RSS

Friday, October 31, 2008

Conteng-conteng Exam


Dalam kesibukan masing2 study, (study ke aku ni? Huhu...), kadang2 tanpa sedar kita tertinggal/terlepas pandang sesetengah perkara. Ye lah, dalam keasyikan "memecut kereta", seringkali ada shja yang tertinggal. Pe dia? Silap2 "penumpang" kereta pun leh tertinggal. Think about it. Sesungguhnya hidup ini bukan utk study shj. "Study dan dakwah bukan seperti jongkang-jongkit,". Seringkali mendengar ungkapan tersebut. Ya, benar, aku tiada kuasa untuk menyangkalnya. Mmm..mudah untuk diperkatakan, namun sukar untuk direalisasikan. Tapi, walaupun sukar untuk direalisasikan, bukan mustahil untuk dikotakan. InsyaAllah..



Serabut, kalut, cam x tau pape, rasa cam dh faham sume (salute aku kat sape2 yg berperasaan sebegini), jadi lumrah bila nak exam. Bagi yang lame x balik umah tu, homesick amat sangat plak tiba2. Hehe..orang kata, macam2 berlaku. Kat blok aku ni je, bape kali dah aku terkejut. Mana taknye, tiba2 tengah2 malam, dalam kul 2-3pg, de orang menjerit tiba2. Histeria ka?? Oh, tidak rupanya. Hanya mengendurkan ketegangan 'akibat study secara berterusan (tp kot ye pun, tak ya la buat jantung orang lain 'tegang', sbb terkejut. Huhuhu...). Takpa la..lain orang lain cara.


Dan di kala musim2 exam ni la, kesedaran pelajar ttg keadaan semasa semakin berkurangan. Bayangkan, sebelum exam, peratus kesedaran mahasiswa ttg hal ehwal semasa ni pun sememangnya kurang, inikan pulak time exam. Leh gambarkan?? Tapi peliknya berita berkaitan hiburan, sukan (especialy bolasepak skg ni), tak penah pulak depa terlepas. Adakah maklumat2 yang penting sahaja mereka ambil tahu?? Penting benarkah sukan dalam hidup mereka? Benarlah, dakyah Yahudi benar2 telah berjaya meresap masuk dgn jayanya ke dalam hidup sasarannya. Antara kita sedar atau tidak sahaja.

Pen2 yang aku beli khas utk exam kali ni, tapi ntah ke mana dh ilang. Huhu...



"Pebende yg ko merepek time orang nk exam ni?" Hehe..biarkan. Cara mereleasekan apa yang tersimpul di kepala. Ini cara aku, bukan cara kamu. Caraku dan caramu berbeza. Biarkan aku dgn caraku, kamu dgn caramu, selagimana caraku dan caramu itu tidak menyalahi apa yang digariskan oleh Tuan Empunya dunia. Allahu Akbar!!


Dan sebagai motivasi buat hati2 yang telah mula lemah, kurang bersemngat. Ingatlah mereka2 yang tersayang.


Motivasi


Sayalah permata anak kesayangan

Kebanggaan ayah dan ibu

Saya dibesarkan dengan kasih sayang

Hanya yang terbaik untukku

Menjadi harapan di masa hadapan

Sayalah anak yang cemerlang!!!




Anda pernah cemerlang satu masa dulu, jika tidak, manakan mungkin kalian berada di menara gading ini. Jangan jadikan kejayaan itu hanya sebagai 'sejarah', namun jadikan ia 'transformer' kepada hidup ini, dan 'generator', yang membaik-pulih apa sahaja 'error' yang telah berlaku di dalam proses 'transmission' kehidupan ini, yang akan tiba kepada 'receiver' satu hari nanti. Tak paham perumpamaan ini?? Sila tanya pada sape2 yang belajar Computer Network or Communication.


Lagi satu, jangan jadikan diri kalian sebagai "PERNAH" berjaya sahaja, tetapi "SENTIASA" berjaya, kerna umat Islam adalah umat yang berjaya. Mohon ampun terhadap sebarang silap salah. Doakan aku dalam menghadapi exam final sem ni. Semoga ilmu yang aku pelajari ini diberkati oleh-NYA, dan memberi manfaat dalam mengimarahkan bumi-NYA ini.



Pensil yang dihadiahkan oleh seorang sahabat, insyaAllah akan digunakan utk exam. Hehe..



*Jangan kedekut ilmu. Hehe... =)


Sunday, October 26, 2008

Hujung Minggu Sebelum Study Week

Pusat Islam USMKKj


Hujung minggu sebelum study week. Kampus lengang. Ramai amik peluang balik umah bertemu keluarga. Capaian internet laju. Congestion kurang, maybe. Aku nak balik?? Belum tiba masanya. Ya, akan tiba nanti, insyaAllah.


