RSS

Sunday, November 16, 2008

Bila Exam Habis je...


ALKISAH, seorang bakal graduan bernama Salim (bukan nama sebenar), baru sahaja menamatkan peperiksaan akhir semesternya di sebuah Universiti yang baru mendapat gelaran yang luar biasa bunyinya. Gembira? Mungkin, kerana tiada lagi peperiksaan yang perlu dilalui selepas ini, namun sebenarnya dia kecewa. Kecewa kerana gagal menjawab dengan baik bagi semua kertas peperiksaan yang dilalui. Harapan demi harapannya untuk memperbaiki pointernya musnah akibat soalan-soalan yang luar biasa susahnya. Dan petang itu, sebaik sahaja pulang dari dewan peperiksaan, Salim terus menghadap komputernya. Sasaran layaran = MIRC. Mendownload apa sahaja jenis filem, drama, cerita, kartun, games dll yang tidak dapat ditontonnya, tidak dapat dinikmatinya ketika musim peperiksaan. Dengan alasan ingin melenyapkan segala stress exam, kelihatan segalanya normal dan halal baginya. Semalaman dia membuat marathon bagi menghabiskan segala jenis hiburan yang baru sahaja mahupun telah lama didownloadnya itu. Dan keesokan paginya, dia solat subuh pada jam 10pagi. Tidak sedarkan diri ketika subuh akibat tidur lewat.


Seusai solat Subuh (leh dipanggil subuh ke lagi ke? Mmm..), dia menghadap komputernya kembali. Owh, masih banyak lagi yang belum ditonton. Sekali lagi, Salim menyambung misinya, menyelesaikan apa yang telah dimulakan. Berhentinya hanya pabila solat. Makannya juga di hadapan computer. Dan perkara itu berlarutan sehingga berhari-hari lamanya….


Di satu penjuru desasiswa university tersebut, kelihatan pula Salimah (bukan nama sebenar), juga baru sahaja selesai menamatkan examnya. Di kepalanya telah terancang pelbagai rancangan buat menghilangkan stress akibat exam di samping mengisi masa lapang yg sememangnya terlalu banyak selepas exam. Petang itu, sebaik sahaja selesai solat Asar, dia bersiap-siap. Destinasi? Shopping complex + pawagam + tempat2 sekitar. Teman? Telah menanti seseorang yang pasti bukan mahramnya. Teman2 lain? Mengapa perlu ditanya akan mereka? Kacau daun. Ceh…


Dan malam itu stressnya benar2 hilang. Berhibur hingga ke santak pagi. “Owh, hanya berjalan-jalan, tengok wayang, dinner, tiada apa yang kami lakukan. Kami tahu batas2 kami” katanya selamba. Dan pagi itu, sama seperti Salim, solat Subuhnya lewat, kerana tidak terjaga tatkala waktu Subuh menjenguk. Apabila terjaga, meneruskan perancangan yang telah dirancang berhari-hari lamanya. Hiburan? Sudahtentu!! Bukankah baru habis exam? Sambutlah ‘KEMERDEKAAN’ itu dengan hiburan!! Gembira sekali…..


========================================================================================================================================


Fenomena biasa di kampus. Biasa?? Ya biasa bagi sesetengah orang. Sememangnya sudah menjadi ‘kebiasaan’ apabila perkara2 maksiat dipandang sebagai sesuatu yang biasa, bukan lagi luar biasa. Jika ditinjau secara kasar, berapa ramai Salim dan Salimah yang ada di kampus kita? Atau kita juga ‘Salim dan Salimah’ itu??


“Alaa…baru habis exam, memang macam tu. Tak boleh ke nak bersukaria selepas memerah otak dan keringat menjawab exam? Tak boleh ke nak lepas geram lepas tak dapat jawab exam? Weh, kalau stress, kita kena luahkan, kita kena releasekan. Kalau tak, mau sakit jiwa nanti,”. Owh, jawapan yang biasa aku dengar, walaupun dengan ayat yang lain.


Release stress@legakan tekanan.

Tak salah dan memang dianjurkan. Siapa yang mahu sakit jiwa akibat tekanan yang tidak berjaya dilepaskan, tidak berjaya dilegakan? Tiada rasanya. Berapa ramai yang masuk ke wad psikiatrik akibat tekanan? Berapa ramai yang bunuh diri akibat tekanan? Tak kurang juga yang terpenjara akibat tekanan. Paling tidak, menyiksa jiwa orang lain supaya kesakitan yang dialaminya turut juga dirasai oleh orang lain. Oh, oh dan oh sekali lagi. Jelas, melegakan tekanan tidak salah, malah amat dianjurkan, namun ia menjadi salah jika cara yang digunakan itu salah. Selalukan dengar ayat, “Sesuatu yang membawa kepada yang salah itu juga salah statusnya,”?? Kalu tak pernah dengar, macammana pula dengan ayat, ‘Matlamat tidak membenarkan Cara”? Owh, tidak pernah dengar juga? Nampaknya, anda perlu lebih banyak membaca.


