RSS

Sunday, March 22, 2009

Jeritan Duka Dari Gaza

(Click figure for clear view)


Sudah Lupakah Kalian Pada Mereka???
(Al-Fatihah buat para syuhada')


Tuesday, March 17, 2009

Perang Jamal

Di bangku sebuah sekolah agama, duduk seorang anak kecil yg baru cuba untuk mengenal akan pengertian Islam yang sebenar. Di hadapan kelas, kelihatan seorang ustaz sedang mengajar dengan penuh semangat. Pelajaran hari itu amat menarik. Sirah Rasulullah dan Sahabat. Tajuknya, peperangan selepas kewafatan Rasulullah. Gaya penceritaan ustaz tersebut yang menarik, dengan lenggok dan gaya bahasa yang mudah difahami, menyebabkan anak kecil itu tidak berganjak sedikitpun. Sedikit demi sedikit ustaz itu membongkar rahsia di sebalik peristiwa2 yang tercatat di dalam lipatan2 sirah. Sehinggalah ke satu kisah, di mana ustaz itu bercerita tentang Perang Jamal.


“Perang Jamal tercetus di antara Sayyidatina Aisyah dan Sayyidina ‘Ali selepas Sayyidina Uthman dibunuh dan Sayyidina ‘Ali diangkat sebagai Khalifah,” perlahan-lahan ustaz tersebut menerangkan. Anak kecil yang sedari tadi khusyuk mendengar, kelihatan tersentak. “Mana mungkin Ummul Mukminin sanggup mencetuskan peperangan? Lebih2 lagi kepada Sayyidina ‘Ali, seorang Sahabat, dan khalifah ketika itu. Ahh..betul ka ni?” getus anak kecil itu.


“Kringgg!!!” loceng berbunyi nyaring menandakan waktu pulang sudah tiba. Persoalan yang bermain di fikiran anak kecil itu tidak terjawab. Tekad di hati, ingin mencari kebenaran. Namun, dari siapa dan di mana???

=================================================================================================


Seminggu yang lalu, ketika sibuk mencari bahan untuk membuat draft report utk fyp, tiba2 terjumpa penerangan tentang Perang Jamal di Wikipedia. Ketika baca, rasa lain macam. Ish, boleh keliru kalau orang yang baru pertama kali dengar atau yang sedang mencari-cari kebenaran di sebalik peristiwa Perang Jamal ni. Dan hari ni baru berkesempatan untuk mencoret serba-sedikit tentang Perang tersebut, utk perkongsian bersama. (Juga untuk penuhi permintaan beberapa orang sahabat yang suh cerita time kem aritu. Huhuhu..)


Di dalam sejarah Islam, terdapat 2 perang di antara umat Islam yang amat masyhur. Perang Jamal dan Perang Siffin (InsyaAllah cerita len kali). Perang Jamal, dipanggil sedemikian rupa kerana diriwayatkan Sayyidatina Aisyah duduk di atas unta (Jamal) ketika berlakunya perang tersebut. Selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, yang didalangi oleh kaum munafiqun, yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’, Sayyidina ‘Ali telah dibaiah sebagai khalifah Islam yang ke-4. Pembai’ahan tersebut tidak menjadi masalah kepada sahabat2 sebenarnya, namun kekacauan mula berlaku apabila waris2 Sayyidina Uthman meminta supaya hukuman qisas terhadap pembunuh Sayyidina Uthman dipercepatkan dan fitnah mula tersebar. Sayyidina ‘Ali mengambil langkah untuk melewatkan sedikit pelaksanaan hukuman tersebut atas 2 sebab utama;


  • Keadaan Negara yang tidak stabil ketika itu, kerana umat Islam telah berpecah kepada dua belah pihak.
  • Orang2 yg terlibat dengan pembunuhan Sayyidina Uthman, adalah terdiri daripada kaum Munafiqun dan beberapa orang muslimin yang termakan dengan hasutan kaum munafiqun. Oleh itu, siasatan/kepastian siapa yang benar2 terlibat amat diperlukan.

