RSS

Monday, October 13, 2008

Anugerah Pelik tapi Benar

(Gambar Hiasan)

Jumaat, Sabtu dan Ahad. 3 hari aku menjadikan bilikku sebagai bilik persinggahan, bilik persalinan dan tempat tidur sahaja. Ntah apa yang disibukkan, tapi sampaikan rumet aku sendiri dah tak larat nk tanya aku p mana. Hehe..situasi yg sama berlaku dengan rumet aku sebelum ni. Jangan risau wahai rumet, aku bukan g merayau-rayau tak tentu pasal.


“Dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”

(Surah At-Taubah:105)


Dan aku teringat kata2 Dr …….., aku tak ingat plk namanya. Dia kata, hujung minggu merupakan masa yang amat sesuai utk melakukan apa yang kita suka, namun terpulang kepada kita utk menentukan apa aktiviti sesuai yang kita perlu lakukan. Huhu..de kaitan ke?? Kalu Nampak cam xde, kaitkanlah sendiri.

Satu pagi sabtu, di dalam satu majlis, di salah sebuah lokasi yang paling aku suka kat kampus kejuruteraan USM ni, aku duduk kat lokasi yang agak strategic utk menjalankan misi aku. Mengikuti perjalanan majlis dengan khusyuk (maybe laa..). Sehinggalah ke satu slot, kekhusyukanku terganggu. Terdengar pengerusi majlis mengumumkan…


"Anugerah individu paling berkomitmen dengan persatuan, saudara Helmi …"


Aku secara spontan tergelak di belakang majlis tatkala pengerusi majlis (Ust Saiful Hakim) menyebut akan anugerah tersebut. Bukan aku mempertikaikan penerimanya, namun aku tak pernah plak dengar selama ni persatuan yg aku join ni de wt anugerah camni. Aku dengan selambenye meneruskan gelakku dengan beberapa senior, junior dan rakan2 x sebayaku kat belakang majlis tu. Hahaha..Namun, pengumuman ke-2 mematikan tawaku.


“Utk muslimat, dijemput ……..” (Huhu..tak sanggup nak tulis pe yg dia ckp..)


Adoilaa..memang nk kena depa ni. Ish3. Dengan teragak-agak, aku g amik “hadiah” tu. Bila Dr tanya, “Wakil ke?” Dengan yakin aku mengangguk sambil menjawab, “Ha’a. Wakil ja. Mekasih Dr,”. Ya, aku mewakilkan sahabat2ku yg lain, yg telah memberikan komitmen yg amat tinggi dalam persatuan ni. Bak kata sorang sahabat tu, “Hadiahmu, hadiahku jua,”. Hehe..leh aplikasi kat sini kot. Hehe…namun sesungguhnya, “Aku agak trauma utk menerima hadiah lagi slps ini.” Huhuhu….But, pengajaran yg leh aku dapat kat sini ialah;


“Janganlah engkau mentertawakan nasib orang lain kerana hidup ini umpama roda, kita tidak tahu bila kita akan di atas, dan bila kita akan berpusing ke bawah. Untung rugi nasib kita, tidakkan kita tahu, walaupun sedetik selepas kita membaca ayat ini. So, jgn suka2 gelakkan orang. Huhuhu…”


Komitmen dalam persatuan. Tatkala makan jamuan aidilfitri pas majlis td tu (dalam trauma2, x lupa utk makan dengan berselera nasi hujan panas tu. Huhu…), ada beberapa orang junior yg bertanya, ttg cmna nk bg komitmen dlm persatuan (bukan sbb anugerah td tu, tp sebab aku dh dilantik jadik mentor diorang. Jgn salah paham plk!!). Depa cita cmna depa telah beberapa kali mengelakkan diri dari menghadiri mtg2 yg diadakan oleh persatuan. Study, kawan, diri dan AUKU. 4 elemen yg bnyk mempengaruhi keputusan depa. Eh, AUKU tu depa tak sebutla, tapi ni berdasarkan pemerhatian aku selama hampir 3thn stgh kat sini (Huhu..dah agak lama gak aku kat sini..) Mmm..pasal ni, aku akan derive lain masa. Masa untuk menelaah sudah hampir sampai. Salah satu ilmu yang aku dapat dari ceramah motivasi semalam ialah;


