RSS

Saturday, November 22, 2008

Ikhlas Dariku...


Aku bukan seperti yang engkau sangkakan

Pura-pura di dalam berjuang

Aku tidak pandai menyulam rahsia

Juga tak pandai kubermadah pujangga


Jika ada benci di hati

Oh katakanlah padaku

Rela kuterima walau kutukan

Asalkan ‘aqidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi

Mempermainkan dustur Ilahi


Hakikat hati tak terluka

Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan kumohon keampunan

Keterlanjuran yang berulang kali

Teman kita paterikan di sini

Berakhir sebuah lamunan duniawi

Terima syukur taufiq Ilahi


>> Jangan mengharap orang lain akan memahami kita selagimana kita sendiri tidak memahami orang lain. Dan jangan terlalu berharap orang lain memahami apa yang kita fikirkan jika kita tidak pernah memikirkan bagaimana untuk memahami pemikiran orang lain <<

**Selamat Bercuti!! Harini dah start cuti final sem 1. =)


Wednesday, November 19, 2008

Mengapa dan mengapa? (Satu lagi post pengendur urat)





18 November.

Terasa masa pantas berlalu. Aku fikir, hari ini 19hb, rupa2nya aku tercepat 1hari dalam mengira tarikh. Tak sabar nak balik kampong? Mungkin..Sabarlah wahai hati, masanya akan tiba. Hehe..


Malam yang rasanya sama seperti malam2 yang lain. Senyap sunyi sekitar bilik aku sebab jiran2 PALAPESku ada program. Di mana? Aku tak check plak. Tak sempat nak tanya, depa suma dah tak ada. Hehe..alasan sahaja. Internet tak bleh guna plak (so post ni menjadi post tertunda). Dan malam ni ada meeting MT E-Scosa 08/09 Design Competition. Tahun lepas terlibat sebagai S/U dalam projek yg sama dan tahun ini menyambung kontrak sebagai S/U sekali lagi. “Tak serik ke? Tahun lepas rasa cam nk pengsan time handle, tapi tahun ni dok wt keja ni lagi..”. Pertanyaan yang tiada jawapan barangkali. Seronok wat keja ni? Hehe..meh la join the team next year! (Utk budak PPK E&E shj). Baru tau seronok ke tak.

Setiausaha. Pertama kali pegang jawatan SU time form 3. SU PBSM. Jadik SU sbb xde orang kot. Mmmm..Maybe. Pe yang aku buat time tu? Ntah, aku pun dah tak ingat. Time jadik bendahari aku ingatlah (sejak form 1-5, aku tak pernah tak jadik bendahari dalam tempoh tersebut. Bend kelas, persatuan, dorm, rumah sukan, kelab dan ntah pe lagi, x ingat dh. Nampak sangat aku ni mata duitan Haha..)



Persatuan Pelajar PPK E&E USM (SEE)



Bila masuk University, kena jadik SU projek. Projek agak besar plak tu (E-Scosa antara projek besar kat School aku. School aku jelah. Huhu..) Alamak, camna ek? Mmm..redah jelah. Benda baru ni. Best2!! (saje memotivasikan diri time tu. Huhu…). Tahun pertama jadik SU, bnyk dugaan. PC rosak, surat asyik kena reject, deal dengan macam2 orang, kena marah dek orang2 pejabat, companies, lecturer dalam dan luar Negara, dll. Haha..lumrah. Nasib baik aku dh dilatih supaya tahan dengan maki-hamun (mekasih pada sahabat2 senior yg dok penat2 latih aku jadi sedemikian rupa. Jasamu dikenang. Haha..). Alhamdulillah, hidup lagi aku sekarang. Tapi banyak kebaikan dari benda ni semua. Banyak, terlalu banyak. Tak perlu nak cerita kat sini. Hehe…tapi pendek kata, inilah ilmu2 yang tak boleh didapati di lecture hall, tutorial room, mahupun di lab. Deal dengan orang hidup, lebih sukar berbanding deal dengan computer/robot.