Walau bagaimanapun, waris2 Sayyidina Uthman kurang bersetuju dengan ijtihad Sayyidina 'Ali itu. Perpaduan umat Islam goyah ketika itu. Ada yang menggesa supaya pelaksanaan hukuman itu dipercepatkan, ada yang bersetuju dengan Sayyidina 'Ali. Dari hal kerana itu, Sayyidatina ‘Aisyah telah berangkat ke Basrah bersama2 dengan sekumpulan muslimin untuk mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat Islam, yang tercetus angkara peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman. Jelas di sini, keberangkatan Sayyidatina ‘Aisyah bukanlah bermaksud utk berperang, namun lebih kepada mencari perdamaian. Hal ini dinyatakan di dalam al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal (diteliti oleh Ahmad Syams al-Din; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 83.


Dan ketika menghampiri Basrah, kumpulan Sayyidina ‘Ali telah bertemu dengan kumpulan yg dibawa oleh Sayyidatina ‘Aisyah. Dan hasil dari pertemuan tersebut, kata sepakat telah diambil, iaitu untuk mempercepatkan proses hukuman terhadap pembunuh2 yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Sayyidina Uthman. Segala2nya kelihatan selesai, namun tidak bagi pihak yang bertanggungjawab merancang dan melakukan pembunuhan Sayyidina Uthman. Bagi mereka, perdamaian tersebut merupakan bencana buat mereka. Untuk mengelakkan diri mereka daripada dihukum, sekali lagi mereka membuat onar. Pada awal pagi keesokan harinya (sehari selepas pertemuan Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina ‘Aisyah), kaum munafiqun ini telah menyerang kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah. Dalam keadaan terkejut dari tidur, kumpulan Sayyidatina ‘Aisyah menyangka bahawa mereka diserang oleh kumpulan Sayyidina ‘Ali. Tanpa membuang masa, mereka terus menyerang balas dengan tujuan utk melindungi diri, kerana terasa perjanjian telah dikhianati. Di pihak Sayyidina ‘Ali pula, apabila mereka menerima serangan dari pihak Sayyidatina ‘Aisyah, kumpulan Sayyidina ‘Ali turut menyerang balas. Pendek kata, kedua2 pihak merasakan diri masing2 dikhianati. Maka, tercetuslah peperangan yang dinamakan perang Jamal.


Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) telah meringkaskan peristiwa tersebut: “Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]


“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]


Kekesalan jelas tergambar di kalangan umat Islam ketika itu, terutama Sayyidatina 'Aisyah. Namun segala2 telah terjadi. Kebenaran hanya diketahui selepas dari peperangan berlaku. Jika dilihat kisah di atas, beberapa pengajaran yang boleh didapati;


  1. Bagaimana liciknya kaum munafiqun memainkan jarum, menyelinap dan menyusup di celah2 umat Islam, untuk menimbulkan huru-hara. Mereka gemar menyebarkan fitnah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka ada di setiap zaman. Berhati-hatilah…
  2. Bahaya salah faham. Jika kita lihat kisah di atas, bagaimana salah faham telah menyebabkan perang tercetus dan hampir 10000 umat Islam, termasuk sahabat2 telah meninggal dunia. Bukankah itu satu kerugian terhadap dunia Islam??
  3. Ketidaksefahaman membawa kepada perpecahan. Ketidak sefahaman umat Islam ketika itu yg bergolak slps pembunuhan Sayyidina Uthman, telah menyebabkan pelbagai maslah. Pentadbiran Negara terganggu, perpecahan umat Islam, musuh semakin berleluasa. Perbincangan dan mesyuarah merupakan salah satu cara terbaik utk menyelesaikan masalah ini.
  4. Sifat terlalu taksub dengan seseorang, sehingga sanggup mengenepikan kemaslahatan umat Islam. Segolongan umat Islam ketika itu yang terlalu obsess dengan Sayyidina ‘Ali sehingga ada yang menolak akan khalifah Uthman. Ketaksuban ini, ditambah dengan fitnah pihak munafiqun telah membawa kepada pembunuhan Sayyidina Uthman.
  5. Perpecahan dan timbulnya pelbagai fahaman. Dimulai dengan firqah khawarij, yg tidak puas hati dengan Sayidina ‘Ali dan Mu’awiyah (akan diceritakan di lain masa), diikuti syiah, yg terlalu taksub dengan Sayyidina ‘Ali, kemudian Mu’tazilah, Murji’ah, Jahmiyyah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain2 lagi. Hebat kan kesan perpecahan??


