Dalam kesibukan masing2 study, (study ke aku ni? Huhu...), kadang2 tanpa sedar kita tertinggal/terlepas pandang sesetengah perkara. Ye lah, dalam keasyikan "memecut kereta", seringkali ada shja yang tertinggal. Pe dia? Silap2 "penumpang" kereta pun leh tertinggal. Think about it. Sesungguhnya hidup ini bukan utk study shj. "Study dan dakwah bukan seperti jongkang-jongkit,". Seringkali mendengar ungkapan tersebut. Ya, benar, aku tiada kuasa untuk menyangkalnya. Mmm..mudah untuk diperkatakan, namun sukar untuk direalisasikan. Tapi, walaupun sukar untuk direalisasikan, bukan mustahil untuk dikotakan. InsyaAllah..
Dan di kala musim2 exam ni la, kesedaran pelajar ttg keadaan semasa semakin berkurangan. Bayangkan, sebelum exam, peratus kesedaran mahasiswa ttg hal ehwal semasa ni pun sememangnya kurang, inikan pulak time exam. Leh gambarkan?? Tapi peliknya berita berkaitan hiburan, sukan (especialy bolasepak skg ni), tak penah pulak depa terlepas. Adakah maklumat2 yang penting sahaja mereka ambil tahu?? Penting benarkah sukan dalam hidup mereka? Benarlah, dakyah Yahudi benar2 telah berjaya meresap masuk dgn jayanya ke dalam hidup sasarannya. Antara kita sedar atau tidak sahaja.
"Pebende yg ko merepek time orang nk exam ni?" Hehe..biarkan. Cara mereleasekan apa yang tersimpul di kepala. Ini cara aku, bukan cara kamu. Caraku dan caramu berbeza. Biarkan aku dgn caraku, kamu dgn caramu, selagimana caraku dan caramu itu tidak menyalahi apa yang digariskan oleh Tuan Empunya dunia. Allahu Akbar!!
Dan sebagai motivasi buat hati2 yang telah mula lemah, kurang bersemngat. Ingatlah mereka2 yang tersayang.
Motivasi
Sayalah permata anak kesayangan
Kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untukku
Menjadi harapan di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang!!!
Anda pernah cemerlang satu masa dulu, jika tidak, manakan mungkin kalian berada di menara gading ini. Jangan jadikan kejayaan itu hanya sebagai 'sejarah', namun jadikan ia 'transformer' kepada hidup ini, dan 'generator', yang membaik-pulih apa sahaja 'error' yang telah berlaku di dalam proses 'transmission' kehidupan ini, yang akan tiba kepada 'receiver' satu hari nanti. Tak paham perumpamaan ini?? Sila tanya pada sape2 yang belajar Computer Network or Communication.
Lagi satu, jangan jadikan diri kalian sebagai "PERNAH" berjaya sahaja, tetapi "SENTIASA" berjaya, kerna umat Islam adalah umat yang berjaya. Mohon ampun terhadap sebarang silap salah. Doakan aku dalam menghadapi exam final sem ni. Semoga ilmu yang aku pelajari ini diberkati oleh-NYA, dan memberi manfaat dalam mengimarahkan bumi-NYA ini.
Pensil yang dihadiahkan oleh seorang sahabat, insyaAllah akan digunakan utk exam. Hehe..
0 comments:
Post a Comment