Assalamu’alaikum.
“Bos, apa perasaan bos bila orang yang tak p kelas, tapi bila exam dapat result lebih baik dari bos?” Aku bertanya kepada bos dalam satu perjalanan pulang ke kampus.
“Kita p kelas bukan nak dapat result yang best, tapi nak dapatkan keberkatan,”
Ahhaa..aku tersenyum. Ya, benar2. Keberkatan ilmu itu yg dikejar, bukannya result exam semata-mata. Bukan bermakna result exam tak penting, penting jugak, tapi keberkatan ilmu itu lagi penting, supaya ilmu itu bisa dimanfaatkan. Berbicara tentang keberkatan ilmu, takkan lari dari membicarakn tentang orang yg memberi ilmu, iaitu guru yg mengajarkan akan ilmu tersebut. Dan semalam berkesempatan mendengar sedikit tazkirah. Banyak ilmu yg dibentangkan oleh ustaz2 yg hadir, namun memandangkan aku ditugaskan utk menyediakan makanan (sokmo jadik ajk mknn. Maybe sbb aku suka mkn kot. Hua3) dan melayan tetamu, aku hanya berkesempatan mendengar beberapa slot shj. Antara pengisian yg aku dapat semalam adalah berkaitan tentang akhlak kepada guru. Diceritakan oleh ust yg menyampaikan pengisian tersebut, bagaimana akhlak Imam Abu Hanifah terhadap seorang miskin yg telah mengajarkannya 1 ilmu. Begini ceritanya. Aku cerita secara ringkas ya.
Satu hari, sedang Imam Abu Hanifah berjalan-jalan, beliau ternampak seekor anjing. Ketika itu, terdetik di hatinya, bagaimana nak tahu anjing ini betina ataupun jantan. Tanpa disedari, persoalan itu terluah di mulutnya dan didengari seorang lelaki miskin yang berpakaian compang-camping. Lelaki itu segera menjawab, “Untuk mengetahui samada anjing itu betina atau jantan, lihatlah sahaja caranya membuang air kecil. Jika anjing itu membuang air kecil dengna mengangkatkan kakinya, maka anjing itu adalah jantan,”. Imam Abu Hanifah terkejut. Tidak disangka lelaki itu akan memberikan jawapan. Sebelum sempat Imam Abu Hanifah mengucapkan terima kasih, lelaki itu telah menghilangkan diri. Berhari-hari Imam Abu Hanifah mencarinya, namun gagal. Sehinggalah satu hari, Imam Abu Hanifah terjumpa kembali lelaki miskin itu kembali. Imam Abu Hanifah sungguh gembira. Beliau berjabat tangan dengan mesra, melayannya dengan penuh hormat dan sopan, sehinggakan orang di sekelilingnya berasa pelik. Masakan tidak pelik, seorang Imam, yg punya kedudukan yg tinggi, memberikan layanan yg luar biasa kepada seorang miskin. Apabila orang ramai bertanya, sebab musabab akan layanan yg luar biasa itu, Imam Abu Hanifah terus memaklumkan bahawa lelaki miskin itu telah mengajarkannya 1 ilmu, iaitu cara untuk membezakan anjing betina dan jantan. SubhanAllah, begitu tinggi akhlak seorang ilmuwan. Cuba kita bandingkan dengan diri kita. Bagaimana akhlak kita kepada guru2 kita? Kalau guru mengajar tidak faham, dikatakan guru tidak pandai mengajar. Jika guru mengajar terlalau laju, dikatakan guru tidak memahami anak murid. Jika berlainan pendapat dengan guru, dikatanya guru buat silap, salah itu, salah ini, aku sahaja yg betul. Jika diberi tugasan, berbakul2 keluhan yg keluar dari mulut kita. Gosip2, umpatan, tidak terkira lagi. Astaghfirullah...begitukah akhlak sebenar seorang muslim??
"Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan."
(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)
Satu ketika dahulu, seorang guru telah mengingatkan aku. “Untuk mengetahui samada ilmu yang kita perolehi itu berkat atau tidak, mudah saja. Lihatlah sahaja samada ilmu yg kita dapati itu bisa membawa kita lebih dekat kepada Allah atau tidak. Jika ilmu2 itu menyebabkan kita lebih dekat kepada Allah, insyaAllah ilmu itu adalah ilmu yg diberkati. Namun, jika sebaliknya, perbetulkanlah kembali niat kita dalam mendapatkan ilmu itu,”.
So, camna dengan ilmu2 yg kita pelajari? Tepuk dada/tangan/kepala/kaki, dan nilailah sendiri. Moga menjadi pedoman bersama.
3 comments:
hendaklah sabar dengan buruk sikap guru kerana kadang-kadang dia bertindak begitu kerana sayang pelajarnya, seperti marah seorang bapa/ibu terhadap anak bukan disebabkan perasaan benci.
tiba2 rindu kt ustazah diana..ooh rasa bersalahnya sy. x sabar nk hbskan lab mgu ni
Petang ni ade kelas, jgn lupa p kelas..
Mmm..ptg ni cam x leh abiskan lab jek. Huhuhuhu...
Post a Comment