RSS

Tuesday, May 29, 2012

Bersedialah untuk Berpisah..


Assalamu’alaikum

            Bertemu kembali. Hehe..lama tidak menulis di blog. Tia da apa yg terlintas di fikiran utk  ditulis. Tambahan pula beberapa minggu kebelakangan ini agak sibuk konon2nya. Mengejar due date utk kerja2 yg diamanahkan, walaupun selalu sahaja terlewat dari jadual yg sepatutnya, kerna ada sahaja masa yg terluang dilencongkan utk membuat kerja2 lain. Astaghfirullah..

               Namun, Alhamdulillah, minggu lepas diberi peluang untuk kembali ke kg, selepas sehari menangkis simptom2 demam. Dapat pulang ke kampong dengan kesihatan yg baik, alhamdulillah. Namun, sekembali ke kampus pada hari semalam, dalam hujan lebat, ujian kesihatan itu datang kembali. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang utk menghirup udara-NYA, masih berpeluang menyiapkan beberapa kerja yg diamanahkan oleh supervisorku, walaupun terpaksa membekukan diri di dalam bilik yg amat sejuk itu. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.  

          Lama aku tidak membaca buku dengan ‘riang’. Kebiasaannya hanya membaca beberapa mukasurat, dan diakhiri dengan buku itu yg membaca aku. Macam dah jadik ubat tidur plak. Dan minggu lepas membeli sebuah lg buku. Ya, selepas ini jangan bawa aku melintasi kedai buku kerna aku akan merembat sebuah dua buku walaupun buku2 sebelum ini aku masih belum menghabiskannya. Astaghfirullah, nafsu2… sentiasa mendahului aqal dan iman. Huhu.. 

          Ok, ingin berkongsi sebuah cerita. Beberapa bulan yg lepas, mungkin, Berkesempatan membaca sebuah buku yg tersusun cantik di rak buku. Hanya sempat membaca beberapa mukasurat, memandangkan waktu maghrib telah tiba. Tentang sebuah kisah, berlaku di negara jiran kita. Aku ceritakan semula di sini dengan gaya dan pemahaman aku, sebab buku itu berbahasa Indonesia. Bimbang tidak difahami jika aku copy&paste 100% dari buku tersebut.

           Seorang pak kiyai, yg sangat alim, telah ditimpa satu musibah. Rumahnya dimasuki pencuri, dan beberapa barang yang berharga telah hilang. Selepas dari kecurian itu, seringkali dilihat pak kiyai termenung dan menangis seorang diri. Namun, tiada siapa yang berani menegur, sehinggalah suatu hari, seorang dari anak muridnya mendekati dan cuba untuk menenangkannya.

“Pak kiyai, usah ditangisi akan barang2 yang telah hilang itu. Bersabarlah..” kata anak murid itu.

“Aku bukan menangisi barang yang hilang. Mungkin sahaja pencuri itu lebih memerlukan barang2 yang dicuri itu berbanding diriku. Biarlah dia mengambilnya. Namun, apa yang kutangisi adalah, mengapa pencuri itu tidak mencuri radio itu? Radio itu sering sahaja membuat aku terleka kerana aku amat suka akan lagu wayang kulit..” jawab Pak Kiyai. Anak muridnya terkedu, hilang kata-kata.

              Ya, sukar bukan kita ingin berjumpa dengan keadaan seperti ini? Sanggup berpisah dengan sesuatu yang amat dicintai/disukai, kerana diketahui bahawa ia akan membawa diri kita menjauhi Allah Ta’ala. Yang kita selalu jumpa, bermati-matian membela/mempertahankan sesuatu walaupun diketahui diri bisa binasa kernanya. Tak perlu fikir jauh2 sangat. Contoh mudah, makanan. kita memang suka makan, apalagi makanan yg menjadi kesukaan kita. Selagi tak penuh perut, selagi tu tak berhenti makan, padahal kita tahu makan secara berlebihan memburukkan kesihatan, mendorong kepada sifat malas untuk beribadah, dan memudahkan masukkannya bisikan2 syaitan. Tapi itulah juga yg kita suka lakukan. Nak tinggalkan boleh sebenarnya, tapi kita sayang nk tinggalkan amalan tersebut. Benar atau tidak??

              Oleh itu sahabat2, marilah kita sama2 cuba koreksi kembali diri, lihat kembali diri. Cuba kita hitung berapa banyak perkara2 yg boleh menjauhkan diri kita dari Allah, tp kita amat suka kepadanya. Sanggupkah kita untuk berpisah darinya dalam mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredha-NYA? Berapa banyak pula perkara2 yg kita sukai itu mampu mendatangkan rasa takut dan sekaligus rasa cinta kepada-NYA? Astaghfirullah..fikir2kanlah sendiri wahai sahabat. Jika kita mendapati sesuatu perkara/amalan itu bisa menjauhkan diri kita daripada Allah, persiapkanlah diri untuk meninggalkannya. Tinggalkanlah ia. Jika tidak mampu untuk meninggalkannya, kurangkanlah ia. InsyaAllah, jika kita telah berazam utk meninggalkannya, Allah akan menolong kita. Faiza 'azamta, Fatawakkal 'ala-Allah.

              Cukuplah sekadar ini sahaja, buat peringatan bersama, terutamanya utk diri ni. Banyak sangat silap dan salah diri ni, antara sedar atau tak je. Moga2 apa yg aku tulis ini akan memotivasikan diri aku utk menjadi seperti contoh2 yg baik yg aku ceritakan kat sini, atau sekurang2nya mengingatkan aku kembali satu hari nanti. Allahua’lam.

2 comments:

Raihana Bahru said...

nak pegi kedai buku/pesta buku,jgn mesej sy!!haha.. >.<

stuju susah nk bpisah dgn brg2/pbuatan2 yg disukai.
lately pkataan bpisah tu sensitip.. ingatkan bpisah ape td..heuu~

Sifrulmind said...

Bukan merancang nk p pon, tak sengaja terlalu depan dia ja, so, tersinggah la plak. Haha..

Tau ar org tu dh nk abis. Sentap plak bila orang sebut berpisah2 ni. Haishh...