Seruan kepada saudara2ku, sejarah telah membuktikan bahawa fitnah, ketidaksefahaman, salah faham telah mencetuskan pelbagai perkara yang bisa mencalar sejarah. Ia mendatangkan 1001 perkara yang pasti sahaja tidak menyenangkan. Mengapa perlu diulang kembali kesilapan yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Orang Islam adalah orang yang bijak, dan orang yang bijak tidakkan jatuh ke dalam lubang yang sama berulang-kali. Dan orang yang paling bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan/pengalaman orang lain.


Rujukan: Pendirian Aisyah Dan Para Sahabat Di Sebalik Perang Jamal (Hafiz Firdaus Abdullah), Tanda-tanda Hari Kiamat (Yusuf Al-Wabil)



Tuesday, March 10, 2009

....

Tekad

(Izzatul Islam)

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Ilahi


Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya


Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya


Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi


Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan


Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak menumbang kezaliman


Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi


Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan


Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk harungi dakwah ini , jalan panjang


Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi



Friday, March 6, 2009

SMS Itu Berhantu???

Kaki melangkah lesu. Satu-persatu. Payah dirasakan. Perjalanan terasa amat panjang. Jika dihitung dari segi masa, sebenarnya hanya 15minit sahaja diperlukan untuk tiba ke destinasi. Namun hari ini berlainan sama sekali.


Fikirannya menerawang entah ke mana. Satu demi satu lembaran hidupnya diselak. Aduh, pedih. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan. Dosa yang dilakukan bukan kerna kejahilannya, tetapi kerana nafsunya. Bukan dia tidak tahu halal haramnya, bukan dia tidak tahu baik buruknya, bukan dia tidak tahu!!!


Namun, persoalannya, mengapa diri ini masih tegar untuk melakukannya??? Dan sesungguhnya, dosa-dosa itu sentiasa menghantuinya. Membayangi ibadahnya, mengekori perjalanan kehidupannya dan mengekang amalannya.



“Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar..”



“Adakah benar solatku mencegahku dari perbuatan keji dan mungkar?” Dia bermonolog sendirian. Ayunan kakinya kian lemah. Tidak bermaya. Fikirannya terus melayang-layang, bak dedaun kering ditiup angin. Diselak kembali diari hidupnya. Harinya dimulai dengan solat, diikuti dengan dzikir2 memuji-Nya. Allah, terasa kerdil diri. terasa Dia teramat dekat dengan diri. Bagus sekali. Namun, tatkala diri menemui rakan-rakan sekelas, kesan solat itu seakan-akan sirna. Tangannya seolah-olah lupa bahawa ia telah mengangkat takbir, menyatakan kehambaannya kepada Yang Esa. Lidahnya seolah-olah lupa akan kalimah syahadah yang telah dilafazkan, mengakui keesaan Allah dan mengakui kerasulan Rasulullah. Hatinya seolah-olah lupa ia telah bermunajat dan menyerahkan diri kepada-Nya. DIA LUPA!!!


Solat sunat taubat yang dia laksanakan saban malam, seolah-olah hanya satu lakonan, hanya sebagai syarat, sebagai rutin. Tiada langsung kekhusyukan di dalam solatnya. Tiada langsung penghayatan di dalam ibadah yang satu itu. Kelihatan taubat itu seakan-akan “taubat sambal belacan”. Di mana taubat nasuhamu??? Hati terasa seperti dihiris-hiris. Nafas terasa sesak. Dibukanya lagi lembaran-lembaran kehidupannya seharian.


