RSS

Monday, March 2, 2009

Jumaat, Sabtu, Ahad Itu Datang dan Pergi


“Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”

(Al-Anbiyaa': 22)


Assalamu’alaikum wbt

Bulan Mac dah menjelma. Tinggal 2 minggu untuk aku siapkan final draft report projek tahun akhir. Kesuntukan masa? Hehe..sapa suruh suka buang masa lapang sebelum ni. Dah tinggal 2 minggu baru terkebil-kebil duk tengok projek. xpa2, bukan masa untuk menangis, apalagi berhenti. Tiba masa untuk memecut. Kalu leh, minggu ni gak habiskan suma report!! (Huh, tingginya cita2. Result exp project pun tak dapat lagi. Huk3). Hai diri, jangan menangis. Air matamu mahal harganya. Hai diri, janganlah berputus asa dengan-NYA. Lupakah nasihatmu kepada adik2 sebelum ni? Hai diri, kuatkan semangatmu, Dia sentiasa ada bersama hamba2-NYA.


Masa untuk memecut. Yeahhh!!!


Mengakhiri bulan Februari dengan pelbagai perkara sampai tak perasan Februari dah ucap “bye bye” dan Mac dah ucap “Hai hai”. Cepat masa berlalu. Rasa cam baru hari jumaat, tiba2 dah mai berakhir hari ahad. Hujung minggu yang begitu mencabar (Ye ke? Hehe..). Jumaat dan sabtu menghilangkan diri dari bilik. Ahad juga merancang untuk berbuat demikian, namun Allah telah menunjukkan satu jalan yang lebih baik buat diri ini. Alhamdulillah.


“Tidaklah seorang Muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya, kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya”

(Riwayat Bukhari)


Hari jumaat, perancangan awal ingin menghantar project (antenna) ke lab, untuk proses fabrication di atas PCB. Tapi ntah macammana, bila buat simulation pagi tu, de warning dan error. Pelik. Hari sebelum2 ni tak de pulak masalah. Adush, hati dah rasa tak sedap hati. Proses simulation yang mengambil masa hampir 45minit setiap kali simulate, ditambah dengan error, kelihatan tidak memungkinkan aku untuk hantar design aku ke lab PCB arini. Huhu…dan tengahari tu, dengan meninggalkan pc yang masih “berusaha” utk simulate design aku tu, aku pun pergi ke rumah sorang sahabat ni, de makan2. Menu, nasi jagung, sayur campur dan ayam masak merah. Cik Fiz, Cik Mufid ngn Cik Saf (semua ini adalah nama sebenar) jadik tukang masak utama, bersama puan rumah. Aku? Cam tak tolong pape je coz datang lewat, hampir kul 1 time tu. Tolong makan adalah. Huhu..Dalam kekalutan buat fyp, masih berkesempatan p jalan2 carik makan. Xpa, gunakan masa yang ada, sebab petang tu kul 3 aku de match badminton. Habis makan kul 240, berkejar balik, solat dan terus ke kompleks sukan. Petang tu lawan kami (aku main beregu, aku ngn In, ex-rumate aku time 1st year) adalah pelajar 3rd year EE. Kekuatan, seimbang di kedua-dua belah pihak (Hehe..x nk mengaku kekurangan diri nampaknya!). Dan adat permainan, ada kalah, ada menang. Kami kalah bermaruah pada game petang tu. Mmm..nampaknya laluan mudah utk aku p program ahad ni coz kalau kami menang, kami terpaksa lawan satu game lagi ahad pagi. Eh, aku bukan buat2 kalah, memang aku tak pandai main badminton@lawan kami kuat. Hehehe..dan disebabkan main dengan bersungguh2, de satu insiden menyebabkan kaki aku de problem sikit. Pas main x rasa pape, tapi malam tu rasa lain macam plk. Sabo2..