Aku tidak pernah kata melegakan tekanan itu salah, apalagi melegakan tekanan dengan hiburan kerana manusia itu akan merasa gembira, tenang dan damai apabila dihiburkan. Bukankah fitrah manusia itu suka akan hiburan?? Tapi sebagai seorang yang mengaku dirinya Muslim/ah, perlu faham akan ertikata hiburan yang sebenar. Hiburan yang bagaimana? Aku tidak faqih dalam bab hiburan ini, dan kerna ilmuku yang dangkal ini, aku tidak bermaksud untuk pergi jauh. Apa yang jelas, hiburan tersebut perlulah terhindar dari perkara-perkara maksiat, yang syubhah, apalagi perkara2 yang menjurus kepada perkara-perkara yang haram.


Aku hanya menonton filem kat bilik je bukan pegi pawagam pun,”

Tidak salah menonton filem itu, namun filem apa yang kamu tonton??


Aku tengok cerita kartun/anime je pun,

Haha..siapa kata cerita kartun sekarang ‘murni2’ jalan ceritanya? Benar, tidak semua, tapi masalahnya, kita suka tengok semua.


Aku hanya bermain computer games sahaja,” Tidak salah bermain, namun kerna permainan itukah kamu melewatkan solat, meninggalkan perkara2 yang wajib, membuang masa??


Aku hanya berjumpa dengan ‘dia’, makan2 dan berjalan-jalan, tak lebih dari itu,”

Tidak salah? Bukankah Allah telah berfirman,“Janganlah kamu menghampiri zina,”.

Dan lupakah kamu kepada sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan itu berlari pada tubuh anak Adam sebagaimana berlarinya darah (iaitu mengalirnya)….”. Syaitan itu tidak pernah melepaskan masa walau sedetik untuk melalaikan kita.


“Aku just leh release tension kalu dengar lagu heavy metal,”

“Shopping!! Itu sahaja yang leh tenangkan aku kalu tengah stress,”.


Owh, pelbagai cara, dan aku tidak bermaksud untuk memaksa orang lain mengikut cara aku. Sila pakai kasut masing2 untuk bergerak tapi cek dulu samada kasut itu sesuai dipakai atau tidak, bahannya haram atau halal, menyiksa orang lain atau tidak jika kita menggunakannya. Jangan hanya kerana kita selesa memakainya, aspek2 lain diabaikan. Kita bukan hidup untuk diri sendiri!!


Pelbagai hak perlu difikirkan sebelum hak diri sendiri dipenuhi. Jika lagu yang bisa melegakan tekananmu, carilah lagu yang benar2 memberikan ketenangan, yang digariskan oleh syariat Islam. Jika filem/anime yang bisa mengendurkan ketegangan perasaanmu, pilihlah yang bermanfaat dan jangan lekakan dirimu dengan menontonnya terlalu banyak. Jika berjalan2, bersiar2 menjadi pilihan, biarlah perjalananmu itu lebih mendekatkan dirimu kepada Pencipta alam tersebut. Jika shopping itu satu kegembiraan bagimu, lakukanlah ia namun jangan membazir. Shopping apa yang perlu. Window shopping? Silakan, namun perhatikan masamu. Jangan mengelak untuk membazir wang, tapi pada masa yang sama masamu terbazir.



Pendek kata, berhiburlah, tapi sebelum melakukannya, sila tanya diri sendiri;


1. Adakah ia tidak bertentangan dengan syariat Islam? Adakah ia terhindar dari perkara2 maksiat atau perkara2 yang boleh membawa kepada perkara2 maksiat.

2. Adakah ia akan membazirkan masa aku? Mahukah menjadi sahabat Syaitan?

3. Adakah ia tidak akan memudaratkan orang lain atau persekitaran?

4. Dan yang paling penting, adakah aku terlepas dari pandangan Allah ketika aku melakukan perkara ini? Jika perkara baik yang aku lakukan, tidak mengapalah. Namun jika sebaliknya???