Terlihat akannya kemungkaran di depan mata, namun apa yang telah dia lakukan??



“Barangsiapa di antara kamu melihat akan kemungkaran, ubahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati. Sesungguhnya itu adalah selmah-lemah iman”



“Ahh, aku tidak perfect! Mana mungkin orang sepertiku yang sering bergelumang dengan dosa, menegur mereka? Mana mungkin mereka akan mendengar kata-kataku yang dosanya menggunung tinggi? Mana mungkin!!!”. Jiwanya menjerit. Memberontak. Lagi-lagi itu jawapannya. Sejak di zaman jahiliyyah hingga ke zaman maklumat di hujung jari. Dia bertanya kepada dirinya, “ Apa yang telah aku lakukan untuk meraih ilmu-Nya? Cukupkah dengan hanya mendengar ceramah agama? Cukupkah dengan hanya membaca buku2 agama? Cukupkah dengan hanya mengikuti program2 keagamaan? Dan apa yang telah aku lakukan utk memastikan aku benar-benar mencari keredhaan-Nya di dalam meniti hidup ini? “Ya Allah, aku malu ya Allah. Malu terhadap-Mu…”


Munajatku pada-Mu Tuhan

Ampuni dosaku masa silam

Sempurnakanlah kehidupanku

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa

Tiang iman utk agama


Laailahaillallah

Jauhkan aku dari siksaan

Api neraka yang panas

Membakar manusia ingkar di dunia


Muhammadurrasulullah

Terimalahku jadi umatmu

Kupohon syafaat darimu

Beratkan neraca pahalaku nanti


Aku aniaya diri sendiri selamanya

Ku tak tertanggung duka dan dosa silamku


Munajatku pada-Mu Tuhan

Ampuni dosa sekalian insane

Sempurnakanlah hidup kami

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa

Tiang iman untuk agama


(Rabbani: Insaf)


“Assalamu’alaikum. Nak p klas ka?”. Sapaan yang membuatkan lamunannya terhenti. “Ha ah. Dah habis klas ke?”. Dia cuba berbasa-basi. “Yup, nak balik dah ni. ok, balik dulu ya,”. “Ok”, dia menjawab ringkas. Perjalanan diteruskan. Berjalan seorang diri menyediakan peluang yang luas utk menghitung amalan2 diri.Diperhatikan tubuhnya. Diperhatikan jalannya. Diperhatikan sekelilingnya. Tidak semena-mena, air matanya bergenang.



“Nikmat manakah yang akan kau dustakan???”



Air mata menuruni tubir matanya. Dikesatnya pantas dengan hujung bajunnya. Takut dilihat oleh orang lain. Ahh, mengapa dia begitu sensitive sejak akhir-akhir ini? Mengapa dia lemah tidak bermaya tatkala ujian datang menjengah. Bukan ribut yang datang, bukan juga angin kencang yang menerjah dirinya, hanya sapaan lembut “angin dugaan”, sebagai penyegar perjalanan hidupnya. Namun dia kalah. Longlai.


“Bip..bip..bip..”. bunyi telefon bimbitnya. “1 message received from …….”. “Eh, lama dah dia tak hantar sms,” desisnya. Sebaik sahaja peti mesej dibuka, senyuman terukir di bibirnya. Dia jauh di mata, namun mesej2nya selalu tiba tepat pada masanya. Pertemuan dan persahabatan dengannya yang di’aqadkan dengan nama Allah, Alhamdulillah tidak pernah mengecewakan. Mesej apakah yang dia terima???


“Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat

Tapi banyak pula dugaan datang.

Kadang-kadang kita minta ketenangan,

Tapi masalah pula yang timbul.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,

Tapi huru-hara yang terjadi.

