RSS

Friday, January 14, 2011

Zalim yang Tak Disengajakan

Dari al-Bayaadhiyyi radhiallahu’anh, dia berkata: “Bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pada suatu ketika keluar kepada orang ramai (di masjid). Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Qur’an, maka sabdanya:

“Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca al-Qur’an!


Lama dah tak menulis. Rindu ingin menaip. Beberapa kali niat utk menulis terpaksa ditangguhkan. Dan malam ini tergerak hati utk menulis, di luang masa menjaga L-shop ni. Beberapa hari, ruang utk berehat dalam keadaan jaga hanya di L-shop. Natijah selepas terlalu lama berfoya-foya dan buang masa. Huhu.. Dan esok malam aku di L-shop jugak. Sapa2 nak carik aku (kalau ada laa...), bleh carik aku di sana. Pa tu L-shop? Sapa2 penghuni desasiswa kat kampus kejuruteraan ni tau la mende L-shop tu, maleh den nk terang kat sini.


Ok2, kembali ke topik asal. Ketika sekolah dahulu, senior2 selalu mengingatkan utk tidak membaca Al-Quran dengan kuat jika ada sahabat2 yang masih bersolat, walaupun hanya solat sunat. Kalau berborak tu apatah lagi. Aku hanya mengikut ketika itu dengan hanya berpandukan kepada hukum logik akal semata-mata, tidak pernah punya semangat inkuiri yang tinggi utk mencari dalil yg membawa kepada larangan tersebut. Malam ini secara tiba2 timbul perasaan utk mencari nas yg menjadi sandaran akan hukum2 yg dikeluarkan oleh senior2 itu. Hasil carian, adalah hadith di atas. Dan aku teringat satu lagi ayat, “Jgn menzalimi orang yg sedang mengingati Allah”. Aku tidak ingat akan ayat sepenuhnya. Tapi point dia adalah seperti yg tertera. Solat, samada solat sunat apalagi solat fardhu adalah salah satu amalan yg membawa kepada mengingati Allah. So, mengganggu orang solat bermaksud menzalimi. Orang yg berlaku zalim adalah orang yang kejam. Orang yg kejam balasannya adalah?? Allahua’lam.


Sama2 muhasabah diri. Dalam kita beramal, kadangkala kita bersifat mementingkan diri sendiri dan berlaku zalim secara tidak sengaja. Memang kita perlu berlumba2 utk beramal, tapi jgn ditinggalkan mereka2 yg kita sayangi. Huhu..Ok, ni aku cite bab baca quran/dzikir je. Kalau borak2 tu, mmg lagi2 la dilarang. Sering di masjid/surau, apabila ada kawan2 kita yg bersolat, kita dengan selamba berborak dengan nada suara berborak di cafe. Haishh..x pasal2 benda yg kita borakkan tu masuk dalam solat orang yg tgh solat. Lagi2 cerita gosip. Maunya org tu benti solat dan join gosip sama. Huhuhu...


Mencapai khusyuk di dalam solat itu sukar, dan janganlah kita menyukarkannya lagi. Apa yg boleh kita hindarkan, jauhilah ia. Apa yang sukar dihindar, kurangilah ia. Tak rugi kalau bertolak ansur sedikit sebab kerugian yang sebenar adalah apabila di akhirat sana, tatkala kita ditanya ttg amalan kita, tapi segala pahala amalan kita habis dibahagi kepada orang2 yg kita zalimi. Rugi bukan??Teringat kata2 seorang makcik, apabila ada seorang sahabat merungut tentang tidurnya yang terganggu akibat tempat tidur yang tidak selesa ketika beraktiviti di sebuah perkampungan orang asli. “Tempat tidur tak selesa ke? Xpelah, kita ke sini dengan 1 harapan, mengharap tempat tidur yang lebih selesa di SANA, apalah sangat kalau kita tidur sebentar di tempat sebegini,”. Dalam pantun yg kita belajaq time sekolah rendah dulu pon ada sebut;

Berakit-rakit ke hulu

Berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu

Bersenang2 kemuadian.

“You tolong I, I tolong you. It’s fair right?” Begitulah kata rakan se’supervisor’ dengan aku. Walaupun berlainan agama, sifatnya benar2 membuatkan aku kagum dengan dirinya. Agama benar2 menjadi ‘Ad-deen’ bagi dirinya, bukan sekadar ‘agama’. Ok, pasal dia ni, insyaAllah aku cerita len kali. Topik lain. Topik ni pun dh jadik cacamarba dh ni. Ok, berundur dahulu. Assalamu’alaikum.

0 comments: