RSS

Sunday, August 24, 2008

Kedatangannya Dinanti namun ‘Dicemari’ dengan Tangan Sendiri…

Alhamdulillah, hari ni genap sudah 22 Syaaban, dan kalu ikut perkiraan, 7hari lagi akan tiba bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan pesta ibadah yang dinanti sekalian umat Islam yang sedar akan kelebihannya. Semoga aku diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama memanfaatkannya, kerna aku tidak tahu bila ‘plug’ kehidupan ini akan dicabut oleh Tuannya. Jika dicabut tika ini, cukupkah bekalanku untuk perjalanan hidup yang abadi? Astaghfirullah..


Dalam menghitung hari menanti kedatangn Ramdhan, terlalu banyak perkara yang telah, sedang dan insyaAllah akan berlaku, jika dikira mengikut perancangan manusia. Ahh..bukan hidup namanya kalau perkara yang sama je berlaku. Jika minggu lepas adalah minggu ‘santai’ dengan bermulanya cuti pertengahan sem, tiada kelas buat sementara waktu walaupun terlalu banyak perkara berkaitan pelajaran yagn perlu diselesaikan, hujung minggu pula dihujani dengan pelbagai perkara yang aku sendiri gagal untuk memberikan sebarang sumbangan. Astaghfirullah..Jika diikutkan hati, peduli apa aku dengan yang lain?? Jika diikutkan nafsu amarah yg sememangnya sering berjaya merajai hati, sudah tentu aku tiada di sini hari ini. Ohh..Tapi sedarkah engkau wahai diri, ikutkan hati, hatimu akan mati, ikutkan nafsu, dirimu kan lesu tak bermaya. Sabarkanlah dirimu untuk ke sekian kalinya. Sabar, sabar, sabar….


“Stress sebenarnya berlaku bukan disebabkan oleh bebanan kerja, tetapi disebabkan oleh perasaan marah, kecewa dan bimbang..”


Kata2 seorang motivator terkenal dunia tapi aku lupa nama dia. Stresskah aku?? Hehe..maybe. Ok, abaikan persoalan stress tersebut.



Pilihanraya Kecil Permatang Pauh



26hb akan berlangsung pilhanraya kecil Parlimen Permatang Pauh (PP44) yang menyaksikan pertembungan 3 penjuru diantara BN, PKR dan AKIM. AKIM?? Stand for Angkatan Keadilan Insan Malaysia. Secara jujur aku tak pernah dengar nama ni. Dan dikhabarkan kawan aku yang merupakan anak jati parlimen Permatang Pauh tu, calon AKIM (Hj Hanafi Mamat, Presiden AKIM) tak de plak turun ‘mempromosikan’ dirinya sebagaimana yang biasa dilakukan oleh calon2 lain. Mmm..pelik tapi benar, so, sendiri fikir la ye.


Beberapa hari lepas, aku terbaca di NST satu khabar gembira, berkaitan pembatalan konsert Avril Lavigne yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos, beberapa hari sebelum sambutan kemerdekaan negaraku yang ke 51 dan sudah tentu beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan. Avril Lavigne??



http://www.avrillavigne.com/about


Begitu juga makluman daripada beberapa laman web mengukuhkan lagi pernyataan tersebut dan ada disebutkan di situ ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima bantahan tersebut. Memorandum bantahan konsert tersebut telah disampaikan oleh Helwani Gamis (rujuk link2 berikut untuk maklumat lanjut).


http://gamisdaily.com/blog/

http://www.malaysiakini.com/news/88149



Walau bagaimanapun, petang semalam aku mendapat makluman sms yang agak mengejutkan namun sudah dijangka.


“Konsert yang mencacatkan kemuliaan bulan Ramadhan dan kemerdekaan Malaysia , konsert Avril Lavigne dibenarkan untuk diadakan semula pada 29 Ogos ….”


