RSS

Sunday, November 8, 2009

Jasa Mereka yg Tak Ternilai

Pagi sabtu, bangkit tidur dengan penuh semangat, kerna di kepala telah terencana 1 program yang perlu aku hadiri. Seharusnya aku ke Alor Setar, punya urusan di sana namun bila tiba hari jumaat, aku tukar perancangan. Dan pagi ini selepas bersarapan ala kadar (selambe je duduk sarapan sedangkan orang yang nak bawak aku g tmpt program tu dh menunggu di luar rumah), aku bertolak ke tempat kejadian akan berlaku. Tiba di sana, ramai adik2 ni dh sampai dengan mak ayah masing2. Owh, lupa plak nk btau. Aku jadik “fasi tak bertauliah” untuk Kem Solat adik2 PASTI (rasa2 kena p mintak tauliah ke nk jadik fasi ni?? Mmm..). Adik2 umur 4-6 tahun. Sebelum ni tak pernah jadik fasi untuk adik2 sekecik ni. Paling kecik pun sekolah rendah. Dari rumah duk pk lama, camnala aku nk handle adik2 ni. Budak2 kecik ni slalunya mana leh duduk diam lama2. Tapi redah jelah. Lakukan mana yang aku mampu lakukan.


Ok, nak dijadikan cerita, di dalam program tersebut, setiap fasi dibahagi2kan dengan 10orang anak buah (adik buah kot. Huhu..). Aku mendapat 10 orang adik2 yang berumur 4-6 tahun. Pelajaran pertama, bab berwudhuk. Alhamdulillah, lancar. Cepat benar adik2 ni belajar. Senang keje aku. Tapi pastu duk pening kepala apa aku nak buat dengan adik2 ni. Ok, 1st, aku ajak depa makan coklat yang de kat meja sebelah aku time tu (selambe je duk abiskan coklat tu). Sambil2 makan tu borak2 la dengan adik2 ni. Beramah-mesra la katakan. Aku ni pun bukan la ramah sangat. Belasah je la pape aku tanya depa. Ok, habis makan, aku ulang balik tentang cara2 ambik wudu’ tu. Mula2 duduk. Pastu diri. pastu duduk balik. Dekat 10 kali gak la aku ulang2 semua. Memang comel depa time buat demo amik wudu’ ni. Haihhh.. But then, aku buntu balik nak buat apa. Buat demo banyak2 kang depa boring plak. Ok, mari kita bercerita (walaupun aku “langsung takde bakat bercerita”. Dulu masuk pertandingan bercerita asyik kalah je..). Aku mintak idea dari adik2 ni nak cerita apa.


“Cikgu, cerita semut dengan gajah!” jerit salah seorang daripada depa. Ahh, sudah, gajah ngn semut mana aku nak cerita ni?. Huhuhu…

“Okla, akak cerita pasal Rasulullah, nak tak?” aku try bagi cadangan plak. Walaupun depa bahasakan aku sebagai cikgu, tapi aku tetapkan bahasakan diri aku sbg akak (tapi last2 sahut jelah bila depa panggil cikgu…)

“Nak2!! Cerita tentang nabi Adam!”

“Nabi Adam dan Hawa. Macam dalam cerita Sumpah Bunian”

“Cinta Adam dan Hawa (sambil duk nyanyi lagu cinta adam dan hawa. Huhu..)”

“Nabi Isa! Nabi Isa!”

“Nabi Sulaiman! Nabi Sulaiman!”

“Cerita orang tukar jadik beruk”

“Cikgu saya dh tahu semua cerita tu. Nabi Adam dulu tinggal kat syurga. Lepas tu bla bla bla…”

“Adam Idris Nuh Hud Salih...” depa bernasyid nama2 Rasul la plak. Layan jelah….


