RSS

Friday, March 5, 2010

Janjiku-Dehearty

Seorang pensyarah pernah mengingatkan,dalam usaha untuk memupuk keyakinan dalam diri, antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah untuk tidak mungkir janji kepada diri sendiri. Jika tidak, diri akan hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri. Hilang keyakinan diri. Itu impaknya.


Hari Jumaat minggu ini bakal menamatkan perjalanannya beberapa minit sahaja lagi. Weekdays (dalam BM panggil apa ek?) bakal berakhir beberapa minit lagi. Minggu yang dipenuhi beberapa perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan. Dan kesannya, saban hari hati merasa tidak tenang. Lebih banyak berdiam daripada berkata-kata kerana jika mulut ini terbuka, ada sahaja hati yang terluka. Astaghfirullah, mungkin terlalu banyak dosa yang menumpuk di hati ini, sehingga begitu sukar ketenangan utk hadir di dalam hati ini.

Lagu “Janjiku”
Artis “De Hearty”

Semalam ku Berjanji
Pada Diriku ini & Jua Kepada Diri-Mu
Daku Telah Berjanji
Tak Akan Mengulangi Kesilapan Kulakukan Kelmarin

Tapi Hari ini Kau Saksikan
Diri ini Telah Lakukan
Dosa Yang Kujanji Takkan ku Ulangi

Rasa Seperti Telah Hilang Percaya Pada Diri
dan Rasa Amat Malu Untuk Menghadap-Mu
Kerna ku Sering Mungkir Janji Pada Diri Sendiri
Oh Tuhanku Kuharap Keampunan Dari-Mu

Oh Ya Allah
Telah Kurasa Seluruh Nikmat-Mu
Umpama Istidraj Yang Menggunung Tinggi
Kerna Kesilapanku Yang Sendiri Tak Mampu
Untuk Iltizam Pada Taubatku oh Tuhan

Oh Tuhan

Kuharapkan Kau Ampunkan Dosaku
Hulurkanlah Padaku Maghfirah-Mu
ku Sedar Diri ini Hanya Hamba Yang Lemah
Oh Tuhan Kau Terimalah Taubatku


Seorang pembawa kayu api, tidak dapat melepasi soalan pertama munkar dan nakir ketika di dalam kubur selama 70 000 tahun hanya kerana dia telah menggunakan serpihan kayu yang dibawanya untuk mencungkil sisa makanan yang melekat di celah giginya. Hanya serpihan kayu, yang pada kita, apalah sangat. Tak beri kesan pun pada nilai kayu tersebut, tapi kerana kayu itu bukan haknya, dia gagal melepasi soalan malaikat yang pertama itu. Cuba kita bandingkan dengan diri kita. Bukan sahaja serpihan kayu, ntah2 ‘kayu balak’ pun kita pernah salah guna. Astaghfirullah. Itu baru kita kira satu skop kesalahan. Kalau kita hisab balik diri kita, hari2 apa yang kita buat, astaghfirullah, kadang2 rasa tak sanggup lagi nak duduk kat muka bumi ni. Terlalu banyak kesilapan, kemungkaran yang aku lakukan. Malu pada-Nya, kerana sering menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur kepada Tuannya. Astaghfirullah…

**Kepada orang2 di sekitarku, ampun dan maaf aku pohon. Sungguh, tidak terniat di hati utk menyakiti, melukai hati2 kalian, namun aku hanya insan biasa yang tohor imannya, yang hatinya terlalu mudah dipengaruhi bisikan2 syaitan. Maaf kupohon dari kalian. Terima kasih kerna masih bersabar dengan diriku ini.

3 comments:

gajero said...

assalamualaikum.setiap insan tidak terlepas dari melkukan kesilapan.jgn la jatuh ke lubang yang sama untuk kali yang kedua. same2 muhasabah diri :D

naimah27 said...

bagus

naimah27 said...
This comment has been removed by a blog administrator.