RSS

Tuesday, March 23, 2010

Mari Bercerita Tentang Penyakit SLE

Assalamu’alaikum

Hari ni nak bercakap/menaip pasal penyakit pulak. Tukar topic. Harini nak jadik doctor plak. Ok, nak bercerita tentang sejenis penyakit yang tak ramai orang sedar akan kewujudannya. Aku pun baru je kenal penyakit ni kira2 2 tahun lepas. Walaupun tak ramai tahu ttg penyakit ni, tapi penyakit ni agak berbahaya. Boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ok, dekat bawah ni ada sedikit penerangan ttg SLE. Mari kita berkenalan dengannya.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE - Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan - SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.

Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.

Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.

Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!

Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.

Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.

Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.

Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.

Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.

Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.

Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.

Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.

Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.

Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.

Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.

- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.

- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.

Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.

Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.

Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.

Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.

Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif. Malaysia, sebuah

Kat Malaysia ni, ada sebuah persatuan yang ditubuhkan khas utk membantu pesakit2 SLE. Bolehlah melawat ke laman web http://www.lupusmalaysia.org. Maklumat lanjut tentang SLE boleh juga didapati dari sana.

Dalam pada itu, HPA industries juga mempunyai pengalaman dalam merawat pesakit2 SLE. Bolehlah rujuk link berikut utk mengetahui dengan lebih lanjut cara2 merawat pesakit SLE dengan menggunakan herba2 yang dikeluarkan oleh syarikat HPA.

Setakat itu sahaja untuk kali ini. Semoga penerangan ini memberi sedikit sebanyak input kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Heee..


Bilakah Lagi???



Bilakah lagi

Kita semua satu hati

Bilakah keamanan kan dikecapi

Bilakah lagi Align Center

Islam kan dijulang tinggi

Bangunlah wahai ummah, kita satu hati

Marilah

Bersama bersatu berjihad menentang kezaliman

Oh insan sedarlah

Pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut

Jangan takut berjuanglah untuk keamanan

Monday, March 22, 2010

Kenapa Perlu Dibeza-bezakan??

Assalamu'alaikum.

Pagi Isnin. Kembali ke aktiviti rutin selepas bercuti selama 2 hari. Kebelakangan ini, hari biasa pun macam hari cuti. Hehe..ok, bukan itu yg aku nak cerita.

Aktiviti biasa pagi2, membaca akhbar. Berita yg menarik perhatian aku hari ni, ttg penahanan seorang rakyat Malaysia di Laos kerana dituduh terlibat dalam kes pemerdangan manusia. Pakcik Omar nama dia. Dh lebih 11 bulan ditahan di sana, tanpa dibicarakan. Sekali lagi diulang, TANPA BICARA. Dan pagi ini aku membaca laporan di Berita Harian. Aku tertarik dengan 2 perenggan terakhir dalam laporan tersebut yg merupakan kata2 dari Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh;

“Kita percaya Pak Omar mangsa keadaan dan kami akan menyediakan pihak pembelaan terbaik, apatah lagi penahanan beliau dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana sehingga kini tidak disertai sebarang pendakwaan,”

Tahulah pulak penahanan ni bertentangan dengan hak asasi manusia. So, camna plak dengan dengan penahanan tahanan2 ISA, yg juga kebanyakannya menerima nasib yang sama??? Bezanya cuma Pak Omar merupakan tahanan kerajaan Laos, dan ISA merupakan tahanan di dalam Malaysia. Alangkah baiknya jikalau beliau juga turut menyatakan pembelaan sedemikian rupa terhadap mangsa2 ISA. Jangan hanya kerana takut hilang kedudukan, kebenaran dikesampingkan.