Kawan aku pernah cakap kat aku, bila aku asyik xde kat bilik je, “Weh, ko pegi university kan untuk belajar, untuk dapat keputusan yang best, biar senang nak carik keje pas grade nanti. Watpe duk susahkn diri buat keje ni. Masa yg ko guna utk keje2 persatuan ni, ko leh guna utk study. Takpun, ko leh guna utk g jalan2 ke, tengok movie ke, main game ke. Pendek kate, utk enjoy la. Takpun, leh guna utk tambah amal ibadah. Hidup bukan lama kawan,”. Hehe..aku suka ayat yang last tu. Sbb aku sedar hidup tak lama la, aku buat benda2 ni. Bila dengar dia kate cmni, terdetik dalam hati, “De lagi orang camni rupenye kat U ni,”. Mmm..aku tak jawab time tu, sbb aku mmg tak suka menjawab kalu orang kritik. Bukankah kritikan itu satu muhasabah? Hehe..Tapi aku jawab slps bbrp minggu, time aku ngan dia pergi satu sesi ceramah dengan sorang lectrr ni.


Ilmu Kaki Lima. Pertama kali aku dengar, aku tergelak. Ilmu pe plak ni? hehe..tapi selepas lectrr tu cerita banyak benda, baru aku tau. Ilmu kaki lima=ilmu yang tidak boleh didapati di dlm kelas/pembelajaran formal. Membaca pemikiran manusia, mengawal emosi, communication skill, and other soft skills yang sememangnya susah nak dapat kat dalam kelas ni. Dan cara terbaik untuk mendapatkan ilmu ni adalah “bersosial”. Bersosial di sini bukan bermaksud terlibat dengan gejala2 sosial. Bersosial dengan ertikata bergaul dengan orang ramai. Terlibat dengan persatuan/projek adalah salah satu daripadanya. Aku rasa, yang ni tak payah aku nak cerita panjang, semua dah sedia maklum.


Tentang pelajaran, aku tak kata belajar ni tak penting. Bukankah result tu salah satu tali ukur setakat mana kita benar2 belajar? Kalau takde exam dan seterusnya result, camna nak ukur tahap kefahaman apa yang kita belajar? Takkan nak main rasa2 je kot. Bak kata Dr Ansor, “Kenapa main rasa2? Bukankah rasa itu menggunakan lidah? Boleh kamu rasa apa yang kamu belajar? Kalau boleh, apa rasanya? Pahit? Manis? Masin? Sweet sour?”. Huhu..


“Belajar, berpersatuan. Macammane nak cover semua?” Pernah diajukan dengan persoalan ni. Jujur, aku bukan orang yang selayaknya. Aku bukan pemegang sijil dekan. Juga tidak terlalu aktif dengan aktiviti luar kelas. Tapi pendirian aku simple je. Kenapa perlu dipisahkan kedua-duanya? Bukankah dengan berpersatuan kita belajar? Apa yang kita buat dalam berpersatuan, akan ter’reflect’ di dalam pelajaran. Cth, kul 8-10mlm, mtg aktiviti persatuan. Kebanyakannnya, yang tak terlibat dengan persatuan akan menghabiskn masa dengan tgok movie, main games, jalan2 Penang (eh, ni kat sini jelah). Masa study? Sama dengan orang yang berpersatuan tadi. Cth lain, dlm menyusun kerja. Aku pernah 1 grup dengan org yg aktif dlm persatuan dan x aktif langsung. Kerja lebih tersusun, cepat dan aku puas ati (coz aku dilibatkan secara aktif didalam stp kerja). Dengan yang sorang lagi ni, kerja ikut suka ati, lambat sikit coz masing2 fikir pasal diri sendiri, ‘conquer’ sume kerja, tak fikir perasaan orang lain, ntah pape lagi. Mmm..agak tak puas hati la. Nasib baik sekali je dengan orang2 cmni. Hehe..berbeza? Memang berbeza. Tapi ni just khusus untuk orang2 yang benar2 belajar dari apa yang didapatinya dari aktiviti persatuan. Ada jugak yang aktif sungguh2 aktiviti persatuan, tapi bila bab belajar, tak minat dh. Excellent dalam aktiviti persatuan, dengan kerja tersusunnya, time management yg baik dalam handle projek, tapi bila dalam study, tak dapat nak aplikasikan semua tu. This person is not a real learner. Dia tidak belajar dari apa yang didapatinya dengan berpersatuan. (Haha..pandai betul aku melabel orang.)


