RSS

Tuesday, July 28, 2009

Sentiasalah Berdoa


Seminggu yang lepas, tika aku menelefon akak aku yg bekerja di Politeknik Kota Melaka (erk, actually bukan aku yg telefon, dia yang tepon aku).


“Tak keje ke arini?”

“Tak. Poli aku kena kuarantin seminggu sebab kes H1N1. Ni pun aku dh demam2 ni,”

“Owh, jangan balik kampong, nanti berjangkit kat suma orang,”

“Hahaha..aku baru je balik dari kampong ni. Terus dapat demam. Hahaha..”

“Adehhh…”


Ni pulak perbualan aku ngan suami kepada anak perempuan mak ayah aku yang paling tua @ dengan kata lebih mudah, abang ipar aku.


“Ko demam ke?” dia bertanya dengan nada risau.

“Tak de la. Selsema je,” aku jawab dengan penuh kudus.

“Selsema? Bahaya ni.. Kalu demam tak pe. Tapi kalu selsema…Hahaha..” ces3..dia nak pekena aku rupanya.


Sehari sebelum aku bertolak pulang ke kampus, adik aku telefon aku dengan nada yang cemas dan kelam-kabut.


“Ko tak payah belikan tiket aku, esok aku balik,” dia memaklumkan dengan nada yang sungguh laju, sehingga aku terpaksa berfikir lama untuk menangkap apa yang cuba dia sampaikan.

“Eh, dah cuti semester ke? Ni baru bape haribulan. Kate nak balik 22 Ogos?”

“Tak jadik balik tarikh tu. UUM kena kuarantin seminggu. Kena balik kampong sampai 2haribulan,” jelasnya.



Korban kedua telah dikenalpasti. Seorang lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.


Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya. Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.


Si mati kemudian mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai dan pemeriksaan dada menunjukkan korban mengalami pneumonia, kata ketua pengarah kesihatan.


"Kes dirujuk ke hospital swasta yang lain di Subang Jaya pada 19 Julai untuk rawatan di unit rawatan rapi. "Ujian sampel tekak buat pada 22 Julai dan sahkan positif influenza A (H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada 23 Julai," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).


Semakin melarat. Kerisauan terpancar pada setiap wajah setiap kali berita mengenainya dipaparkan. Jari pantas menuding kepada orang lain, menuduh penyebab kepada wabak ini. Walau apappun, wabak ini akan menyerang tanpa mengenal siapa kita. So, perlindungan diperlukan. Pohonlah perlindungan dari yang sepatutnya. Usah dipohon perlindungan dari benda yang sepatutnya. Panjatkan doa ini ke hadrat Ilahi, memohon supaya diberi perlindungan dari wabak tersebut. Bersihkan hati, ikhlaskan diri, dan pohon dengan sepenuh hati. Hadirkan hati ketika berdoa. InsyaAllah, kita akan terhindar dari ketakutan itu.



Tuesday, July 21, 2009

Fikir Tapi Jangan Khuatir



Assalamu'alaikum.


Semasa aku dalam proses untuk mendapatkan degree aku dulu, aku pernah diserang satu ‘penyakit’ yang agak pelik sikit. Susah untuk tidur malam. Kebiasaannya aku hanya akan tidur bila jam menunjukkan pukul 8pagi dan akan bangun semula area pukul 9.30pg untuk ke kelas (nasib baik kebanyakan kelas bermula 10pg ke atas time tu). Kalau takde kelas akan dilajakkan lewat sikit (untuk mengelak sakit kepala). Dan kitar hidup tu berulang setiap hari selama beberapa bulan. Kadang-kadang tidak tidur seharian kalau ada kelas seawal 8pg ataupun kalau aku terlalu tak mampu untuk ke kelas awal, aku terpaksa ‘memontengkan’ diri. Sedih? Memang sedih. Tak carik ubat? Tak jumpa Dr? Aku tak suka makan ‘dadah’ yang Dr bagi tu, nanti jadik ‘ketagih’. Haha..penat dh bertanya banyak tips untuk tidur awal. Ya, ada satu yang agak berkesan, Namun aku boleh kategorikan sama ja dia punya output. Tidur area kul 8mlm dan aku akan terjaga sekitar 1030mlm, then tidak boleh tidur sehingga 8mlm keesokan harinya. Sama kan?? Hahaha..