"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baiknya suatu bahagian pun di akhirat,"
(Surah Asy-syura: 20)

Bukan bermaksud untuk memperlekehkan usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh beliau. Tahniah dan terima kasih. Namun hanya ingin membawa kita fikir bersama, kebenaran perlu ditegakkan di mana jua, walaupun kadangkala dalam usaha menegakkan kebenaran itu kita akan disingkirkan/mengalami kerugian. Just ingat, jika sesuatu perbuatan itu dilakukan dengan niat ikhlas, semata2 kerana Allah, janji Allah dalam Surah Muhammad adalah motivasi yang terbaik buat diri kita;

"Hai orang2 yang beriman, apabila kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

** Semoga Pak Omar mendapat pembelaan yang sewajarnya. Ameenn..

Wednesday, March 10, 2010

Di Pagi Hari

Pagi ni datang awal lagi ke sekolah. Singgah di kedai Muaz di Taman Pekaka, terperasan muka depan akhbar Berita Harian. Tengok sekali imbas je.


Aku mula2 ingatkan ni mak dia ka, nenek dia ka. Rupa2nya auntie ni bekas 'sifu' dia. Just terfikir, patut ke dia buat adegan ni? Yolah, walaupun auntie ni banyak berjasa pada dia, janganlah lupa yang dia tu orang Islam, ada batas2nya. Takde cara lain ke nak ekspresikan rasa gembira tu? Huhu..

Saje membebel pagi2 sambil sarapan sorang2 kat sekolah ni. Huuu...

Monday, March 8, 2010

Laparnyaa....

Satu pagi, aku terasa amat lapar. Bahana tidak bersarapan pagi (ada sarapan petang ke??). Pagi itu terpaksa bergegas ke sekolah kerana perlu menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh semalam. Seusai menyiapkan kerja2 itu, barulah terasa perut terasa lapar yang amat sangat. Di atas meja aku hanya ada sebotol asam, yang selalu dimakan buat penghilang kantuk (tapi jarang berkesan. Huhu..). Jika ingin makan, perlu bergerak ke cafe. Perasaan malas menjelma. Jam baru menunjukkan jam 10pg. Masih terlalu awal utk makan tengahari. Utk melupakan rasa lapar, aku menjelajah alam maya, mencari sesuatu utk dibaca. SubhanAllah, laman pertama yang aku lawati bercerita tentang lapar. Aku terus tertarik utk membacanya. Namun, sebaik sahja aku selesai membacanya, selera untuk aku makan terus tertutup. Mengapa? Di sini aku kongsikan serba sedikit beberapa pengisian yang aku baca.


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Perangilah hawa nafsumu dengan lapar dan haus, kerana sesungguhnya pahala dalam hal itu adalah seperti pahala berperang di jalan Allah.Dan sesungguhnya tiada sebuah amalan yang lebih dicintai Allah daripada lapar dan haus,”

Ibnu Abbas berkata:Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak dapat masuk ke dalam kerajaan langit orang yang memenuhi perutnya.”


Pernah ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang lebih utama?”. Nabi s.a.w bersabda :

“Orang yang sedikit makannya dan tawanya, dan menerima dengan apa yang dapat menutup auratnya.”


Sabda Nabi s.a.w lagi :

“Pemimpin segala amal adalah lapar,sedang menghinakan nafsu adalah pakaian bulu.”


Abu Said Al Khudri berkata, Nabi s.a.w pernah bersabda :

“Pakailah makanlah dan minumlah dalam ukuran setengah perut kerana sesungguhnya ia adalah satu bahagian dari kenabian.”


Berkata Al Hassan : Nabi s.a.w bersabda :

“Berfikir adalah setengah dari ibadah, dan sedikit makan itulah ibadah.”


Berkata Al Hassan lagi, Nabi s.a.w bersabda :

“Orang yang lebih utama dari kamu di sisi Allah dalam kedudukannya pada hari kiamat adalah yang lebih panjang dari kamu dalam laparnya, dan lebih panjang berfikirnya mengenai Allah. Sedang orang yang lebih dibenci dari kamu di sisi Allah pada hari kiamat adalah setiap orang yang banyak tidur dan banyak makan.”


