RSS

Monday, October 6, 2008

Ramadhan & Syawal 1429H

Belum berjaya menormalkan diri. Mengisi masa dengan mengadap PC, mengarut skali lagi.


=================================================================================================


Petang 29 Ramadhan. Terasa sayu tika menunaikan solat Asar. Termenung seketika. Membilang masa yg tinggal. Esok hari terakhir pose dan InsyaAllah mlm ni terawikh terakhir utk Ramadhan kali ni. Terasa terlalu syahdu. Ia akan pergi jua. Sebak. Ahh..tiada satu pun yg akan kekal di dunia ni melainkan Allah s.w.t. Yg datang, pastikan berlalu. Yg hidup, pastikan mati. Teringat msg seorang sahabat dr UM td. “Rasa insaf pada Ramadhan kali ini. Ramai sahabat2 dan saudara-mara pulang ke rahmatullah dlm bulan Ramadhan,”. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Sesungguhnya janji-NYA pasti. Dan adakah Ramadhan ini Ramadhan yg terakhir bagiku?? Waallauhua’lam…



“Usah ditanya kapan masamu akan tiba, tapi tanyalah apa yg telah kamu lakukan utk menghadapi masamu itu..”



Pagi 1 Syawal. Meriah skali. Tidak perlu diceritakan di sini. Kesyukuran dalam kemeriahan (pinjam slogan TV3 jap). Benarlah, sesungguhnya salah satu kegembiraan orang2 yg berpuasa ialah ketika tibanya 1Syawal. Alhamdulillah, menyambutnya dgn sederhana. Sederhana?? Barangkali..


(Bergambar kat umah atok ngn nenek)


Berpeluang bertemu dgn adik2 dan kakak2. Hehe..sorang x cukup. Tiap2 tahun lagu tu la. Ude beraya kat rumah mertua kat JB. Tahun lepas tak cukup gk, Angah beraya kat rumah mertua kat Sabah. Along?? Tak yah risau, rumah mertua selang sekampung je dr rumah ayah bonda. Tak sempat nk kelip mata, dh sampai (tu kalu tutup mata utk tido laa..). Adik2?? Suma balik sekaligus ari jumaat terakhir b4 raya. SMK Tun Mamat (rindu kat sekolah ni…), KMJ, UUM, stp peringkat de. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berjumpa mereka. Ayah Bonda?? Setia menanti kami “membuat onar” di rumah. Hahaha.. Atok (mbah lanang) ngn nenek (mbah wedok). Lama x jumpa depa walaupun jarak rumah aku ngn depa tak sampai 10mnt kalau naik beskal dgn kelajuan maksimum. Kenapa lama x jumpa?? Sebab beskal kat uma

h aku rosak, xleh nk digunakan dgn kelajuan maksimum utk ke rumah atok ngn nenek. Ahh..alasan mengarut. Alhamdulillah, 1 Syawal berpeluang jumpa atok nenek. Kali terakhir jumpa bulan 6 aritu. Huh..dh 4 bulan. Pe punya cucu la aku ni.



1 Syawal menjadi tetamu, 2 Syawal menjadi tuan rumah, dan 3 Syawal menjadi musafir. 4 Syawal?? Menjadi student semula selepas lupa status diri sbg pelajar bila balik rumah. Huhu..



Cuti seminggu di rumah, bercadang nk jumpa sahabat dr USMKK, tp perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Tidak berkesempatan nk jumpa. Hajat di hati nk tanya lebih lanjut pasal penubuhan PMIUSMKK, tp disebabkan perancangan awal terpaksa ditukar, perancangan seterusnya juga terpaksa ditukar. Hehe..sorang senior dulu de btau, “..dalam hidup, sentiasa siap-sedia dengan plan B, C, D dan seterusnya..”, walaupun aku jarang ikut nasihat ni. Huhu..pebende aku merepek ni.



40 tahun usia USM secara rasmi pada tahun ni. 2 bulan lps, aku dikhabarkan ttg usaha penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam USM kampus Kesihatan (PMIUSMKK). Aku terkejut. Selama ni aku x pernah tau yg kat sana xde PMI. Betapa jahilnya aku ttg Universiti sendiri. Huhu..abaikan sebentar kelemahan aku tu.


Jika 9 tahun lepas, bermula 1999, (perbetulkan jika salah), kampus kejuruteraan juga menghadapi situasi yg sama, namun Alhamdulillah, PMIUSMKKj berjaya ditubuhkan tahun 2000 (jika salah, perbetulkn sekali lagi). Jadi, bukan 1 dongengan untuk USMKK menubuhkan satu platform rasmi untuk Mahasiswa Islam bergiat dgn lebih tersusun, professional dan proaktif dalam menegakkan syariat Islam di bumi USMKK, insyaAllah. Kepada mereka yg berusaha keras untuk penubuhan PMIUSMKK ni, teruskan usaha kalian. Jgn mudah putus asa coz kejayaan takkan datang sekelip mata. Diharap, dengan tertubuhnya PMIUSMKK,ia menjadi “transformer injak naik” kepada semangat perjuangan mahasiswa yg mengaku dirinya beragama Islam. Allahu Akbar!!


p/s: More information about PMIUSMKK, click here. Arr..lupe plk. Selamat Hari Raya kepada semua. Mohon ampun atas segala kesilapan. Taqabbalallahu minnaa wa minnkum


2 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

kesiannya kamu.. baruku tahu... adoila... x pa lepas nie... akan lebih berhati2.. tidak kisahlah untuk apa urusan sekalipun... huhuhu... x faham??.. abaikan...

Sifrulmind said...

Huh..adakah bahana tersalah window?? Hehe...tiada apa yg perlu dirisaukan.

*Pengajaran: Berhati-hati pabila ingin menekan key "ENTER". Huhu..