Dugaan menjadikan mental kita kuat,

Masalah menjadikan kita berfikir,

Huru-hara menjadikan kita tabah.

Hebatkan Allah…

Semua ada hikmah.

Kalaulah manusia tahu hakikat hadith ini:

Telah berkata Jibrail: Wahai Tuhan, engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: biarkanlah hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (Anas bin Malik)”



“Diri, lupakah engkau yang kau punya Pencipta yang Maha Pengampun? Maha Pemurah? Maha Mengetahui? Bagaimana mungkin engkau berputus asa dengan rahmat-Nya? Dengan janji-Nya. Ayuh diri, bulatkan tekadmu, ayunkan langkahmu dengan penuh semangat, menuju matlamatmu yang satu, MARDHATILLAH!!!”


“Orang-orang beriman, hidupnya tidak untuk hidup, tapi hidupnya untuk Maha Hidup. Hidupnya bukan untuk mati, tapi justeru mati itulah untuk hidup. Hidupnya untuk Maha hidup. Dia tidak takut mati,dia tidak cari mati dan dia tidak lupakan mati, tapi justeru dia rindukan mati. Mengapa?? Kerna mati bukanlah wafat, kerna mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini tapi awal kehidupan sebenarnya. Kerna mati satu-satunya pintu berjumpa dengan-Nya. Kebahagiaan bagi kekasih, saat-saat, detik-detik berjumpa dengan-Nya. Saat berjumpa, itulah kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman, yang menyintai Allah.”



Insaflah wahai manusia

Jika dirimu bernoda

Dunia hanya naungan

Untuk makhluk ciptaan Tuhan


Dengan tiada terduga

Dunia ini kan binasa

Kita kembali ke asalnya

Menghadap Tuhan Yang Esa


Dialah Pengasih dan Penyayang

Kepada semua insan

Janganlah ragu atau bimbang

Pada keagungan Tuhan


Betapa Maha Besarnya

Kuasa alam semesta


Siapa selalu mengabdi

Berbakti pada Ilahi

Sentosa selama-lamanya

Di dunia dan akhir masa



Monday, March 2, 2009

Jumaat, Sabtu, Ahad Itu Datang dan Pergi


“Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”

(Al-Anbiyaa': 22)


Assalamu’alaikum wbt

Bulan Mac dah menjelma. Tinggal 2 minggu untuk aku siapkan final draft report projek tahun akhir. Kesuntukan masa? Hehe..sapa suruh suka buang masa lapang sebelum ni. Dah tinggal 2 minggu baru terkebil-kebil duk tengok projek. xpa2, bukan masa untuk menangis, apalagi berhenti. Tiba masa untuk memecut. Kalu leh, minggu ni gak habiskan suma report!! (Huh, tingginya cita2. Result exp project pun tak dapat lagi. Huk3). Hai diri, jangan menangis. Air matamu mahal harganya. Hai diri, janganlah berputus asa dengan-NYA. Lupakah nasihatmu kepada adik2 sebelum ni? Hai diri, kuatkan semangatmu, Dia sentiasa ada bersama hamba2-NYA.


Masa untuk memecut. Yeahhh!!!


Mengakhiri bulan Februari dengan pelbagai perkara sampai tak perasan Februari dah ucap “bye bye” dan Mac dah ucap “Hai hai”. Cepat masa berlalu. Rasa cam baru hari jumaat, tiba2 dah mai berakhir hari ahad. Hujung minggu yang begitu mencabar (Ye ke? Hehe..). Jumaat dan sabtu menghilangkan diri dari bilik. Ahad juga merancang untuk berbuat demikian, namun Allah telah menunjukkan satu jalan yang lebih baik buat diri ini. Alhamdulillah.