Aisehhh..cerita mana aku nak cerita ni. Nk sangat jadi penglipur lara sangat, hamik kau! Tiba2 blank plak kepala ni. 1 cerita pun cam takde pape kat kepala ni. Adik2 ni dh mula tak betah nak duduk. Aku try pandang sahabat di sebelah, konon2 nk mintak cadangan nak buat apa. Tapi dia punya masalah yang sama. Maybe situasi dia lebih teruk dari aku kot. Lom sempat nk ajar tentang cara wudu’ lagi, kebanyakan adik2 jagaan dia dh main lari2. Hehe..kiranya adik2 jagaan aku ni baik2 gk la (mana taknya, aku rasuah depa dengan makanan, yang bukan aku bawak, tapi dibawa oleh adik2 ni sendiri. Huhu..). Akhirnya bercerita la aku tentang satu kisah ni, tapi aku rasa, tak sampai 2 minit aku cerita, dh abis dh cerita tu. Huhu..mesti tension je adik2 ni dengan aku.


Ok, cerita di atas hanya sebagai selingan. Tentang gelagat anak2 kecil yang baru mengenal erti kehidupan dunia. Masih suci dari noda2 dunia. Walaupun kadangkala kerenah mereka melemaskan kita, namun itulah kanak2. Namun, apa yang benar2 menarik perhatian aku ialah ketika Ustaz yang handle kem tersebut meminta adik2 ni membaca surah2 ringkas, bacaan2 doa dan ayat kursi. Dengan mudah mereka membacanya. Segar seketika hati aku ketika itu. Teringat aku ketika kecil. Terlalu jauh beza mereka2 yang berada di hadapan aku ketika ini dengan diri aku. Dalam memerhatikan adik2 ni, aku perhatikan jua guru2 mereka, yang menunggu di sekeliling dewan tersebut. Kuperhatikan wajah2 sabar dan cekal mereka. Aku yang baru sahaja melayan adik2 ni beberapa minit, lelahnya Tuhan sahaja yang tahu, bayangkan pula guru2 ini yang setiap hari berhadapan dengan kerenah adik2 ini. Guru2 ini tidak diganjari dengan bayaran yang mahal. Namun mereka tetap dengan tugas mereka. Tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan kalimah terima kasih kepada semua guru2 ini yang berusaha untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan punya kualiti yang sepatutnya untuk memimpin ummah. Ahh..tiba2 aku terkenang guru2ku ketika aku kecik2 dulu. Semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran ang sebaik-baiknya. Ameenn..


p/s: Pada sapa2 yg nak jadik fasi tu, tak kiralah program apa pun, buatlah sedikit persediaan. Study dulu peserta2 yang terlibat. Backup2 pengisian atau pengisian2 tambahan, dll. Jangan main redah je (macam aku. Huhuhu..).

6 comments:

naimah27 said...

sabar2..alhamdulillah sy juga pernah beberapa kali berpeluang menjalani pengalaman seperti kamu itu walaupun tidaklah sama 100% wahai kakak yg cekal..=)

Aiman Al Amin said...

Fakta.. ada 4 kes terkencing dalam seluar pada hari kejadian... huahua... syukran sebab bantu hari tu...

Sifrulmind said...

Haha..ya ka? Tak dengo kabo plak. Fasi dia garang sangat kot, smpai adik2 takut nk habaq nk p toilet.

*De gak fasi yg bawak adik2 p toilet walaupun adik2 ni tak btau nk p toilet pun. Langkah keselamatan. Huhu..

aNaK eMaS said...

mcm knal jerk sape fasi yg bwk adik2 gi toilet tuh.. fasi len bwk rombongan pi ajar ambik wuduk gne air... si fasi tu plak bwk rombongan pi toilet. haha.. lawak2

Asal2nye fasi tu suh adik2 ni wt demo. yg wt demo kne berdiri smbil tunjukkan care wuduk. tup2 ttbe de sorg adik ni berdiri. yg si fasi pun bez2 ah suh tunjukkan care wuduk. sekali adik tu ckp.. cikgu nak gi toilet... >> keng.3. terkebil2 si fasi <<. pendek cite nk suh adik tu g sorg2 kang sesat. nk ikut, yg tggl ntah wt pe plak... last2 angkut jerk sume. hehe...fasi2...

Sifrulmind said...

Haha..last2 fasi tu mengakukan dirinya dengan menceritakan keadaan sebenar. Sorila ye. Kui3...

่”ฅ็ˆ†็‰›่‚‰Frank said...
This comment has been removed by a blog administrator.