms yg buat aku ketawa tapi rasa lapang dada. Pengirim yang mintak didisplay nama dia kat sini, tapi tak sampai hati plak nk display. Salah satu sebab aku suka tanya kat sahabat aku yang sorang ni sebab ada sahaja jawapan dia. Hoho...dan secara jujur, jawapan dia tak pernah mengecewakan walaupun kadang2 aku gelak sampai menangis-nangis dengar jawapan dia. Hehe.. (Puji ada maksud ni. Lalala..). So, sapa2 nk mintak nasihat ngan sahabat aku ni, leh contact aku. Tak kisahlah masalah dari segi apa, insyaAllah beliau bisa menjawabnya. Dan dengan itu, aku mengisytiharkan diri aku sendiri sebagai PA dia. Hehe..okla, just nk btau, hargai sahabat2 kalian. Hehe..


Dan beberapa minit selepas mendapat sms tersebut, aku terdengar salah satu ayat yang disampaikan oleh seorang ustaz di dalam ceramahnya yang berbunyi “You can forgive people for anything that they did to you but you can’t forget it,”. Holaa, bunyi macam berdendam tapi itulah hakikat. Ayat itu sungguh bermakna dan sepanjang ceramah yang disampaikan, aku rasa macam semua ayat yang keluar dari mulut ustaz ni seperti ditujukan utk aku (perasan sungguh aku ni!!). Dush3, but after that, I feel better. Owh, itulah hikmahnya hadir ke majlis ilmu. Teringat aku isi perbincangan usrah aku time 1st year dulu yang membincangkan kelebihan2 menghadiri majlis2 ilmu, iaitu dapat menenangkan jiwa. Yeahh, ia memang terbukti beberapa kali. Tak percaya? Meh try, but ikhlaskan niat tu dulu. Hadirkan hati bersama ketika berada dalam majlis tu ye. Sesungguhnya ketenangan itu datangnya dari Allah.


Ok, satu masa dahulu, aku menganggap memaafkan bermaksud melupakan, namun tidak kini. Yeahh..memaafkan itu perlu namun tidak semestinya untuk kita melupakannya kerna jika kita lupa, mungkin sahaja kita akan terjebak di dalam musibah yang sama. Tidak mahu bukan? Tidak melupakan pula bukan bermaksud kita perlu membalas dendam (ni aku focus kat balas dendam dengan cara yg jahat ok!!). Tapi camna nk maafkan kalau benda tu masih terbayang-bayang di mata? Yup, memang sukar untuk melafazkan kata “aku maafkan”, namun itulah yang sebaik-baiknya. Ayat yang paling popular orang melayu ni suka cakap, “Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya..”. Whateverpun, optimis sajalah!!


Optimis Sajalah

(Tashiru)


Setiap manusia menginginkan kebaikan

Dalam menjalani kehidupan di dunia

Meski terkadang semua yang diinginkan

Ternyata hanyalah impian


Setiap manusia mendambakan bahagia

Bila esok hari kan menyapa dirinya

Walau kenyataannya tiadalah tergenggam

Yakinilah nanti kan datang


Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia

Jangan berfikir untuk berputus asa

Kembalikan semua pada Yang Esa saja


Mulailah berbenar diri hadapi yang terjadi

Raihlah dengan penuh percaya diri

Tingkatkan iman kepada Ilahi


Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi saw: “Berilah wasiat kepadaku.” Sahut Nabi: “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulanginya beberapa kali. Sabdanya: “Janganlah engkau marah.”

(Riwayat Bukhari)


Rasulullah juga pernah bertanya kepada para sahabat, siapakah orang yang paling kuat? Para sahabat menjawab bahawa orang yang paling kuat ialah orang yang selalu menang di dalam pertarungan. Namun, apa jawapan Rasulullah? “Tidak, orang yang paling kuat ialah orang yang bisa mengawal rasa marahnya.”


