RSS

Tuesday, June 15, 2010

Setelah ku dipaling..


Rasulullah sallallaahu SAW telah bersabda:
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI”

[Riwayat Abu Daud ]


Tatkala membaca hadith di atas, hati menjadi takut dan sedih. Lebih2 lagi apabila mengingatkan kisah2 saudara seIslam yang ditindas ketika ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Segala perkataan yang keluar dari Baginda bukan suatu dongengan. Bukan satu hikayat. Bukan kata2 kosong, tetapi semata-mata yang benar. Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah, benar2 terjadi sekarang. Tiadanya rasa takut akan musuh2 Islam kepada umat Islam, sebaliknya dengan mudah mereka menindas umat Islam. Hal ini berlaku kerana musuh2 Islam ini sedar bahawa umat Islam yang ramai ini tidak akan memberi kesan kepada mereka. Kerana mereka tahu bahwa hati kebanyakan umat Islam ini telah dihinggapi penyakit wahan. Tidak terkecuali diri ini. Astaghfirullah, jauhkanlah diriku ini dari penyakit tersebut ya Allah...




Setelah Ku Dipaling

Rast


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada Yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku


Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu


Yang hanya ku idam
Di dalam pandangan-Mu
Bersama mereka terdahulu


Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
Keampunan-Mu setelah aku malu


Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai


Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran


Yang hanya kuidam

Di dalam pandangan-Mu

Bersama mereka terdahulu

Yang hanya kupinta

Harapan keampunan

Hati ini telah kulukai


Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(At-Taubah: 24)


4 comments:

Anonymous said...

salam.. mak cik tau tak albani tue sapa?.. cuba kenali dia?.

Sifrulmind said...

Wslm. Ya, ada sebarang masalah??

Anonymous said...

ye ke kenal?.. pengenalan dengan dia yang sebenar pasti akan menilai siapa dia yang sebenar.. Nie, mesti tak kenal lagi.. Sebab, tak jumpa masalah dia..

Sifrulmind said...

Ok, x pernah jumpa orang dia. Just kenal cara pemikiran dan pendekatannya dalam pengkajian hadith. Banyak yg tidak kena di mata?? Ok, kalau itu masalahnya, maaf, tak berminat nk berdebat di sini.

Berbeza pendapat ilmuan adalah dengan ilmunya. Jangan hanya kerna perbezaan itu, yang baik pun ditolak.

Allhua'lam.