“You are borned for this job,” ayat aku dengar petang tadi dan membuatkan aku berfikir. Yup, tidak semua manusia dilahirkan dengan kelebihan atau kekurangan yang sama. Jika aku lebih pada kemahiran A dan engkau kurang pada kemahiran A, mungkin engkau lebih unggul pada kemahiran C dan aku kurang pada kemahiran C. Aku tak nafikan, tidak semua manusia dilahirkan mampu membuat 2 atau lebih kerja dalam satu2 masa. Ada yang pelajaranny akan terganggu bila terlibat dengan persatuan dan ada yang prestasinya di dalam persatuan berkurang bila menumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Tapi alah bisa tegal biasa. Practice make perfect. Sesuatu perkara boleh diperbaiki jika kita cuba utk memperbaikinya, insyaAllah. Jangan salahkan fitrah, takdir, atau perkataan2 seumpamanya sebab semua itu adalah salah satu ujian dan sebab untuk Allah meninggikan martabat seseorang. Bukankah ujian itu tarbiyyah dari Allah?


Alamak, merepek panjang plak. Oklah, ni yang terakhir kot, utk mereka2 yang masih teragak-agak nak terlibat dengan kegiatan luar ni (Macam promosi barang plak..). Jangan fikir berpersatuan ni buang masa, kecuali korang terlibat dengan persatuan yang sah2 buang masa, tak tau matlamat hala tuju or matlamat hala tuju ntah pape (yang ni kena pandai2 fikirla..sume dah besar, jangan kufur nikmat yang Allah bagi tu.). Aktiviti persatuan ni macam kita buat kerja kat lab, cam experiment. Nak terbakar ke, meletup ke, short circuit ke, pening2 sbb radiation lebih ke, lab report kene reject ke, time ni la masanya. Kalau kita belajar sesuatu dari semua benda ni, insyaAllah kita akan lebih tahan jika terbakar, meletup, short circuit or bencana2 seumpama dengannya bila dah bis blaja nanti, in the real world. Dapat tangani dengan bijak dan professional hendaknya. Bukan dalam kerja je, dalam kehidupan seharian terutamanya. University bukan kilang pekerja, tapi kilang orang2 yang berguna. Haha…suka hati aku je wat perumpamaan ni. Bencana2 tu, pasti akan kembali, dengan bentuk yang lain. Tapi best pe kalu kena ujian2 camni. Bukankah itu bermaksud masih ‘ada’ yang ingat akan kita? Sesungguhnya ujian itu satu nikmat, bagi mereka yang benar2 sedar akan hakikatnya. SubhanAllah…(Motivasikan diri anda..)


Dan bagi yang telah menyahut cabaran untuk membuat 2 kerja atau lebih dalam satu masa, usah merungut jika kerja2 tersebut menuntut pengorbanan yang 2 kali ganda atau lebih. Jangan samakan diri kalian yang membuat 2 kerja dengan mereka yang membuat 1 kerja, dari segi masa dan tenaga.

Wooha!!



**Sebenarnya, saje je cerita pasal persatuan+jadik SU ni. Sedang meredakan ketegangan akibat terpaksa menyiapkan 9 jenis surat malam ni. Tan sri, Dato’, Datin, ntah pape lagi. Panas kepala menyusun ayat (Aku bukan reti nak susun ayat bunga2 ni. Huhuhu..). Balik meeting lbh kurang kul 1030mlm, buat surat sampai kul 1130mlm. Rasa mengantuk coz sepanjang petang tadi duk pegi jalan2 kat UITM. Kekonon nak tido awal, bagi rehat otak, tapi terpaksa bangun gak kul 1230am, coz tidurku ‘dihantui’ oleh surat2 yang lom siap. Dalam tido pun mimpi buat surat, susun2 ayat. Huh..lebih baik bangun dan membuat surat di alam reality. Mmm..maybe ni salah satu sebab kenapa wujudnya fenomena susah nak tidur malam kat dunia ni. Tidur malam dihantui oleh perkara2 yang belum selesai. Agak jelah, xde bukti klinikal@saintifik pun. Hehe...


.


Sunday, November 16, 2008

Bila Exam Habis je...


