RSS

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Bersambung dari post sebelum ni. Sudah ketemu jawapannya? Enggak?? Ahh..masakan cerita mudah ini tidak dapat dijawab. Tahniah pada yg menjawab, namun malangnya tiada hadiah dijanjikan. Ok2, dipendekkan cerita. Cerita yang aku cerita semalam adalah analogi kepada usaha2 dan pengorbanan seorang guru. Bagaimana guru itu menjaga anak2 didiknya, biar apa jua masalah, cuba diatasi. Biar diri luka berdarah, menanggung derita dan pedih angkara mempertahankan tugasnya sebagai seorang pendidik, namun beliau tidak pernah putus asa. Dan akhirnya, setelah kejayaan menjadi milik anak2 muridnya, beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi, meneruskan perjuangan mendidik generasi yang lain. Kejayaan “pokoknya” berbuah dan menghasilkan buah yang manis cukup baginya sebagai balasan terhadap penat lelahnya selama ini. Mulianya tugas seorang guru. Oleh itu, aku dedikasikan cerita yang aku post sebelum ni untuk guru2 seluruh Malaysia, khususnya untuk guru2 yang pernah mengajar aku. Bemula dengan sekolah tadika KEMAS kat kampong aku tu, cikgu Zainab mengajar aku ngan cikgu asmah yang x pernah ajar tapi selalu masak untuk kami. Aku pernah bertumbuk dengan sorang muslimin time kat sekolah ni, tapi aku dh lupa sapa budak tu. mintak maap la ek. Biasa ar, budak2. Kat sekolah rendah Di SKS8, cikgu Roziah (cikgu yang amat memahami psychology murid2nya. Sesuai jadik kaunselor dia ni), cikgu Nasaruddin (aku pernah buli anak lelaki dia sampai berdarah2. Hehe…), Ust Panirin (Ustaz yang sporting sungguh), cikgu Ishak (1st time aku kena rotan dengan cikgu ni. Adoilaa..), cikgu Arif (seorang guru yang begitu baik, dia tengok je aku baling sorang muslimin dengan pencil case aku depan mata dia. Hu3..), cikgu Farid (cikgu terakhir aku jumpa di sekolah tu), cikgu Norlailawati (cikgu matematik yang aku paling suka) dan cikgu2 lain. Ramai lagi kat sekolah tu, tapi aku tak ingat. Huhuhu…


Berpindah ke sekolah menengah, Ustaz Ibrahim (nama manaja = Ust Baim), cikgu pertama yang aku kenal. Orang Kedah dan Alhamdulillah, hasil didikannya dan izin Allah, aku begitu berminat dengan bahasa Arab, sampailah aku nekad apply SBP dengan amik jurusan Sains Agama, padahal kawan2 lain duk sibuk amik Sains pure. Aku tak tau kat mana Ust ni skang. Nak sangat aku jumpa dengan beliau.


Pastu, Ustazah Zailani, duk mengajar kami pengajian Islam selama 3 tahun, kiranya dh masak benor dengan perangai kami sekelas ni. Cara beliau mengajar yang sempoi, best sangat. Senang faham dan cara mengajar yang pelbagai.


Then, cikgu Subramaniam, ajar aku Geografi tingkatan 1. Ntahla, time tu blaja geografi 1 hape pun tak faham. Camna nak faham, ngantuk memanjang. Bila exam, terkebil-kebil. Dah la soalan susah. Walaupun just ABCD, tapi jawapan hampir sama. 1st time jawab sokalan beliau, time exam stgh tahun. Main tembak je. Tembak sembarangan ja. X leh nak aim jawapan langsung jawapan dia. Bila result keluar, aku hampir pengsan. Terkejut. Ape taknye, aku dapat 96%, markah tertinggi kat sekolah tu!! Adoilaa… senapang dan peluru ape aku pakai? Mmm..rezeki aku time tu.


Then, cikgu Zaidi. Beliau mengajar kami BM dan Geografi (ting 2). Kawan2 aku panggil dia cikgu jagung coz beliau jual jagung kat pasar malam. Ish, ntah pape la budak2 ni. Sekarang ni beliau masih mengajar di sekolah lama tu, dan adik aku kata dia dah jadik warden asrama.


Haa..time aku tingktn 3, de sorang cikgu kami panggil bapak. Cikgu Aris Mahbat. Kenapa dipanggil bapak? Beliau suka memanggil kami anak-anak, so kami meraikan panggilan tersebut dengan memenggil beliau bapak. Hehehe…


Next, Sir Rahiman Garib, the best English teachers that I ever had. Honestly, time sekolah menengah baru aku tau adanya present tense, past tense, and segala tense2 yang lain. (Skang leh nampak tak nape aku tak sokong PPSMI kat sekolah rendah?). Selama ni aku just hafal perkataan2 yang selalu keluar dalam exam paper (Unluckily, format jawab BI UPSR batch aku, format soklan ditukar sedikit dan menyebabkan ramai tak leh jawab). That’s why, until now, my English is terrible, especially grammar part. (Alasan! Sebenonye malas blajo). Tapi yang pasti, aku agak baik dengan cikgu Rahiman ni. Beliau banyak bagi nasihat kat aku. Tentang study, kegiatan ko-k aku, bab2 agama, kegiatan sukan aku, kehidupan aku kat asrama (sebab beliau seorang warden). Aku tak tau beliau mengajar kat mana sekarang. Huhuhu…


