RSS

Thursday, March 26, 2009

Mari Menjadi Peladang Berjaya


“Harakah dan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan bukan agenda BN”


Tersenyum tatkala membaca tajuk akhbar tersebut. Benarkah? Ahh..dunia politik yang semakin haru-biru sejak akhir2 ini. Bermula dgn lompat parti (Perbuatan ntahpape bg aku, x kira sapa yang buat. Ok, just pendapat peribadi), YB hilang, masalah salah-laku, fitnah, politik wang aka rasuah (satu lagi agenda pemurnian perbuatan melalui perkataan), penglibatan Sultan dalam perebutan kuasa, 2 org MB utk 1 negeri, sidang DUN bawah pokok, dan sekarang gantung menggantung plak. Mula2 gantung ahli parlimen, pastu gantung media. Pasni nk gantung pe plak? Gantung sampai mati agaknya. Huhuhu…


Manakan mungkin mampu ditepis dakwaan tersebut (merujuk kepada ayat pertama) jika tindakan diambil di kala pilihanraya kecil semakin hampir. Hanya orang yang kurang cerdas otaknya sahaja yang tidak pernah terfikir akan perkara ini. Jangan marah kalau aku kata kurang cerdas ya! Dah cuba buat pemurnian bahasa kat sini.


E D A N

Sudah dengan cerita mursilah?
Edan!
Dia dituduh maling
Karena mengumpulkan serpihan kain
Dia sambung-sambung jadi mukena
untuk sembahyang
Padahal mukena tak dibawa pulang
Padahal mukena dia taroh
di tempat kerja
Edan!
Sudah diperas
dituduh maling pula

Sudah dengan cerita Santi?
Edan!
Karena istirahat gaji dipotong
Edan!
Karena main kartu
Lima kawannya langsung dipecat majikan
Padahal tak pakai wang
Padahal pas waktu luang
Edan!
Kita mah bukan sekrup

(Wiji Tukul, Bandung 21 Mei 1992)

Aku tak berminat nak ulas tentang kebenaran sebab2 penggantungan sebab kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dengar di sebelah pihak dan terus menghukum? Ya, selalu terjadi. Tapi nasihatku, usah mudah menghukum. Seringkali apa yang terhidang di depan mata dan tergambar di fikiran menipu diri kita. Terutama jika hanya sebelah pihak yang didengarnya. Ya, ada orang mendakwa firasatnya selalu benar. Gerak hatinya selalu menjadi reality. Bukan tidak percaya, tapi pernah dengar lagu Hijjaz, Mata Hati?

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan ‘aqal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

KALAU HATI ITU BERSIH


Huh, Kalau Hati Itu Bersih. Sekali lagi, Kalau Hati Itu Bersih. Kalau hati itu Bersih, ia akan gementar tatkala melakukan dosa, tatkala menghampiri dosa. Tak percaya? Ahh..mungkin kerna hati ini terlalu banyak melakukan dosa, sehingga sudah terbiasa dengannya. Tiada lagi kegentaran yang hadir di hati apabila dosa dilakukan. Tapi tahukah kalian, fitrah hati itu menjerit-jerit menahan siksa tatkala diri melakukan dosa. Bukti? Ambil pisau bedah, belahlah dada. Sebelum tu, jgn lupa ambik bius. Bagaimana hati kita? Masing2 boleh jawab rasanya. Owh, aku tidak mahu mempertikaikan hati orang lain kerna aku sedar macammana hati aku. Sekali lagi, jangan terlalu cepat menghukum.


Namun, jika kebenaran sudah berada di depan mata, mana mungkin kalian masih dengan kalimat “Jangan Menghukum”. Sedangkan sang hakim pun akan jatuhkan hukuman jika segala bukti sudah dikemukakan. Bagaimana keputusannya, bergantung kepada bukti yang dikemukakan. Kalau rasa tak sanggup nak jadi hakim, boleh tarik diri (Ahh..suka hati aku ja. Terpengaruh dengan suasana kehakiman Negara yang terlalu banyak penarikan diri dari menjadi hakim sejak akhir2 ni). Owh, aku memeningkan kepala orang lagi. Ahh...kelihatan begitu sukar untuk membuat keputusan. Memang, sukar, tapi itulah permainan dunia, yang merupakan ladang akhirat. Jika benar keputusan yang diambil, suburlah tanamannya. Jika salah keputusan yang diambil, menjadilah sebaliknya. Hasilnya bakal dituai di akhirat. Dah bukak ladang untuk bekalan di negeri abadi? Dah bukak bape banyak? Tanaman apa yang ditanam? Menjadikah tanaman? Kalau silap bercucuk tanam, destinasi lain plak nanti. Tapi dalam pada tu, jangan lupa, kuasa penentuan bukan terletak pada tangan manusia. DIA yang Maha Berkuasa. Pergantungan pada-NYA, satu lagi perkara yang amat penting. Tak percaya? Suka hati kome le nk percaye atau tak. Tak sio dah teman nk kabo lagi lepas ni. (Huh, nampak macam putus asa je??)