Namun, Alhamdulillah, sekarang semua tu dah jadik sejarah kot. Cuma sekali sekala je diserang tak boleh tidur malam (Rasanya pas duduk serumah dengan sahabat2 aku skg ni, semakin mudah tidur malam. Haha..). Bila aku fikir2 balik, kenapa aku boleh jadik camtu dulu?


2 minggu yang lepas. Pada hari jumaat, aku berjumpa seorang sahabat. Lama dah tak jumpa dan berborak panjang lantaran kesibukannya dan beberapa halangan. Hehe..alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa walaupun tempohnya hanya seketika. Borak punya borak, aku terkesan beberapa perkara pada dirinya. Dan sabtu yang lepas, di kala membelek2 majalah SOLUSI di rumah, aku terbaca satu artikel. Bertajuk: “Fikir Tapi Jangan Khuatir”. Berfikirlah dan rancanglah tentang hari esok namun usah terlalu khuatir. Kerjakanlah dan rancanglah dengan teliti apa yang ada di tangan pada hari ini, usah dikhuatirkan angan2/impian yang masih samar2.


Ok, apa sebenarnya yang aku nak cerita ni sebenarnya? Mula2 cerita pasal penyakit ala2 insomnia, then cerita pasal kawan aku, then cerita plak pasal fikir dan khuatir. Haha..aku memang tidak punya bakat untuk menerangkan sesuatu dengan teratur, namun aku cuba terangkan dengan sebaik2nya. Sapa yang tak paham leh angkat tangan untuk bertanya. Sapa yang rasa ada kerja lain yang nak dibuat, better buat keje tu dulu. Hehe…Ok, kita mulakan sekarang. Sepanjang beberapa bulan aku dihinggapi ‘penyakit’ susah nak tidur tu, ada sahabat yang bgtau aku yang aku terlalu banyak berfikir sampai tak boleh tidur (Sesungguhnya aku tergelak sungguh2 time sahabat ni bgtau sebab aku tak caya. Mintak maap yer pada sapa2 yang terasa tu. Hehehe..). Ya, aku bukan seorang yang suka berfikir. Sapa2 yang kenal aku, akan tahulah aku ni camna. Tapi memang benar pun kata sahabat tu. Memang kebiasaannya seseorang tu mempunyai masalah untuk tidur bila terlalu risau/banyak berfikir/banyak masalah (aku terkecuali. Hehe..). Then pastu, kesan dari badan kurang rehat, pemikiran jadik kurang waras. Badan jadik kurang sihat. Dan sesungguhnya, ketika inilah syaitan semakin mudah meracuni fikiran anak2 Adam ini. diracuni pemikiran manusia dengan pelbagai cara. Rasa mudah marah, emosi tak stabil, ditimbulkan rasa was2 dalam diri, rasa malas dan tidak bersemangat dan banyak lagi cara lain. Perangkap syaitan terlalu banyak dan kekadang tidak terkesan langsung oleh manusia. Benda ni yang aku terkesan pada sahabat yang aku jumpa beberapa hari lepas tu. Ya, aku berani memperkatakannya kerna aku manusia biasa, pernah dilanda perkara yang sama. Mungkin sahaja di luar sentiasa ceria (Ye ke? Haha..), namun bukan itu yang lahir dari nubari (pinjam ayat cik Fiz jap).


“Fikir Tapi Jangan Khuatir”. Ya, tidak salah untuk berfikir tentang hari esok, merancang untuk hari esok, tapi jangan terlalu khuatir. Hari semalam telah menjadi sejarah dan esok masih tidak pasti apa yang akan berlaku. Hari ini adalah reality yang mesti dihadapi, dan tentunya berada dalam genggaman kita. Jangan dibuang hari ini kerna terlalu galak memikirkan akan hari esok, kesan tindakan kita pada hari esok, sehingga mengabaikan akan perkara2 yang kita perlu lakukan pada hari ini dengan apa yang ada di tangan kita. Memang benar, Sayyidina Umar, selaku Khalifah yg terkenal dengan sifat kepimpinan dan rendah dirinya pernah berkata (yg berbunyi lebih kurang camni),


“Aku takut untuk memanjangkan tidurku pada siang hari kerana aku takut urusanku dengan rakyat terabai, dan aku takut untuk memanjangkan tidurku pada malam hari kerana aku takut urusanku dengan Allah terabai.”