Dan pagi ni aku mendapat pengesahan dakwaan sms tersebut melalui akhbar ‘terhebat’ di Malaysia, Berita Harian On9,


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20080824000051/Article/index_html


Apa yang memusykilkan aku adalah sebab pembatalan awal konsert yang dinyatakan di dalam akhbar tersebut. Sebab tak bagi buat konsert = lewat mintak permit. So, selepas dipertimbangkan ikut budi bicara pihak2 tertentu, depa bagi buat balik. Mm..takde sebut sikit pun pasal memorandum bantahan ke, sokongan bantahan oleh mufti Selangor ke, tak sesuai dengan budaya ke (macam yg dinyatakan dalam NST), mencacatkan bulan Ramadhan ke, (aku tak nak sebut mencacatkan sambutan Kemerdekaan coz memang tiap2 tahun konsert sebegini rupa dianjurkan bila nak sambut kemerdekaan. Memang dah tercemar dari dulu..). Pada masa yang sama aku terfikir, apa sebenarnya fungsi sebenar KeKKWA ni? Nak jaga kebudayaan, Kesenian dan Warisan or ‘memusnahkan, mencemarkan, mencacatkan (dan yang sewaktu dengannya)’ apa yang depa bina?. Bayangkan kalu korang buat bangunan. Tangan kanan sibuk membuat pelbagai cara untuk menghasilkan sebuah bangunan yang cantik, teguh, selesa dan ciri2 postif yang lain tapi tangan kiri sibuk memusnahkan bahagian yang telah terbina. Rasa2, bila bangunan tu nak siap?? Janganlah mengharap sesuatu yang suci, muluk , sempurna dan cantik jika kebenaran dicampur dengan kebatilan. Konsep Inqilabiyyah secara umum, ramai yang tidak mahu menerimanya dan menolaknya 100%, menganggapnya terlalu ekstrem, tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan sekarang, dan 1001 alasan yang lain.


Apakah mereka anggap segala kesalahan, maksiat yang depa lakukan beberapa hari sebelum tibanya Ramadhan tu leh di cover balik dengan ibadah2 pada bulan Ramadhan?? Sape leh bagi jaminan yang kita leh hidup sampai tibanya Ramdhan? Sape leh bagi jaminan ‘amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan diterima oleh Allah? Aku bukan nak bersangka buruk pada Allah (Astaghfirullahal’azhim…), tapi sedarkah kalian yang kebanyakan umat Islam yang berpuasa hanya mendapat rasa lapar dan dahaga sahaja sepanjang bulan Ramadhan ni? (Ya Allah, aku berlindung dari-Mu dari tergolong dlm golongan ini. Ameen..). Ni bukan aku yang cakap, Rasulullah sendiri pernah nyatakan benda ni. So, de sape2 leh bagi jaminan 100% kat aku??


Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali hanya berjaga sahaja."
( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan syarat Bukhari )


Mmm..x nak membebel panjang2. Perlu menenangkan hati. Menanti kedatangan Ramadhan dengan sabar dan berdoa supaya masih diberikan peluang untuk menjengah Ramadhan kali ini. Berharap supaya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan2 yang lepas. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!!

Wednesday, August 20, 2008

Persoalan yang Tidak Terjawab

Tengah dok busy chat dgn sorang kawan yang berada nun di selatan sana, berkongsi cara penyelesaian masalah ummah semasa (Yelah tu...), aku sempat promote blog sendiri. Haha..kesan jumpa YB petang tadi yg begitu bersungguh-sungguh mempromote blog dia (Cam takde kaitan je. Hehe…). Dan selepas lebih kurang 45mint pastu, dia tiba2 tanya bbrpa soklan ttg blog aku ni. Aku tak bagi jawapan tme tu coz dh lewat mlm plk (padahal baru kul 12mlm tp aku dh tak larat bukak mata. Huhu…). Dan soklan tu berlegar-legar kat kepala aku bila aku terjaga kul 2.30pg menyebabkan aku tak leh tido sampai ke pagi ni. (Nasib bek dia tanya soklan ni, kalu x, xde ar aku terjaga pastu tido balik mlm tadi. Alhamdulillah…). Soklan dia lebih kepada respon kpd blog aku. Huhu…


Antara soalan2nya (3 soklan je kot yg aku leh jwb kat cni):


1. Kenapa aku tak komen ttg isu semasa (especially suasana politik semasa kat Mesia skg ni)?.Dah ar dok kat kawsn yg dekat dgn tempat “Politik Paling Hot” di dekad ini, tapi senyap-sunyi je aku ni. (Terus-terang jelah ko nk tanye ckp nape aku x komen pasal PRK kat Permatang Pauh tu, kan senang cite. Huhu…)


Jawapan

Bukan tak nak komen, just bg peluang kat orang lain komen. Hehe…Depa lebih mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Aku risau kalu apa yg aku keluarkan kat sini menzalimi sesetengah pihak lantaran maklumat yang tidak benar. Oleh itu, serahkan pada yang pakar walaupun di kepalaku pelbagai perkara yang ingin aku statekan kat sini. Mmm..mungkin apa yang aku akan statekn pun kebnyakan pendapat2/persoalan2 tanpa jawapan yang berlegar-legar kat kepala aku ni.Aku penakut?? Terpulang hang nak label aku pe.



2. Kenapa pilih blog sbg medium dakwah?


Jawapan.


Jawapan aku ringkas je, walaupun sebenarnye panjang gk,, “Aku menyahut seruan kerajaan supaya menggiatkan aktiviti ber’blog’ especially bagi pimpinan2nya (walaupun aku bukan YB. Wooha!!).” Aku lebih percaya keberkesanan dakwah secara F2F (face to face), dari pintu ke pintu (xtra kredit for JT), walaupun ia amat mencabar. Kerana ia lebih dekat dengan sunnah Rasulullah.


“Amalkan 5S. Senyum, Salam, Sapa, Sayang dan Sentuh. Itulah atra method dakwah yang paling berkesan”.



(Antara ilmu yang aku dapat dalm DRAW08). Tanpa mujahadah/keazaman yang tinggi, memang sukar nk realisasikan benda tu (aku sendiri masih belum Berjaya untuk melakukannya. Astaghfirullah..Huhu…). Ops, jgn salah paham or salah tanggapan. Aku bukan menafikan sepenuhnya kaedah berdakwah melalui blog. Jangan sempitkan medium dakwah korang. Gunalah apa cara sekalipun untuk berdakwah, selagimana ia tidak melanggar hukum syara’. Ahh..Mudah disebut tapi sukar dipraktik. Namun jangan jadikannya alasan, (kukira alasan jika ia tidak pernah dicuba), kerna org yg malas sahaja akan mencari alasan. Huhu..aku tak nk berbicara panjang ttg benda ni. Tiada sbb utk berdebat mengenainya. Aku rasa, masing2 dh faham dan tau benda ni. Sape tak paham lagi, b4 tido tu, fikir2 jap. Tp jgn sampai x tido plk.



3. Nape aku jarang balik umah? (Uits3..ni bukan soklan tentang blog ni. Ish3)


Jawapan


Haha..Bukan hang sorang ja tanya soklan ni, ramai dh tanya. Semalam je aku ditanya berkali-kali ttg soklan ni time kat dalam kete, on the way balik dari Parit Buntar. Sape yang tanye, sila angkat tangan? Keh3..biar dia angkat tangan sorang2. Mmm..soklan yang aku kadang2 nampak jawapan, kadang2 hilang jawapan tu ntah ke mana. Dan persoalan tu timbul hanya sbb aku jarang balik time cuti pertengahan semester. Mmm..seingat aku, sepanjang 7 sem ni, baru sekali je kot balik cuti mid-term, time sem 1. Hoho..1st time balik sorang2 dr PB ke Johor. Kampung xde ar jauh sangat, belanja pegi-balik just RM100 je (ni harga dulu la, skg x pasti plk) tp kena pk 2-3kali kalu nk balik. RM100 tu leh wt bnyk benda lain yg lebih penting (kedekutkah aku?? Huhu..).Actually aku mmg slalu x balik mid-term tp time cuti raya aku x penah x balik (kecuali ‘iduladha). Time tu lebih bermakna coz adik berdik suma de kat umah (walaupun skg ni akak2 aku slalu xde time raya, coz balik umah mertua masing2. Huhu..). tak balik umah tak bermakna terputus hubungan dengan family. Family comes 1st dalam pape hal pun. Hehe…Ish pe bende aku merepek ni?? Dh ar tak jawab soklan, g merepek ntah pape. Adoiilaa…lebih baik stop dr g merepek jauh2 ni.


“Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada manfaat baginya) kecuali menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah ‘azzawajalla”

(Hadith menurut riwayat Ummu Habibah yang dikeluarkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)


p/s: Menulis dlm keadaan kurang waras sikit. Mana2 yg silap tu harap maaf dan tegur2la mana yang patut, lillahi Ta’ala. Bukankah agama itu nasihat?

Monday, August 18, 2008

Santai....

3 ekor kuda dalam kandang sedang berborak mengenai kisah hidup mereka.


Kuda 1: Dalam 15 perlumbaan yang terakhir ini, aku menang 8 darinya.

Kuda 2: Oh! Dalam 27 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 19 darinya... huhuhu...
Kuda 3: Wau... itu memang bagus. Aku pulak, dalam 36 perlumbaan, aku menang 28. (dengan bangganya
sambil menggoyang2 ekornya).

Saat ini, kuda2 itu baru perasan, ada seekor anjing yang sedang asyik mendengar perbualan mereka.

Anjing: Aku tak berniat untuk menunjuk. Tapi, dalam 90 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 88 darinya.

Kuda2 itu amat terpegun.

"Wow!", kata seekor darinya, setelah masing2 terdiam sejenak. "Anjing boleh bercakap."

======================================================================================================

Seekor katak menelefon seorang tukang tilik nasib, bertanya perihal masa depannya.

Tukang Tilik: Awak akan ditemukan dengan seorang gadis jelita yang teramat ingin mengetahui segala-galanya mengenai awak.

Katak itu amat teruja.

Katak: Bila saya akan jumpa dia? Tak sabar rasanya.
Tukang Tilik: Oh, kamu akan jumpa gadis itu tidak lama lagi dalam makmal biologi!

Tuesday, August 12, 2008

Sumber Kekuatan...

"Eh, sorang amik course kimia, sorang mekatronik, sorang polimer, yg lain course bahan, duk bilik lain2, camna korang leh kenal?" Haha..soklan yang biasa orang tanya bila kami bersama, yang tidak kenal siapa kami. Siapa kami? Kami pun kadang2 susah nak terangkan. Hehe..tapi itulah ahli usrahku, sejak dari tahun 1. Muslimat G5 walaupun ada 6 orang semuanya. Satu hubungan yang terjalin bukan hanya kerana gerak-kerja semata-mata, tetapi lahir dari satu matlamat yg sama, dgn niat dan tekad yang sama, insyaAllah.
Mmmm...Kenapa aku tiba2 timbulkan soal ni? Ntahla, maybe just nk kongsi je kot =). Sbb dalam kekalutan dan kesibukan minggu sudah, aku ter'perasan' satu perkara. Maybe just perasaan je but after aku review balik, de something di sebaliknya. Haha..suspen la plk, padahal xde pape sgt pun. Hehe...
Maybe orang anggap aku reka cerita, tapi itulah hakikat. Dalam keadaan aku rasa lemah, penat, takde kekuatan nak teruskan apa yg aku buat, aku suka tgok gambar. Haha..cm pelik tp itulah hakikat. Dan antara gambar2 yang aku selalu belek ialah gambar 'mereka', gambar kami berenam. Bila aku tgok gambar2 tu secara tak langsung kekuatan utk teruskn apa yg aku mulakan, meresap balik dalam diri. Ahh..walaupun tidak berjumpa, tiada kata2 semangat dr depa, tp seolah-olah ada suara yg mengatakan, "Adakah kamu berasa lemah, sedangkan sahabat2mu meneruskan perjuangan dengan semangat dan komitmen? Adakah dgn mudah berputus asa sedangkan shbt2mu mengorbankan masanya untuk orang lain? Adakah .......". Secara tak langsung, kekuatan utk buat kerja datang balik. Woha...