ALKISAH, seorang bakal graduan bernama Salim (bukan nama sebenar), baru sahaja menamatkan peperiksaan akhir semesternya di sebuah Universiti yang baru mendapat gelaran yang luar biasa bunyinya. Gembira? Mungkin, kerana tiada lagi peperiksaan yang perlu dilalui selepas ini, namun sebenarnya dia kecewa. Kecewa kerana gagal menjawab dengan baik bagi semua kertas peperiksaan yang dilalui. Harapan demi harapannya untuk memperbaiki pointernya musnah akibat soalan-soalan yang luar biasa susahnya. Dan petang itu, sebaik sahaja pulang dari dewan peperiksaan, Salim terus menghadap komputernya. Sasaran layaran = MIRC. Mendownload apa sahaja jenis filem, drama, cerita, kartun, games dll yang tidak dapat ditontonnya, tidak dapat dinikmatinya ketika musim peperiksaan. Dengan alasan ingin melenyapkan segala stress exam, kelihatan segalanya normal dan halal baginya. Semalaman dia membuat marathon bagi menghabiskan segala jenis hiburan yang baru sahaja mahupun telah lama didownloadnya itu. Dan keesokan paginya, dia solat subuh pada jam 10pagi. Tidak sedarkan diri ketika subuh akibat tidur lewat.


Seusai solat Subuh (leh dipanggil subuh ke lagi ke? Mmm..), dia menghadap komputernya kembali. Owh, masih banyak lagi yang belum ditonton. Sekali lagi, Salim menyambung misinya, menyelesaikan apa yang telah dimulakan. Berhentinya hanya pabila solat. Makannya juga di hadapan computer. Dan perkara itu berlarutan sehingga berhari-hari lamanya….


Di satu penjuru desasiswa university tersebut, kelihatan pula Salimah (bukan nama sebenar), juga baru sahaja selesai menamatkan examnya. Di kepalanya telah terancang pelbagai rancangan buat menghilangkan stress akibat exam di samping mengisi masa lapang yg sememangnya terlalu banyak selepas exam. Petang itu, sebaik sahaja selesai solat Asar, dia bersiap-siap. Destinasi? Shopping complex + pawagam + tempat2 sekitar. Teman? Telah menanti seseorang yang pasti bukan mahramnya. Teman2 lain? Mengapa perlu ditanya akan mereka? Kacau daun. Ceh…


Dan malam itu stressnya benar2 hilang. Berhibur hingga ke santak pagi. “Owh, hanya berjalan-jalan, tengok wayang, dinner, tiada apa yang kami lakukan. Kami tahu batas2 kami” katanya selamba. Dan pagi itu, sama seperti Salim, solat Subuhnya lewat, kerana tidak terjaga tatkala waktu Subuh menjenguk. Apabila terjaga, meneruskan perancangan yang telah dirancang berhari-hari lamanya. Hiburan? Sudahtentu!! Bukankah baru habis exam? Sambutlah ‘KEMERDEKAAN’ itu dengan hiburan!! Gembira sekali…..


========================================================================================================================================


Fenomena biasa di kampus. Biasa?? Ya biasa bagi sesetengah orang. Sememangnya sudah menjadi ‘kebiasaan’ apabila perkara2 maksiat dipandang sebagai sesuatu yang biasa, bukan lagi luar biasa. Jika ditinjau secara kasar, berapa ramai Salim dan Salimah yang ada di kampus kita? Atau kita juga ‘Salim dan Salimah’ itu??


“Alaa…baru habis exam, memang macam tu. Tak boleh ke nak bersukaria selepas memerah otak dan keringat menjawab exam? Tak boleh ke nak lepas geram lepas tak dapat jawab exam? Weh, kalau stress, kita kena luahkan, kita kena releasekan. Kalau tak, mau sakit jiwa nanti,”. Owh, jawapan yang biasa aku dengar, walaupun dengan ayat yang lain.


Release stress@legakan tekanan.

Tak salah dan memang dianjurkan. Siapa yang mahu sakit jiwa akibat tekanan yang tidak berjaya dilepaskan, tidak berjaya dilegakan? Tiada rasanya. Berapa ramai yang masuk ke wad psikiatrik akibat tekanan? Berapa ramai yang bunuh diri akibat tekanan? Tak kurang juga yang terpenjara akibat tekanan. Paling tidak, menyiksa jiwa orang lain supaya kesakitan yang dialaminya turut juga dirasai oleh orang lain. Oh, oh dan oh sekali lagi. Jelas, melegakan tekanan tidak salah, malah amat dianjurkan, namun ia menjadi salah jika cara yang digunakan itu salah. Selalukan dengar ayat, “Sesuatu yang membawa kepada yang salah itu juga salah statusnya,”?? Kalu tak pernah dengar, macammana pula dengan ayat, ‘Matlamat tidak membenarkan Cara”? Owh, tidak pernah dengar juga? Nampaknya, anda perlu lebih banyak membaca.