“Tidaklah seorang Muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya, kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya”

(Riwayat Bukhari)


Hari jumaat, perancangan awal ingin menghantar project (antenna) ke lab, untuk proses fabrication di atas PCB. Tapi ntah macammana, bila buat simulation pagi tu, de warning dan error. Pelik. Hari sebelum2 ni tak de pulak masalah. Adush, hati dah rasa tak sedap hati. Proses simulation yang mengambil masa hampir 45minit setiap kali simulate, ditambah dengan error, kelihatan tidak memungkinkan aku untuk hantar design aku ke lab PCB arini. Huhu…dan tengahari tu, dengan meninggalkan pc yang masih “berusaha” utk simulate design aku tu, aku pun pergi ke rumah sorang sahabat ni, de makan2. Menu, nasi jagung, sayur campur dan ayam masak merah. Cik Fiz, Cik Mufid ngn Cik Saf (semua ini adalah nama sebenar) jadik tukang masak utama, bersama puan rumah. Aku? Cam tak tolong pape je coz datang lewat, hampir kul 1 time tu. Tolong makan adalah. Huhu..Dalam kekalutan buat fyp, masih berkesempatan p jalan2 carik makan. Xpa, gunakan masa yang ada, sebab petang tu kul 3 aku de match badminton. Habis makan kul 240, berkejar balik, solat dan terus ke kompleks sukan. Petang tu lawan kami (aku main beregu, aku ngn In, ex-rumate aku time 1st year) adalah pelajar 3rd year EE. Kekuatan, seimbang di kedua-dua belah pihak (Hehe..x nk mengaku kekurangan diri nampaknya!). Dan adat permainan, ada kalah, ada menang. Kami kalah bermaruah pada game petang tu. Mmm..nampaknya laluan mudah utk aku p program ahad ni coz kalau kami menang, kami terpaksa lawan satu game lagi ahad pagi. Eh, aku bukan buat2 kalah, memang aku tak pandai main badminton@lawan kami kuat. Hehehe..dan disebabkan main dengan bersungguh2, de satu insiden menyebabkan kaki aku de problem sikit. Pas main x rasa pape, tapi malam tu rasa lain macam plk. Sabo2..


Balik dari kompleks sukan, berdepan kembali dengan design. Masih belum berjaya sehinggalah selepas Asar. Jam 630, aku berhenti coz kena hantar beberapa orang sahabat. Nampaknya, mmg tak dapat nak hantar design tu ke lab. Jam 7, memulakan perjalanan ke tempat yang aku tak pernah pergi. Dengan berpandukan peta dari google earth, kami memulakan perjalanan. Berhenti selama satu jam di R&R Gunung Semanggol, akhirnya lbh kurang jam 11mlm, kami tiba di tempat tersebut, setelah berulangkali berulang-alik di tempat yg sama. Sesat. Huh, salah kami ka, kalu instructor tak bagi instruction yang betul dan jelas? Kalula die bg instruction yang betul, takkanlah orang lain pun sesat gak? (Bukan kami je yang sesat, de org lain gk yg sesat sama2 ngan kami). Mmm..bunyi cam x nak mengaku salah je. Hehe..ok, lebih kurang jam 1115mlm, kami bertolak pulang ke kampus. dengan menggunakan jalan lain, kami bertawakal sepenuhnya pada Allah. Guna jalan lain coz diriwayatkan ada stesen minyak terdekat kalu ikut jalan baru ni, dan kebetulan tangki minyak kami hampir kosong (Coz tak jangka akan sesat begitu lama). Tub3, stesen minyak dah tutup. Erk, lupa plak stesen minyak kat area kampong ni slalu tutup area kul 10. Pusing balik? Huh, tak nak coz jalan yang dilalui sebelum ni terlalu sunyi, jauh dan just de estate je. Tu pun jarak satu penempatan dengan penempatan yang lain agak jauh. Kalu jadik pape antara kawasan tu, mmg x tau nk kata apa. Kembali meneliti peta, dan meneruskan perjalanan. Bandar terdekat, Kuala Kangsar, lebih kurang 35km. Tengok meter minyak, masing2 dah risau. Aku berdua je dengan Che Ra (Separuh dari nama sebenar) time tu. Pekan terdekat adalah 5km lg, tapi aku kompem, kalu de stesen minyak pun, mmg dh tutup. Benar jangkaan aku. Sampai kat pekan tu, suma dh tutup. So, teruskan perjalanan dengan penuh debaran. Tengok jam, dah kul 12++mlm.