Just 4 soalan mudah ni je. Tapi dari keempat-empat soalan tu, rasanya soalan yang keempat tu yang paling perlu diingat. Sebabnya? Sebelum tidur malam ni, fikir2kannya sebentar. Bukankah orang yang bijak itu sentiasa berfikir? Lagipun orang yang selalu berfikir ni dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk. InsyaAllah.


“Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara, maka letakkanlah tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal”

(Hadith)


**Tapi kegelisahan dan ketetapan tu hanya bagi orang yang kuat memelihara haram dan halal dalam kehidupannya, yang menjauhi dari perkara2 yang syubhah, dan sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan dirinya. Hati kita tergolongkah di dalam kategori ni?? Mmmm..hisablah diri masing2.


Janganlah kerna niat kita yang murni iaitu untuk tidak berlaku zalim kepada diri, membawa kita kepada sesuatu yang lebih menzalimi diri. Sesungguhnya, hiburan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberi kelegaan kepada sebuah tekanan, malah akan mendekatkan lagi diri kepada-NYA. Bukankah ketenangan itu milik-NYA, yang hanya dipinjamkan sebentar buat bekalan permusafiran di dunia? Jika kehabisan bekalan, perlu di’refill’ dari tempat yg sepatutnya. Takkanlah nak refill minyak di kedai menjual topup. Takkanla nak reload topup di kedai jual tayar? (kecualilah kalu pekedai tu de jual topup). So, kalu nak refill ketenangan, pergilah tempat yang sepatutnya, dan refill dengan benda yang sepatutnya.


Redakan Ketegangan Fikiranmu


1. Banyakkan berdzikir. Bukan hanya lidah yang berdzikir, hadirkanlah hati dalam dzikir tersebut.

2. Perbanyakkan solat malam. Solat adalah medium utama yang dikhaskan oleh Allah untuk menghadap-Nya tanpa sebarang block/penghalang.

3. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan tadabbur/perhatikan maksudnya. Terlalu banyak khabar2 dari Allah yang kita tidak ketahui.

4. Perbaiki ibadah2 khusus dan perbanyakkan ibadah2 sunat. Kesibukan beribadah akan melupakan niat untuk melakukan sesuatu yang sia-sia.

5. Suka mendengar lagu? Jadikan alunan AQ, dzikir2, nasyid2 mahupun lagu2 yang bermanfaat sebagai halwa telinga.


Sekali lagi aku nyatakan, aku insan lemah yang ilmunya terlalu tohor, jika dibandingkan dengan keluasan dan kedalaman ilmu-NYA. Aku juga tidak pernah terlepas dari aktiviti2 hiburan dan juga sering tersilap langkah. Alhamdulillah, masih ada yang sudi menegur. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk membuka mulut, untuk menegur dengan lisan. Ingatlah wahai teman, kadangkala diamku bukan bermaksud aku bersetuju dengan perbuatan kalian, senyumku bukan bererti aku merelakan apa yang kalian lakukan, dan tawaku bukan melambangkan gembiranya hatiku dengan apa yang telah terjadi. Kerna lemahnya imanku, aku tidak mampu memainkan lidahku, menyusun kata2.


Dari pada Abi Zaid Usammah bin Zaid bin Harithah r.a. katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki diheret pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka. Tali perutnya terkeluar, dan ia berpusing-pusing spt keldai mengelilingi tempat pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu berkata, “Kenapa engkau ini? Bukankah engkau pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?”. Jawabnya, “Benar, aku menyuruh membuat kebaikan, sedang aku tidak membuatnya. Dan aku menyuruh mencegah kemungkaran, sedang aku melakukannya,”

(Muttafaqun ‘alaihi)


“Wahai orang-oran yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan? Besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan..”

(As-soff:2-3)


Teguran2 dan peringatan di atas adalah untuk peringatan bersama. Dan jangan diukur kebenaran peringatan yang diberi ke atas perlakuan si penulisnya. Aku insan yang lemah, dan sentiasa bergelumang dengan dosa. Usah ditidakkan kebenaran yang jelas hanya kerana penyampainya seorang yang hina. Sesungguhnya aku akan diuji terlebih dahulu dengan apa yang aku nyatakan. Oleh itu, jika terlihat oleh kalian sumbang langkahku, pincang gerak kakiku, tegurlah diri yang lemah ini.


Astaghfirullahal’azhim. Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazh-zholimin

Wa akhiru qalam, lil-asdiqa’i, ighfir dzunubi ‘alaikum

Assalamu’alaikum.


10 comments:

Anonymous said...

tazkirah yg sgt diperlukan sekarang sebab kebanyakan dah habis exam... terima kasih atas peringatan yang berguna ini...kalau boleh banyakkan lg bnda2 baru..best betul baca blog akak..

