RSS

Friday, February 19, 2010

Ia begitu hampir...


Harini masa banyak dihabiskan dengan menghadap PC, sehingga petang, tiba2 aku rasakan monitor PC aku yg besar di lab itu ingin cuba masuk ke dalam mata aku. Maksudnya, kepala aku sudah pening lantaran menghadap PC dalam jangkamasa yang lama. Mungkin juga PC tu nak habaq, “ Aku dh meluat tengok muka ang, meh sini aku telan ang. Aku nk mulakan dengan menelan mata ang. Hua3..”. Owh, nanti dulu. Tidak2, aku sedang merepek dan berhalusinasi. Jalan penyelesaian, tutup monitor sebentar, dan pejamkan mata. Berehat sebentar.


Dalam menutup mata, aku teringat beberapa peristiwa yang berlaku dalam masa seminggu ni. Mungkin teringat2 dengan prompt email yg muncul beberapa ketika sebelum kepala memberi signal utk berehat. Minggu lepas, hari khamis, tatkala sibuk berurusan di rumah, aku mendapat beberapa panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku cuba menelefon kembali, tidak dapat disambung. Beberapa minit kemudian, nombor itu memanggil semula. Namun, malang. Sudah menjadi kebiasaan di rumah, telefon sering kutinggalkan merata2, so memang tak dapat nak jawab panggilan tu. Akhirnya, satu SMS aku terima.


“Ni kawan Falah ke?”. Oh, Falah mana ni. Terus kujawab, aku tidak berapa kenal akan hamba Allah yang bernama Falah itu. Aku sering mendengar nama itu, tapi aku tidak kenal akan orangnya. Tapi aku pasti, empunya nama adalah pelajar USM. Senyap di situ.


Beberapa ketika kemudian, aku mendapat SMS menyatakan salah seorang pelajar master Awam meninggal dunia akibat kemalangan. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Nama arwah kelihatan asing bagiku. Ya, aku tidak kenal, tapi perasaan terkejut dan sedih tetap hadir. Hanya doa dan Al-Fatihah yang mampu aku hulurkan. Senyap sekali lagi.


Hari Isnin tiba. Aku masih di kampong dan akak aku baru je tiba dari rumah mertuanya. Tiba2 abang ipar aku bertanya, “ Ada student master USM meninggal dunia sebab kemalangan ke?”. “Ha ah, khamis lepas,” ringkas jawapan aku kerana aku tidak tahu kisah lanjut.


Pulang ke USM, hari khamis, aku bertanya salah seorang sahabat di school Awam, yang juga merupakan roommate aku selama 2 tahun time aku undergraduate. Bertanya tentang berkenaan kemalangan tersebut. Rupa2nya arwah adalah housemate sahabat aku tu. Terkejut. Ya, baru kutahu kenapa aku begitu familiar dengan nama arwah. Arwah begitu hampir dengan aku rupanya selama ni.


Aku buka mata. Melihat ke skrin monitor yang hitam (sebab aku off kejap power dia. Huhu...). Hitam. Gelap. Aku cuba menarik nafas, dan kutahan, sambil berfikir. “Jika ini adalah tarikan nafasku yang terakhir, sudahkah aku bersedia menghadapinya??”. Fikiran menerawang, memikirkan apa yang aku telah aku lakukan selama ini. Sesak dada memikirkannya. Kulepas perlahan nafas tersebut. Seringkali diri ini mengharapkan sinar terang menanti tika diri sendirian di alam kubur, dibangkitkan di padang Mahsyar di bawah naungan rahmat-Nya, bertemu dengan-Nya dengan wajah yang ceria. Tapi diri sering terlupa. Amalan tidak setimpal dengan apa yang diharap-harapkan. Seringkali leka dengan nikmat2 dunia yang sememangnya telah diketahui hanya sementara. Terlalu asyik dengan urusan dunia, lupa bekalan utk ke Sana. Dipisahkan urusan dunia dengan urusan akhirat, walaupun pada hakikatnya dunia ini adalah medan utk mengumpul bekalan utk urusan akhirat. Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..