Alhamdulillah, sampai gak akhirnya kami ke Kuala Kangsar (He3, jauh gak la kami pusing, semata-mata tak nak lalu jalan dekat yang agak tak best tu). Dan dipermudahkan oleh-NYA, di Kuala Kangsar, kami jumpa stesen minyak yang masih beroperasi.


Satu2nya stesen minyak yang bukak time tu


Alhamdulillah, lps isi minyak, kami teruskan perjalanan. hampir kul satu time tu. On the way balik tu, kami duk tadabbur alam sama2 (sbb dh senang hati. Lalala…). “Perak” sikit ar tengok lampu yang cantik dan berwarna-warni on the way nak masuk highway. Siap berhenti jap amik gambo. Wohaa!!! Akhirnya lebih kurang 215pg kami sampai di kampus, selepas pekena roti canai kat R&R Gunung Semanggol. Huhuhu..


Sabtu, perancangan awal terpaksa ditukar atas permintaan ramai (Ye ke??). Jam 11pg, bertolak ke Maktab Mahmud Bandar Baharu, program Mahasiswa Turun Sekolah. Sekali lagi dengan Che Ra. Dan sekali lagi juga perjalanan kami diuji. Tub3 sampai kat depan sekolah tu ja, (kami terlajak sikit coz syok sangat nek moto), aku terasa len macam dengan moto ni. Benti sat, dan bila cek2, kompem cam yang aku jangka, tayar pancit. Erk, nasib baik dah sampai kat sekolah tu. Dibuatnya jauh lagi, x ke haru kami nak menolak moto ni. Huhuhu… Sampai di tempat kejadian, terus ja mintak sorang sahabat hantar moto utk dibaiki, Alhamdulillah, settle. Mekasih kat sahabat tu coz tolong dan blanja perbelanjaan baiki tayar tu.


“Akak handle group 11.” Aku sengih. “Dengan sapa?”. “Akak sorang..”. Aiyakk.. Aku sorang? Dah ar mai last minutes, kena jd fasi sorang2. Otak duk pusing2 nak cakap pe dengan adik2 ni? Bila aku refer handout yang depa bagi. Ish, leh ke aku buat ‘muka kering’ ni? ish, haru2. Akhirnya, aku tak ikut pun LDK modul dalam LDK tu. Sampaikan fasi yang duk kat sebelah group aku tu tanya, “Akak buat apa tadi, cam takde dalam silibus ja?”. Hehe..ketahuilah adik2ku, aku bukan seorang yang pandai nak buat muka kering wa bagi nasihat seperti yang dikehendaki dalam modul tu. (Actually aku dah spacekan 20mnt terakhir utk modul tu, tapi tiba2 de ajk btau, kena stop lebih awal coz tetamu utk majlis perasmian dah sampai. Sesungguhnya kita merancang, Allah yang tentukan pelaksanaannya).


Pulang dalam gerimis, malam tu rasa cam lain macam je kepala. Lepas isyak de agenda lain dan berakhir jam 12mlm. 1230 baru sampai bilik. Tengok katil cam best ja, tapi PC duk panggil2, siapkan design. Alhamdulillah, cubaan pertama simulation berjaya. Namun bila nak sambung ke simulation ke-dua, pc bg signal yang dia nak berehat. Hang, mati tiba2, pastu duk kena restart 2-3kali, last2 aku terbaring kat katil. Melayang ntah ke mana. Tak lama lepas tu, rumet aku datang, “Ni panadol ngan ubat selsema. Panadol tu makan 2 biji, ubat selsema tu sebiji. Ni plak lozeng, utk batuk.”. Erk, dalam mamai2 tu, aku terkejut. Aku buat muka pelik kat dia. “Makan ar ubat tu, duk batuk dari tadi, pastu duk merepek ntah pape. Ish3..” Huh, aku terkejut sekali lagi. Ntah, cam tak sedar pape je. Tapi bangun gak ar makan benda tu suma. Actually aku de je ubat batuk tapi dah bagi kat sorang sahabat ni coz batuk dia lagi teruk dari aku. Pastu makan, sambung tido balik. Dan malam tu mimpi balik umah, jumpa mak ayah, aiman wa my sisters. Adehh..ntahpape.



