Mmm..pagi ni terbaca satu berita kat Berita Harian online satu berita yang agak pelik. Bila buka Utusan Malaysia, terbaca juga berita pelik yg sama. Agak pelik bagi aku, aku tak pasti bagi orang lain camna. Berlaku di Malaysia, kat Penang plak tu. Ish, sejak bermastautin di jajahan Penang, agak concern dengan berita2 kat sini. Tapi jangan risau, Johor tetap di hati. Ok, apa berita tu?
Bapa terkilan bakat anak dipersia
Oleh ROKIAH ABDULLAH
utusanpenang@utusan.com.my
PULAU PINANG 27 Mac - Ibu bapa tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd. Nor Ahmad di Gelugor di sini terkejut dengan tindakan sekolah melarang anak mereka menyertai acara sukan kerana dikatakan tidak memakai pakaian seperti yang diarahkan.
Mohamad Asrul Rashid Mohamad Ikbal, 36, berkata, perkara tersebut dimaklumkan anaknya, Baizura, 13, setelah pihak sekolah tidak membenarkannya menyertai acara pecut hanya kerana memakai seluar getah dan baju-T.
Katanya, anaknya memaklumkan bahawa guru sukan sekolah tersebut telah memintanya bersama dua lagi rakan memakai baju T, seluar track dan tudung jika ingin menyertai acara tersebut.
''Semalam, semasa saya sedang bekerja, seorang kenalan menelefon memaklumkan anaknya tidak dibenarkan menyertai acara sukan kerana tidak memakai pakaian yang diminta. Dia memberitahu anak saya juga turut dikenakan tindakan sama.
''Saya pada mulanya tidak percaya dengan perkara itu kerana setahu saya tiada peraturan sedemikian kerana sekolah itu ialah sekolah kebangsaan dan bukannya sekolah agama. Setelah anak saya memaklumkan kebenaran perkara itu, saya terkejut, tidak sepatutnya mereka berbuat demikian," katanya ketika ditemui pemberita di luar sekolah itu di Gelugor di sini hari ini.
Ahli perniagaan itu bersama beberapa orang lagi ahli keluarga tiga pelajar yang dikenakan tindakan itu pergi sekolah tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung arahan yang dikeluarkan.
Beberapa orang guru juga dilihat berbual-bual dengan ibu bapa berkenaan di sebuah pondok berhampiran sekolah dalam keadaan agak 'tegang'.
Setelah beberapa ketika, ibu salah seorang pelajar tersebut dilihat memarahi seorang guru wanita sambil menyuarakan rasa tidak puas hatinya berhubung tindakannya yang disifatkan tidak patut.
Guru wanita tersebut mengalirkan air mata sambil memaklumkan tindakan tersebut bertepatan dengan hasrat untuk mempraktikkan elemen keislaman.
Dalam pada itu, Mohamad Asrul Rashid berkata, setelah perbincangan diadakan antara pihak ibu bapa dan guru sukan terlibat, pihaknya dimaklumkan bahawa arahan itu dikeluarkan pengetua sekolah.
''Perkara yang menjadi kemarahan pihak kami, guru-guru kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua. Pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam perkara ini. Mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab.
''Namun, yang menjadi mangsa ialah anak saya dan dua rakannya merupakan antara atlet terbaik sekolah. Dia merupakan bekas olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor dan digelar 'puteri pecut sekolah.' Hanya akibat tindakan kecil ini, bakat yang dimilikinya akan menjadi sia-sia dan terbuang begitu sahaja," katanya.
Menurut Mohamad Asrul Rashid, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang hadir dalam perbincangan tersebut telah berjanji untuk melakukan siasatan terperinci Isnin ini dan keputusannya dijangka dapat diketahui sehari selepas itu.
Katanya, pihak tersebut juga mengakui wujudnya kekeliruan mengenai arahan itu kerana tiada peraturan sedemikian ditetapkan pihak JPN.
''Bagi seorang bapa, saya amat berbangga anak saya mampu memberikan sumbangan kepada sekolah melalui bakat yang dimilikinya. Sudah pasti saya akan memberi galakan paling jitu. Namun sedih, pihak sekolah tidak menghargainya.
''Bila bersukan, kalau memakai seluar ketat dan baju T sahaja pada saya sudah mencukupi asalkan selesa dan tidak menjolok mata. Tidak patut meletakkan peraturan yang boleh mewujudkan rasa tidak selesa sehingga atlet-atlet ini tidak mahu lagi berlari. Perkara ini nampak mudah, tetapi kesannya teruk untuk masa depan sukan negara," katanya.
Mohamad Asrul Rashid berkata, beliau bersama ibu bapa pelajar yang lain akan menunggu keputusan siasatan yang dilakukan JPN dan berharap pihak-pihak terlibat akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlaku lagi perkara seumpama ini di masa depan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Aku bukan pelik sebab pihak sekolah tu tak bagi adik2 tu masuk acara sukan tu, tapi pelik dengan sikap ibubapa yang terlibat. Kalau tengok kat sini, depa lebih pentingkan peraturan manusia (merujuk pada peraturan JPN) berbanding peraturan Allah. Tak kisahlah sapa yg bagi arahan supaya adik2 tu pakai pakaian yang sepatutnya, tapi cuba fikir balik, bukankah arahan tu asalnya dari Allah?