Balik dari kompleks sukan, berdepan kembali dengan design. Masih belum berjaya sehinggalah selepas Asar. Jam 630, aku berhenti coz kena hantar beberapa orang sahabat. Nampaknya, mmg tak dapat nak hantar design tu ke lab. Jam 7, memulakan perjalanan ke tempat yang aku tak pernah pergi. Dengan berpandukan peta dari google earth, kami memulakan perjalanan. Berhenti selama satu jam di R&R Gunung Semanggol, akhirnya lbh kurang jam 11mlm, kami tiba di tempat tersebut, setelah berulangkali berulang-alik di tempat yg sama. Sesat. Huh, salah kami ka, kalu instructor tak bagi instruction yang betul dan jelas? Kalula die bg instruction yang betul, takkanlah orang lain pun sesat gak? (Bukan kami je yang sesat, de org lain gk yg sesat sama2 ngan kami). Mmm..bunyi cam x nak mengaku salah je. Hehe..ok, lebih kurang jam 1115mlm, kami bertolak pulang ke kampus. dengan menggunakan jalan lain, kami bertawakal sepenuhnya pada Allah. Guna jalan lain coz diriwayatkan ada stesen minyak terdekat kalu ikut jalan baru ni, dan kebetulan tangki minyak kami hampir kosong (Coz tak jangka akan sesat begitu lama). Tub3, stesen minyak dah tutup. Erk, lupa plak stesen minyak kat area kampong ni slalu tutup area kul 10. Pusing balik? Huh, tak nak coz jalan yang dilalui sebelum ni terlalu sunyi, jauh dan just de estate je. Tu pun jarak satu penempatan dengan penempatan yang lain agak jauh. Kalu jadik pape antara kawasan tu, mmg x tau nk kata apa. Kembali meneliti peta, dan meneruskan perjalanan. Bandar terdekat, Kuala Kangsar, lebih kurang 35km. Tengok meter minyak, masing2 dah risau. Aku berdua je dengan Che Ra (Separuh dari nama sebenar) time tu. Pekan terdekat adalah 5km lg, tapi aku kompem, kalu de stesen minyak pun, mmg dh tutup. Benar jangkaan aku. Sampai kat pekan tu, suma dh tutup. So, teruskan perjalanan dengan penuh debaran. Tengok jam, dah kul 12++mlm.


Alhamdulillah, sampai gak akhirnya kami ke Kuala Kangsar (He3, jauh gak la kami pusing, semata-mata tak nak lalu jalan dekat yang agak tak best tu). Dan dipermudahkan oleh-NYA, di Kuala Kangsar, kami jumpa stesen minyak yang masih beroperasi.


Satu2nya stesen minyak yang bukak time tu


Alhamdulillah, lps isi minyak, kami teruskan perjalanan. hampir kul satu time tu. On the way balik tu, kami duk tadabbur alam sama2 (sbb dh senang hati. Lalala…). “Perak” sikit ar tengok lampu yang cantik dan berwarna-warni on the way nak masuk highway. Siap berhenti jap amik gambo. Wohaa!!! Akhirnya lebih kurang 215pg kami sampai di kampus, selepas pekena roti canai kat R&R Gunung Semanggol. Huhuhu..


Sabtu, perancangan awal terpaksa ditukar atas permintaan ramai (Ye ke??). Jam 11pg, bertolak ke Maktab Mahmud Bandar Baharu, program Mahasiswa Turun Sekolah. Sekali lagi dengan Che Ra. Dan sekali lagi juga perjalanan kami diuji. Tub3 sampai kat depan sekolah tu ja, (kami terlajak sikit coz syok sangat nek moto), aku terasa len macam dengan moto ni. Benti sat, dan bila cek2, kompem cam yang aku jangka, tayar pancit. Erk, nasib baik dah sampai kat sekolah tu. Dibuatnya jauh lagi, x ke haru kami nak menolak moto ni. Huhuhu… Sampai di tempat kejadian, terus ja mintak sorang sahabat hantar moto utk dibaiki, Alhamdulillah, settle. Mekasih kat sahabat tu coz tolong dan blanja perbelanjaan baiki tayar tu.


“Akak handle group 11.” Aku sengih. “Dengan sapa?”. “Akak sorang..”. Aiyakk.. Aku sorang? Dah ar mai last minutes, kena jd fasi sorang2. Otak duk pusing2 nak cakap pe dengan adik2 ni? Bila aku refer handout yang depa bagi. Ish, leh ke aku buat ‘muka kering’ ni? ish, haru2. Akhirnya, aku tak ikut pun LDK modul dalam LDK tu. Sampaikan fasi yang duk kat sebelah group aku tu tanya, “Akak buat apa tadi, cam takde dalam silibus ja?”. Hehe..ketahuilah adik2ku, aku bukan seorang yang pandai nak buat muka kering wa bagi nasihat seperti yang dikehendaki dalam modul tu. (Actually aku dah spacekan 20mnt terakhir utk modul tu, tapi tiba2 de ajk btau, kena stop lebih awal coz tetamu utk majlis perasmian dah sampai. Sesungguhnya kita merancang, Allah yang tentukan pelaksanaannya).


