RSS

Friday, July 29, 2011

Jumaat Sebelum Ramadhan

Di pagi Jumaat, ketika sedang bersemangat memulakan kerja, tiba2 telefon berbunyi, menandakan ada SMS yang masuk.

“Salam. Kak zarina kat mana?”

“Wslm. Kat cabin. Ada barang ka?”

“Datang lab CEDEC, ada tazkirah Ramadhan.”

Terlompat aku dari tempat duduk. Tidak tahu menahu tentang sesi tazkirah tersebut. Segera mencapai kunci motor dan terus ke CEDEC. Nasib baik, pentazkirah baru tiba di muka pintu lab dan sedang berborak2. Kiranya aku tak lambat la kan? Haha..

Ok, sebenarnya nak cerita tentang sedikit isi tazkirah tersebut. Banyak ilmu yang disampaikan oleh ustaz, namun satu kisah yang disampaikan oleh Ust Rhaffor (pentazkirah) yang membuatkan aku begitu tertarik ingin aku kongsikan di sini. Tak kisahlah orang lain dh tau ke ape ke, mari kita sama2 amik iktibar dan amalkan. Kisahnya begini.

Seorang sahabat, ketika zaman Rasulullah, telah kehilangan 7 ekor unta kerana ikatannya terlerai ketika di tambat. Sahabat tersebut mengadu kepada Rasulullah, dan bertanya apa yang perlu dia lakukan. Tau apa yang Rasulullah jawab? Rasulullah bersabda, bacalah doa ini berulangkali. Tahu apa doa dia? Alaa..doa ni boleh dikatakan kit abaca tiap2 hari.

Ingat kan doa ni? Biasanya doa ni dibaca sebagai pentup doa. Kalau dengar imam baca doa ni, tau dh doa dh nak abis. Huhu..Ok2, berbalik kepada cerita. Sahabat tersebut pun terus sahaja pulang ke rumah dan mengulang doa tersebut tanpa berhenti. Seperti mana yang kita semua telah sedia maklum, para sahabat amat taat kepada perintah Rasulullah, walaupun kadangkala perintah tersebut seperti tidak masuk aqal. Hilang unta tapi disuruh baca doa supaya dapat kebaikan di dunia akhirat? Kalau difikir dengan aqal manusia, memang tak tercapai dek aqal. Namun, perkara2 ghaib, sukar utk dijelaskan oleh aqal.

Berulangkali sahabat tersebut mengulang doa berkenaan, sehinggalah satu hari, terjadi ribut di kampungnya. Setelah ribut reda, sahabat tersebut membuka pintu dan berasa amat terkejut kerana untanya telah pulang. Namun, apa yang menambah rasa terkejutnya lagi ialah untanya pulang bersama-sama 93unta lain. Bermaksud unta-unta itu berjumlah 100ekor. Masya-Allah! Sahabat tersebut berasa gembira bercampur runsing. Dari manakah hadirnya unta tersebut, siapakah tuan empunya unta tersebut, bagaimana ingin menguruskannya dan macam2 lagi perkara yang bermain di kepalanya. Sahabat tersebut segera berjumpa Rasulullah dan bertanya kepada Rasulullah. Rasulullah berkata bahawa unta itu adalah miliknya, kurniaan dari Allah kepadanya. Berkat dari doa yang diamalkannya, kesungguhannya melaksanakan perintah Rasulullah dan rasa yakin dalam diri bahwa Allah akan membantunya. Allahua’lam.

Ustaz juga memaklumkan, ada seorang wali Allah, yang apabila dijemput utk membaca doa, hanya doa ini yang dibacakannya. Ringkas, mudah dan rasanya, sejak kecil lagi kita sudah tahu, hanya tidak menghayatinya dengan baik. Maksudnya begitu mendalam. Oleh itu, amalkanlah doa ini selalu. Selain dari selepas solat, sambil berjalan, naik motor, memandu kereta, boleh sahaja doa ini diamalkan, di samping dzikir2 yang lain.

Doa itu senjata orang Islam, dan doa itu juga satu ibadah (Hadith sahih, riwayat At-tirmidzi). Jangan rasa ragu dengan doa yang dipohon kepada Allah. Mungkin sahaja doa itu tidak dimakbulkan dalam bentuk apa yang kita mahukan, tetapi direalisasikan dalam bentuk yang lain. Berdoalah, maka Allah akan memperkenankannya.

