RSS

Friday, March 6, 2009

SMS Itu Berhantu???

Kaki melangkah lesu. Satu-persatu. Payah dirasakan. Perjalanan terasa amat panjang. Jika dihitung dari segi masa, sebenarnya hanya 15minit sahaja diperlukan untuk tiba ke destinasi. Namun hari ini berlainan sama sekali.


Fikirannya menerawang entah ke mana. Satu demi satu lembaran hidupnya diselak. Aduh, pedih. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan. Dosa yang dilakukan bukan kerna kejahilannya, tetapi kerana nafsunya. Bukan dia tidak tahu halal haramnya, bukan dia tidak tahu baik buruknya, bukan dia tidak tahu!!!


Namun, persoalannya, mengapa diri ini masih tegar untuk melakukannya??? Dan sesungguhnya, dosa-dosa itu sentiasa menghantuinya. Membayangi ibadahnya, mengekori perjalanan kehidupannya dan mengekang amalannya.



“Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar..”



“Adakah benar solatku mencegahku dari perbuatan keji dan mungkar?” Dia bermonolog sendirian. Ayunan kakinya kian lemah. Tidak bermaya. Fikirannya terus melayang-layang, bak dedaun kering ditiup angin. Diselak kembali diari hidupnya. Harinya dimulai dengan solat, diikuti dengan dzikir2 memuji-Nya. Allah, terasa kerdil diri. terasa Dia teramat dekat dengan diri. Bagus sekali. Namun, tatkala diri menemui rakan-rakan sekelas, kesan solat itu seakan-akan sirna. Tangannya seolah-olah lupa bahawa ia telah mengangkat takbir, menyatakan kehambaannya kepada Yang Esa. Lidahnya seolah-olah lupa akan kalimah syahadah yang telah dilafazkan, mengakui keesaan Allah dan mengakui kerasulan Rasulullah. Hatinya seolah-olah lupa ia telah bermunajat dan menyerahkan diri kepada-Nya. DIA LUPA!!!


Solat sunat taubat yang dia laksanakan saban malam, seolah-olah hanya satu lakonan, hanya sebagai syarat, sebagai rutin. Tiada langsung kekhusyukan di dalam solatnya. Tiada langsung penghayatan di dalam ibadah yang satu itu. Kelihatan taubat itu seakan-akan “taubat sambal belacan”. Di mana taubat nasuhamu??? Hati terasa seperti dihiris-hiris. Nafas terasa sesak. Dibukanya lagi lembaran-lembaran kehidupannya seharian.


Terlihat akannya kemungkaran di depan mata, namun apa yang telah dia lakukan??



“Barangsiapa di antara kamu melihat akan kemungkaran, ubahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati. Sesungguhnya itu adalah selmah-lemah iman”



“Ahh, aku tidak perfect! Mana mungkin orang sepertiku yang sering bergelumang dengan dosa, menegur mereka? Mana mungkin mereka akan mendengar kata-kataku yang dosanya menggunung tinggi? Mana mungkin!!!”. Jiwanya menjerit. Memberontak. Lagi-lagi itu jawapannya. Sejak di zaman jahiliyyah hingga ke zaman maklumat di hujung jari. Dia bertanya kepada dirinya, “ Apa yang telah aku lakukan untuk meraih ilmu-Nya? Cukupkah dengan hanya mendengar ceramah agama? Cukupkah dengan hanya membaca buku2 agama? Cukupkah dengan hanya mengikuti program2 keagamaan? Dan apa yang telah aku lakukan utk memastikan aku benar-benar mencari keredhaan-Nya di dalam meniti hidup ini? “Ya Allah, aku malu ya Allah. Malu terhadap-Mu…”


Munajatku pada-Mu Tuhan

Ampuni dosaku masa silam

Sempurnakanlah kehidupanku

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa

Tiang iman utk agama


Laailahaillallah

Jauhkan aku dari siksaan

Api neraka yang panas

Membakar manusia ingkar di dunia


Muhammadurrasulullah

Terimalahku jadi umatmu

Kupohon syafaat darimu

Beratkan neraca pahalaku nanti


Aku aniaya diri sendiri selamanya

Ku tak tertanggung duka dan dosa silamku


Munajatku pada-Mu Tuhan

Ampuni dosa sekalian insane

Sempurnakanlah hidup kami

Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa

Tiang iman untuk agama


(Rabbani: Insaf)


“Assalamu’alaikum. Nak p klas ka?”. Sapaan yang membuatkan lamunannya terhenti. “Ha ah. Dah habis klas ke?”. Dia cuba berbasa-basi. “Yup, nak balik dah ni. ok, balik dulu ya,”. “Ok”, dia menjawab ringkas. Perjalanan diteruskan. Berjalan seorang diri menyediakan peluang yang luas utk menghitung amalan2 diri.Diperhatikan tubuhnya. Diperhatikan jalannya. Diperhatikan sekelilingnya. Tidak semena-mena, air matanya bergenang.