“Dan Tuhan yang Dialah jua yang memberiku makan dan minum, dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”

(Asy-syu’araa’: 79-80)


Ahad, sekali lagi, perancangan berubah. Keadaan tak mengizinkan. Tapi dulu mak aku pesan, kalu rasa cam nk demam, jangan manjakan diri, nanti lagi cepat demam tu hinggap. So, kena banyak bergerak wa makan. Tapi untuk bergerak ke tempat2 yg telah dirancang sebelum ni, rasa cam xleh. Xpala, insyaAllah de hikmahnya. Sepanjang hari duduk di bilik menyiapkan design. Dan malam ni, selepas beberapa agenda mengejut, duduk semula mengadap progress fyp (de progress ke? Huh..). Nak buat report tapi buntu plak. So, taip2la kat sini, sementara tunggu simulation siap utk ke sekian kalinya, sambil mendengar selawat yang dijadikan nasyid tema utk cerita Anak Betong. Huh..


Okla, dah cerita panjang2 ni, de beberapa kesimpulan yang aku leh buat sepanjang 3 hari ni. Sapa2 nak jadik tuke tamboh, leh gak.


  • Jangan suka jalan malam2 terutama jalan yang tak pernah korang lalu. Huhuhu…
  • Jangan terlalu taksub dengan perancangan yang kita buat. Kita perlu merancang setiap kerja yang kita buat, tapi jangan lupa berserah kepada-NYA kerana Dia yang menentukan samada perancangan kita tu berjaya atau tidak.


“Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu,”

(Al-Baqarah: 20)


  • Jangan mudah putus asa dan putus harapan. Kesedihan dan ketakutan tidak dapat dielakkan kerna ia fitrah tapi yang penting, macammana kita handle dan overcome perasaan.


“Orang-orang yang kepada mereka ada orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu, takutilah mereka,” (mereka tidak gentar) malah perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:”Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung,” maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada Allah, mereka tidak mendapat apa-apa bencana, mereka mengikut keredhaan Allah dan Allah mempunyai kurniaan yang besar..”

(Ali-Imran: 173-174)


  • Jangan rigid dengan satu cara penyelesaian sahaja. Perlu de back-up plan dalam wat pape kerja.

  • Kalau rasa antibody tak kuat, jangan main hujan. Huhuhu..


  • Jangan makan panadol sebelum tido, nanti mimpi balik rumah (Ini utk kes aku ja coz dah beberapa kali terjadi. Orang lain aku tak tau plak)


  • Jangan ingat Allah time susah je. Time senang terus lupa. Korang ingat Tuhan ada time susah je ke? Ish3.. Always dzikrullah, bukan shj di lidah, tp yg lebih afdhal di hati.


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya..”

(Asy-Syams:9)


  • Jangan suruh aku jadik fasi sorang2 lagi coz nanti aku buat modul suka2 ati aku ja. Hehehe….

  • Hargai roommate kalian. Mekasih kat rumate aku, Zu dan Zarin. (Nama budak bilik aku kaya dengan huruf Z).


“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupn dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis”

(Riwayat Muslim dari Abu Darr)


  • Hargai masa lapang. Jangan buat kerja last minute.


Opss, proses simulation siap utk design yang ke berapa ntah. Huh, amik masa satu jam plak tu. Sabarlah duhai diri. Xkan datang kejayaan tanpa ujian. Ok, sayonara. Chow adios amigos wassalam.