Ada orang kata
Aku hanya beretorik dalam berbicara tentang manisnya ukhwah
Berada dalam mimpi yang panjang
Haha..biarkan mereka!!!
Kerana mereka tidak pernah merasainya, mungkin..
Pernahkah kalian mendengar
Mimpi merupakan sumber motivasi yang paling berkesan??
Oleh itu,
Tidak salah untuk bermimpi
Kerna dari mimpi akan hadir kesungguhan
utk merealisasikan mimpi tersebut.

"Alaa..tipulah. Aku tau, korang time baik, baikla. Time bergaduh, tak ingat dunia," "Memang ar kalu kami bergaduh tak ingat dunia, tapi ingat akhirat. Kui3..." Hoho..dialog selingan, bila adik aku ckp pasal benda ni. Mmmm...Bergaduh (lebih kepada perang dingin), kecik hati, makan hati tu perkara biasa dalam bersahabat. Asam garam hidup berumahtangga. Eh, silap. Asam garam hidup bersahabat. Benda-benda ni yg akan menguatkan lagi ikatan ukhwah tu. Tak percaya? Cubalah bergaduh dgn sahabat anda. Haha..xde2. Ntah pape punya saranan. Otak tak stabil lg ni. Huhuhu...Oklah, sbnrnya mmg takkan selamanya kita akan sentiasa 'sebulu' dgn shbt2 kita ni (dh namanya pun manusia yg pelbagai perangai.) tp terpulang kepada kita utk 'menyikat' perbezaan tersebut supaya tersusun rapi, walaupun berbeza jenis. Jika tak boleh nk 'merapikan' sikatan tu sendiri, tak salah untuk meminta bantuan orang lain utk 'meyikatnya', asalkan hasil sikatan tu akan mendatangkan hasil yg baik. Jangan guna sikat yang tak cukup sifat or tak sesuai, mmg xde maknanya. Bertambah kusut adalah.
Oleh itu, hargai sahabat2 di sekeliling kalian, kerana mereka bisa mendatangkan kekuatan kepada diri kalian, jika kalian tahu bagaimana caranya.

P/S: Lama dh tak wat usrah. Jom wt usrah. Ketua G5 jadik naqibah, leh?? Hehehe....

Thursday, August 7, 2008

Jiwa Kacau...


Sekali lagi
Segala-galanya bercampur-baur
Bersimpang-siur
Mungkin lantaran dosa yang menimbun
Menumpuk dihati
Menghalang diri melihat cahaya

Sukar mengatakan TIDAK
Tatkala persekitaran memaksa mengatakan ya
Sukar mempertahankan PRINSIP
Tatkala prinsip dipermain-mainkan oleh persekitaran
Sukar menyeru kepada yang MA'RUF
Tatkala diri bergelumang dengan munkar
Ahh..sungguh lemah diri ini....

"Perjuangan Memang Pahit,
Jalan Untuk Seorang PEJUANG Itu
Bukanlah Jalan Yang Ditabur Bunga di Kiri dan Kanan,
Tapi di sepanjang Perjalanannya
Akan bertaburan Duri yang Tajam Menikam..

Hati Seorang Pejuang Itu,
Selalu Dihiris & Terguris
Penawarnya Cuma Satu
CINTA PADA ILAHI
Itulah Yang Akan Menjadikan Kita
Kebal Menghadapi Tribulasi Ujian Hidup Ini.."

"Namun layakkah diri digelar PEJUANG
jika
terlalu banyak merintih

terlalu banyak merungut
terlalu banyak berdalih
tika DURI dan SELUMBAR datang menghalang??
Wahai diri,
SABARlah! TABAHkanlah hatimu!
Fokus kepada matlamat asalmu
Matlamat kamu diwujudkan di dunia ini
sebelum segala-galanya terlewat"



* Astaghfirullahal'azim...Muhasabah diri dalam keadaan diri yang seringkali terlupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba, sebagai khalifah, sebagai anak, sahabat, saudara dan tumpukan2 tanggungjawab yang lain. Ayuh, FOKUS3!!!!