“Nikmat manakah yang akan kau dustakan???”



Air mata menuruni tubir matanya. Dikesatnya pantas dengan hujung bajunnya. Takut dilihat oleh orang lain. Ahh, mengapa dia begitu sensitive sejak akhir-akhir ini? Mengapa dia lemah tidak bermaya tatkala ujian datang menjengah. Bukan ribut yang datang, bukan juga angin kencang yang menerjah dirinya, hanya sapaan lembut “angin dugaan”, sebagai penyegar perjalanan hidupnya. Namun dia kalah. Longlai.


“Bip..bip..bip..”. bunyi telefon bimbitnya. “1 message received from …….”. “Eh, lama dah dia tak hantar sms,” desisnya. Sebaik sahaja peti mesej dibuka, senyuman terukir di bibirnya. Dia jauh di mata, namun mesej2nya selalu tiba tepat pada masanya. Pertemuan dan persahabatan dengannya yang di’aqadkan dengan nama Allah, Alhamdulillah tidak pernah mengecewakan. Mesej apakah yang dia terima???


“Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat

Tapi banyak pula dugaan datang.

Kadang-kadang kita minta ketenangan,

Tapi masalah pula yang timbul.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,

Tapi huru-hara yang terjadi.

Dugaan menjadikan mental kita kuat,

Masalah menjadikan kita berfikir,

Huru-hara menjadikan kita tabah.

Hebatkan Allah…

Semua ada hikmah.

Kalaulah manusia tahu hakikat hadith ini:

Telah berkata Jibrail: Wahai Tuhan, engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: biarkanlah hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (Anas bin Malik)”



“Diri, lupakah engkau yang kau punya Pencipta yang Maha Pengampun? Maha Pemurah? Maha Mengetahui? Bagaimana mungkin engkau berputus asa dengan rahmat-Nya? Dengan janji-Nya. Ayuh diri, bulatkan tekadmu, ayunkan langkahmu dengan penuh semangat, menuju matlamatmu yang satu, MARDHATILLAH!!!”


“Orang-orang beriman, hidupnya tidak untuk hidup, tapi hidupnya untuk Maha Hidup. Hidupnya bukan untuk mati, tapi justeru mati itulah untuk hidup. Hidupnya untuk Maha hidup. Dia tidak takut mati,dia tidak cari mati dan dia tidak lupakan mati, tapi justeru dia rindukan mati. Mengapa?? Kerna mati bukanlah wafat, kerna mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini tapi awal kehidupan sebenarnya. Kerna mati satu-satunya pintu berjumpa dengan-Nya. Kebahagiaan bagi kekasih, saat-saat, detik-detik berjumpa dengan-Nya. Saat berjumpa, itulah kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman, yang menyintai Allah.”



Insaflah wahai manusia

Jika dirimu bernoda

Dunia hanya naungan

Untuk makhluk ciptaan Tuhan


Dengan tiada terduga

Dunia ini kan binasa

Kita kembali ke asalnya

Menghadap Tuhan Yang Esa


Dialah Pengasih dan Penyayang

Kepada semua insan

Janganlah ragu atau bimbang

Pada keagungan Tuhan


Betapa Maha Besarnya

Kuasa alam semesta


Siapa selalu mengabdi

Berbakti pada Ilahi

Sentosa selama-lamanya

Di dunia dan akhir masa



3 comments:

mama safura said...

sangat terkesan tatkala membaca nya
teruskan mujahadahmu duhai sahabat

Anonymous said...

sedar diri ini bkn untuk sape2
diri ptt mengejar mardhatillah
tp dr ini juga lemah
lemah dihnyut kesenangan dunia
dr ini kadang2 meletakkan 'insan' di atas pncipta insan
dr ini sering juga lupe,lupe pade Allah yg sentiasa melihat dr, hnya mahukn keseronokan dlm berbuat sesuatu sdgkn adakah kita lupe perit pedihnya perjuangan para anbiya' tatkala islam sedg bangkit dulu
selamat berjuang wahai mujahadah, semoga titik tolakmu berjuang membina pnji2 islam tidak berhenti walau satu saat
syukran...wassalam

Sifrulmind said...

Mekasih pada my self (Ntahnape guna nama ni ntah. Dan arigato to anonymous.

Hakikat manusia, sering lupa.
Dan manusia juga sering lupa bahawa hidup ini sebenarnya memerlukan cabaran. Bak kata sesetengah org, dugaan dan cabaran itu mahar utk ke Syurga. Mmmm....