RSS

Sunday, May 3, 2009

Anak

*Post ni tiada kaitan dengan Filem Anak yang ntahpape ni;



“Dah habis praktikal kan? So, pasni posting kat mana plak?”

“Tak isi borang lagi. Tp cadangannye area Selangor je,”

“Bila start?”

“Belum tau lagi. Sekarang ni duduk rumah jaga nephew dulu,”

“Eh, dh besar budak tu? Bila nak dapat adik lagi? Hehehe…”

“Adik apenye. Ni anak sedara. Anak adik. Dia amik anak angkat dari ….(lupa negeri mana)?”

“Arrr…anak angkat? Kufikir anak makcikmu. Eh, kalau anak makcik, mesti nama dia sepupu, bukan nephew. Huhu…by the way, pe cite ni? Huhuhu..?”



Perbualan SMS (edited version) dengan seorang sahabat lama. Gaya2 nak mula gossip. Opps..bukan gossip. Mendapatkan penerangan lanjut supaya tidak berlaku salah-faham. Dipendekkan cerita, adik sahabat aku ni ambil seorang anak angkat yang ditinggalkan ibunya di sebuah klnik sebaik sahaja selepas dilahirkan, sampaikan nk tulis nama ibunya pun tak sempat. Akhirnya terpaksa menggunakan nama adik sahabat aku yang kebetulan berada di klinik tersebut, yang pada mulanya hadir untuk melawat mak angkatnya. Maka, tercatatlah nama adik tersebut sebagai ibu kepada baby tersebut.


Terkejut tatkala sahabat aku menerangkan situasi tersebut. Sedih. Kehadiran seorang anak yang seolah-olah tidak dihargai. Beruntung sahaja baby tersebut (lupa plak nk tanya nama dia) dilahirkan di klinik. Kalau dilahirkan di tempat lain, mungkin sahaja dia ditinggalkan di merata-rata tempat. Na’uzzubillah. Terbayang kelak perasaan anak tersebut, bila mengetahui hal yang sebenar. Ahh…pedih2. Di kala ribuan keluarga menunggu kehadiran cahaya mata, mudah sekali anugerah ini dipersia.


Kenapa? Ya, aku sedar, ramai yang bertindak “mengabaikan” anugerah ini lantaran malu, takut dan pelbagai lagi, lantaran anak yang dilahirkan itu tidak mengikut cara yang sepatutnya. Yeah, tidak semudahnya masyarakat akan menerima, walaupun sebelum kehadiran anak itu, segala perbuatan yang menghampirinya, seolah-olah direlakan oleh masyarakat. Manakan tidak, keluar berdua sudah dianggap biasa. Berpacaran dikira satu kewajipan buat anak muda. Siapa yang tidak punya pacar, dianggap ketinggalan, kolot. Bila usia menginjak ke usia remaja, hati mula resah takala melihat orang lain punya teman, namun diri masih solo. Namun, bila diri sudah terlanjur, perut semakin membesar, barulah teringat pelbagai musibah yang bakal menimpa. Keluarga, masyarakat, kewangan, etc. Bingung, serabut, jalan pendek dipilih. Untung sahaja masih belum iseng, kandungan diteruskan, anak diberi kesempatan menjengah dunia. Aku tidak mahu bicara tentang mereka yang melakukan abortion tanpa sebab yang kukuh. Tahniah kuucapkan pada mereka yang meneruskan kandungan. Namun takziah kerna meninggalkan jasad yang tidak berdosa itu, sewenang-wenangnya. Nampaknya mereka lebih takut manusia berbanding Allah.



Aku tidak mahu membebel panjang tentang mereka. Terkadang diri terasa capek membicarakan hal ini. Namun, maybe utk mereka2 yang berhajat utk “mengabaikan” anak2 mereka, atas sebab malu atau rasa bersalah kepada keluarga, terutama ibu dan ayah, just ni jelah pesan aku. Tak selamanya ibu dan ayah akan memarahi anak2 mereka yang membuat salah, apalagi yang telah benar2 bertaubat. Beberapa kes yang aku jumpa, marahnya ibu bapa segera terpadam tatkala melihat wajah suci, murni dan comel baby yang dilahirkan. Yeah, terkadang mengambil masa yang lama untuk menyejukkan hati mereka, namun usaha, sabar dan tawakal kepada-Nya yang penting. Manakan mungkin luka yang dalam dapat disembuhkan dalam sekelip mata. Sabarlah dan berserahlah kepada-Nya. Manisnya buah tidakkan dapat dirasa sehari selepas ia berputik. Indahnya istana tidakkan dapat dilihat sedetik selepas batu asasnya diletak. Bak status seorang sahabatku selama beberapa hari, “Sabar itu Istana Iman”. Bagi yang bimbang akan masalah kewangan pulak, jangan risau tentang rezeki untuk anak2. Sesungguhnya setiap manusia telah ditentukan rezekinya. Bak kata orang dulu2 bila dapat rezeki lebih, “Alhamdulillah, rezeki anak2,”. Yang penting, kembali ke jalan-Nya. letakkan pergantungan kepada-Nya disamping berusaha. Tapi ingat, ini pesanan untuk mereka2 yang sudah terlanjur. Bagi yang belum terjebak, jangan pulak menggatal2 nak buat salah, pastu buat muka seposen mintak maap. Jangan Pilih Jalan Hitam!!


Bukan tujuan promosi!!