“Perkara yang menjadi kemarahan pihak kami, guru-guru kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua. Pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam perkara ini. Mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab.”
Kalau aku jadik wartawan yang temuramah tu, nak je aku jawab, “Arr..yang bagi arahan tu Allah, melalui perantaraan Rasulullah dulu. Pastu siap dah tulis dalam ‘buku peraturan’, Al-Quran namanya. Pihak sekolah ni just jalankan perintah. So, Encik nak salahkan sapa sekarang?”
"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya."
(An-Nurr: 31)
Rasulullah pula telah bersabda, tatkala Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasululloh SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasululloh SAW berpaling darinya dan berkata:"Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan.
(HR. Abu Daud dan Baihaqi).
Masih lagi angkuh dengan hukum Tuhan? Kalau di Negara bukan Islam, umat Islamnya punya dugaan yg tinggi utk amalkan cara hidup Islam. Siap turun naik mahkamah utk dapatkan kebebasan menutup aurat dari pihak pemerintah. Sanggup berjuang habis-habisan untuk tegakkan perintah Allah. Tapi kat Negara aku ni, terbalik plak. Kecoh satu Negara kerna anaknya diminta untuk menutup aurat. Rasa2, kalau umat Islam di Negara luar dengar kisah ni, apa reaksi depa ek? Ish, tak tau nak kata apa dah.
''Saya pada mulanya tidak percaya dengan perkara itu kerana setahu saya tiada peraturan sedemikian kerana sekolah itu ialah sekolah kebangsaan dan bukannya sekolah agama……”
Ada unsur2 sekular. Boleh ke aku kata camtu? Bila agama tidak lagi menjadi cara hidup, dipisahkan dari kehidupan harian, hukum Tuhan hanya valid di tempat2 yang dikaitkan dengan agama (sekolah agama, masjid, surau, pusat Islam, dll), beginilah jadinya. Ya encik, Allah ada di mana2, bukan kat sekolah agama ja. Islam diturunkan dengan membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan budak2 sekolah agama ja, bukan kpd pak Imam Lebai ja, bukan di tempat2 tertentu ja. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh kepada anak2, yang menunjukkan jalan yang lurus kepada anak2. Aku tidak terkejut kalau adik2 tu yang merungut. Maybe depa tak leh terima sebab tak biasa, tak faham, tak pernah diberitahu akan kepentingan depa buat benda ni. Tapi bila ‘bapak’ dia yang merungut, p sekolah bising2, aku dah rasa lain macam. Didikan terbaik? Aku takut nanti, dialog filem Anakku Sazali atau telemovie Derhaka Neraka dimainkan berulang-kali in the future.
“Fatherlah yang bersalah dalam soal ini. Dulu bila Ana dilarang masuk sukan coz pakai seluar ketat, father yang beria-ia membela Ana. Father cakap ni bukan sekolah agama, takde dalam peraturan, boleh je nak pakai macammanapun, asalkan selesa. Bakat Ana terbuang, sia2. Father ingat lagi kata2 father? “My lovely daughter, don’t worry. That’s not your fault. That’s their fault, ”. Ahhhh…Father lebih rela anak Father ni selesa di dunia berbanding selesa dan aman di akhirat..”
Salah sebuah kolej di Malaysia dulu (kisah benar, seperti yang diceritakan pencerita), menghadapi situasi yang lebih kurang sama. Pemakaian tudung sepanjang ke kuliah adalah satu kewajipan. Peraturan kolej. Seorang anak Dato’, yang baru masuk kolej tersebut telah mengadu kepada bapanya berkenaan peraturan tersebut. Dato’ yang begitu berpengaruh ini telah membawa hal ini kepada pengarah kolej tersebut. Tak tau angin apa, pengarah kolej ni pun teruslah mengeluarkan arahan untuk menarik balik peraturan pemakaian tudung tersebut, dan mana2 senior yang terus-menerus berpegang kepada peraturan lama akan digantung resultnya. Lebih kurang samakan? Si Bapak yang cuba “mempertahankan” anaknya. Cuma dalam kes kat Penang ni, tak tau lagi pe progress selepas ni. Bak kata JPN, siasatan lanjut akan dijalankan.
Mmm..tak berhajat nak ulas panjang2. Fikirkan sendiri. Dan sebagai penutup, kita renung, fahami dan hayati firman Allah di dalam surah At-Taubah, ayat 24:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka)."
3 comments:
'Salah sebuah kolej di Malaysia dulu (kisah benar, seperti yang diceritakan pencerita), menghadapi situasi yang lebih kurang sama. Pemakaian tudung sepanjang ke kuliah adalah satu kewajipan. Peraturan kolej.'
macam kenal ja kolej tu..
mesti akak jadi fasi time tu...ish,kalau saya,pastiku cabut keluar dari dewan tu...
kenape ajk surau x ambik apa2 tindakan selepas tu??hantar memorandum ka?
Erk, daku tidak menjadi fasi ketika itu (diri tak layak jadik fasi. Hehe..). Tapi de sahabat yg cerita. Tindakan seterusnya? Kurang siasat plak...
serius2, memng x wajar langsung.nasib baik time tu belum ade lagi agenda baling kasut..kalau x da kene si datuk tu..huk
Post a Comment