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.”

(Surah al-Mu’min: 60)


Tuesday, July 26, 2011

Kembali Bersiaran..

Assalamu’alaikum.

Hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan sepi. Sehinggalah satu hari aku membuka blog ini dan terlihat ucapan salam dari sorang akak ni. Baru tersedar. Medan ini lama ditinggal sepi (tapi xdelah lama sangat kan?? Hehe..). Urusan seharian yang takkan habis, seringkali menghambat diri dari mencari perkara berfaedah utk diisi ke dalam blog ini. Ahhh..alasan, baik punya!!

Minggu yang sudah, menghilangkan diri dari kampus selama seminggu. Isnin bertolak ke KL, Rabu ke Shah Alam, Sabtu ke Johor, Ahad kembali ke Shah Alam dan Isnin ‘pulang’ kembali ke Penang. Cukup seminggu bermusafir. Pulang ke kampus dengan perasaan sedikit gerun kerana kerja2 yang masih belum selesai. Padah suka menangguh kerja.

Memandu pulang ke Johor dari Shah Alam bersama dengan adikku yang pertama, mengingatkan aku beberapa peringatan yang sering aku lupakan. Bukan pertama kali melalui jalan pulang itu, namun dek kerana leka berbual, menyebabkan aku tersilap jalan, sehingga terpaksa melalui jalan yang lebih jauh daripada yang sepatutnya. Alhamdulillah, cepat tersedar dan mujur sahaja ketika itu jalan masih lagi lengang, tidak banyak kenderaan. Akhirnya selamat sampai ke Johor, Alhamdulillah.

Bila direnung kembali, begitulah juga perjalanan kita dalam hidup ini. Sering kita tersesat bukan kerana kita tidak tahu jalan yang sepatutnya kita lalui, tetapi kerana kita ‘terleka’ dengan persekitaran kita, dengan keseronokan dan nikmat2 lain yang Allah kurniakan. Nikmat2 yang Allah kurniakan seharusnya membuatkan kita lebih dekat dan rapat kepada Allah, namun kebiasaannya yang berlaku adalah sebaliknya. Ada yang cepat disapa kesedaran, ada yang lama hanyut di dalam kealpaan namun bertemu cahaya di hujungnya, dan ada juga yang terus tenggelam dalam gelora kesesatan. Oleh kerana itu, peringatan amat perlu di dalam hidup ini. Hidup manusia perlu sentiasa diperingatkan. Mungkin kadangkala kita terasa jemu mendengar perkara yang kita sudah sedia maklum, namun mungkin sahaja perkara itu akan memberi manfaat kepada kita. Jika bukan di sini, insyaAllah di Sana nanti. Oleh itu, lembutkan hati ketika mendengar peringatan2 yang dikongsikan oleh sesiapa sahaja, walaupun seumur hidup kita mungkin sahaja perkara yang sama diulang-ulang hampir setiap hari. Mungkin sahja perkara itu sentiasa diperingatkan kerana kita tidak mengamalkannya secara sepenuhnya. Mungkin jua kerana tiadanya keikhlasan di kala kita melakukannya. 1001 kemungkinan boleh berlaku. Yang penting, bagaimana kita mengambil pengajaran dari peringatan2 tersebut.

InsyaAllah, Ramadhan bakal tiba seminggu lagi. Dalam ketidaksabaran menanti hadirnya Ramdhan, sedikit rasa sayu terbit jauh di sudut hati. Seminggu, walaupun dirasakan tidak lama, macam2 boleh terjadi. Entah kan sempat menikmati Ramadhan kali ini entah kan tidak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba kepada Allah, jangan sesekali berputus harap kepada Allah. Dan semoga hati ini tidakkan putus asa utk sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah. Ameen..

Persiapkan diri utk menyambut Ramadhan, seelok-eloknya lebih bersedia dari persiapan menyambut ‘idulfitri. InsyaAllah, jika baik persiapan Ramadhannya dan elok perjalanan Ramadhannya, persiapan dan sambutan ‘idulfitri yang baik dalam ertikata ‘idulfitri yang sebenarnya juga akan hadir menutup pintu bulan pesta ibadah itu. Pilihan ada di tangan kita.