Qalam'Aini said...

fenomena ini........owh...sesuatu yg juga ingin diluahkan, akhirnya terbaca dipage ini........minta izin untuk di'spread the newz'kan.

pEopLe caLL mE sue...... said...

sgt stuju dgn apa yg disampaikan..hehe...bleh jd penceramah usm pasni..=)

Anonymous said...

masyaAllah ukhti, ending yg baik. ayuh para mujahida/ah, wlau level mane iman kita(hanya Allah yg tau), kl tidak blh wat sume, jgn tinggal sume..

Anonymous said...

post yg menitiskan air mata..sedar la wahai ukhti, tiada ketetapan Allah pada umatNYA melainkan ia sesuatu yg mampu untuk hambaNYA lakukan.sama2 lah muhasabah, perjuangn itu tidak mudah, tiada yg terkecuali tuk diuji olehNYA, nyata iman seseorang tu hanya pada bagaimana ia bertindak pada ujian Allah itu...ujian Allah, pada hambaNYA yg disayangi, ingtlah detikan ujian2 itu merupakan kifarah dosa kita..

Sifrulmind said...

Berakhir Sebuah Perjalanan
(KISAS)

Menangislah....
Agar tangisan itu
Dapat mengingatkan kita
Pada hari-hari mati
Yang pastinya datang
Tanpa bertanya usia
Siapa kita di belantara hidup ini

Menangislah.....
Agar tangisan itu
Dapat mngingatkan kita
Pada hari-hari mati
Hidup sementara dunia hanya pinjaman
Ciptaan Ilahi yang Maha Kuasa

Menangislah....
Agar air mata yang mengalir mengingatkan kita
Pada luka calar yang terbakar
di kaki usia
Dari rakusnya manusia kita
Mencipta hidup di dunia
Pentas sandiwara

Anonymous said...

tp tangisan kadang2 melambatkan pergerakan diri.cube pk kadang2 kita ingin ke depan, kerana sasaran utama kita di hadapan, tp dlm grkn itu ade terdapat duri2 yg tersangkut pada baju, kita pg jgk sbb yg didpan memerlukn kita hgga terkoyak baju...zasss!!!...ape perlu buat?blk tkr baju?ish...sasaran utama kt depan tu, timing x smpt kl blk!!! tp kl x tkr baju, cara x kne plk, apa pandangn sasaran pada kita nnt!!! mcm mane akak nk wat?

Sifrulmind said...

Tangisan yg melambatkan adalah tangisan yang didorong oleh emosi semata-mata. Ya, sukar dielak, namun tidak perlu asyik melayannya.

Perumpamaan "Menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak". Jika boleh dileraikan duri2 tu dari baju dengan cara yang terbaik, mengapa perlu direntap hingga terkoyaknya baju? Mengapa perlu bermain 'tarik tali' dengan duri jika diketahui ia akan menyebabkan baju terkoyak? Ego? Oh, mudah berkata-kata, kutahu praktikalnya agak sukar.

Owh, baju sudah terkoyak!!! Tidak punya masa utk pulang.
"Sediakn payung sblm hujan". Di sini perlunya bekalan.
De bawa baju yg baru lain bersama-sama?
Jika tiada, de bawa peralatan menjahit?
Kalau bawa peralatan menjahit, de ilmu 'menjahit'?
Ya, baju yang bertampal dgn jahitan tidakkan sama dgn baju yang asal, so jgn terkejut jika 'hasil/ dari sasaran tidak spt yg diharapkan. Tapi sesungguhnya ia lebih baik dari dibiarkan terkoyak.

Kadangkala perlu diingat, jangan terlalu asyik mengejar yg dihadapan, sehingga yang dikendong keciciran.
Tapi jgan terlalu asyik menjaga yg dikendong, takut tertinggal di takuk lama. Berkorban utk kejayaan (moto sekolah adik aku. Huhu..)

Aish, bnyk merepek dengan perumpamaan. Maaf2. Astaghfirullah....

dEe Di a.k.a. KeNg hAu said...

fenomena memang berlaku di mana2 pun, bukan di usm KKJ malahan Universiti lain...

cara fikiran atau mindset masyrakat da berubah, bukan yg muda je... golongan yg bekerja pon lebi kurang je...

terpulang pada tuan empunya badan nk wat pa.. org luar hanya boleh memberi pendapat... jika ditolak lebih baik diam...

masing2 ada hak dan pandangan tersendiri...

Anonymous said...

dlm memelihara yang hak, pastikan pembawaan islam kita seiring dengan tuntutan islam...