Walau apapun keputusan yang dibuat, jangan sesekali membelakangkan syariat Allah. Itu sepatutnya menjadi pegangan bagi setiap insan. Hidup ini mencari redha Ilahi. Jika peraturan Tuan Rumah tak dihormati, tak diikuti, tapi peraturan sendiri yang diikuti, rasa2 marah tak Tuan Rumah? Usahakanlah otak kalian berfikir…Seruanku yang terakhir, Mari Jadi 'Peladang' Yang Berjaya!!!


Note 1: Teringat Wiji Tukul bila kawan aku cerita tentang filem SLUMDOG MILIONNAIRE yang begitu glamour tu. Aku pun tak tahu kenapa filem tu glamour, tp pe yang aku nk btau kat sini bagaimana Wiji Tukul, seorang yang miskin, mampu menjadi terkenal lantaran karya2nya yang lantang membela nasib rakyat Indonesia. Lebih kurang sama dengan filem Slumdog Millionnaire ke ek?


Note 2: Ingatan aku pada Wiji Tukul ni bertambah kuat bila aku fikir ttg PPSMI. Nape? Wiji Tukul, seorang karyawan terkenal ‘hilang’ tanpa dapat dikesan akibat tindakan agresifnya menentang kerajaan Indonesia ketika itu melalui puisi2nya. Dan sekarang aku terbayang Pak A.Samad Said, dan ramai lagi karyawan Negara yang terkenal, yang begitu agresif menentang PPSMI. Bukan melalui puisi, tapi medan sebenar. Selepas ni, pe yang akan berlaku??? Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Note 3: Takkan berbau busuk kasturi jika diubah namanya menjadi najis, dan tidakkan berbau harum najis walau namanya ditukar menjadi kasturi. Walaupun BM dan masyarakat Melayu ni kaya dengan bahasa yang lembut, janganlah sampai 'melembutkan' bahasa sehingga kelihatan 'menghalalkan' yang haram.


Note 4: Orang yang beriman itu akan memastikan saudaranya aman dari lisannya dan tangannya. Berkatalah yang baik, benar ataupun diam. (Bahasa aku kasar? Maaf kupohon...)


Note 5: Satu lagi post 'terlompat-lompat'. Huh, pe dia ni???



3 comments:

Anonymous said...

… apabila usul ditolak tanpa ditimbang suara dibungkam, kritik dilarang tanpa alasan dituduh subversif dan mengganggu keamanan maka hanya ada satu kata: lawan!

peringatan - wiji thukul 1986

Tinta Mujahidah said...

..ya Allah..
akak yakin ke tindakan berdemo ni x salah di sisi agama?
sampai mana tahap nak berpolitik 'sahaja' (contoh berblog) kalau tidak turun ke medan dakwah yang sebenar?
maaf saya ada pandangan berbeza dari akak

Sifrulmind said...

Lain orang, lain pandangan. Perpezaan pendapat itu satu rahmat. Satu kebaikan selagi mana orang yang terlibat berlapang dada dalam menerima perbezaan.

Mm...mencari2 perkataan 'demo' dalam post ni. Ada daku menyentuh mengenainya?? Ok, xpa, menjawab setakat mampu dan berdasarkan pengetahuan yg sikit ni. Salah atau tidak di sisi agama? Bg aku, kena lihat beberapa perkara:
- Suasana/keadaan semasa (Ish, waqi' dlm BM pe dia?)
- Sistem pemerintahan/Perundangan
- Tujuan diadakan
- Cara pelaksanaannya
- Jalan terakhir jika jalan2 lain (spt perundingan) telah disekat atau tidak dilayan atau bak kata Wiji Tukul dalam puisinya yang Berg paste kat atas tu.
Rasanya kewajaran demo dalam Islam ni leh rujuk pd yg lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Jadi panjang jika mau bicara di sini.Maybe leh buat satu post lain.

"...sampai mana tahap nak berpolitik 'sahaja' (contoh berblog) kalau tidak turun ke medan dakwah yang sebenar?..."

Apakah yg dimaksudkan dengan berpolitik 'sahaja' di situ? Maaf, agak x paham.
Tapi, ini pandanganku. Jangan kecilkan skop medium dakwah. Politik itu juga medium dakwah. Jika 'hanya' mampu berblog (spt cth yg diberi), tiada kudrat utk ke medan, gunakan ia, tp dgn cara yg lbh proaktif, kerna kita tahu kekurangan blog ni. Bukan semua org baca blog. Perluaskan connection dgn mad'u, perbanyakkan post2 membina dan bermanfaat, dll. Itu perlu difikirkan jika itu satu2nya method yg mampu dilakukan. Tiada had dalam berdakwah ni.
Tapi sebaik2nya, terjunlah ke medan. Kereta yang canggih dan berkuasa takkan diketahui kemampuannya jika hanya dipamer di ruang pameran. Takkan berguna jika hanya hebat spesifikasi, tapi hanya menjadi bahan pameran. Pelbagaikn method kerna sesungguhnya mad'u juga pelbagai. Berada di depan pc takkan sama berada di depan masyarakat. Jangan marahkan makcik-pakcik di kampung terpencil sbb tak tau apa yang kita post dalam blog kita. Jangan marahkan pimpinan negara tak ambik tau masalah kita jika kita hanya berbicara mengenainya di blog peribadi kita.

Panjang plak membebel. Hanya sekadar pandangan insan yang hina. Astaghfirullah....