Assalamu'alaikum.
Ok..tajuk air mata plak kali ni. Tak mau merepek panjang2, terus masuk cerita utama.
Aku ada seorang rakan. Seorang rakan yg aku hormat dan serius, aku kagum dengan dia. Baru berkenalan dengannya kira2 setahun setengah yang lepas, apabila aku mendaftarkan diri sebagai pelajar master. Dia seorang yang ceria. Ya, ceria amat. Aku rasa, 1 department aku ni kenal dia. Kalau dia masuk ke mana-mana kawasan kat department tu, keceriaan akan tiba serta merta, suasana menjadi riuh rendah, dek mulutnya yang ramah dan mudah mesra. Semua orang pun rasa senang dengan dia, walaupun baru berkenalan. Senyum, ketawa, gurauan yang tidak langsung menyentuh/menyakitkan hati sesiapa, dan yang paling aku salute, dia tidak suka bercerita tentang keburukan orang lain. Selalu belanja aku makan (sampai aku dh malu nk cakap belum makan atau lapar depan dia). A positive thinker and hardworking person. Ok, aku cam dah lebih2 cerita pasal dia, tp itulah dia rakan aku yang baru itu.
Aku agak rapat dengannya memandangkan aku antara orang pertama yg dia kenal ketika tiba di sini. Tambahan pula kami duduk di dalam lab yang sama. Dia slalu cover aku kalau aku xde, dan aku kadang2 cover dia kalau dia xde. Dan kami dh kata nk grade sesama, insyaAllah (moga dipermudahkan-NYA). Sepanjang perkenalan, aku tidak pernah melihat dia bersedih. Walau penat camna pun, sentiasa tersenyum. Walau kena marah camna pun, tetap ceria. Walau eksperimen x jadik pun, sentiasa positif utk mulakan yg baru. Sentiasa bg semangat kat aku bila aku rasa down melihat projek aku yg kadang2 cam boleh dikuburkan saja tu. Huhuhu..sehinggalah satu hari.
Dia mendapat 1 panggilan telefon. Agak lama dia berbual di telefon. Of course aku tidak memahaminya kerana dia bercakap dengan bahasa ibundanya. Seusai dia bercakap di telefon, dia kembali ke hadapan laptopnya dan memulakan kerja. Namun tidak lama. Dia memanggil namaku dan mula bercerita. Cerita tentang beberapa masalah dan peristiwa yang tidak pernah terlintas di hati aku, dia menanggungnya sendirian. Sesungguhnya aku tertipu dengan senyuman manis yg dia sentiasa ukirkan. Ujian yang sebesar itu, bisa jadi gila orang yang menanggungnya. Sepanjang perkenalan aku dengan dia, rupa2nya dia ditimpa pelbagai ujian yang amat besar. Namun, tatkala dia berkongsi cerita tersebut, senyuman tidak lekang dari bibirnya, sehinggalah satu ketika, air matanya tidak dapat dibendung. Dia mengalihkan pandangan air mata berlinang membasahi pipinya, namun senyum di bibir masih tidak hilang. Allahu Akbar, begitu besar ujian yg diterimanya. Aku membiarkannya menenangkan fikiran. Lagipun aku bukan jenis yg pandai tenangkan hati orang. Sebenarnya aku terkejut dan perasaan itu membuatkan aku tidak terkata apa2. Namun, akhirnya aku menasihatkannya utk pulang ke rumah keluarganya utk menenangkan perasaan. Ohh..sungguh x guna aku jadik kawan. Jgn tiru macam aku. Huhu..
Sekembalinya dia dari kampung, dia ceria seperti biasa. Aku kagum dengannya. Ya, lebih kagum dengan kebesaran Allah yg memberikan dia hati yg kuat utk menghadapi segala ujian yg menimpa dirinya.
Oleh itu, malam ini, aku tujukan lagu ini utk dia. Walaupun aku confirm, dia takkan baca blog ni, tapi aku tak kisah pun. Aku tak mampu nk nyanyi time hari kejadian sbb aku terkedu (Kalau dalam keadaan waras pun, aku takkan nyanyi kot. Huhu..). Tiada apa yg mampu aku lakukan, hanya aku doakan supaya Allah berikan kekuatan kepada dia utk mengharungi sebarang ujian yg dia hadapi, dan moga Allah turunkan hidayah kepadanya. Ameenn..
Lagi satu, fitrah manusia, akan rasa tertekan apabila berhadapan dengan masalah. Berkongsi dengan orang lain adalah salah satu cara utk mengurangkan tekanan, walaupun kadangkala orang yg menjadi tempat kongsi masalah tu x membantu langsung, tapi diibaratkan sebuah chamber yg sarat dengan gas pada tekanan yg tinggi, kelegaan akan dapat dirasakan oleh chamber tersebut jika gas di dalamnya dikeluarkn atau dipindahkan ke chamber yg lain. Kalau tak, silap2 boleh pecah chamber yg satu tu. Camtulah jugak diri/kepala kita ni. Kongsikanlah masalah yg anda sedang hadapi. Dan sesungguhnya tempat paling sesuai utk berkongsi masalah adalah kepada Allah. Allah Maha Mengetahui apa yg kita hadapi. Mengadulah tanpa malu kepada-NYA. DIA adalah kunci kepada segala masalah yg kita hadapi.
Ok, meh layan lagu ni kejap. Lame dh aku dapat lagu ni, time muda2 dulu. Saja nk kongsi, buat renungan bersama.
Menangislah di Bahuku
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza
kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu
mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu
1 comments:
assalamualaikum...
serius...sy rs sgt2 kagum dgn shbt awk 2..satu motivasi yg baik utk sy..trima ksih d ats moral n teladan yg dberi... =)
kdg2 kta tlmpau ego utk mluruhkn airmata,tp kta xsdr,stelah kta luruhkn airmata,ati kta akn mnjdi stenang2nya...umpama mendung ujan yg b'arak,stlh lruhnya air ujan,maka ilang jua la mendungnya..malah lbih indah dbaluti sang pelangi.. =)
Post a Comment