Untuk berjaya samada di dunia, memang banyak yang perlu dikorbankan. Apalagi bagi yang mengejar kejayaan hakiki di akhirat sana. Sesuatu yang “istimewa” tidakkan dapat diperolehi dengan mudah. Tapi perlu kita ingat bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang bnyk kelemahannya. Salah satunya adalah keterhadan dalam melakukan kerja, di mana manusia perlukan rehat dan otak manusia juga tidak mampu memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu2 masa.



Walaupun ada yg dikurniakan oleh Allah nikmat mempunyai kemampuan utk berfikir lebih daripada manusia biasa, namun ia hanyalah untuk segelintir manusia sahaja. Kebiasaaannya, ia adalah terhad. Perkara yang telah berlaku, perkara yang sedang berlaku dan perkara yang akan berlaku, sukar untuk difikirkan sekaligus. Jika difikirkan sekaligus, bisa memudaratkan diri. Fikirkan satu persatu dengan teliti. Jika kita bijak mengatur masa, menyusun segala jadual kerja kita, kita juga perlu bijak menyusun “apa yang perlu difikirkan”, kerna apa yang terhasil dari pemikiran tersebut akan dilahirkan melalui apa sahaja yang kita lakukan. Manakan tidak, badan yang sihat dan cergas bisa sahaja dilemahkan oleh pemikiran yang lemah/letih. Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa tenaga lebih banyak digunakan jika kita berfikir, berbanding jika kita melakukan kegiatan fizikal. So, tidak kasihankah anda pada ‘otak’ kita? Tubuh kita mempunyai haknya yang tersendiri. Usah berlaku zalim dengan tidak mempedulikan hak2 mereka.





Malam tadi aku menghadiri Annual Grand Meeting (AGM, Muktamar, Mesyuarat Agong) untuk Persatuan Mahasiswa Islam USM Kampus Kejuruteraan. Tahniah bagi pimpinan yang telah turun dari takhta pemerintahan (Bleh ke guna perkataan ni?? Hohoho..), Dan tahniah wa takziah pada pimpinan yang baru dilantik. Saudara Khuzairi (Presiden), Saudara Sobri (Timb Presiden), Saudara Fatah (Setiausaha Agong), Saudari Syazwani (Bendahari), Saudara Fateh (SUK). Mohon maaf kalau tersalah eja nama atau tersalah nama. Neway, pada yang baru ‘melepaskan’ jawatan, tugas antum secara portfolionya memang dah habis tapi tugas hakiki masih tergalas di bahu. PMI adalah platform sementara tapi dunia ini adalah platform yang sebenar-benarnya. Bagi yang baru first time berada dalam pimpinan PMI, clearkan dahulu pemikiran antum dengan halatuju dan matlamat PMI itu sendiri. Hanya orang yang “kurang cerdik” sahaja membuat kerja tanpa halatuju dan matlamat. Fikirlah apa yang sepatutnya untuk merealisasikan matlamat tersebut tanpa mengabaikan hukum syara', namun usah terlalu khuatir dengan apa yang masih lagi tidak pasti.



*Maaf pada pimpinan yang lepas dan juga urusetia AGM malam tadi kerna aku membuat onar di sana. Sesungguhnya tidak terniat nak salahkan sesiapa, just terfikir, sebuah persatuan yang memperjuangkan profesionalisme dan pentarbiyahan namun tidak bersifat sedemikian rupa dalam menghidangkan apa yang dilakukannya dalam masa setahun. Walaupun bagi sesetengah orang perkara ini perkara remeh, membuang masa, namun bagi aku ia seolah-olah “satu penipuan”. Maaf kalau kata2 ini terlalu kasar, namun kita telah diperingatkan untuk memperkatakan kebenaran walaupun hakikatnya ia adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Maaf sekali lagi. Astaghfiruka wa atubu ilaik. Wassalam..