untuk membentuk keyakinan diri, jangan sesekali mungkir janji pada diri sendiri, kerna apabila anda mungkir janji pada diri sendiri, akan hilang kepercayaan diri anda kepada dirinya sendiri. Impaknya, anda hilang keyakinan diri..”

(Telah diolah mengikut kefahaman diri sendiri)


Contoh mudah:

1. Akan hilang keyakinan seorang kawan kepada diri anda jika anda sering memungkiri janji anda kepadanya.

2. Jika anda telah berjanji untuk study antenna pada jam 10.30pg, maka, tepatilah janji tersebut. So, mari

stop di sini, dan study!!!



*Aku just tertarik dengan lagi satu anugerah hujung minggu ni. Anugerah “Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)” yg memberi gelaran ‘Datuk’ kepada penerimanya. Dan penerimanya adalah si SHAH RUKH KHAN. Mmm..pe pemimpin kat negeri sebelah negeri aku ni fikir ek?? Agaknya dh tak tau nak bg kt sape kot. Tp rasanya bnyk je org lain yg jasanya lebih bnyk dr SRK ni. Kalo nk kate dia promote Melaka pun, fikir2laa… bukan dia yg pilih Melaka tu, tp kompem la org yg nk wt cite tu yg pilih (org yg bertanggungjawab carik tempat yg sesuai utk berlakon..). sepatutnya, kalo nak sangat bagi anugerah tu pun, bagi la kat org yg carik ‘Melaka’ tu, bukan si SRK ni. Aku jeles dgn anugerah tu?? Huhu..ada apa pada anugerah tu?? Aku mendambakan anugerah yg lebih agung, anugerah dari-NYA, iaitu hidup yg diredhai oleh-NYA. Allahu Akbar!!!


“..wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah dan sunnah Raasul-Nya- jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

(Surah An-Nisa’: 59)


(Pencadang)


(Penyokong)


(Penerima Anugerah Datuk)


Tak tau la camna orang2 di sana boleh memilih pemimpin sebegini rupa?? Perlukah mereka ditaati?? Fikirkanlah sendiri...


3 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Akuilah kamu memang komited dalam berpesatuan... huhu... dan anugerah tu tanda kamu dihargai... cuma mungkin lepas nie PMI boleh lebih menyeluruh... liqa' ahlikan hari itu???... jadi wajarlah buat research dulu untuk anugerah akademik sume yang mendaftar patutnya layak jika layak...

Cis x dapat ke KL... rupanya nak nengok kamu dapat anugerah.. huhuhu... ada junior tanya... Kimia senang ke??.. ramai je score... huhu mcm mana aku nak jawab ek... (kalau aku scorer ok gak... huahua...)... then aku jawab.. x de la. sumepun sama je.. cuma sahabat2 kat kimia rajin... haha... end!

Anonymous said...

hehe..cam kenal je kata2 sape tu??>>hadiah kamu,hadiahku jua..<<
:)...betul2,camne bleh bg anugerah datuk kt warga asing..ish3.xpatut...

Sifrulmind said...

En abua-k,
Maybe saranan tu leh diforwardkan pada orang2 yg berkenaan. Apalah kuasa hamba yang lemah ini.
Eh, sakitkah matamu melihat aku menerima anugerah itu?? Haha..ketahuilah, orang yg menerimanya lagi 'sakit' hatinya.
Dan no komen utk pelajar2 kimia.

Cik hayatussaadah,
Tuan hamba mmg kenal kata2 itu. Hamba yg hina ini meminjam sebentar ayat2 tuan hamba itu. Haha..ayat2mu, ayat2ku jua. =)