Hebat sungguh penangan rasa marah. Perasaan marah itu perasaan yang alami, fitrah, agak pelik kalau manusia tidak punya perasaan marah di dalam diri. Untuk menghapuskan perasaan marah memang mustahil, namun kita boleh mengawalnya. Ya, banyak cara boleh dipraktikkan untuk hilangkan perasaan marah. Saranan Rasulullah jika rasa marah mula menguasai diri, iaitu berdiam diri dan mengubah posisi badan (duduk jika sedang berdiri, baring jika sedang duduk), mengambil wudu’, beristighfar dan membaca Al-Quran.


Bersabar? Perkara yang paling sukar dilakukan ketika marah. Sesungguhnya ketika marah, minda dalam keadaan separuh sedar. Oleh sebab itu, kita tidak dibenarkan membuat keputusan ketika dalam keadaan marah. Dan oleh kerna itu juga, jangan ambil hati dengan kata2 yang keluar dari mulut seseorang yg ketika itu diselubungi api kemarahan. Walaupun kebiasaannya perkataan yang keluar adalah perkataan yang jujur, namun ia tidak sedap didengar, yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain.


Ok, pendekkan cerita. Takde guna kalau bentang masalah tanpa cadangkan cara untuk selesaikan/atasinya. So, berikut adalah beberapa cara untuk manage our anger (selain dari cara yang Rasulullah nyatakan di dalam hadithnya). Collections from beberapa orang pakar dan tak pakar. Hehe..


  • Akui bahawa diri sedang marah, namun jangan menyerah terhadap perasaan tersebut. Tarik nafas dalam2 dan ingatkan pada diri bahawa kitalah yang sepatutnya mengawal perasaan marah tu, bukan perasaan marah tu yang mengawal kita.
  • Samada pesalah itu melakukan kesalahan tersebut dengan sengaja atau tidak, sediakan diri untuk memaafkan individu tersebut. Ingat, memaafkan itu bukan untuk orang lain, tetapi manfaatnya adalah untuk diri kita. Kenapa aku kata camtu? Selagimana kita tidak maafkan seseorang itu, selagi itulah jiwa kita akan dibelenggu dengan perasaan marah tu, dan siapa yg terseksa? Mungkin sahaja orang yang kita marah tu tidak punya apa2 perasaan/tidak peduli dengan perasaan kita. So, siapa yang rugi kat sini? Take it easy, memaafkan itu adalah untuk diri kita, bukan utk org lain.
  • Jangan diingat-ingat lagi kesalahan tersebut kerna ia bisa membibitkan lagi perasaan marah tetapi perlu beringat-ingat pada masa akan datang supaya tidak jatuh pada lubang yg sama.
  • Kurangkan monolog dengan diri ketika marah tetapi bermonologlah dengan Allah. Cth, jika sebelum ni waktu kita marah, kita selalu kata pada diri;

“Hish, nape la dia buat camni? Dia tak fikir ke perasaan orang lain. Hampehtul budak ni. Nak maki hamun tak patut tapi dah melampau dia buat macam ni;

Cuba tukar sikit pada;


“Ya Allah, nape la dia buat macam ni ya Allah? Dia tak fikir ke perasaan kami ni ke ya Allah. Ya Allah, patutkah kami nak maki hamun dia ya Allah. Dia dah melampau ni ya Allah,”

