RSS

Saturday, May 23, 2009

Ultraman Return!!



“Kenapa mak cik tu tiba2 cakap pasal Ultraman? Ultraman tu tak kuat. Allah lagi kuat. Allah lagi besar. Allah ade kilat. Boleh bunuh ultraman. Ultraman tu manusia yang buat,”


Lokman tiba2 memberi respon terhadap ucapan seorang makcik yang menimbulkan soal ‘Ultraman’ di dalam ucapannya. Entah isu apa yang dibahaskan, aku tak pasti. Aku kurang memberi perhatian terhadap majlis perbahasan tersebut sebab terlalu asyik melayan Lokman bercakap. Lokman, seorang kanak2 berusia 6tahun, yang baru kukenali di dalam majlis tersebut. Ada sahaja isu yang kami borakkan. Walaupun namanya Lokman, aku asyik tersasul memanggilnya Aiman. Ish3… xpa, tak penting yang tu. Apa yang menarik perhatian aku ialah responnya terhadap isu Ultraman tu. Kebiasaannya, pada peringkat umur Lokman, kartun2 tersebut merupakan idola mereka. Hero/wira kanak2. Kalau aku tanya kat sepupu2 aku yang sebaya dengan Lokman ni, confirm depa akan menceritakan kehebatan bero buatan Jepun itu. Kalau tak Ultraman pun, maybe kartun2 lain plak yang jadi wira/hero mereka. (Erk, lama x tengok kartun kanak2, tak tau perkembangan semasa kartun, so x dapat nak senaraikan).


Aku teruskan perbualan aku dengan Lokman.


“Siapa yang beritahu Lokman Allah lebih kuat dari Ultraman?”

“Ummi dengan abah. Ustazah kat PASTI pun cakap macam tu,”


Ohhoo..aku dapat jawapannya. Nampak tak jawapan tu? Ok. Jawapan tersurat. Sebelum tu, aku nk habaq. Aku bukan anti cerita2 kartun. Rancangan kartun ni secara tak langsung membantu kanak2 untuk belajar. Yang bukan kanak2 pun boleh belajar banyak benda dari kartun ni. Namun, apa yang menarik perhatian aku ialah cara golongan dewasa mengimbangkan semula pemikiran anak2 ini antara reality dan fantasi. Orang pertama, tentulah orang yang paling dekat dengan kanak2 tersebut, iaitu ibu bapa, dan seterusnya guru2nya. Dalam konteks Lokman kat atas ni, dia diberi kebebasan untuk meneroka sendiri dunia kanak2nya. Mengenal apa yang dinamakan kekuatan, kuasa yang dimiliki oleh Ultraman, nilai2 murni yang dilakukan oleh Ultraman tu dan ketakutan terhadap kuasa jahat. Namun ibu bapanya mengimbangkan kembali pengetahuan tersebut dan memurnikan apa yang dipelajarinya dengan menerangkan kembali info2 yang didapati berlandaskan ilmu-ilmu Islam. Kekuatan itu dari mana datangnya, kuasa itu untuk apa diberikan, amalan2 murni itu apa kesannya kepada orang sekitar, kenapa perlu beramal dengan amalan yang baik2, ketakutan itu, kepada siapa sebenarnya kita perlu takut. Banyak yang perlu diterangkan supaya anak2 ini mendapat sesuatu dari apa yang dipelajarinya. Yeah, memang benar akan keluar pertanyaan yang pelik2 tatkala menerangkan, namun bukankah itu bermakna mereka sedang belajar?


Aku bukan nak bagi nasihat kekeluargaan kat sini, tak layak pun sebab sendiri pun takde pengalaman lagi. Kawen pun belum. Hoho..Tapi sejak akhir2 ni, aku sendiri takut dengan kadar jenayah yang semakin meningkat, yang kebanyakannya dilakukan oleh golongan remaja dan anak2 muda. Tp golongan muda ni banyak wat jenayah yang boleh dilihat dgn mata kasar. Golongan2 yg “lebih professional”, diorang lebih kepada jenayah yang “halus”, tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi impaknya adalah impak maksima. Walau apepun, yang pasti, ia juga jenayah. Segala macam kes sampai aku sendiri tak larat nak fikir. Memang boleh je kalau nak ambil sikap tak peduli. Biarkan Si Luncai dengan labu2nya. dan akhirnya Si Luncai melarikan diri. Siapa yang rugi? Orang yang membiarkannya.