Aku tidak pernah kata melegakan tekanan itu salah, apalagi melegakan tekanan dengan hiburan kerana manusia itu akan merasa gembira, tenang dan damai apabila dihiburkan. Bukankah fitrah manusia itu suka akan hiburan?? Tapi sebagai seorang yang mengaku dirinya Muslim/ah, perlu faham akan ertikata hiburan yang sebenar. Hiburan yang bagaimana? Aku tidak faqih dalam bab hiburan ini, dan kerna ilmuku yang dangkal ini, aku tidak bermaksud untuk pergi jauh. Apa yang jelas, hiburan tersebut perlulah terhindar dari perkara-perkara maksiat, yang syubhah, apalagi perkara2 yang menjurus kepada perkara-perkara yang haram.


Aku hanya menonton filem kat bilik je bukan pegi pawagam pun,”

Tidak salah menonton filem itu, namun filem apa yang kamu tonton??


Aku tengok cerita kartun/anime je pun,

Haha..siapa kata cerita kartun sekarang ‘murni2’ jalan ceritanya? Benar, tidak semua, tapi masalahnya, kita suka tengok semua.


Aku hanya bermain computer games sahaja,” Tidak salah bermain, namun kerna permainan itukah kamu melewatkan solat, meninggalkan perkara2 yang wajib, membuang masa??


Aku hanya berjumpa dengan ‘dia’, makan2 dan berjalan-jalan, tak lebih dari itu,”

Tidak salah? Bukankah Allah telah berfirman,“Janganlah kamu menghampiri zina,”.

Dan lupakah kamu kepada sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan itu berlari pada tubuh anak Adam sebagaimana berlarinya darah (iaitu mengalirnya)….”. Syaitan itu tidak pernah melepaskan masa walau sedetik untuk melalaikan kita.


“Aku just leh release tension kalu dengar lagu heavy metal,”

“Shopping!! Itu sahaja yang leh tenangkan aku kalu tengah stress,”.


Owh, pelbagai cara, dan aku tidak bermaksud untuk memaksa orang lain mengikut cara aku. Sila pakai kasut masing2 untuk bergerak tapi cek dulu samada kasut itu sesuai dipakai atau tidak, bahannya haram atau halal, menyiksa orang lain atau tidak jika kita menggunakannya. Jangan hanya kerana kita selesa memakainya, aspek2 lain diabaikan. Kita bukan hidup untuk diri sendiri!!


Pelbagai hak perlu difikirkan sebelum hak diri sendiri dipenuhi. Jika lagu yang bisa melegakan tekananmu, carilah lagu yang benar2 memberikan ketenangan, yang digariskan oleh syariat Islam. Jika filem/anime yang bisa mengendurkan ketegangan perasaanmu, pilihlah yang bermanfaat dan jangan lekakan dirimu dengan menontonnya terlalu banyak. Jika berjalan2, bersiar2 menjadi pilihan, biarlah perjalananmu itu lebih mendekatkan dirimu kepada Pencipta alam tersebut. Jika shopping itu satu kegembiraan bagimu, lakukanlah ia namun jangan membazir. Shopping apa yang perlu. Window shopping? Silakan, namun perhatikan masamu. Jangan mengelak untuk membazir wang, tapi pada masa yang sama masamu terbazir.



Pendek kata, berhiburlah, tapi sebelum melakukannya, sila tanya diri sendiri;


1. Adakah ia tidak bertentangan dengan syariat Islam? Adakah ia terhindar dari perkara2 maksiat atau perkara2 yang boleh membawa kepada perkara2 maksiat.

2. Adakah ia akan membazirkan masa aku? Mahukah menjadi sahabat Syaitan?

3. Adakah ia tidak akan memudaratkan orang lain atau persekitaran?

4. Dan yang paling penting, adakah aku terlepas dari pandangan Allah ketika aku melakukan perkara ini? Jika perkara baik yang aku lakukan, tidak mengapalah. Namun jika sebaliknya???