Ya, mungkin sahaja perasaan marah tu still ada, meluap-luap tapi ia akan berkurang dengan lebih cepat berbanding jika kita bermonolog dengan diri sebab kita berbicara dengan Tuan punya perasaan marah tu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Ok, dapat tak kat sini?
  • Kongsi perasaan marah tu dengan orang yang kita percaya. Dan pastikan orang itu bukan jenis batu api, minyak petrol, diesel or gas termampat yang mudah terbakar. Seboleh2nya orang yang mendengar tu jenis yang bleh redakan rasa marah tu, or paling kurang pun, seorang pendengar yang baik. So, kalau susah2 sangat, mengadu sahajalah dengan Allah. Betul tak? Hehe…
  • Time tengah marah, kalau boleh jangan pandang muka orang yang kita marah tu. If possible, jangan jumpa orang tersebut utk seketika. Sebab bila kita marah dan kita pandang muka orang yang kita marah tu, kita akan rekod di dalam kepala kita gambaran muka orang itu dan juga perasaan mrah kita. So, secara outomatik bila kita lihat balik muka orang itu (secara real or maya), perasaan marah itu juga akan datang sama, walaupun sebelum itu perasaan marah tu dah reda. Tapi janganlah sampai berhari2 tak nak jumpa orang tu. Tak baik tak sapa saudara lebih dari 3 hari. Ngeh3…
  • Makan. Ni kalau orang yang banyak duit/banyak makanan/tak punya masalah obesity blehla praktikkan. Tapi kaedah ni berisiko la. But if it is suit dengan diri kita, why not we apply this technique? Hehe..
  • Tido walau seketika. Ni selalu aku buat dan amat berkesan (depends pada org ok). Kebiasaannya selepas tido perasaan marah itu akan hilang dan sedia untuk memaafkan orang tersebut. Tapi masalah sedikit dengan cara ini ialah tidak dapat nk tido sebab terlalu fikir perasaan marah tu dan ketidakcukupan masa untuk tido. Hohoho…So, kalau nak buat aku marah, buat aku marah time waktu malam, jgn buat pagi2 time aku baru nak mulakan hidup. Hehe..
  • Buat sesuatu yang akan melupakan kita pada rasa marah tersebut. Bersenam, berkebun, membasuh, memancing, pendek kata, buatlah apa yang kita suka selagi mana ia tidak memudaratkan diri mahupun orang lain. Teringat cikgu aku dulu, cara dia melepaskan marah ialah dengan membeli kereta control yang harga area rm30-40, then dia main kete tu “secara optimum”, sampaikan kadang2 kereta tu hancur berderai dia kerjakan. Menarik bukan? Haha..

Okla, dah panjang sangat ni merepek. Sape2 de cara lain, maybe leh kongsi sama2 kat sini kot. Mekasih gak kat sahabat2 yang bagi nasihat especially sahabat last sekali yang bagi nasihat tu coz alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku berjaya manage my anger yang lain macam je kali ni. Peace no war!! (Pinjam kata2 dia gak. Hehehe..)


Friday, June 12, 2009

Malaysia tak masuk campur urusan jiran


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mencampuri urusan dalaman negara jiran termasuk berhubung kejadian keganasan terbaru di Selatan Thailand, Isnin lalu sebagai menghormati dasar berkecuali Asean, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.


Beliau berkata, walaupun Malaysia tidak campur tangan isu dalaman negara itu, ia tidak bermakna perhubungan dua hala yang sedia terjalin sebelum ini tidak diteruskan.


“Siri keganasan yang berlaku di negara itu (Thailand) adalah masalah domestik dan kita rasa kerajaan mereka mempunyai cara menyelesaikannya. Malaysia menghormati dan komited terhadap piagam Asean iaitu menjadikan rantau ini sebagai Bebas, Aman dan Berkecuali.


“Bagaimanapun, pemantauan berterusan dilakukan anggota keselamatan kita bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden keganasan di negara itu tidak cuba memasuki Malaysia,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Latihan Pembantu Jururawat Beliawanis Selatan Thailand di sini, semalam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Malaysia menghormati dan komited terhadap piagam Asean iaitu menjadikan rantau ini sebagai Bebas, Aman dan Berkecuali"