Pulang dalam gerimis, malam tu rasa cam lain macam je kepala. Lepas isyak de agenda lain dan berakhir jam 12mlm. 1230 baru sampai bilik. Tengok katil cam best ja, tapi PC duk panggil2, siapkan design. Alhamdulillah, cubaan pertama simulation berjaya. Namun bila nak sambung ke simulation ke-dua, pc bg signal yang dia nak berehat. Hang, mati tiba2, pastu duk kena restart 2-3kali, last2 aku terbaring kat katil. Melayang ntah ke mana. Tak lama lepas tu, rumet aku datang, “Ni panadol ngan ubat selsema. Panadol tu makan 2 biji, ubat selsema tu sebiji. Ni plak lozeng, utk batuk.”. Erk, dalam mamai2 tu, aku terkejut. Aku buat muka pelik kat dia. “Makan ar ubat tu, duk batuk dari tadi, pastu duk merepek ntah pape. Ish3..” Huh, aku terkejut sekali lagi. Ntah, cam tak sedar pape je. Tapi bangun gak ar makan benda tu suma. Actually aku de je ubat batuk tapi dah bagi kat sorang sahabat ni coz batuk dia lagi teruk dari aku. Pastu makan, sambung tido balik. Dan malam tu mimpi balik umah, jumpa mak ayah, aiman wa my sisters. Adehh..ntahpape.



“Dan Tuhan yang Dialah jua yang memberiku makan dan minum, dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”

(Asy-syu’araa’: 79-80)


Ahad, sekali lagi, perancangan berubah. Keadaan tak mengizinkan. Tapi dulu mak aku pesan, kalu rasa cam nk demam, jangan manjakan diri, nanti lagi cepat demam tu hinggap. So, kena banyak bergerak wa makan. Tapi untuk bergerak ke tempat2 yg telah dirancang sebelum ni, rasa cam xleh. Xpala, insyaAllah de hikmahnya. Sepanjang hari duduk di bilik menyiapkan design. Dan malam ni, selepas beberapa agenda mengejut, duduk semula mengadap progress fyp (de progress ke? Huh..). Nak buat report tapi buntu plak. So, taip2la kat sini, sementara tunggu simulation siap utk ke sekian kalinya, sambil mendengar selawat yang dijadikan nasyid tema utk cerita Anak Betong. Huh..


Okla, dah cerita panjang2 ni, de beberapa kesimpulan yang aku leh buat sepanjang 3 hari ni. Sapa2 nak jadik tuke tamboh, leh gak.


  • Jangan suka jalan malam2 terutama jalan yang tak pernah korang lalu. Huhuhu…
  • Jangan terlalu taksub dengan perancangan yang kita buat. Kita perlu merancang setiap kerja yang kita buat, tapi jangan lupa berserah kepada-NYA kerana Dia yang menentukan samada perancangan kita tu berjaya atau tidak.


“Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu,”

(Al-Baqarah: 20)


  • Jangan mudah putus asa dan putus harapan. Kesedihan dan ketakutan tidak dapat dielakkan kerna ia fitrah tapi yang penting, macammana kita handle dan overcome perasaan.


“Orang-orang yang kepada mereka ada orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu, takutilah mereka,” (mereka tidak gentar) malah perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:”Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung,” maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada Allah, mereka tidak mendapat apa-apa bencana, mereka mengikut keredhaan Allah dan Allah mempunyai kurniaan yang besar..”

(Ali-Imran: 173-174)


  • Jangan rigid dengan satu cara penyelesaian sahaja. Perlu de back-up plan dalam wat pape kerja.

  • Kalau rasa antibody tak kuat, jangan main hujan. Huhuhu..


  • Jangan makan panadol sebelum tido, nanti mimpi balik rumah (Ini utk kes aku ja coz dah beberapa kali terjadi. Orang lain aku tak tau plak)


  • Jangan ingat Allah time susah je. Time senang terus lupa. Korang ingat Tuhan ada time susah je ke? Ish3.. Always dzikrullah, bukan shj di lidah, tp yg lebih afdhal di hati.


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya..”

(Asy-Syams:9)


  • Jangan suruh aku jadik fasi sorang2 lagi coz nanti aku buat modul suka2 ati aku ja. Hehehe….

  • Hargai roommate kalian. Mekasih kat rumate aku, Zu dan Zarin. (Nama budak bilik aku kaya dengan huruf Z).


“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupn dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis”

(Riwayat Muslim dari Abu Darr)


  • Hargai masa lapang. Jangan buat kerja last minute.


Opss, proses simulation siap utk design yang ke berapa ntah. Huh, amik masa satu jam plak tu. Sabarlah duhai diri. Xkan datang kejayaan tanpa ujian. Ok, sayonara. Chow adios amigos wassalam.



3 comments:

mama safura said...

..setiap kesusahan pasti ada kemudahan, setiap kemudahan pasti ada kesusahan..

naimah27 said...

salam..oohoo, patutlah...
ok2, em, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah...=)

Sifrulmind said...

TO safura:
Bila p jalan2 dgn cik je, bnyk betul dugaan yg datang, Nape yerr??

To naimah27:
Kepelikan jap. Patutla...??? Dilanda keconfiusan jap.