Just 4 soalan mudah ni je. Tapi dari keempat-empat soalan tu, rasanya soalan yang keempat tu yang paling perlu diingat. Sebabnya? Sebelum tidur malam ni, fikir2kannya sebentar. Bukankah orang yang bijak itu sentiasa berfikir? Lagipun orang yang selalu berfikir ni dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk. InsyaAllah.


“Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara, maka letakkanlah tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal”

(Hadith)


**Tapi kegelisahan dan ketetapan tu hanya bagi orang yang kuat memelihara haram dan halal dalam kehidupannya, yang menjauhi dari perkara2 yang syubhah, dan sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan dirinya. Hati kita tergolongkah di dalam kategori ni?? Mmmm..hisablah diri masing2.


Janganlah kerna niat kita yang murni iaitu untuk tidak berlaku zalim kepada diri, membawa kita kepada sesuatu yang lebih menzalimi diri. Sesungguhnya, hiburan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberi kelegaan kepada sebuah tekanan, malah akan mendekatkan lagi diri kepada-NYA. Bukankah ketenangan itu milik-NYA, yang hanya dipinjamkan sebentar buat bekalan permusafiran di dunia? Jika kehabisan bekalan, perlu di’refill’ dari tempat yg sepatutnya. Takkanlah nak refill minyak di kedai menjual topup. Takkanla nak reload topup di kedai jual tayar? (kecualilah kalu pekedai tu de jual topup). So, kalu nak refill ketenangan, pergilah tempat yang sepatutnya, dan refill dengan benda yang sepatutnya.


Redakan Ketegangan Fikiranmu


1. Banyakkan berdzikir. Bukan hanya lidah yang berdzikir, hadirkanlah hati dalam dzikir tersebut.

2. Perbanyakkan solat malam. Solat adalah medium utama yang dikhaskan oleh Allah untuk menghadap-Nya tanpa sebarang block/penghalang.

3. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan tadabbur/perhatikan maksudnya. Terlalu banyak khabar2 dari Allah yang kita tidak ketahui.

4. Perbaiki ibadah2 khusus dan perbanyakkan ibadah2 sunat. Kesibukan beribadah akan melupakan niat untuk melakukan sesuatu yang sia-sia.

5. Suka mendengar lagu? Jadikan alunan AQ, dzikir2, nasyid2 mahupun lagu2 yang bermanfaat sebagai halwa telinga.


Sekali lagi aku nyatakan, aku insan lemah yang ilmunya terlalu tohor, jika dibandingkan dengan keluasan dan kedalaman ilmu-NYA. Aku juga tidak pernah terlepas dari aktiviti2 hiburan dan juga sering tersilap langkah. Alhamdulillah, masih ada yang sudi menegur. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk membuka mulut, untuk menegur dengan lisan. Ingatlah wahai teman, kadangkala diamku bukan bermaksud aku bersetuju dengan perbuatan kalian, senyumku bukan bererti aku merelakan apa yang kalian lakukan, dan tawaku bukan melambangkan gembiranya hatiku dengan apa yang telah terjadi. Kerna lemahnya imanku, aku tidak mampu memainkan lidahku, menyusun kata2.


Dari pada Abi Zaid Usammah bin Zaid bin Harithah r.a. katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki diheret pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka. Tali perutnya terkeluar, dan ia berpusing-pusing spt keldai mengelilingi tempat pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu berkata, “Kenapa engkau ini? Bukankah engkau pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?”. Jawabnya, “Benar, aku menyuruh membuat kebaikan, sedang aku tidak membuatnya. Dan aku menyuruh mencegah kemungkaran, sedang aku melakukannya,”

(Muttafaqun ‘alaihi)


“Wahai orang-oran yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan? Besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan..”

(As-soff:2-3)


Teguran2 dan peringatan di atas adalah untuk peringatan bersama. Dan jangan diukur kebenaran peringatan yang diberi ke atas perlakuan si penulisnya. Aku insan yang lemah, dan sentiasa bergelumang dengan dosa. Usah ditidakkan kebenaran yang jelas hanya kerana penyampainya seorang yang hina. Sesungguhnya aku akan diuji terlebih dahulu dengan apa yang aku nyatakan. Oleh itu, jika terlihat oleh kalian sumbang langkahku, pincang gerak kakiku, tegurlah diri yang lemah ini.


Astaghfirullahal’azhim. Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazh-zholimin

Wa akhiru qalam, lil-asdiqa’i, ighfir dzunubi ‘alaikum

Assalamu’alaikum.