Sesungguhnya masa yang telah dijanjikan untukku semakin hampir, hanya tidak kutahu bila ia akan tiba. Mungkin saja esok, lusa, dan mungkin juga sebentar saja lagi. Astaghfirullah…


“Ya Allah,aku memohon ya Allah, akhirilah hidupku dengan Islam, akhirilah hidupku dengan membawa iman, akhirilah hidupku dengan husnul khotimah.”


***Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fadilah Abdul Halim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Februari 2010. Al-Fatihah.



Thursday, February 18, 2010

Tak de pape..(Tak yah bace kalu tgh busy)

Lama menyepi. Berkali-kali cuba utk mencoret sesuatu, namun baru sahaja beberapa ayat ditaip, dalam masa yang ada, cepat sahaja jari2 menekan key Ctrl+A, then Delete. Ya, diri ini bertanggungjawab atas apa yang ditulis di sini. Bisa saja digari dan dilokap bahana penulisan sendiri. Ke tali gantung? Juga ramai telah menjadi mangsa. Ehh..apa aku merepek di tengahari ni??


Baru saja pulang bercuti. Ya, seronok sekali. Apa taknya, selepas bertungkus-lumus bekerja 12jam tanpa henti (kecuali utk solat), memang amat berbaloi dapat berehat di kampong. Beramah-mesra bersama keluarga, bermain2 dengan anak sedara yg cuma 2org tu je. Huaaa..Alhamdulillah, seronok2. Dan semalam, aku kembali ke Penang.


Tiba di Penang dalam keadaan pening2. Lama tak travel di siang hari, jadik camtulah. Ditambah dengan cara pemanduan pak cik driver bus yang “amat berhemah” tu, menambah lagi rencah kepada kepeningan kepalaku. Namun, Alhamdulillah, aku sampai jugak ke Penang ni.


Dan pagi ini, sebaik sahaja selesai menyelesaikan beberapa tugasan dari SV aku yang tertangguh bahana cuti, aku ambil peluang utk cek emel yang hamper seminggu ditinggalkan. Tiada kemudahan internet di rumah kampong aku. Atas beberapa sebab yang menyakitkan hati, kami sekeluarga mengambil keputusan utk tak pasang internet kt umah tu. Huhu..abaikan. Usai “membersihkan” emel, beralih ke laman2 lain, memandangkan masih punya lagi sedikit waktu sebelum aku memulakan kerja yang baru. Dan dalam pelayaran itu, aku menemui beberapa orang sahabat lamaku. Dari sekolah rendah hinggalah ke zaman matrikulasi. Bertanya khabar mereka, mana yang aku sempat Tanya. Kebanyakannya telah lama aku tak bersua muka. Melihat perkembngan masing. Kerjaya, keluarga dan sebagainya. Yolah, kebanyakannya skang ni dh abis blajo, dh stat keje. So, update la sikit perkembangan sahabat2 tu.


Dalam meng’update’ perkembangan diri sahabat2 ni, ada sedikit rasa terkilan di dalam diri. Bukan terkilan sebab lama tak berhubung (sebab aku pun jarang contact ngn depa. Huhu..), tapi rasa terkilan yang sukar ingin diungkapkan. Antara dahulu dan sekarang. Kalu berbicara tentang kerjaya, semuanya hebat sekali. Doctor, bermacam2 title doctor depa ada. Engineer pun sama. Pelbagai bidang. Arkitek, lawyer, ustaz/ah, dll. Bab kerjaya memang semua cemerlang. Aku salute dengan depa atas kejayaan masing2. Namun rasa terkilan itu sering muncul. Ya, ia muncul berulang kali. Tidak tahu mengapa. Bukan semuanya, tapi kebanyakannya. Hanya itu yang mampu aku katakan.


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).

(Ali Imran: 8)


**Pening dengan entry kali ni? Haha..memang sepatutnya pening.