Jumaat malam. “Rewang” di PI. Tau tak pe tu rewang? Ok, rewang=lagan. Lagan pun x tau gak?? Ok, kalo orang Kelantan, depa panggil bekwoh. Terengganu plk panggil missoh. Pendek kata:


REWANG=LAGAN=BEKWOH=MISSOH=GOTONG-ROYONG UTK PERSEDIAAN ORG KAWEN


Ok, abis blajo bhs. Disebabkan aku org Johor, aku nk panggil rewang gk. Rewang kat PI, xde wt mende sgt. Start lebih kurang kul 845-11.45mlm. Kami duk mengadap si Putih dan si Merah, sampai merah mata masing2, tp bak kata org2 tua, biar putih tulang jgn putih mata, jgn berhenti buat kerja sehingga habis. (mmm..rasanya cm xde kaitan je. Xpa2, perkayakan bhs kebangsaan dgn peribahasa). Dan malam tu aku dapat tau, salah seorang dari kami berempat mimpi akan bawang2 tersebut. Ish3, x sangka, sampai dibawak ke mimpi si Putih ngn cik Merah tu. Huhu..


(Adakah bawang ini telah siap dikupas kulitnya)


Dulu, seorang senior de btau. Kalau bleh, dlm tindakan, kita ingin jadi seperti bawang. Aku mula2 tak paham. Pe kaitan nk wt keje ngn bawang??. Bleh guna utk pelbagai masakan?? Bleh dimakan begitu sahaja?? Bawang murah??


“Bertindaklah seperti bawang. Dalam manusia merobek kulit2nya, memotong akarnya, dia tidak melatah dengan melarikan diri (bayangkan kalo kite tgh2 potong2 bawang, tiba2 dia melarikan diri. x ke menakutkan tu?? X psl2 de yg lebam muka coz jatuh terhantuk pintu time melarikan diri dari bawang tu. Hehe…). Bawang menjalankan ‘perang saraf’ dengan melepaskan asid2nya ke udara. Tidak kelihatan, namun kesannya bisa membuatkan orang menangis, sehingga bermeter2 jauhnya.”


SubhanAllah, banyak yg kite leh blaja dari bawang ni, walaupun cite Sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu amat menjengkelkan aku. Huh…sememangnya fenomena ‘menangis’ time potong bawang ni, perkara biasa. Sehinggakan ada yg terpaksa pakai goggles time potong bawang. Heh..


Sabtu pagi. Bangun pagi dengan mata bengkak, kerna terlalu banyak ‘menangis’ pada mlm sebelumnya. Destinasi pagi tu, Madrasah An-Nadhah. Pertama kali aku pergi 2 tahun yg lps, kem utk nuqaba’. Time tu tmpt tu kecik je (tp agak besar la gk. Cm PI rasanya). Tapi bulan lps, aku pegi lagi sekali, aku terkejut. Bukan shj sbb ramai org, tp perubahan kat tmpt tu. MasyaAllah. Jika Allah katakan”Jadilah”, maka, jadilah ia. Spti biasa, lautan kereta dan manusia memnuhi tempat tersebut.


“Sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah, dia akan mendapat balasannya. Barangsiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, dia akan mendapat balasannya.”



Aku tiba time Ust membicarakan ayat tersebut.


Asbab nuzul – Ada umat Islam pada ketika itu, enggan memberikan sebiji buah kurma dan sebelah roti, hanya kerana ianya terlalu sedikit. Malu dengan pandangan orang lain. Dan pada ketika itu, ada umat Islam yang meringankan dosa yg sedikit dan mengumpat yang sedikit. Maka, turunlah ayat ini.

Cth: Amalan2 sunat dan menokok tambah cerita walaupun sedikit.


Slot ke-2. Membicarakan ttg bersugi. Simple but bnyk yg Ust sentuh. Tak hairanlah kenapa kuliah ust ni mendapat sambutan yg luar biasa. Setiap penerangn Ust boleh difahami oleh semua peringkat. Tertarik dengan cara Ust menerangkan ttg maksud zarah. Contoh yg mudah dan aku pasti dapat difahami oleh semua, kerna aku tahu, pendengar tergolong dari pelbagai peringkat umur, tahap pendidikan yg berbeza. Tidak perlu menerangkan zarah dengan standart pelajar U jika pendengar2 adalah pakcik makcik yg tak berpeluang nk p sek. Dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, walaupun sampai lewat, bnyk perkara yg kami peroleh.