“Biarkan masyarakat sekitar dengan masalah mereka. Biarkan mereka dengan cara hidup mereka. Aku dah amalkan cara hidup Islam (kononnya..), tak perlu nak risau. Aku akan dapat ganjaran yang besar di Sana!”


Adeh, formula canggih mana yang jadi rujukan ni? Siapa engkau wahai diri untuk memberi jaminan yang engkau telah lulus SPM? (Sijil Padang Mahsyar). Kenapa begitu pasti diri beroleh kemenangan di sana jika saudara2 kita di dunia dibiarkan sahaja tanpa teguran? Pernahkah engkau dengar wahai diri, jika sesebuah tempat itu diturunkan bencana akibat kebobrokan nilai2 Islam di tempat tersebut, semua warga tempat tersebut akan ditimpa bencana. Bukan sahaja orang yang melakukan maksiat, malah orang yang tidak melakukan maksiat juga akan terkena.


So, tak nak borak lama2. Jenayah membawa padah (Pinjam jap ayat 999). Bak kata ayat dalam karangan BM aku ketika di sekolah rendah dulu, apabila tiba bab kesimpulan bg karangan bertajuk “Cara2 Untuk Mengatasi Gejala Sosial dalam Kalangan REmaja”.


“Semua pihak, samada ibu bapa, guru2, masyarakat sekitar dan juga pemimpin, perlu bekerjasama untuk memastikan gejala social dalam kalangan remaja dapat dibendung dan seterusnya dibanteras. Tanpa kerjasama yang berkesan, cita2 untuk melahirkan sebuah Negara yang aman dan bebas dari masalah social, hanya tinggal angan2 kosong”


So, bagi ibu bapa, tugas hakiki jangan dilupa. Juga kepada bakal2 ibu bapa, sbb anak dididik bukan sahaja apabila mereka dilahirkan, tetapi sebelum mereka menjengah dunia lagi. Pada guru2, walaupun kementerian pendidikan dah tukar nama kepada kementerian pelajaran, harapnya kerja2 mendidik tu tak ditukar kepada mengajar semata2. Pada pemimpin plak (Juga pada bakal2 pimpinan, walaupun aku tau, xde pun pemimpin yg nk baca benda ni), jgn asyik duk main politik, amik kuasa, bangunkan material, sampai lupa bangunkan sahsiah. Sesungguhnya sesebuah tamadun takkan terbina dengan hanya gemilangnya pembangunan material, malah turut mencakup pembangunan sahsiah dan peribadi. Papehal pun, berpeganglah dan rujuklah rumus2 canggih yang Allah dh turunkan di dalam Al-Quran dan melalui sunnah Rasulullah. InsyaAllah, bersama-sama kita mengejar keredhaannya. Seruan ini sesungguhnya ditujukan kepada diri sendiri. Jgn mudah leka dengan nikmat yang sementara.


Katakanlah (Wahai Muhammad):

Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang2 yang paling rugi amal perbuatannya? (Iaitu) orang2 yang telah sia2 amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang2 yang kufur ingkar akan ayat2 Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya. Oleh itu, gugurlah amal2 merkea. Maka akibatnya Kami tidak akan member sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat kelak. ( Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-KU dan Rasul-Rasul-KU sebagai ejekan.

(Al-Kahfi: 103-106)


*Tajuk post xde kaitan secara langsung dengan tujuan post. Tak tau nk letak tajuk pe, sbb just conteng2.


3 comments:

anak emas said...

ieee...
nape kesimpulan karangan kite same ek???

Sifrulmind said...

Eh, sama ngn karangn mana ek? Mmm...

蔥爆牛肉Frank said...
This comment has been removed by a blog administrator.