Akhir2 ini, bercakap tentang anak, mesti tak terlepas dari isu penetapan agama anak bg pasangan yang baru memeluk Islam. Cabinet membuat keputusan untuk mengekalkan agama asal anak2 bagi pasangan (yang salah sorang atau keduanya) memeluk agama Islam. Aku agak ketinggalan dalam mengetahui kes ni. Bukan bermaksud nak jadik bangau, tapi nk jadik bangau gk kejap. Aku agak ketinggalan sebab pada tarikh pengeluaran “fatwa” tersebut, aku de exam (budget study sampai tak ingat benda lain la ni..) dan keadaan internet kat kampus pada minggu tersebut yang berada dalam level “cemerlang dan terbilang”, sampaikan nk bukak page berita pun berjanggut menunggunya, Dan keadaan aku ketika tu yang kepala just pk nak balik kampong je, sehingga terlepas masalah umat ni.



Astaghfirullah..Alasan, alasan dan alasan. Aku hanya tahu pasal berita ni apabila membacanya di atas suratkhabar lama yang dijadikan alas memotong bawang ketika menyediakan ramuan juadah masakan tengahari di rumah, pada 26hb. Huh, time ni la baru bace suratkhabar. Bak kata my mother, “Time lain xnk bace, time nk masak ni la baru nak belek2 suratkabo tu,”. Ishlaa…


Abaikan bila aku dapat tau tu. Sekali lagi, aku terkejut. Kenapa cabinet yang kuarkan benda ni? Lagipun, kalau tak salah aku, time belajar sejarah kot (or ntah mane2 aku terbace..), de dinyatakan akta yang menyatakan agama anak2 bawah umur 18thn ditetapkan oleh mak ayah depa. Dan dalam Islam sendiri, majority ulama’ menyatakan, jika salah seorang mak ayah masuk Islam, anak2 dia adalah beragama Islam, tak kisahlah yang masuk Islam tu mak atau ayah. Aku tak nak bicara panjang tentang hukum sebab xde ilmu. so, klik sini utk penerangan lanjut.


Uncle Dafi, my cousin


Sepatutnya perkara ni dibincang di mahkamah syariah, bukan mahkamah sivil. Tapi dh aku duduk negara yang begitu mendaulatkan undang2 manusia berbanding undang2 Allah, mahkamah sivil lebih berkuasa. Papepun, aku memang tak setuju la dengan keputusan cabinet ni, lebih2 lagi bila kau tengok ahli jawatankuasa yang terlibat dalam membuat keputusan. Ye lah, dalam Kaedah Kualiti yang aku belajar, untuk membentuk Quality Team dalam mengatasi sesuatu masalah, orang2 yang terlibat perlulah pakar dalam masalah yang dibincangkan, walau dari jabatan yang berbeza (cth: pakar dalam bidang shariah walaupun datang dari NGO/Persatuan yang berbeza), bukannya yang datang dari kepakaran berbeza. Barulah keputusan yang dicapai tu mencapai standard yang diperlukan. Kalau campur2, mumet jadinya. Keputusan yang dibuat pulak, jangan dipengaruhi anasir2 luar. Persoalan agama bukan macam persoalan jalanraya, bukan macam persoalan turun naik harga air/elektrik, bukan persoalan ternakan ayam kambing, bukan persoalan jambtan lurus bengkok, yg masih boleh tolak-ansur, tapi ni persoalan ‘aqidah. Hanya orang2 yang tidak kisah akan ‘aqidahnya yang tidak terkesan dengan isu ni. Ahh..jangan korbankan ‘aqidah generasi akan datang hanya kerna takut kuasa yang ada pada hari ini hilang. Kerna takut periuk nasi pada hari ini dilempar entah ke mana. Jangan sampai dialog2 Anakku Sazali berulang, dengan nada dan isu tentang ‘aqidah pula. Fikir2kanlah…


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapa bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”

(Riwayat Muslim)


Dafi, Suparjo@Mirul, ‘Adzhim, Ziyad, Nuha. Beberapa baby comel yang aku jumpa tahun ni. Aiman, dh masuk kanak2, x leh panggil baby dh. 25hb aritu genap umo die 3 tahun. Alhamdulillah. Rasanye, dalam sejarah family aku, birthday budak kecik ni la yang paling meriah tiap2 tahun. Tahun lepas Mak Long dia belanja KFC satu umah+ntahpape lagi. Tahun ni, sebab dah boikot itu KFC, Pak Long dia plak (yg Aiman panggil Mak Long. Hua3...) belanje BBQ. Aku? Tukang makan samapi hampir demam. Kalau tahun lepas, Aiman just pandai posing ambik gambo, tahun ni mulut dia pun posing sama. Punyalah penat nk layan.


Pe tengok2? Nak carik gaduh??


Hobi dia sekarang ialah membuli si Dafi, pakcik sedara dia. Hehehe…Tapi dalam duk suka membuli tu, die ni caring gak. De sekali tu, die perasan aku duk lari2+lompat2 kat sepital aritu (Makluman: Aku bukan jadik badut penghibur di sana), die dengan petahnya berkata, " Cik ___, jangan lompat2, nanti jatuh,". Huk, terkedu kejap aku. Terus jadik sopan.


Ok, papehal pun, tahniah pada beberapa orang sahabatku yang telah dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, semoga anak2 ini bakal menjadi pendokong agama Allah di muka bumi ini, insyaAllah. Pada akak2 aku suma, cepat2la tambah bilangan anak sedara aku ni. Balik2 si Haikal je yg kami buli, sian betol. Takpe2, insyaAllah bulan 10 ni kuar lagi sorang mangsa buli kami. Muhammad Aiman Haikal, let's join our club, Kelab Makcik2 Pembuli! Hehehe...


1 comments:

aNaK eMaS said...

wah... penuh ngan gmbr aiman jerk
ni x bleh jd nih
xpe... balik ni nak ambik gmbr baby baru byk2
hek3