RSS

Saturday, January 28, 2012

Ingatilah Jasa Guru-guru Kita

Berjalan-jalan di pasar malam, ketika cuti tahun baru cina baru-baru ini, dan aku terserempak dengan salah seorang guru ketika aku bersekolah dahulu.

“Cikgu, apa khabar? Ingat saya lagi tak?” Aku menegurnya dari belakang. Beliau menoleh dan merenung sebentar mukaku.

“Eh, Zarina. Ingat lagi..” Jawapan yang sungguh mengujakan. Beliau masih mengingati aku. Rasa nak terlompat-lompat ketika itu. Namun memikirkan aku berada di khalayak ramai, reaksi spontan itu aku nyah jauh2.

“Dr mai dengan sapa?” Aku cuba beramah-mesra. Ya, aku bukan seorang yang ramah. Penat aku fikir modal nak borak.

“Haa???” Beliau membuat muka pelik.

“Erk, cikgu datang dengan sape?” Sedar akan kesilapan aku, aku terus mengulang semula pertanyaan. Inilah padahnya bila terlalu lama duduk kat utara dan berada dalam kampus. Bahasa asyik tertukar2. Tersasul memanjang. Huhu..

“Ooo..saye datang dengan adik, anak buah, bla bla bla..” Aku pon terus berborak, satu dua isu, sambil memilih-milih buah oren. Sebentar cuma. Habis membeli buah, aku meminta izin beredar.

Beliau mengajar aku ketika kelas KAFA (sekolah agama), sebelum beliau menyambung pengajian ke maktab. Aku bertemu beliau kembali ketika aku tingkatan dua. Ketika itu, beliau tidak mengajar aku. Beliau mengajar di sesi petang, manakala aku di sesi pagi. Kali pertama berjejak kasihan ketika di dalam sebuah kem persatuan-persatuan di sekolah, dan ketika itu aku tidak mengenalinya. Namun, dia masih mengenali aku. Di celah-celah pelajar yang ramai, beliau memanggil namaku. Siap ingat nama penuh lagi. Ketika itu kawan2ku pelik, bagaimana beliau tahu akan namaku. Aku lagi la pelik. Setelah berusaha keras mengingat, akhirnya kau berjaya, dengan bantuan beberapa orang sahabat seKAFA aku. Adush…apa punya anak murid la aku ni. Nama cikgu sendiri tak ingat. Biasanya anak murid ingat nama cikgu, cikgu tak ingat nama anak murid, tapi ni terbalik la plak. Huhu.. Tapi sejak peristiwa tu, aku amat ingat namanya. Hehe..

Just satu kesimpulan pendek yang aku nak buat kat sini, ingatilah guru-guru kita. Walaupun hari guru lama lagi, tak salah kalau kita nak ucapkan terima kasih kepada mereka, atas ilmu-ilmu yang disampaikan oleh mereka kepada kita. Peristiwa tak ingat nama cikgu sedangkan cikgu itu ingat nama kita adalah satu pengalaman yang tragis. Oleh itu, jangan sampai ia menimpa diri anda. Cukuplah aku sorang yang merasainya. Huhuhu…

Saturday, January 14, 2012

Marah itu Buruk Akibatnya,,

Bila marah, lebih baik diam. Kalau tak, rasa marah itu akan membakar apa sahaja yg disentuh oleh ‘lidahnya’ atau ‘tangannya’. Tapi jarang orang bertindak mendiamkan diri ketika marah, sehingga menjejaskan org lain. Aku juga tidak terkecuali. Di petang Jumaat yg mendung, emosi aku juga turut mendung. Selama 2 hari, dari pagi bertapa di lab, berhenti sebentar ketika rehat+solat dan menyambung semula kerja sehingga lewat petang. Namun, hasilnya agak mengecewakan. Tekanan mula dirasa, ditambah lagi dengan beberapa perkara yang sudah beberapa hari bersarang di kepala, serta perut yang kosong minta diisi. Tahap kebulur sket2. Di kala otak sedang berserabut, tiba2 timbul satu isu. Simple je isu dia, tp disebabkan fikiran tengah tak waras, tak pasal2 ada orang kena marah. Bak kata org, benda tengah panas, lekat dengan apa2 pon, BOMM!! Akan meletup. Namun, beberapa minit selepas perasaan marah itu dihamburkan, terbit rasa menyesal. Astaghfirullah, apa salah sahabat tu, x pasal2 kena marah. Sahabat, mohon maaf ya. Kewarasan berfikir hilang sebentar.

“Tidak ada salahnya perasaan marah, yang jadi salahnya bila marah pd satu benda melarat ke benda yang lain... ALLAH tlh b'janji sabar itu tidak sia2 tp kalau xbole sabar, what to do.... *meletup sbb sempit jiwa, luaskan ia dgn m'beri maaf*”

(Kak sitisifir10)

Ketika sedang merawat jiwa, tiba3 terbaca status di atas di fb k.fizah. Lagi la sentap. Huhu..walau apa pun alasannya, memarahi orang lain hanya disebabkan kita stress/sedang marah adalah satu tindakan yg tidak wajar. Kepada sahabat tu, mohon maaf banyak2 sekali lg. Marah kat saya lg x? Huhu..


Cuba tengok video ni. bayangkan kalau kebaikan yang dilakukan oleh orang yang pertama itu ditukar dengan keburukan yang dilakukan oleh seorang yang sedang marah. Rasanya, keburukan itu akan bersambung bersambung dan bersambung sehinggalah ada yang memberhentikannya. Astaghfirullah..

Oleh itu, marilah kita sama2 mengawal diri ketika berada dalam keadaan tidak waras. Istighfar banyak2, ta’awuz banyak2. Jika tidak mampu reda, ambillah wudhu’. Moga air wudhu’ yang mengalir itu akan memadamkan api kemarahan yang sedang hangat membakar jiwa. Jika tidak, ikutilah saranan Rasulullah (riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud), “Apabila salah seorang diantara kalian marah dalam keadaan berdiri duduklah, jika belum hilang maka berbaringlah.” Jika keadaan tidak membenarkan kita duduk atau berbaring, cukuplah sekadar dengan hanya mendiamkan diri. Perkataan yang keluar dari mulut orang yang sedang marah, kebiasaannya lebih ‘hangat’ daripada biasa. Ia mampu membakar telinga dan hati2 yang mendengarnya.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu berbicara yang benar ketika marah dan ridha.”

(Hadits shahih riwayat Nasa’i)