Aku tersenyum bila baca ayat ni. Keliru sebenarnya. Macammana nk wujudkan rantau yg bebas aman dan berkecuali jika jenayah yang begitu tidak berperikemanusiaan dipandang sebelah mata ja. Nampaknya kalimat "Jaga tepi kain sendiri" dah berjangkit sehingga ke peringkat international. Biarkan jiran/saudara dengan masalahnya, asalkan aku selamat di sini. Sebuah negara yang dikatakan negara Islam mengeluarkan kenyataan seperti ini, seolah-olah tidak peka dengan nasib saudara seIslam sendiri yang diperlakukan sesuka hati. Sedih? Terkilan? Yup! Ok, kejap. Aku bercakap kat sini bukan atas dasar politik. Bukan sebab Datuk ni orang parti mana2, aku kutuk dia suka hati. But back to the basic. Islam menuntut supaya kita sentiasa mengambil berat akan hal ehwal saudaranya, saudara seIslam. Yup, aku tak nak pertikaikan kemampuan kerajaan Thailand menangani masalah ni (rasanya konflik umat Islam di selatan Thailand ni tak pernah settle pun. Huhu..), tapi Malaysia sebagai negara jiran, aku rasa tak sepatutnya ambik sikap macam ni. Sanggup mengabaikan kebajikan manusia hanya kerna menghormati peraturan yang dibuat oleh tangan manusia. Ahhh..manusia di dunia ni semakin memeningkan diriku.


Pernahkah kau Merasa??


Alhamdulillah, masih diberi peluang utk mengisi blog ni oleh-NYA. selepas hampir 2 minggu ditinggal tidak berisi. Baru harini tiba2 tergerak hati nak isi something kat blog ni. Tak sibuk pun, just xde rasa nak taip pape. Menghadap pc utk membaca journal shj kebiasaannya. Alhamdulillah, masih punya kerja yg boleh dibuat, sementara berfikir-fikir tentang masa hadapan yg semakin bercelaru sejak akhir2 ni.


“Plans your work and works your plan”


Merancang sesuatu kerja adalah salah satu perkara yang amat ditekankan dalam Islam sendiri. Time sekolah dulu, de dua persoalan yang menarik perhatian aku. Pertama, mengapa Allah di dalam firmannya (surah Yunus:3, surah Hud: 7) menyatakan Allah mencipta langit dan bumi dalam masa 6 hari, sedangkan Allah Maha Berkuasa, mampu menciptakan semua itu dalam sekelip mata? Dan yang kedua, mengapa Allah membiarkan Islam itu tertegak dengan susah payah, sedangkan kalau Allah mahu, Allah bisa memberi kemenangan kepada Islam dan menghapuskan musuh2 Islam dalam sekelip mata. Di mana relevannya ayat "kun fayakun"?


Panas jugak aku bila ada yang mempertikaikan ayat2 Allah ni, but persoalan perlu dijawab dengan jawapan yang rasional, bukan jawapan dengan emosi yg tidak terkawal, walaupun kadangkala jawapan itu berbentuk soalan. Bagaimana cara jawapan diberikan bagi aku tak penting. Yang penting penanya faham dan mendapat jawapan bagi persoalannya.


Ok, soalan pertama dan kedua mempunyai satu jawapan yang sama. Ada jawapan2 lain, tp aku just nak focus jawapan yg satu ni, iaitu Allah mengajar menusia untuk merancang setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Ya, bisa sahaja Allah menjadikannya dalam sekelip mata. Namun, tarbiyyah dari Allah itu kadangkala sukar ditafsir dengan ‘aqal manusia yang terbatas. Di dalam surah Al-Fussilat: 9-12, Allah menerangkan secara terperinci, kejadian langit dan bumi. Dimulakan dengan bumi, diikuti gunung-ganang dan seterusnya langit. Satu persatu dibuat dengan penuh teratur dan mengikut keutamaan. Fungsi bagi setiap satu kejadian juga telah ditetapkan dengan penuh teratur. SubhanaAllah, hayatilah ayat2-NYA.


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam. Dan ia menjadikan di bumi gunung-ganang Yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta ia melimpahkan berkat padanya, dan ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar Yang menyamai hajat Yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) Dalam empat masa. Kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan sukarela atau Dengan paksa!" keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh Dengan sukarela" Lalu ia menjadikannya tujuh langit, Dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu Dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.


Sirah Rasulullah, dalam menegakkan Islam, terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil. Dari segi perundangan, muamalat, kepimpinan, dakwah dan lain2. Perancangan2 dalam menyebarkan Islam, perancangan di dalam peperangan, perancangan dalam mentadbir Negara, dan sebagainya, punya pelajaran yg Allah susun untuk mentarbiyyah manusia. Mengajar manusia melalui utusan-Nya, Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah tidak pernah membiarkan hamba-hamba-NYA terumbang ambing sendirian di bumi-NYA ini.


