Assalamu’alaikum
28 hari di bulan Februari telah berlalu. 1 post pun aku tak buat dalam blog ni. Sibuk sangat ke? Haishhh..berbulu telinga dengar perkataan sibuk tu sbb diri ni xdelah sibuk sangat pon. Macam xde alasan lain. Sebenarnya saja ja mendiamkan diri, tiada rasa ingin menulis/menaip. Berhibernasi.
Sepanjang berhibernasi ni, banyak perkara yang berlaku. Lumrah kehidupan, mestilah banyak perkara yang berlaku. Kalau static je, xdelah dinamakan kehidupan, kan? Dari sekecil-kecil peristiwa di dalam kehidupan aku, sehinggalah peristiwa yg bersifat global. Pemberontakan yang bermula di Tunisia, berpindah ke Mesir, Bahrain, Libya, Yaman. Allahu Akbar!!
“Kalau aku berada di Mesir, aku rasa aku takkan balik,” aku menyuarakan pendapat aku ketika makan tengahari bersama beberapa orang kawan aku di cafe.
“Ish, hg ni. Orang semua duk kelam kabut nk balik, x mau kecoh2 tu, hg nk duduk sana plak,” respon pertama yg aku terima.
Haha..jangan salah faham. Aku berhasrat utk xnk balik (kalau aku dh berada dalam situasi tersebut laa..) sbb aku nak tahu keadaan sebenar yg berlaku di sana. Bukan ape, skang ni, cakap2 media susah sikit nk percaya. Biasalah, bila maklumat dh melalui banyak peringkat, macam2 dh diubah, dan akhirnya bila sampai kat kita, dh x betul dah. Tu yang kadang2 malas nk dengar atau baca berita. Tapi, kalau x baca langsung pon susah jugak. Kita perlu kuasai maklumat. Dan mengikut maklumat adik kawan aku yg berada di sana Mesir (dan telah selamat pulang ke Malaysia time huru-hara berlaku), mereka sebenarnya dipaksa pulang ke Malaysia. Kalau depa x balik ke Malaysia, mereka akan disenaraikan sebagai pemberontak/pengganas di sana. Apa2 sajalah..
Ok, cam dah lari dari tajuk sebenar. Nak kongsikan sedikit di sini isi kuliah yg disampaikan oleh Ust Zainul Asri, tentang orang2 yg diharamkan neraka ke atasnya. Contoh2 tu ada yg aku tambah sendiri, supaya lebih mudah faham. So kalau tersilap tu, adalah silap aku, bukan Ustaz ya.
Orang Yang Diharamkan Neraka Ke Atasnya
1. Orang yg dekat di hati orang/rapat dengan orang lain.
Cth: Orang suka bertanya/berkongsi masalah dengannya, selalu menjadi rujukan, pandai jaga hati orang, pandai hormati orang, mulut x panjang, lidah x panjang, pandai jaga rahsia (sbb tu orang suka crita masalh dgn org ni). Tak suka banyak cakap ttg orang lain (emngumpat atau mengutuk). Sanggup berkorban utk org lain walaupun kadangkala kemahuan diri terkorban. Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia. Sembunyikan kemarahan dia walaupun dia marah. Sentiasa menjaga kata2 yg keluar dari mulutnya.
2. Orang yang mudahkira.
Cth: Orang yang tidak mahu menyusahkan orang lain, tak suka kecoh2 dalam menghadapi kerenah orang2 yg bermasalah. Sikap toleransi dalam perkara2 yg tidak melibatkan hak2 Allah dan Rasul. Mudah kira dalam urusan2 dunia.
Di antara sifat orang yang baik (Hadith Rasulullah), bertolak ansur ketika menjual, bertolak ansur ketika membeli. Ketika menjual, sedia terima kalau orang nak mintak tawar.
3. Lemah lembut dengan orang.
Cth: Dibawa contoh kisah seorang sufi yg bernama Abu Yazid. Ketika dia berumur 20tahun, ibunya memanggilnya kerana ibunya ingin tidur di atas lengannya. Abu Yazid akur. Ibunya tidur di lengannya sehingga dia berjaya menghabiskan 11000 kali surah Al-ikhlas (menunjukkan betapa lama ibunya tidur di atas lengannya). Walaupun tangannya lenguh, dia tidak menggerakkan walau sedikit pun tangannya itu, bimbang ibunya akan terjaga. Apabila ibunya terjaga, tangannya tidak boleh digunakan lagi (tidak boleh bergerak) sehingga dewasa. Lihatlah betapa belaiu melayan ibunya dengan lemah lembut. Dia dimasukkn ke syurga kerana bakti kepada ibu bapa dan sabar di atas kesusahan.
Juga dibawakan contoh Rasulullah apabila harta rampasan perang kepunyaan baginda telah direntap oleh seseorang hingga baginda jatuh dan sakit lehernya. Namun, Rasullullah masih berkata-kata dengan orang itu dengan nada yg lembut dan sekali-kali tidak membalas perbuatan lelaki tersebut. SubhanAllah, contoh teladan yg paling baik bagi kita umat Islam adalah Rasulullah S.A.W.
Ok, mari kita sama2 tengok diri kita, layakkah kita diharamkan dari disentuh oleh api neraka? Owh, hari2 pun mulut ada bercerita tentang keburukan orang. Bawak cerita merata-rata tempat, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Seperti yang diterangkan oleh salah seorang ahli usrah aku dulu, kadangkala, semakin sedikit yg kita tahu tentang orang lain itu adalah lebih baik kerana semakin banyak kita tahu, semakin tinggi pula risiko kita akan berlaku zalim dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain, kerana ia akan merosakkan ukhuwwah (Huraian virus2 Ukhuwwah). Hari2 pun ada ja sakiti hati orang bila lidah sukar dikawal. Toleransi? Owh, kalau boleh, kita saja yg betul, kita saja yang nak menang. Pantang nampak orang lain lebih sikit, mulalah sakit hati. Nauzzubillah..Sama2 kita berdoa, agar terhindar dari sifat2 yg buruk ini.
Sekian sahaja perkongsian utk kali ini. InsyaAllah akan bersambung lain kali dengan tajuk yg berlainan. Sebagai penutup, mari kita hayati hadith di bawah ni;
“Dunia adalah Negara orang yg tidak ada Negara di akhirat. Dunia adalah harta kepada orang yg tiada harta di akhirat. Dunia ini yang menghimpunnya adalah orang yg tiada ‘aqal.”