Dalam sebuah hadis disebut bahawa Nabi s.a.w sering kali lapar bukan kerana terpaksa ertinya dengan sengaja melakukan lapar itu.Dan Nabi s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya Allah membanggakan kepada malaikat dengan adanya orang yang sedikit makan dan minumnya di dunia Allah berfirman:”lihatlah hambaku.Aku mengujinya dengan makanan dan minuman, lalu dia bersabar dan meninggalkan keduanya.Saksikanlah hai malaikat-malaikatku, tidaklah sesuap makanan yang ditinggalkannya kecuali aku akan menggantikantikannya untuk hamba itu dengan ketinggian di syurga.”


Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Janganlah kamu membuat mati hati-hati ini dengan banyakkanya makanan dan minuman,kerana sesungguhnya hati itu seperti tanaman, dia akan mati apabila terlalu banyak air yang mengairinya.”


Nabi s.a.w bersabda :

“Tidaklah anak cucu Adam memenuhi tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perutnya sendiri.Cukuplah bagi anak cucu Adam beberapa suapan yang dapat menegakkan tulang punggungnya, maka sepertiga untuk makanannya,sepertiga untuk meminumnya dan sepertiga lagi untuk nafsunya.”


Di dalam hadis Usamah bin Zaid dan hadis Abu Hurairah yang panjang.Nabi menyebut keutamaan lapar baginda s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya orang yang lebih dekat dengan Allah pada hari kiamat adalah orang yang panjang lapar,haus dan susahnya ketika di dunia.Mereka orang yang sangat dimuliakan Allah dan orang-orang yang bertaqwa.Mereka yang apabila hadir tidak dikenal dan apabila pergi tidak dirasa kehilangan, tetapi semua permukaan bumi mengenal mereka dan malaikat-malaikat langit mengerumuni mereka.Manusia-manusia bersenang dengan dunia tetapi tidak bersenang dengan taat kepada Allah.


Manusia-manusia memakai hamparan yang empuk dan mereka memakai hamparan dahi lutut.Manusia-manusia mengiya-iyakan perilaku dan akhlak para Nabi dan mereka memeliharanya.Mereka akan ditangisi oleh bumi apabila bumi kehilanagan mereka, dan Tuhan yang Maha Perkasa akan murka pada setiap negeri yang disana tidak terdapat seorangpun dari mereka.Mereka tidak meyerbu pada duniawi saperti seekor anjing pada bangkai binatang.Mereka hanya makan makanan yang dapat mempertahankan nyawa sahaja,dan berpakai pakaian usang,mereka kumal dan lusuh.


Manusia-manusia yang melihatnya menyangka bahawa mereka terserang penyakit,tetapi mereka tidak diserang penyakit.D isebut -sebut bahawa mereka orang yang telah terganggu saraf maka hilanglah akal mereka dan tidaklah hilang akal mereka. Tetapi sekelompak manusia yang memandang dengan hati tentang Allah yang telah menghilangkan dunia dari mereka. Jadi mereka menurut pandangan ahli duniawi orang yang berjalan tanpa akal, tetapi mereka berakal dikala hilang akal-akal manusia mereka mendapat kemuliaan di akhirat.


Hai Usamah, apabila engkau melihat mereka pada sebuah negeri, maka ketahuilah bahawa mereka adalah jaminan keamanan bagi penghuni negeri itu. Dan Allah tidak akan menyiksa sesuatu kaum yang mereka berada di dalamnya. Bumi bergembira kerana mereka ada Tuhan Yang Maha Perkasa redha terhadap mereka.


Ambilah mereka sebagai saudara untuk dirimu, semoga engkau akan selamat kerana mereka. Dan jika engkau mampu agar maut menghampirimu, sedangkan perutmu lapar dan jantungmu haus, maka kerjakanlah itu kerana sesungguhnya dengan begitu engkau akan menemukan kemuliaan kedudukan tempat bersama Nabi, malaikat-malaikat bergembira menyambut kedatangan rohmu dan Allah Yang Maha Perkasa memberi rahmat stas engkau."


Al Hassan meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:


"Pakaian bulu,sesingkatlah dan makanlah dalam ukuran setengah perut maka kamu akan masuk ke dalam kerajaan langit."