Monday, July 20, 2009

Saje Bosan2...

Pagi Ahad yang ceria. Sendirian berdiri di balkoni bangunan asrama, menikmati pemandangan pagi yang indah. Kedengaran dari dewan makan asrama, lagu2 yang didendangkan dari radio tempatan. Hari ini hari ahad dan pihak asrama membenarkan penggunaan radio di dewan makan, sebelum tibanya waktu belajar. Ya, sudah hampir sebulan aku mengenal hidup di asrama. Tinggal berjauhan dari keluarga bukan sesuatu yang pelik bagiku, namun untuk tinggal di asrama sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah, adalah satu keputusan yang paling besar pernah aku buat. Mungkin bagi orang lain, ia adalah sesuatu yang biasa, namun tidak bagiku. Ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga.


Dalam keasyikan menikmati pemandangan bumi ciptaan Allah swt yang tiada tolok bandingannya ini, pendengaranku tertarik dengan lagu yang baru sahaja dikumandangkan di corong radio. Ketika itu, aku tidak tahu siapa yang mendendangkannya. Disebabkan aku sememangnya amat berminat dengan lagu2 puisi, aku amat terkesan dengan lagu tersebut. Kucuba untuk mengesan siapa penyanyinya, namun gagal.

10 tahun kemudian. Dalam kekalutan membuat beberapa kerja, aku sempat berehat sebentar dengan melayari internet. Memeriksa emel2 yang telah lama tidak dilihat. Dalam belayar-layar di alam maya, tiba2 aku terjumpa lagu yang telah hampir 10tahun aku mencarinya (sebab carik tak sungguh2. Huhu..). Lagu yang sungguh bermakna. Meh hayati liriknya. Sapa nak dengar, seperti biasa, leh klik/download kat tepi ni =>


Anak (CareFree)


Ketika engkau dilahirkan

Engkau menerangi alam

Kegelapan ayah dan ibumu


Betapa murni kasihnya

Ketika kau nyenyak tidur

Ditatapi wajahmu oh anak


Kekadang ibumu tidur tak lena menjaga tidurmu

Takut engkau terbangun menangis kehausan susu


Dibelaimu dengan cermat

Penuh kasih dan sayng

Setiap detik dan setiap waktu


Kini masa terus berlalu

Dimandi dengan kasih sayang

Kau besar sudah oh anak


Ibu dan ayah memberi kau kebebasan yang engkau mahu

Di samping didikan agama yang sempurna utk hari mukamu


Kini kau telah jauh berubah

Sikapmu kasar dan menderhaka

Meracuni hati mereka


Inikah balasanmu oh anak

Kau membelakangkan sifat Tuhan

Menghormati ayah dan ibumu


Walau apapun yang engkau lakukan

Kini kau telah sedar

Ibu dan ayah senantiasa menerimamu seperti biasa

Begitulah sucinya kasih ayah dan ibu terhadapmu

Kenanglah jasa mereka selalu berkorbankan untukmu anak


*Sedar tak sedar, dah 2 bulan tak balik kampong. Tak bleh jadik ni. Next week kena balik kampong. Hehehe..sapa nak ikut? Jom!! Sediakan duit RM100. Hehe...


Tuesday, July 7, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Assalamu'alaikum...

Lama sudah tidak mengeblog. Hampir satu bulan. Dan petang ni saje2 menggatalkan tangan menaip sesuatu, buat mengisi blog yg ntah pape ni, sementara menunggu waktu utk pulang. Cuma satu perkongsian artikel, yang aku dapat menerusi emel beberapa hari yang lepas. Maybe orang lain dah lama tahu, tapi aku nak gak paste kat sini, buat tazkirah utk diri, dan org lain, insyaAllah.


Subject: Rahsia Solat Awal Waktu


Renungan bersama..... ......... ......... ........

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."