(Anak sape ntah, kat Madrasah tu)



Lebih kurang 11.20, bertolak pulang. Pulang?? Oh, tidak lagi. Makanan rohani telah diberi, skang jasad juga perlukan makanan. Destinasi seterusnya, majlis walimah Ust Ramadhan Fitri (bukan Ramadhan Kareem ya big boss Nonaro!!) wa zaujatuhu, Ustazah Khadijah Ismail. Jemputan last mint, perancangan last mint, dan keputusan utk pegi yg last mnt. Tidak tahu jalan, bertawakal kepada-NYA. Alhamdulillah, smpi juga akhirnya ke tempat yg di tuju, tanpa sesat. Sepanjang perjalanan, berada di landasan yg betul. Hanya terpaksa berhenti beberapa kali, bertanya jalan. Aku bertanya kpd adik2 yg ikut aku, “Eh, korang ni tak takut ke akak bawak korang p tempat yang kitorg sendiri tak tau tempatnya ni??”. Dengan yakin depa cakap, “xpe2, kami percaya dengan akak2 ni,”. Haha..dibuatnya tiba2 kami bertukar niat, jual korang kat Thailand ka, x ke haru?? Eh, dh2, merepek2.


Ok, smpi kat sana, makan2, jumpa ‘arusah jap (Dia ni satu daerah dengan aku, tapi yg pasti aku tak kenal dia la sebelum ni. B4 ni buat majlis kat Bakri, Johor. De kawan ajak aku g, tapi aku dh de kat kampus time tu. Huhu…), jumpa Puan Rumah jap, dan selesai misi di sana. Hajat di hati nak tolong2 (ye ke?? Hehe..), tapi disebabkan penanggah (org utara panggil mentara, kt kelantan plk kawan aku cakap panggil jong kako…) cam dah mencukupi jek, kami pun balik jelah. Walaupun aku tak kenal ngan arusah ni, tapi dia layan kami dengan mesra. Mula2 aku pelik gk, tapi pastu kawan aku cakap, “Ang ni, mmg ar raja sehari kena layan semua orang walaupun dia x kenal. Bla bla bla….”. Owh, ye ke? Tak perasan plk aku selama ni. haha…Amik gambo ngan arusah, tapi gambo yg aku amik je jadik. Huhu..kesilapan teknikal. Xpa2. Len kali jaa….


OTW balik, teman seorang sahabat menggamit memorinya di sekolah lama. Adoilaa…menakutkan jek skolah die ni. cam masuk penjara plk. Dikelilingi polis. Mana taknye, dh nama pun MRSM PDRM. Huhu..x nk komen panjang2. Biarkan dirinya melayan perasaannya… Balik ke kampus guna jalan lain dari jalan pegi. Peta kelam2 je kat kepala, tp Alhamdulillah, lebih kurang kul 3, sampai di kampus tanpa sesat. Mmm..perjalanan yang menajamkan kembali ingatan aku ttg jalan2 sekitar Penang-Kulim ni. Hehe…


Ahad. Sesungguhnya, sambutan raya ni mmg sebulan lamanya. Huhu..26Syawal, aku pegi umah terbuka A.Hamid (Senior PMIUSMKKj) kat taman sebelah USMKKj ni. Rasanya, sejak aku balik pas raya ni, setiap minggu aku pergi berya umah orang (ye la, x kan berya umah kambing, ayam , lembu kot). Huhu..hikmah aku pulang awal ke sini?? Tak sempat berya di kampong?? Hehe…


“Janganlah kamu bersangka buruk terhadap Allah. Mungkin sekali apa yang kau tidak sukai itu, lebih baik utk engkau, dan apa yang kau sukai itu, tidak baik untuk engkau. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan keperluan hamba2-NYA”


Bnyak plak merepek arini. Ok, lps ni dh nk stop aktiviti2 beraya ni. dh masuk study week pun. Study week=every day kena study. Huhu..exam start, 4hb, berakhir 14hb, dengan 4 paper final. Ok, time utk study!!!


Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kat sebelah PI)



Wednesday, October 22, 2008

12123114 = Lewat Dinihari


Dan bila rakyat tidak berani mengeluh

itu artinya sudah gawat

bila rakyat patuh-patuh

penguasa harus mencari sebabnya

bila omongan penguasa tak ada yang membantah

kebenaran pasti terancam

apabila usul ditolak tanpa ditimbang
suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
dituduh subversif dan mengganggu keamanan
maka hanya ada satu kata:

LAWAN!!


(Wiji Thukul)


Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia.

(Khalil Gibran)