RSS

Tuesday, November 3, 2009

Bestnye Balik Kampung!!!

Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan sebaik sahaja tiba di rumah sewa semalam. Perjalanan selama seminggu yang sungguh memenatkan. Penat naik bas, penat turun bas, penat tahan rasa gemuruh, penat jalan dll. Penang-KL-Penang-KL-Johor-Penang. Penat tapi rasa berbaloi-baloi.


Perjalanan pertama, menziarahi seorang sahabat yang tidak sihat di Kajang. Alang2 dh turun ke Kajang, aku melawat sebantar sahabat yang berada di UPM. Owh, dia telah berangkat ke tanah suci semalam untuk mengerjakan haji. Semoga haji yang mabrur untuknya. Dia merupakan sahabat satu sekolah ketika aku di KISAS. Satu kelas tapi tak rapat sangat. Tapi bila berpindah ke Matrik, bilik aku berhadapan dengan biliknya dan dia merupakan ‘roommate’ angkat bilik aku. Alaa..bilik pun depan2 je, boleh main lompat2 je nak gi bilik dia. Dari situlah kami rapat. Raya yang lepas aku g beraya ke rumah dia selepas beberapa kali sesat jalan. Alhamdulillah.


Perancangan awal, aku berhajat untuk terus stay kat UPM sebelum menghadiri conference di KL, namun hajat tidak kesampaian lantaran beberapa kerja yang terpaksa aku selesaikan sebelum berangkat ke conference. Tiba di Penang Ahad malam dan bertolak semula ke KL pada pagi Isnin. Conference yang berlangsung selama 3 hari betul2 meletihkan (bosan??). Letih sebab menahan gemuruh untuk present kali pertama dalam conference. Ntahpapeje aku ni. Nasib baik aku berjaya menghasut salah seorang housemateku untuk pergi ke conference tersebut (last2, dia plak yg kena buat keja. Hehehe..). So, takdelah bosan sangat.


Hari jumaat, bertolak ke kampong halaman. Yelah, alang2 dh sampai KL, tak turun sampai Johor memanglah tak patut. Mmm..dh sebulan tak balik kampong. Setakat ni, perancangan aku untuk balik ke kampong sebulan sekali masih dapat dipenuhi. Hehehe..


Adoii, penatnye badan lepas jalan jauh2 ni...

De sape2 leh tolong urutkan badan tak?

Arr..meh sini Aiman tolong. Adehh..beratnye badan...

Amacam, sedap tak Aiman urut? Urutan cakar kucing nii..

Ahhh..leganya...


Tiba di kampong, berehat sebentar dan terus bergerak ke hospital. Kak Long kau dijadualkan bersalin pada hari tersebut. Leh masuk dalam jadual sebab akak aku buat operation, bukan bersalin biasa. Kalau bersalin biasa, mana bleh masuk dalam jadual. Suka hati baby tu la nk kuar bila2. Huhuhu…ok. Berita gembiranya, aku dapat sorang lagi anak sedara, baby boy, Alhamdulillah. Aku berjaya tengok baby tu lebih kurang 30minit selepas dilahirkan (sebab akak aku bersalin time waktu melawat). Dan ni gambar baby tu pada hari pertama. Muka dia sebijik muka akak aku. Huhuhu…

Hari pertama, lebih kurang 30min selepas keluar dari dewan bedah


Hari kedua. Ayah aku kata, " Baru rong dino, motone wes meling2, koyo wes gedi wae,". Huhu..


Hari ketiga. Dah stat gelak2. Aishh..cepatnye budak ni membesar...

Time untuk tido. Jangan kacau...


aku: eh, nama penuh fakhri pe?

Along Ajid: muhammad fakhri firdaus bin md yazid taib

aku: panjangnye...

Along Ajid: haha

Along Ajid: nama tu yang kami berkenan

Along Ajid: ada sebab nama panjang macam tu

aku: sebab???

Along Ajid: Muhammad = Yang Terpuji, fakhri = Kebanggaan + Firdaus = Nama Syurga yang terutama => jadi faham kan maksudnya

Along Ajid: kalau nama fahkri aje ..macam tergantung maknanya


Suka hati Along la nk bagi nama apa. Asalkan nama tu baik untuk baby tu. Arr..tiba2 teringat satu artikel berkaitan dengan hak anak-anak yang digariskan dalam Islam. Bleh download dari My Share box kat tepi ni kalau nak baca.


Oklah, pada Along ngn Abg Long, tahniah atas kehadiran putera yang ditunggu-tunggu tu (aku pun tunggu sama kehadiran anak depa ni). Semoga anak itu menjadi anak yang soleh. Pada akak2 aku yang lain, cepat2 la tambah anak sedara aku lagi. Hahaha…


10 comments:

Qalam'Aini said...

Urutan cakar kucing...teringat plak kat satu lagi teknik urutan... di sebuah rumah... huhu... Bawa banyak2 berehat sis.... (^_^)

Sifrulmind said...

Hahaha..Cakar pe lagi yg de? Cakar biawak? Itu hakcipta terpelihara, sorang je yg leh buat. Hehehe..

ifah-smiler said...

salam..
hmmm.. hr ke-2 mata baby dah besau
rasanye...
die ikut mata hang la
mata hang k besau... kih3...

ifah-smiler said...

eh?
1 lg... congrat dpt anak buah
sy dpt anak ayam.. hehe..
pssssttt... balik kg lg jom

Sifrulmind said...

Mataku besar ek? Ok, satg kite ukur mata sapa besar.

Ehem3..Hang baru sampai umah arini, nak balik lg. Cuti lama2 kat kampung nnt 'perak' plak bila mai sini balik. Huhuhu..

Xpa, lagi 3 minggu kita balik lagi. Jom beli tiket!

Qalam'Aini said...

adeii... kalo kat sini pon gaduh kat umah xtau la caner gayenya...patotla smp wujud cakar biawak...huish2...

Sifrulmind said...

Hahaha...no komen dari pihak daku. But de orang kata, kalau tak bergaduh, tak tau perangai sebenar camna. Semakin bnyk bergaduh, semakin kita kenal seseorang tu (Ni teori buatan sendiri. Sebarang kesan negatif sila tanggung sendiri). Tapi jangan sampai 'perang' tak berhenti2 plak. Huuu...

Qalam'Aini said...

hati rase nk bertandang ke rumah itu~~~~

Sifrulmind said...

Haa...jemput mai, jemput mai. Bertandang bleh, bertendang tak bleh. Jemput2....

่”ฅ็ˆ†็‰›่‚‰Frank said...
This comment has been removed by a blog administrator.