RSS

Sunday, December 6, 2009

Doa dan AMNM

“Eh, ingatkan dah tido,” housemateku bertanya.

“Hehe..belum lagi,” aku menjawab sambil tersengih. Sebenarnya aku baru sahaja terjaga selepas terlelap beberapa ketika tatkala membaca buku. Adalah 5 minit aku terlelap. Huhu..bila baca buku je, mengantuk pun datang. Tapi, alhamdulillah, malam ini mampu bertahan selama 1 jam stgh sebelum tertewas. Disebabkan malam ni aku bersendirian di bilik (bila depa nak balik dari kampung ni? Huu..), tidak menjadi masalah untukku membuka lampu sehingga larut malam.


Bercadang untuk terus tidur sebab jam dah menunjukkan jam 2.45pg, tapi lepas aku chatting sebentar dengan bos sebentar tadi, mataku tak boleh tidur. Belek2 buku yang aku baca tadi dan aku tertarik dengan satu cerita di dalamnya. Tak salah rasanya untuk aku kongsikannya di sini. Hahaha…tapi cerita ni aku ringkaskan mengikut kefahaman aku, dan insya-Allah tak panajang mana pun. Hehe..


Semasa peperangan Mesir dan Habsyah (Euthopia), pihak Mesir asyik menerima kekalahan. Uncanya adalah kerana perselisihan pendapat dalam kalangan pemimpin tentera Mesir. Sultan Mesir ketika itu, iaitu Sultan Khadiwi, risau dengan kekalahan tenteranya dii dla peperangan tersebut dan dia telah memanggil perdana menterinya, Syarif Basya untuk mencari jalan menenangkan hatinya yang tengah runsing time tu. Then sultan ni pun tanya kat perdana menteri dia tu,

“Kalau hang risau/runsing/jiwa kacau, apa yang hang buat, untuk hilangkan benda2 tu?”

“Tuanku, kalau hamba risau, hamba panggil ulama’2 yang benar2 suci jiwanya, then hamba mintak depa baca kandungan buku Sahih Bukhari kepada hamba, moga2 Tuhan melapangkan dada hamba,” jawab prime minister dia dengan jujur.


Nak dijadikan kisah, sultan ni pun panggil la semua ulama’2 Mesir dan meminta para ulama’ ini untk membacakan sahih Bukhari untuknya. Walau bagaimanapun, tentera Mesir masih tetap kalah di medan perang. Oleh itu, sultan tidak puas hati. Sultan telah mengajak prime ministernya untuk bertemu dengan para ulama’ tu. Sultan pun berkata;

“Sama ada buku yang tuan2 baca itu bukan buku Sahih Bukhari, ataupun tuan2 bukan ulama’ yang tulen!! Kalau tidak, masakan Tuhan tidak menolak bala besar yang menimpa Mesir,”

Tiba2, bangun seorang sheikh, menjawab pertuduhan sang sultan;

“Ini semua disebabkan oleh kamu ya Ismail al-Khadiwi (nama sultan tersebut). Sudah kami sampaikan pesan Nabi Muhammad;

‘Kamu hendaklah menyuruh perkara2 yang baik, mencegah perkara2 munkar, jikalau tidak Tuhan akan memenangkan musuh2 kamu yang jahat, dan apabila ulama2 kamu berdoa, Tuhan tidak lagi mendengar doa mereka,”


Apabila sheikh tersebut dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap apa yang dikatakannya itu, sheikh tersebut mengulangi kembali kata2nya itu. Dan apabila sang sultan bertanya;

“ Apa salah kami, sehingga semua bala ini menimpa kami?”

Tahu apa yang dijawab oleh sheikh tersebut??

“Tuanku, bukankah mahkamah kita telah bercampur-aduk? Bukankah Tuanku telah membenarkan jual-beli dengan riba’? bukankah zina telah dibenarkan secara terang-terangan? Bukankah arak dijual di mana-mana? Bukankah …begitu? Bukankah… begini?” satu persatu kesalahan direveal oleh sheikh tersebut.

“Apa hendak dibuat lagi, kita sudah bergaul dengan bangsa2 asing. Kaherah sudah menjadi kota mereka,” jawab sang sultan, pasrah.

“So, apa dosa al-Bukhari (tiada kaitan dengan kes saiful bukhari)? Apakan daya kalau doa-doa para ulama’ tuanku tidak didengar Tuhan?”

Sultan tersebut termenung dan akhirnya mengakui kebenaran kata-kata ulama’ tersebut.


“Dah nak tido ke?” housemate aku tiba2 menerjah masuk. Ish, terkujat den. Iklan jap.

“Ha ah, sekejap lagi kot,”.

“ok, xpelah,”


Ok, sambung balik. Ada beberapa benda menarik yang aku nampak dari cerita di atas, dalam kesibukan pemimpin2 di negara aku ni bergaduh, berbicara tentang doa. Banyak pengjaran cerita ni, tapi aku just nak focus 2 je. Pertama, pentingnya belajar, memahami dan mengamalkan/mengambil pengjaran dari apa2 jua yang dipelajari supaya boleh dimanfaatkan untuk ummah. Dan yang ke-2, peri pentingnya kesatuan di antara ulama’ dan pemimpin. Ulama’ tidak takut untuk menegur pemimpin jika pimpinan membuat kesalahan (dengan adab) dan pimpinan bersifat berlapang dada dalam menerima teguran, dan bersedia untuk berubah. Tidak lupa juga, pentingnya untuk sama2 kita melaksanakan hak Allah, tidak kira walau apa pun gelaran, pangkat mahupun keturunan kita. Tak nak panajng2. Kantuk sudah kembali. Mungkin saja otak tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Dia dh bagi signal untuk berehat.


**Kadang2 terbayang, kalau negara kita diserang oleh pihak luar, mampukah kita untuk melawannya kembali, sedangkan segala macam perbuatan munkar (seperti yng dinyatakan oleh ulama’ itu tadi) dilakukan dengan bebas di negara kita. Yang punya kuasa pula tidak mahu menghalangnya. Fikir2kanlah…

3 comments:

Qalam'Aini said...

AMNM tu?

Sifrulmind said...

Huh, selepas 3 minggu, baru perasan x bubuh fullname dia.

AMNM = Amar ma'ruf, nahi munkar

蔥爆牛肉Frank said...
This comment has been removed by a blog administrator.