Assalamu’alaikum.
Hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan sepi. Sehinggalah satu hari aku membuka blog ini dan terlihat ucapan salam dari sorang akak ni. Baru tersedar. Medan ini lama ditinggal sepi (tapi xdelah lama sangat kan?? Hehe..). Urusan seharian yang takkan habis, seringkali menghambat diri dari mencari perkara berfaedah utk diisi ke dalam blog ini. Ahhh..alasan, baik punya!!
Minggu yang sudah, menghilangkan diri dari kampus selama seminggu. Isnin bertolak ke KL, Rabu ke Shah Alam, Sabtu ke Johor, Ahad kembali ke Shah Alam dan Isnin ‘pulang’ kembali ke Penang. Cukup seminggu bermusafir. Pulang ke kampus dengan perasaan sedikit gerun kerana kerja2 yang masih belum selesai. Padah suka menangguh kerja.
Memandu pulang ke Johor dari Shah Alam bersama dengan adikku yang pertama, mengingatkan aku beberapa peringatan yang sering aku lupakan. Bukan pertama kali melalui jalan pulang itu, namun dek kerana leka berbual, menyebabkan aku tersilap jalan, sehingga terpaksa melalui jalan yang lebih jauh daripada yang sepatutnya. Alhamdulillah, cepat tersedar dan mujur sahaja ketika itu jalan masih lagi lengang, tidak banyak kenderaan. Akhirnya selamat sampai ke Johor, Alhamdulillah.
Bila direnung kembali, begitulah juga perjalanan kita dalam hidup ini. Sering kita tersesat bukan kerana kita tidak tahu jalan yang sepatutnya kita lalui, tetapi kerana kita ‘terleka’ dengan persekitaran kita, dengan keseronokan dan nikmat2 lain yang Allah kurniakan. Nikmat2 yang Allah kurniakan seharusnya membuatkan kita lebih dekat dan rapat kepada Allah, namun kebiasaannya yang berlaku adalah sebaliknya. Ada yang cepat disapa kesedaran, ada yang lama hanyut di dalam kealpaan namun bertemu cahaya di hujungnya, dan ada juga yang terus tenggelam dalam gelora kesesatan. Oleh kerana itu, peringatan amat perlu di dalam hidup ini. Hidup manusia perlu sentiasa diperingatkan. Mungkin kadangkala kita terasa jemu mendengar perkara yang kita sudah sedia maklum, namun mungkin sahaja perkara itu akan memberi manfaat kepada kita. Jika bukan di sini, insyaAllah di Sana nanti. Oleh itu, lembutkan hati ketika mendengar peringatan2 yang dikongsikan oleh sesiapa sahaja, walaupun seumur hidup kita mungkin sahaja perkara yang sama diulang-ulang hampir setiap hari. Mungkin sahja perkara itu sentiasa diperingatkan kerana kita tidak mengamalkannya secara sepenuhnya. Mungkin jua kerana tiadanya keikhlasan di kala kita melakukannya. 1001 kemungkinan boleh berlaku. Yang penting, bagaimana kita mengambil pengajaran dari peringatan2 tersebut.
InsyaAllah, Ramadhan bakal tiba seminggu lagi. Dalam ketidaksabaran menanti hadirnya Ramdhan, sedikit rasa sayu terbit jauh di sudut hati. Seminggu, walaupun dirasakan tidak lama, macam2 boleh terjadi. Entah kan sempat menikmati Ramadhan kali ini entah kan tidak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba kepada Allah, jangan sesekali berputus harap kepada Allah. Dan semoga hati ini tidakkan putus asa utk sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah. Ameen..
Persiapkan diri utk menyambut Ramadhan, seelok-eloknya lebih bersedia dari persiapan menyambut ‘idulfitri. InsyaAllah, jika baik persiapan Ramadhannya dan elok perjalanan Ramadhannya, persiapan dan sambutan ‘idulfitri yang baik dalam ertikata ‘idulfitri yang sebenarnya juga akan hadir menutup pintu bulan pesta ibadah itu. Pilihan ada di tangan kita.
3 comments:
allahumma ballighna ramadhan..^^
kadang2, Allah bagi banyak perkara berulang sbb kita ni jenis yg suka diingatkan..itu juga hadiah drNya dengan cara tersendiri..he he
mampu me relate kan kehidupan dengan tazkirah begini adlh sesuatu yg bagus...moga ramai lagi yg spt awak.. :))
Aini => Ameen.. Yup, betul tu. So, jgn merungut kalau dirasakan ditimpa musibah kerana sebenarnya musibah itu satu nikmat, selagi mana kita menerimanya dgn redha dan mengambil iktibar..
K.pija => InsyaAllah. Slalu merepek je bnyk. Huhu..
Post a Comment