Last, cikgu Radziah, isteri cikgu Ithnin. Beliau mengajar aku Kemahiran Hidup (Sains Pertanian). Masa mula2 belajar dengan cikgu ni, akak2 senior selalu kata susah nak dapat markah dengan cikgu ni, pastu cikgu ni bias dengan budak2 yang amik aliran agama, dll. Oleh sebab aku ni jenis kurang percaya cakap orang selagi tak kena kat diri aku sendiri, so, aku abaikan jelah benda2 tu. Dan akhirnya aku berjaya buktikan bahawa semua cakap2 senior tu tak betul. Beliau seorang yang begitu menjaga student2 yang ambik aliran agama. Markah? Aku dapat sama ja dengan budak kelas2 lain. Beliau merupakan satu2nya guru yang menegur aku mengenai prestasi aku yang menurun time percubaan PMR. Dan kalau markah aku tiba2 rendah dalam test (dah soklan pun ABCD, mana cikgu leh tolong bg markah..), beliau jugalah yang rajin bertanya sebabnya. Kawan2 aku yang lain jarang plak beliau tegur. So, sejak saat tu, semakin la aku yakin, jangan cepat buruk sangka dengan orang, terutamanya guru2 kita.


Time form 4, pindah sekolah. Ustaz pertama yang aku kenal, ust Lah. Ustaz yang paling sporting dan aku hormat sangat kat beliau. De beberapa sebab aku begitu hormat pada beliau. Tapi paling best adalah beliau suka bagi markah free kat kami. Pernah sekali, aku fail test B. Arab, ngn kawan aku. Dengan selamba beliau tanya, “Nak tambah bape markah?”. Erk, terkebil2 aku. Aku kata, “10 markah”. Sret..sret!! 10 markah ditambah dalam markah test aku. Kawan aku siap bleh dapat B3 lagi, walaupun markah asal adalah lebih kurang aku je. Huk2, aku tak nak tambah banyak2 sebab aku tahu di mana tahap aku dan aku tak nak diri terus leka dengan markah yang banyak. Dan bagi aku, tambahan markah tu seolah-olah satu sindiran yang paling pedih pernah aku terima. Pas dari tu, aku usaha gak bagi lulus, walaupun just cukup2 makan (nak dapat A memang impossible la aku ni. huhuhu…)


Then, teacher Shah. Haha..paling banyak memori kot dengan teacher shah ni. Act, teacher2 BI kat sekolah aku tu sume jenis yg havoc2. Tak percaya, p la tanya ngn budak2 ni. Kami sekelas pernah belajar sambil berlari-lari mengelilingi sekolah, sebab ramai yang mengantuk (actually, aku puncanya, walaupun sebenarnya aku tak mengantuk, tp muka aku ni memang sejak menengah rendah orang kate muka mengantuk. Haihh…). Pastu kami sekelas kena berjogging ke deretan kelas muslimin, (takdenye jogging, time sampai depan kelas depa, kami jalan sopan2 ler…). Aku selalu yang ditugaskan oleh beliau utk berkejar ke sana ke mari sebab aku ni salah sorang atlit sekolah (cover line. Act sebab aku selalu nmpk cam ngantuk kat kelas). Hua~~ tapi pengalaman belajar BI time ni memang tak dapat dilupakan.


Cikgu Maria. Terhutang budi sungguh pada beliau. Beliau mengajar Add Math form 5. Time form 4, aku pun tak tau nape susah sangat nk faham add math ni. Selalu dapat markah cukup2 makan+tak pernah lebih 55%. But time form 5, pas beberapa kali sesi brainwash dengan cikgu Maria, barulah aku rasa Add Math ni senang je rupenye. First time dapat A utk subj Add Math. Hua3..Dan time buat kerja kursus, aku terasa tercabar dengan salah satu statement beliau yang mempertikaikan kerja aku time tu. Rasa marah, tapi aku tahu yang aku mesti buktikan bahawa kerja2 tu aku buat sendiri, bukan meniru dari mana2. Hasilnya, aku berjaya menyiapkan kerja kursus tu dengan pelbagai method penyelesaian, yang aku usahakan sendiri. Itulah cara beliau mendidik anak muridnya. Kritikan diberi supaya anak2 muridnya menjadi seorang yang lebih baik. Dan melalui kritikan beliau juga, aku sedar yang aku ni tak sesuai jadik doctor (Hua3, de hati plak nak jadik Dr time tu).


Kelemahan aku sejak dari menengah rendah ialah aku tidak boleh belajar di dalam makmal (kecuali membuat eksperimen). Kalau tak, aku akan tidur, tak kira aku duduk di posisi mana sekalipun. Time form 5, aku duduk betul2 depan cikgu Hamzani (jaraknya hanya 1meter je..) yang ajar aku subj Biology, tapi aku bleh la plak tido dari start beliau mengajar sampai abis. So, aku nak mintak maaf kat cikgu2 aku yang ajar aku Sains (Cikgu Othman, cikgu Harlina, cikgu Zaleha), Fizik (cikgu Ong Kiat Hee), kimia (Cikgu Harlina, cikgu Salmi, cikgu Jamal Al-Munir), Biologi (cikgu Hamzani, sorg lg aku tak ingat). Mintak maap banyak2, aku tak sesuai duduk kat lab kot. Huhuhu..


Cikgu2 lain, dan ustazah2, dan juga kepada semua pensyarah2 aku, terima kasih yang tak terhingga atas perhatian dan ilmu2 yang kalian curahkan untuk kami, anak2 muridmu. Semoga usaha murni kalian ini dibalas dengan setimpal oleh-Nya kerna kami tidak mampu untuk membalasnya.


Selamat Hari Guru!!



1 comments:

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can phrase that I acquiesce in with you, but you may be considering other options.
to the article there is even now a suspect as you did in the fall delivery of this beg www.google.com/ie?as_q=microsoft windows vista ultimate x86 ?
I noticed the catch-phrase you have not used. Or you partake of the dreary methods of promotion of the resource. I have a week and do necheg