Nabi Isa a.s berkata.

"Wahai sahabat Hawari, laparkanlah perutmu, telanjangkanlah(dari kemewahan) tubuhmu agar hatimu dapat melihat Allah.


Dalam hadis mursal disebut :

"sesungguhnya syaitan benar-benar berjalan pada anak cucu adam dalam jalan-jalan darah, maka sempitkanlah jalan-jalannya dengan lapar dan haus."."Sesungguhnya makan dalam keadaan kenyang menyebabkan penyakit kusta."


Nabi s.a.w bersabda :

Orang mukmin makan dalam sebuah perut, sedangkan orang munafik makan dalam tujuh buah perut."Ertinya dia makan tujuh kali ganda dari apa yang harus dimakan oleh orang mukmin atau keinginan nafsu tujuh kali ganda daripada orang mukmin. Disebut kata perut kiasan dari keinginan hawa nafsu, kerana keinginan hawa nafsu itulah yang menghadapi dan mengambilnya saperti perut mengambilnya, bukan maksud benar-benar bilangan perut orang munafik lebih banyak dari orang mukmin."


Al Hassan meriwayatkan dar Aisyah r.a bahawa dia berkata ,aku pernah dengar Nabi s.a.w berkata:
"Biasakanlah mengetuk pintu syurga, tentu akan dibuka untukmu."Aku bertanya:"Bagaimana kami dapat membiasan mengetuk pintu syurga?"

Beliau bersabda"Dengan lapar dan haus."


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Abu Juhaifah bersendawa dihadapan Nabi s.a.w maka bersabdalah beliau kepadanya:
"Batasilah sendawamu, kerana sesungguhnya yang lebih panjang dari manusia ini dalam kelaparannya di hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak kenyangnya di dunia."


Aisyah r.a berkata "Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak pernah kenyang sama sekali, bahkan kadang-kadang akau menangis kerana rasa sayang setelah melihat lapar yang menimpanya. Lalu aku menyusap perutnya dengan tanganku dan aku berkata."Jiwaku sebagai tebusan untukmu, hendaklah engkau mengambil dari dunia ini kadar yang dapat menguatkanmu dan menghalangmu dari kelaparan."


Abu Hurairah berkata:

"Belum pernah Nabi s.a.w membuat keluarganya kenyang dalam tiga hari berturut-turut dengan roti gandum sehingga beliau berpisah dengan dunia ini."


Nabi s.a.w bersabda lagi:

"Sesungguhnya pemilik lapar di dunia, merekalah pemilik kenyang di akhirat.Dan sesungguhnya yang lebih dibenci Allah di antara manusia ini adalah orang-orang yang kenyang lagi penuh perutnya.Tidaklah seorang hamba meninggalkan makanan yang diingininya kecuali itu merupakan sebuah darjat keyinggian baginya disyurga."



Astaghfirullah...

Dalam kehidupan kita seharian, kita sering dilambakkan dengan pelbagai jenis nikmat makanan. Tak payah fikir jauh, kalau pegi pasar malam tu, boleh tengok pelbgai juadah yang macam menarik utk dimakan. Kalau pegi pasar malam dalam keadaan lapar, boleh habis satu pasar malam tu diborong. Huhu..tapi bila kita ingat balik kisah Rasulullah, kisah sahabat2, rasa malu menjelma dalam diri. Rasulullah sering berada dalam keadaan lapar. Kadang2 sampai terpaksa solat duduk lantaran kelaparan (seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah). Berbeza sekali dengan kita, sedangkan siapalah kita ni. Dalam sehari, paling kurang pun makan 2-3 kali. Kalu puasa pun, still dapat makan time sahur dan buka puasa. Sedangkan Rasulullah pernah berpuasa selama 3 hari dan hanya bersahur dan berbuka dengan air kosong sahja. Aku ni yang baru tak makan sarapan pun macam dah agak tak waras. Camnalah kalu aku tak makan 3 ari???