*Di sini aku bukan bermaksud nk mentafsirkan ayat2 Allah di dalam Al-Quran sebab aku tahu aku tidak layak untuk berbuat demikian. Namun, aku lebih suka jika kita ambil pengajaran dari setiap ayat2 cinta yang Allah telah turunkan kepada hamba2-NYA. Selagi mana ia memberikan kebaikan dan tidak mendatangkan mudarat, aku meraikannya. Namun, jika ada yang silap, teguran amat dialu2kan.


Ok, balik ke cerita asal. Dari contoh2 ni, kita leh lihat peri pentingnya merancang pekerjaan yang akan kita lakukan. Perancangan yang tersusun memastikan kita tidak lari dari tujuan dan matlamat kita. Namun, dua perkara yang penting apabila perancangan telah dibuat; Jalankan perancangan yang telah dilakukan dan sedia untuk menghadapi risiko kegagalan perancangan yang kita buat atau output tidak seperti yang kita harapkan. Sehebat-hebat perancangan Mat Jenin tidak menjadi reality kerna ia hanya perancangan yang akhirnya tinggal angan2 kosong. Cantiknya perancangan yang Rasulullah susun ketika perang Uhud tidak mendatangkan kemenangan secara total kepada umat Islam ketika itu kerna Allah lebih tahu apa yang terbaik utk hamba2-NYA. Selalu orang kata, kita merancang, Allah lebih dahulu merancang untuk kita. Sebaik mana pun perancangan kita, jika Allah tidak mengizinkan perkara itu terjadi, ia tidak akan berlaku. Namun jangan terus berserah kepada takdir tanpa berusaha. Sesungguhnya, di situ sekali lagi Allah mendidik manusia; mendidik untuk terus berusaha, sedar akan kelemahan diri sendiri dan siapa yang lebih berkuasa, melahirkan perasaan redha dalam diri serta supaya manusia tidak sekali-kali lupa akan Allah swt . Banyak lagi, tp ni je yang aku nk sebut. Hehehe…


Aku terdengar keratan lagu ni semalam, time sedang “buang masa” di depan pc, mecari jurnal idaman supervisorku yang aku carik sampai sekarang tak jumpa2 (akibat kelemahan diri dalam mengesan jurnal2 tu. Huhu..).


Pernahkah kau merasa, hatimu hampa

Pernahkah kau merasa, hatimu kosong.


Pernahkah kau merasa

Dikala siang datang terasa gelap gelita

Tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam

Tiada lagi suka tiada rasa


Pernahkah kau merasa

Di saat diri terlelap

Meski gemuruh kian beradu selalu mengganggu

Kau tetap terlelap dalam tidurmu


Rangkap pertama, menggambarkan perasaan kecewa, hidup kosong. Pabila rasa kecewa menyelubungi diri, disambung dengan rangkap ke dua yang menggambarkan diri yang dah tak peduli langsung dengan persekitaran (Hoho..aku suka hati ja tafsir lagu). Tak bermaksud nk panjang2kan cerita, just pesanan terakhir kot. Rancanglah setiap pekerjaan yang ingin dilakukan dan jangan mudah putus asa bila impian/cita2/perancangan yang kita buat tak terjadi seperti yang sepatutnya. Manusia tidakkan dapat lari dari sifat kecewa, namun jangan biarkan perasaan kecewa menghambat diri sepanjang masa. Hidup ini terlalu singkat, dan jangan singkatkannya lagi dengan melayan perasaan kecewa.



*Al-Fatihah buat saudara2 kita yang dibunuh dengan kejam di Selatan Thailand ketika sedang bersolat beberapa hari yang lepas. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang mendapat rahmat dari-NYA. Ameen…

( Pedih tatkala mendengar berita saudara sendiri dibunuh dengan begitu kejam. Seolah-olah nyawa umat Islam ini terlalu murah. Bilakah ia akan berakhir? Nastaghfirullahal’azim )